Foto : Berita Harian

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi tidak menyembunyikan hasratnya untuk terus kekal bersama kelab gergasi tanah air itu walaupun sering menerima perhatian dan spekulasi dari luar.

Bagi Arif, JDT bukan sekadar kelab, tetapi sudah menjadi rumah kedua yang membentuknya menjadi pemain bola sepak berprestasi tinggi hari ini.

“Tak kisahlah apa orang cakap, yang penting saya tahu hala tuju saya. Saya perlu bijak bahagi masa dan terus bekerja keras. Kita bukan macam orang lain, kita ada tanggungjawab sendiri,” luah pemain sayap berusia 23 tahun itu.

JDT Tetap Pilihan Hati, Arif Aiman Mahu Bina Legenda Di Liga M
Foto : Siakap Keli

Rekod MVP Empat Kali Berturut-Turut

Arif mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali keempat berturut-turut pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/25.

Pencapaian luar biasa ini meletakkan namanya dalam senarai legenda bola sepak tempatan walaupun usianya masih muda.

Musim ini sahaja, Arif berjaya meledak 12 gol dan melakukan 13 bantuan gol, sekali gus membantu JDT menjulang trofi Liga Super dan Piala FA, serta mara ke final Piala Malaysia yang bakal berlangsung menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ads
JDT Tetap Pilihan Hati, Arif Aiman Mahu Bina Legenda Di Liga M
Foto : Majoriti

Tidak Mudah Puas, Mahu Lebih Lagi

Namun bagi Arif, kejayaan ini bukan noktah. Dia mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasi semasanya dan percaya dirinya mampu memberikan lebih banyak impak buat kelab dan negara.

“Saya rasa saya belum capai tahap yang saya nak. Prestasi saya belum cukup untuk saya rasa bangga. Saya nak lebih lagi dan saya akan bagi yang terbaik sampai saya sendiri rasa cukup,” katanya dengan penuh semangat.

Fokus Di Malaysia Walau Ada Tawaran Luar

Meskipun terdapat khabar angin tentang tawaran dari kelab luar negara, Arif tetap mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada JDT.

Katanya, cabaran sebenar bukan hanya di luar negara, tetapi juga di dalam Malaysia kerana tekanan untuk kekal konsisten di tahap tertinggi setiap musim amat mencabar.

Ads

“Cabaran dalam negara pun tinggi. Nak naik sebagai MVP bukan senang. Saya tahu penyokong dan orang sekeliling banyak harapan, jadi saya perlu jaga diri dan terus bekerja keras,” tambahnya.

JDT Tetap Pilihan Hati, Arif Aiman Mahu Bina Legenda Di Liga M
Foto : Kosmo

BACA LAGI : Stamina Padu! Pemain Bola Sepak dan Penyanyi Rupanya Sama Hebat & Sama ‘Power’

Inspirasi Buat Generasi Muda

Ketekunan, kerendahan hati dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh Arif Aiman menjadikannya idola ramai peminat bola sepak muda di Malaysia.

Ads

Dalam usia 23 tahun, dia bukan sahaja sudah memenangi pelbagai anugerah, tetapi juga memperkukuh kedudukannya sebagai pemain penting dalam landskap bola sepak tempatan.

Dengan misi peribadi yang belum selesai, dan impian untuk terus mengukir nama bersama JDT, Arif Aiman membuktikan bahawa kerja keras dan kesetiaan mampu membawa seseorang ke puncak kejayaan dan tetap lapar untuk lebih lagi.

Sumber : Facebook HarimauMalaya

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI