Menamatkan zaman bujkang merupakan satu perkara dan peristiwa yang cukup besar bagi seorang lelaki. Bermula selepas ijab kabul maka dia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar bagi menjaga dan memberi nafkah sebaiknya kepada isteri.
Dalam perkahwinan antara perkara paling penting dalam rukun nikah ialah ijab kabul. Dan dalam ijab kabul lelaki diwajibkan memberikan mas kahwin kepada bakal isterinya.
Jika di negara kita setiap negeri telah menetapkan nilai mas kahwin yang tersendiri. Jadi kepada anda yang berura-ura nak kahwin sila ketahui nilai mas kahwin ya.
Berbeza pula kisahnya dengan negara jiran kita iaitu Indonesia. Sepasang pengantin baru yang baru berkahwin telah memilih cendol sebagai salah satu mas kahwin mereka.
Ini memang sangat unik!
Ads
Menerusi beberapa buah video perkongsian yang di muat naik olegh seorang pengguna Facebook, Bagus Yudhistira, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung dengan cukup meriah walaupun dalam suasana serba sederhana.
Berdasarkan video tersebut akad nikah telah digalas oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin surah Al-Ikhlas dan segelas cendol.
Dengan haya sekali lafaz sahaja, pengantin lelaki kelihatan tersenyum dengan kelancaran ijab kabul yang dilaluinya.
Masih ingat remaja lelaki berusia 19 yang ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan ‘powerbank’ di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka?
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya oleh ibu mangsa, Suriah Rahim, 48, dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri. Kejadian disedari ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali memaksa pintu dibuka dengan kunci pendua.
Penggunaan powerbank yang tidak mempunyai sistem perlindungan litar pintas mampu menyebabkan kematian sekiranya berlaku litar pintas ketika digunakan walaupun ianya tidak bersambung pada punca suis elektrik.
Kematian boleh terjadi disebabkan pengaliran arus pada jantung akibat litar pintas di dalam power bank. Ramai orang salah anggap, mereka menjangkakan voltan rendah seperti 12 Volt itu tidak mungkin membunuh, sedangkan hakikatnya voltan tidak menyebabkan kematian sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca maut.
“Thermal runaway berlaku dalam masa amat singkat dan apabila bersentuhan dengan badan, ianya boleh mengakibatkan kesan melecur pada kulit serta kesan yang lebih teruk”
“Sebab itu, masyarakat tidak digalakkan meletakkan powerbank berhampiran dengan tubuh bagi mengelakkan kecederaan akibat litar pintas serta tidak terpengaruh dengan harga powerbank yang terlalu murah kerana dikuatiri tiada sistem perlindungan litar pintas.
Ini tip membeli powerbank agar anda tidak mudah tertipu
Jikalau anda merupakan pengguna aktif peranti mudah-alih seperti kami, mungkin kebiasaan bateri telefon pintar anda akan bertahan sekitar sekitar 9 jam sahaja. Perkara ini sering menganggu, terutamanya apabila kita bekerja di luar. Sebagai alternatif untuk anda telefon pintar anda terpadam sebegitu sahaja, dan untuk kekalkan bateri telefon anda, salah satu peranti yang boleh membantu adalah powerbank.
Powerbank boleh dikatakan sebagai salah satu pengecas bateri mudah-alih, dan pelbagai pengeluar menawarkannya di pasaran. Kebanyakkannya boleh dikatakan hadir dari China, disamping beberapa pengeluar peranti seperti Nokia, Sony, Xiaomi dan lain-lain turut menawarkan powerbank jenama mereka tersendiri.
Dengan pelbagai penawaran ini, semestinya ia mungkin membuatkan anda sedikit sukar dalam membuat keputusan untuk membuat pembelian powerbank anda. Jadi, apakah antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian sebelum membelinya?
Output yang dikeluarkan oleh sesuatu powerbank adalah salah satu perkara yang perlu diketahui sebelum anda membelinya, dan ia juga bergantung kepada peranti yang anda akan gunakannya untuk tujuan pengecasan.
Boleh dikatakan kebanyakkan telefon pintar hari ini boleh menerima pengecasan pada kadar 1A, dan beberapa telefon pintar yang menerima lebih daripadanya. Sebagai contoh, telefon pintar yang dilengkapi dengan sokongan Qualcomm Quick Charge boleh menerima kuasa pengecasan sehingga 2A melalui port USB – sekaligus membuatkan masa pengecasan menggunakan powerbank lebih pantas berbanding kebiasaan.
Selain telefon pintar, beberapa tablet juga boleh menerima kuasa pengecasan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, iPad tidak boleh dicas pada kuasa 1A, dan memerlukan lebih daripadanya. Beberapa powerbank turut hadir dengan dua port pengecasan, dimana kebiasaannya pada 1A dan juga 2.1A.
