Jean Paul Gaultier sekali lagi mencetuskan gelombang baharu dalam dunia wangian lelaki dengan pelancaran Le Male Elixir Absolu pada tahun 2025.
Wangian ini bukan sekadar satu lagi variasi, tetapi sebuah evolusi yang membakar semangat, direka untuk lelaki yang yakin, berkarisma dan tidak gentar untuk menonjolkan keunikan diri.
Le Male Elixir Absolu menjanjikan sebuah pelayaran olfaktori yang memikat, menggabungkan kehangatan dan kesegaran dalam satu botol emas yang mewah.
Dari pandangan pertama, botol ikonik berbentuk torso lelaki yang disaluti emas memberi gambaran bahawa ini adalah sesuatu yang istimewa.
Pembungkusan yang premium ini mencerminkan intipati wangian di dalamnya – kaya, sensual, dan penuh dengan daya tarikan. Ia bukan sekadar minyak wangi, tetapi sebuah perhiasan berharga yang melambangkan kemewahan dan keunggulan.
NOTA HARUMAN
Perjalanan bermula dengan nota atas plum yang ‘pedas’, memberikan pembukaan yang berani dan menggoda. Keunikan buah plum ini memberikan sentuhan moden dan tidak konvensional, membezakannya daripada wangian lelaki tipikal.
Kemudian, hati wangian ini mendedahkan lavender yang ikonik, tetapi ditafsir semula dengan kehangatan dan sensual yang membara. Lavender di sini bukan lagi sekadar nota klasik, tetapi satu elemen yang diperkaya dan diperhalusi.
Ads
Akhirnya, wangian ini berlabuh pada nota asas tonka bean yang membara. Ia diperkuat dengan amber dan balsam yang membelai kulit dengan kehangatan yang memikat.
Gabungan ini mencipta kesan yang tahan lama dan tidak dapat dilupakan, meninggalkan jejak magnetik yang menarik perhatian sesiapa sahaja yang menghampiri.
Elemen utama wangian ini adalah buah-buahan, kemanisan, amber, vanila, aromatik, pedas hangat, lavender, kayu manis, pedas segar dan balsamic. Lalu menjadikannya sebagai haruman kompleks dan pelbagai.
Apa yang menjadikan Le Male Elixir Absolu begitu menarik adalah fleksibilitinya. Walaupun ia memiliki kedalaman dan kekayaan, ia juga cukup serba boleh untuk dipakai dalam pelbagai situasi.
Ads
Sama ada malam romantis hingga acara formal dengan unjuran dan ketahanan yang hebat sepanjang hari tanpa pudar.
PILIHAN BAIK
Secara keseluruhannya, Le Male Elixir Absolu adalah wangian yang berani dan memikat yang pasti akan menarik perhatian.
Ia merupakan pilihan yang sangat baik untuk lelaki yang mencari wangian yang unik, sensual, dan tahan lama.
Ads
Walaupun terdapat beberapa perdebatan mengenai keperluannya sebagai variasi baharu, tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah ciptaan yang berkualiti tinggi dan menarik.
Memberi kesegaran maksima pada kulit wajah lelaki. Tidak sekadar memberi kelembapan malah memulihkan kulit dari dalam dan memberi perubahan secara keseluruhan dari aspek kualiti kulit dengan membasmi kelesuan dan keletihan yang diekspresikan oleh wajah akibat seharian bekerja serta mengurangkan garis halus selain membaiki tona kulit agar lebih sekata.
RAMBUT TIDAK TERURUS?
Bad Lab Like A boss
Mampu buat rambut tampak lebih kemas mengikut stail dan gaya anda. Clay rambut yang mempunyai garapan ‘fluidipure’ 8G yang merupakan ‘biometric’ aktif agar dapat mengelakkan iritasi pada kulit kepala dan rambut serta menjadikan rambut kelihatan stail dan segar.
RAMBUT BERMINYAK DAN BUSUK?
Schwarzkopf Profesional BC Scalp Therapy Deep Cleansing Shampoo
Nyata syampu yang membersihkan secara mendalam sehingga ke akar rambut agar membasmi kekotoran dan minyak akibat udara kotor. Kaya dengan panthenol, glycerin, asid amino dan vitamin B3 untuk melembut dan memberi kesegaran pada rambut.
WAJAH TIDAK BERMAYA?
Kiehl’s Ultra Facial Overnight Hydrating Masque
Memberi hidrasi berpanjangan pada kulit wajah kusam agar tampak lebih segar dan bermaya. Ia dirumuskan khas untuk semua jenis kulit agar kulit tampak lebih sihat.
BADAN BERBAU BUSUK?
Jack Black Cool CTRL Natural Deodorant
Bukan sekadar deodorant biasa yang hanya memberi perlindungan sementara. Mempunyai formula ‘free-alumunium’ yang hadir dalam teknologi membasmi bau badan, ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria secara semula jadi untuk menghalang bau badan yang ketara untuk kesegaran sepanjang hari.
