Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengukuhkan status sebagai kuasa besar bola sepak Asia apabila tersenarai dalam kelompok lima kelab terbaik benua tersebut.
Ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Opta Power Ranking semalam. Laman analisis bola sepak ini telah menyenaraikan hampir 13,500 kelab bola sepak seluruh dunia – menjadikan pencapaian JDT semakin menonjol di pentas antarabangsa.
Foto: JOHOR Southern Tiger
Di peringkat dunia pula, JDT berada di kedudukan ke-231 daripada 13,500 pasukan bola sepak seluruh dunia.
JDT, di bawah pimpinan Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, berjaya memintas kelab Ulsan Hyundai dari Korea Selatan, yang diketuai bekas jurulatih kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon.
Ulsan Hyundai kini turun satu tangga selepas beberapa prestasi kurang memberangsangkan kebelakangan ini. Prestasi JDT, sebaliknya, terus meningkat dengan konsisten, membolehkan mereka menduduki tempat kelima dalam senarai tersebut.
Ads
PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN
Mendominasi kedudukan teratas, kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal dan Al-Nassr, menduduki tempat pertama dan kedua dalam ranking tersebut.
Diikuti oleh dua kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe dan Sanfrecce Hiroshima, yang masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.
Namun, pencapaian JDT sebagai kelab terbaik Asia Tenggara adalah sesuatu yang membanggakan, terutama setelah mereka melakar keputusan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
Dalam saingan ACLE, JDT berada di kedudukan kedua dalam kumpulan B selepas mencatat keputusan seri dan satu kemenangan.
Ads
Ini memperlihatkan keupayaan kelab Harimau Selatan untuk bersaing dengan gergasi bola sepak Asia yang lain, sekaligus mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa.
Sebelum ini, JDT hanya berada di kedudukan ketujuh dalam ranking yang sama, namun prestasi cemerlang mereka dalam kejohanan peringkat Asia membolehkan mereka melonjak ke posisi yang lebih tinggi.
Dengan pencapaian ini, JDT terus ‘mendunia’, mengukuhkan reputasi mereka bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia. Prestasi luar biasa ini pastinya menjadi motivasi tambahan untuk terus mengekalkan momentum kemenangan dan memperbaiki ranking mereka di masa hadapan.
JDT kini menjadi simbol kebanggaan bola sepak Malaysia dan bukti bahawa kelab tempatan mampu bersaing di peringkat tertinggi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain perempuan, lelaki juga perlu tahu waktu subur. Selalunya kita biasa dengar tentang info waktu kesuburan wanita. Tapi tak banyak pula orang mengambil tahu tentang waktu subur lelaki.
Subur bagi kaum lelaki adalah pada kualiti spermanya mengikut keadaan serta waktu sekeliling. Sperma juga dipengaruhi oleh musim dan waktu.
Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan juga sewaktu musim sejuk. Ketika keadaan cuaca panas, kuantiti sperma aktif akan berkurang serta tidak berkualiti.
Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitarannya. Pada waktu siang dan ketika cuaca panas, keadaan ini akan menjejaskan kualiti sperma dan boleh mengakibatkan kehidupan sperma menjadi lebih singkat. Oleh itu, lelaki tidak digalakkan mandi wap atau bersauna pada waktu tertentu.
Waktu subur suami dianggarkan pada jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda yang inginkan zuriat atau “senang lekat”.
Pada waktu ini, jumlah sperma lebih banyak dan sangat berkualiti. Untuk pasangan yang merancang zuriat digalakkan menunggu waktu subur kedua-dua suami isteri.
Untuk pasangan yang “susah lekat”, mereka digalakkan bercuti ke tempat yang menarik untuk ketenangan minda. Suhu sejuk bilik ‘honeymoon’ akan menambahkan lagi kelebihan pada kesuburan anda.
Kualiti sperma juga amat mempengaruhi kesuburan lelaki untuk merancang kehamilan. Nak tahu sama ada sperma anda ada masalah atau tidak?
5 ciri-ciri sperma yang bermasalah:
1. Sperma terlampau pekat
2. Sperma berwarna coklat atau kemerahan (sperma yang sihat berwarna putih awan)
3. Sperma berwarna kuning kehijauan (kemungkinan ada jangkitan kuman)
4. Jumlah sperma yang sedikit (sperma yang sihat akan menghasilkan 200-500 juta sel)
5. Sperma yang berbau busuk
Sperma yang normal akan berbau seperti klorin. Jika sperma anda mengeluarkan bau busuk, kemungkinan adanya jangkitan. Jadi perhatikan dan ambil tahu kualiti sperma anda bermula hari ini.
Do & don’t’s untuk kesuburan lelaki:
Gunakan seluar yang longgar dan elak seluar yang terlampau ketat.