Disamping output, bagaimana input ataupun bagaimana sesuatu powerbank dicas juga perlu diberi perhatian. Terdapat beberapa powerbank yang memerlukan kabelnya tersendiri dan tidak menggunakan kabel USB biasa untuk pengecasan. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai memandangkan perlu menguruskan satu lagi kabel tambahan untuk disimpan.
Beberapa penjual powerbank juga turut menyarankan untuk menggunakan kabel yang didatangkan bersama-sama peranti yang dibeli untuk dihubungkan antara peranti dengan powerbank.
Kapasiti simpanan juga memainkan peranan penting dalam membuat pembelian powerbank anda. Secara kasarnya, boleh dikatakan dimana powerbank dengan kapasiti storan tenaga lebih tinggi akan bersaiz lebih besar dan lebih berat. Perkara ini mungkin memerlukan anda memilihnya berdasarkan kepada kemudahan anda membawanya ke mana-mana, dan tidak terganggu dengan saiz powerbank yang besar.
Disamping itu, dengan kapasiti bersaiz besar, ia juga akan mengambil masa pengecasan powerbank yang lebih lama untuknya – tetapi boleh digunakan untuk mengecas peranti beberapa kali berbanding dengan kapasiti bersaiz kecil.
Sering kali ramai yang membuat pengiraan berdasarkan kapasiti simpanan powerbank dan juga kuasa bateri telefon pintar. Pengiraan ini boleh dikatakan agak kurang tepat disebabkan kadang-kala kuasa hilang dalam sesetengah proses, selain mana kadang-kala powerbank turut digunakan bukan hanya ketika telefon pintar kehabisan bateri sepenuhnya.
Dengan lambakan powerbank di pasaran pada hari ini, jenama dan keaslian powerbank tersebut sendiri perlulah diberi perhatian. Terdapat beberapa penjual yang menjual powerbank tiruan yang mana hadir dengan bateri berbentuk alkali dan tidak bertahan lama. Ia juga boleh dikatakan agak membahayakan peranti anda sendiri.
Untuk memastikan anda membeli pengecas asli, mungkin anda boleh mendapatkan powerbank tersebut daripada penjual atau pengedar rasmi sesuatu jenama, ataupun membeli terus melalui kedai-kedai mereka.
Kebanyakkan pengeluar peranti mudah-alih, seperti Sony, BlackBerry, dan sebagainya mempunyai powerbank mereka tersendiri. Jikalau inginkan sesuatu yang murah, mungkin anda boleh mendapatkan powerbank daripada pihak Xiaomi yang ditawarkan pada harga RM36 untuk kapasiti 10400mAh.
Lain-lain perkara yang turut boleh diberikan perhatian oleh anda ketika ingin membeli sesuatu powerbank adalah termasuk bilangan port yang disediakan untuk pengecasan, dan beberapa ciri-ciri tambahan. Powerbank berasaskan Li-Polimer juga dilihat lebih selamat dan mempunyai kadar kehilangan cas yang rendah berbanding beberapa powerbank lain.
Pengguna juga mungkin boleh memberikan perhatian kepada beberapa ciri-ciri keselamatan dan keserasian dengan peranti yang disertakan pada sesuatu powerbank sebelum membuat pembelian – untuk mengelakkan ia merosakkan peranti anda, ataupun meletup secara tiba-tiba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anak kecil ibarat kain putih yang suci. Kitalah yang mencorakkannya supaya menjadi satu helaian yang indah dah bermutu. Ye memang benar anda mungkin menempuhi hari-hari yang memenatkan di pejabat, tekanan, keletihan melayan kerenah bos mahu pun akibat kos hidup yang semakin mencekek leher kita.
Mari kita lihat perkongsian dari saudara Ahmad Mohamad difacebooknya kenapa dia berusaha utuk tidak menengkin dan pukul anak-anak kecilnya
Mula-mula tengking kita harap mereka akan berubah, kali kedua kita tengking kita anggap mereka sudah degil sebab ulang kesilapan yang sama,ketiga kita tengking perasaan benci mula akan wujud dan kita akan mula bersikap ganas.
Sebab itu ada yang tengking dan sepak terajang anak. Kita akan mula jadi stess dan hilang kawalan emosi. Tengking dah la kuat,terkejut anak. Ada yang sampai menggigil sebab terlalu takut. Akhirnya kita akan menyesal tengok mereka,ketakutan,menderita,luka.
Mereka mula tersangat takut kepada kita. Tiada keyakinan diri,akan mula tidak respect kita. Akan sembunyikan kesalahan mereka. Dan paling bahaya mereka akan mula memberontak dan bertindak kasar terhadap orang lain. Sebab itu kalau kita tanya budak kaki buli kebanyakkan dari mereka memang pernah ditengking,sering dipukul oleh ibu bapa.