Biotherm Homme Aquafitness Shower Gel
Memberi kesegaran nyata buat tubuh dan rambut secara maksima. Hadir bersama sensasi haruman yang ‘fresh’ dan nyaman pasti buat diri anda rasa paling istimewa kala dibelai lembut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang tak sedar sebenarnya lelaki berambut panjang mempunyai satu tarikan yang luar biasa di mata wanita.
Lihat sahaja aktor, penyanyi serta rockers di seluruh dunia. Dengan gaya rambut panjang itulah mereka berjaya membuatkan ramai wanita histeria menyebut nama mereka.
Melangkah ke situasi keraimaian, jejaka berambut panjang seakan mempunyai magnet yang kuat sehingga ramai akan memerhatikan setiap gerak langkah mereka.
Jelas sekali Chris Hemsworth versi rambut panjang jauh lebih bergaya dan tampan!
Jadi perkara ini bukanlah auta tetapi auta! Namun kalau anda yang mempunyai rambut panjang tapi tak pandai menggayakannya maka amat rugilah.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 15 jenis gaya rambut panjang yang boleh membuatkan hati wanita bergegar bagaikan deruman enjin kereta berkuasa tinggi!
Kepada anda yang berkira-kira ingin menyimpan rambut panjang mungkin 15 gaya di atas boleh dicuba. MASKULIN dengan yakin boleh katakan penampilan serta persona anda akan berubah 100%.
Ada satu perkara yang tak dapat kita ungkapkan terhadap jejaka berambut panjang. Ia satu misteri yang hanya orang berambut panjang sahaja yang faham dan rasa.
Selamat mencuba ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak semua orang dikurniakan kelebihan mempunyai ketinggian. Tapi jangan silap sangka kerana ramai orang yang rendah sebenarnya sangat hebat.
Ya tak dapat dinafikan kebanyakan wanita lebih cenderung memilih atau mendambakan seorang kekasih yang lebih tinggi daripada dirinya. Namun pernah tak dengar orang tua-tua cakap, jika isteri lebih tinggi rezeki pasangan itu lebih murah.
Dengar boleh tapi percaya jangan. Hehe.
Rami juga selebriti dan tokoh terkenal yang tidak memeliki ketinggian sangat popular di kalangan wanita. Nama-nama seperti Daniel Radcliffe, Jason Statam, James McAvoy dan ramai lagi merupakan antara selebriti yang tak berapa tinggi tapi sangat popular.
Pernah tengok cara memereka berpakaian dan bergaya. Sekali imba memang tak perasan yng mereka sebenarnya soerang lelaki yang rendah. Nak tahu apa rahsianya? Jom ikuti 7 trik bergaya khas untuk anda yang bersaiz kecil nampal lebih tinggi.
PAKAI WARNA MONOKROM
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang menggunakan tema warna monokrom. Maksud monokrom di sini ialah anda memakai pakaian yang menggunakan satu warna untuk satu jenis pakaian. Contohnya jika anda pakai baju putih pastikan seluar lebih terang seperti warna hitam atau biru. Pastikan warna seluar lebih terang daripada baju.
Seluar jenis baggy atau mempunyai ukuran pinggang rendah perlulah anda elakkan. Menggunakan seluar baggy akan membuatkan anda nampak lebih rendah dan memendekkan garis kaki. Pastikan juga anda tak memakai seluar yang mempunyai ‘cawat’ labuh.
MEMAKAI BLAZER
Ya, memakai blazer yang sesuai mampu memberikan imej anda lebih tinggi. Tapi carilah blazer yang mempunyai saiz slim fit dengan badan anda. Jika anda berdiri sentiasa pastikan anda mengenakan butangnya. Ia akan memberikan gambaran slim yang menampakkan dada anda lebih bidang sekaligus lebih tinggi.
TUKANG JAHIT
Untuk pakaian tertentu seperti sut, baju melayu dan seluar kerja seeloknya ada menempahd engan tukang jahit. Ini kerana saiz seluar yang terdapat di pasaran biasanya tidak sesuai untuk anda yang rendah. Ini kerana ration saiz pinggang dan ketinggian yang disediakan biasanya tak sesuai dengan anda. Jika menempak dengan tukang jahit anda akan perolehi pakaian yang benar-benar fit dengan badan.
LABUH BAJU
Selain seluar yang baggy anda juga perlu elak memakai baju bersaiz besar. Dan antara yang penting sekali jangan pakai t-shirt yang mempunyai labuh melebihi parasatulang pinggul. Baju yang terlalu labuh akan membuatkan kaki anda nampak lebih pendek.
LENGAN BAJU PENDEK
Anda ada lengan yang berotot? Usah terlalu obses untuk tayangkan otot anda kepada umum kerana lengan terlalu pendek hanya membuatkan anda nampak lebih pendek. Jika lengan anda nampak pendek, badan anda juga akan nampak sama.
TERLALU BANYAK AKSESORI
Untuk nampak lebih tinggi anda dinasihatkan tidak terlalu sarat menggunakan aksesori seperti rantai, kepala tali pinggang yang besar, gelang besar dan juga kasut yang berwarna terlalu terang. Penggunaan aksesorui yang banyak hanya menampakkan anda lebih pendek. Ingat, anda harus simple dan bersahaja untuk berikan ilusi dan tampil lebih tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.