Jauhi keadaan yang terdedah kepada bahan kimia atau radiasi.
Kurangkan aktiviti di luar ketika cuaca panas.
Elakkan minuman beralkohol.
Jangan terlampau kerap makan daging merah.
Pilih makanan yang berkhasiat untuk kesuburan.
Berhenti merokok dan jauhi dari asap rokok.
Kurangkan stres terlampau yang boleh menjejaskan hormon anda.
Dapatkan berat badan yang ideal.
Jauhi produk yang mengandungi steroid atau dadah terlarang.
Amalkan makanan tambahan atau suplemen yang selamat untuk kesihatan batin & hormon testosteron.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada segelintir daripada kita memandang remeh dengan bengkak pada leher kerana menganggapnya sebagai bengkak biasa yang tidak serius. Namun tanggapan biasa anda itu boleh jadi salah kerana bengkak pada leher mungkin menjadi salah satu petanda kanser.
Bagi menjawab persoalan ini, ikuti penjelasan Dr Ezairy M.Sallih seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripada perkongsiannya ini.
BENGKAK PADA LEHER PETANDA KANSER?
“Doktor, saya risau dengan leher saya yang ada ketulan dan bengkak sejak beberapa bulan ini. Apa sebabnya ya?”
Soalan seperti ini pernah ditanya kepada saya. Ya, anda tidak boleh ambil ringan jika masalah ini berlaku kepada anda dan ahli keluarga anda.
Ia mungkin salah satu petanda kanser!
Kanser hidung, kanser larinks, kanser lidah dan mulut, imfoma dan sebagainya boleh disertai atau dimulai dengan gejala ini. Oleh itu, hati-hati.
Perhatikan juga simptom-simptom lain. Gejala seperti pengurangan berat badan yang signifikan, hilang selera makan, juga merupakan salah satu gejala yang perlu diberi perhatian.
Kanser hidung biasanya disertai dengan masalah sebelah bahagian hidung seperti pendarahan, hidung tersumbat, masalah pendengaran dan lain-lain.
Kesukaran menelan, perubahan pada kualiti suara lebih tiga minggu juga perlu diambil tahu. Kanser di bahagian larinks, peti suara dan esofagus (saluran makanan bahagian atas) boleh menyebabkan masalah ini.
Jika anda ada sebarang masalah, risau dengan keadaan penyakit anda, rujuklah dengan doktor terdekat. Anda akan dibantu.
Sila #kongsikan artikel ini jika anda rasa ia amat berguna untuk orang yang anda sayangi. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda yang mempunyai bahu yang lebih lebar mampu menyerlahkan penampilan anda secara ketara? Ini antara sebab mengapa anda perlu mengambil serius mengenai latihan otot bahu anda.
Bentuk Tubuh yang Seimbang
Bahu yang kuat dan lebar memberikan kesan tubuh yang seimbang. Bahagian bahu yang lebar dapat membantu menciptakan ilusi pinggang yang lebih ramping, sekaligus meningkatkan keseimbangan tubuh anda secara keseluruhan.
Latihan bahu membantu menguatkan otot-otot yang menyokong tulang belakang dan postur tubuh. Dengan postur yang lebih baik, anda akan kelihatan lebih yakin dan menarik.
Bahu yang lebar dapat membantu pakaian anda untuk terletak elok pada badan anda apabila disarungkan. Anda tidak perlu pakaian yang mahal untuk menyerlahkan penampilan diri, sebaliknya tubuh anda sendiri yang sebenarnya menyerlahkan pakaian berkenaan.
Latihan bahu yang baik dapat membantu membentuk bentuk tubuh “V-shape”, di mana bahu lebih lebar dan pinggang lebih ramping mampu memberikan penampilan atlethic.
Mengembangkan otot bahu mampu meningkatkan keyakinan diri anda. Anda akan merasa lebih baik tentang penampilan anda dan ini dapat dilihat melalui cara anda bergerak dan berbicara.
Latihan bahu juga menyokong kesihatan anda secara keseluruhan. Otot-otot bahu yang kuat dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan pada kawasan leher dan bahu. Ia juga membantu menjaga keseimbangan bahu yang penting untuk aktiviti harian anda.
Latihan bahu melibatkan banyak otot bahagian atas seperti otot deltoid dan trapezius. Ini dapat meningkatkan daya tahan tubuh bagian atas, sekaligus membantu anda dalam pelbagai aktiviti fizikal.
Ingatlah untuk melakukan latihan bahu dengan teknik yang betul dan dalam batas kemampuan Anda. Konsistensi dan variasi latihan juga penting untuk mencapai hasil yang optimum. Dapatkan konsultasi daripada seorang jurulatih atau mereka yang lebih pakar sebelum mencuba latihan yang baharu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.