Mereka yang dibesarkan dalam suasana sering ditengking,dipukul,tidak pernah dihargai,sentiasa dihukum,boleh jadi Mereka akan lakukan perkara yang sama terhadap isteri dan anak-anak. Boleh jadi mereka akan alami penyakit Major Depressive disorder(MDD) Pasti isteri akan terkejut kenapa suami tiba-tiba berubah. Terkejut tiba-tiba suami senang gila naik tangan,naik kaki ketika marah. Suami lagi terkejut kenapa isteri yang sebelum ini nampak pendiam,romantik,peramah akhirnya jadi ganas dalam mendidik anak-anak.
Nampak tak kesan jika kita sering tengking,pukul anak-anak. Sebenarnya kita perlu selami jiwa anak-anak. Jiwa mereka sangat sensitif dari perbuatan dan percakapan kita. Sangat kurang bertindak dari arahan. Jangan kita fikir anak-anak akan mudah ikut apa sahaja arahan kita,sebaliknya tunjukkan AKHLAK dan PERCAKAPAN yang baik ketika bersama mereka. Anak-anak mudah terdidik dari pemerhatian mereka terhadap kita
Betapa hari ini masyarakat perlu didikan cara Nabi muhammad s.a.w. Lihat hadith ini,Nabi s.a.w tidak pernah pukul atau tengking kanak-kanak (hadith ini saya belajar dari guru yang saya sayangi sheikh mohib khouli).
Apa kata annas bin Malik R.hu. Waktu ini umur beliau antara 10-11 tahun.“Pernah suatu hari Rasulullah menyuruh saya ke pasar, Sebelum berangkat saya bermain dulu dengan anak anak lain dijalanan. Ketika sedang asyik bermain, aku merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan menyentuh bajuku dengan lembut, lantas aku menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah saw.
Sambil tersenyum beliau bertanya “kenapa belum berangkat lagi, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab,” ya, aku akan berangkat sekarang wahai Rasulullah”,
Demi Allah, selama sepuluh tahun aku berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w, tidak pernah sekalipun beliau memarahiku”.
Tidak ada sesiapa pun yang tidak merasa sakit apabila berlaku kecurangan pada pasangan. Ternyata sukar untuk memaafkan pasangan dan melanjutkan hubungan. Alasannya kerana terlanjur cinta. Memaafkan memang suatu hal yang positif, tapi kamu jangan mudah untuk memaafkan, prosesnya pun seharusnya sangat rumit. Paling tidak, sebelum kamu benar-benar mengambil keputusan untuk teruskan hubungan, cuba tanyakan lima pertanyaan ini kepada pasangan.
Kamu yakin kecurangan yang diketahui itu ialah pertama kali dilakukannya? Cuba tanyakan soalan ini!
“Sebelumnya, kamu pernah jalin hubungan lain?”
Biasanya, jika seseorang sudah pernah curang, dia ketagihan untuk melakukannya. Pelajaritanda-tanda orang yang berbohong, kemudian ketahui secara langsung jawapannya dari dia. Pertimbangkan sakit hati lagi di kemudian hari kerana pasangan curang. Betul?
“Jawab yang jujur, kamu kenapa curang?”
Semua hal yang ada di dunia ini pasti terjadi kerana alasan. Maka dari itu, ketahui alasan kenapa dia curang. Bila kamu merasa tidak ada yang salah dengan diri, wajar bagimu untuk menanyakan hal tersebut. Kalau dirasakan alasannya cukup masuk akal walaupun kadang kala kita merasa tidak ada yang masuk akal soal curang maka maafkanlah dia.
“Apakah kamu menyesal?”
Bila kamu tahu alasan kenapa boleh berlaku curang, kamu pasti dapat menemukan adanya penyesalan. Kalau dia khilaf pasti akan ada kata-kata bernada penyesalan. Beza cerita kalau dia sama sekali tak terlihat adanya rasa penyesalan.
“Sudah sejauh mana hubungan awak dengan dia ?”
Ketahui sudah sejauh mana hubungan dia dengan orang ketiga. Kamu harus pandai melihat mimik muka wajah dan cara penyampaian kata dia. Jika kamu menemui hubungannya sudah jauh dan sudah cukup lama, boleh jadi hubungan anda sudah sulit untuk dilanjutkan kembali.
“Kalau kamu ketahui berlaku kecurangan lagi, apa yang bakal kamu lakukan?”
Pertanyaan tersebut harus kamu lontarkan. Bukan apa-apa, hanya untuk pemberi jaminan saja. Jadi ketika hal tersebut terjadi lagi di masa depan, kamu benar-benar boleh bersikap tegas.
Kesimpulannya, jangan mudah memaafkan orang yang curang. Jadilah orang yang lebih skeptis. Curang sama saja dengan khianat, dan kamu tidak sepatutnya mendapatkan itu sebagai bayaran dari kesetiaan. Kadang, maaf tak akan membawa kebaikan sama sekali dan _menjadi penyebab bagi seseorang untuk melakukan kesalahan sama di masa akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.