
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, telah memulakan Jelajah MISI 5.
Ia merupakan satu siri jelajah ke seluruh negara yang memperkenalkan model kedua Proton e.MAS. Kenderaan elektrik (EV) mampu milik ini bakal menjelajah ke 13 buah negeri dan 29 bandar dari Ogos hingga Oktober 2025.
Ini secara tak langsung memberi peluang kepada orang ramai melihat dan merasai kecanggihan e.MAS 5 sebelum pelancaran rasmi pada hujung tahun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, “e.MAS 7 merupakan EV paling laris di Malaysia setakat ini, dan kami percaya cara paling berkesan untuk membina keyakinan terhadap e.MAS 5 adalah dengan memberi peluang kepada orang ramai merasainya sendiri.”
“Proton e.MAS 5 direka khas untuk memenuhi keperluan golongan muda di bandar, keluarga dan mereka yang ingin beralih kepada kenderaan EV. Menerusi Jelajah MISI 5, kami ingin mendekati golongan ini di setiap wilayah,” tambahnya lagi.
Jelajah MISI 5 menampilkan pameran bergerak di lokasi pelancongan popular dan bilik pameran Proton e.MAS terpilih.
Model ini mempamerkan reka bentuk moden, ruang simpanan luas, teknologi pintar seperti kawalan pra-penyejukan dan pengecasan pantas sehingga 80 peratus.
Dengan reka bentuk yang fleksibel, e.MAS 5 sesuai untuk keperluan harian sama ada membawa peralatan sukan, barangan dapur, stroller atau peralatan percutian.
Beberapa personaliti tempatan akan menyertai jelajah ini untuk menunjukkan kepelbagaian fungsi e.MAS 5.
Di Lembah Klang, pereka fesyen dan personaliti TV Karl Shafek akan menukar e.MAS 5 menjadi studio solekan bergerak sempena KL Fashion Week. Di Selatan, Johan Eskandar akan meneroka tapak warisan dan lokasi mesra haiwan peliharaan.
Di Utara, Soyabelacan akan memasak hidangan istimewa terus dari ruang simpanan hadapan kereta. Di Pantai Timur, pelukis mural Zameer Paintbrush akan menjadikan kenderaan ini sebagai kanvas seni bergerak. Di Sabah dan Sarawak, Ain Ramli akan menguji teknologi e.MAS 5 melalui siaran langsung bertema seram.
Jelajah ini bermula di Lembah Klang dari 9 hingga 17 Ogos dengan hentian di lokasi ikonik seperti Batu Caves, Masjid Wilayah Persekutuan, Pasar Seni, Avenue K dan Jambatan Saloma.
Pratonton eksklusif turut diadakan di bilik pameran Proton e.MAS terpilih di Shah Alam, Setia Alam, Glenmarie, Puchong, Sri Kembangan, Balakong, Kajang, Putrajaya, Cheras, Jalan Tun Razak, Segambut, Setapak, Rawang, Damansara, Petaling Jaya dan Jalan Klang Lama.
BACA: 6 Cara Mudah Bakar 500 Kalori Sehari Tanpa Beban!
Kempen ini menggambarkan aspirasi PRO-NET untuk membawa teknologi mobiliti lestari lebih dekat dengan rakyat Malaysia.
Ia bukan sahaja pratonton kenderaan baharu, tetapi juga platform untuk menghubungkan jenama dengan komuniti melalui aktiviti yang menggabungkan teknologi, seni, budaya dan gaya hidup moden.
Maklumat lanjut tentang jadual penuh Jelajah MISI 5 boleh diikuti di saluran media sosial rasmi Proton e.MAS di Facebook, Instagram, TikTok dan Xiaohongshu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.