Buat penggemar fesyen yang mengikuti perkembangan terkini pastinya sudah tidak asing lagi dengan jenama eyewear popular berasal dari Korea Selatan, Gentle Monster.
Di antara kolaborasinya yang cukup dikenalui ramai adalah bersama Jennie dari grup Blackpink di mana setiap keluarannya laku keras dan sentiasa sold out.
Terbaru, Gentle Monster secara rasminya telah tiba di Malaysia sekali gus menandakan pengembangan globalnya di Asia Tenggara secara amnya.
Ads
Butik pertama Gentle Monster Kuala Lumpur akan membuat penampilan hebatnya di The Exchange TRX pada 29 November 2023 dengan mengetengahkan pengalaman runcit revolusioner yang belum pernah dilihat sebelum ini di pasaran.
Pengenalan butik ini turut mengetengahkan hasil kolaborasi jenama dengan D’heygere dan Maison Margiela, serta dengan Koleksi Optikal terkini mereka untuk tahun 2024.
Ads
Koleksi ini menampilkan barisan cermin mata yang unik, dikenali dengan hiasan logam yang berani dan berkelas. Koleksi Optikal 2024 ini telah menarik perhatian global dengan kempen ‘GENTLE HIGH SCHOOL’ yang menampilkan pelakon Nana Komatsu dan pemuzik Shinichi Osawa.
Ads
Butik eksklussif Gentle Monster Kuala Lumpur akan mula dibuka untuk pertama kalinya pada 29 November 2023, dengan waktu operasi dari 11:00 pagi hingga 8:00 malam. Mulai 30 November, ia akan dibuka dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam di G.12A, Aras Bumi di The Exchange TRX.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada ketikanya seorang lelaki memang memerlukan sepasang sut lengkap yang baik dan sempurna. Terutamanya bila menghadiri majlis-majlis rasmi melibatkan kerja dan juga aktiviti sosial di lokasi-lokasi eksklusif.
Bagi MASKULIN, setiap lelaki wajib memiliki sekurang-kurangnya sepasang sut kerana kita tak tahu bila ia akan diperlukan.
Namun pernahkah anda mengambil kira bagaimanakah untuk memilih sepasang sut yang sempurna mengikut saiz badan dan cara pemakaiaanya?
Setiap orang mempunyai gaya dan cita rasa masing-masing namun ada sesetengah perkara yang tak boleh dilakukan apabila memakai sut.
Di dalam artikel ini MASKULIN akan kongsi beberapa tip untuk anda patuhi bila menggayakan sut.
Apabila memakai blazer yang mempunyai dua butang anda harus titik beratkan satu perkara. Jangan sesekali anda mengetatkan kedua-dua butang terutamanya yang paling bawah. Biarkan butang bawah sentiasa terbuka kerana ia memberikan gaya yang lebih fleksibel. Selain itu ia juga memudahkan anda bergerak.
Jangan jadi mangsa tersasalah pilih saiz. Antara beberapa perkara yang anda harus ambil kira sebelum membeli sut ialah bahagian bahu, trouser break, mid section dan kepanjangan lengan. Anda boleh rujuk saiz sesuai dengan tukang jahit atau juru jual bagi sut ready made.
Ia satu rule yang cukup mudah. Jika anda memakai kasut berwarna coklat pastikan tali pinggang juga mempunyai warna yang sama. Anda tak perlu warna yang tepat sama, tapi cukuplah nampak lebih kurang. Jangan sesekali guna kombinasi hitam dan coklat untuk kasut dan tali pinggang.
Apabila anda ingin duduk jangan lupa untuk buka butang blazer. Bila berdiri ketatkan semula butang bila perlu.
Perkara yang kecil boleh memberi impak sangat besar. Contohnya ukuran lengan blazer anda. Pastikan ukurannya setengah inci lebih pendek daripada kemeja yang anda pakai di bahagian dalam. Contohnya bila anda berdiri, bahagian lengan itu berada betul-betul di pergelangan tangan.
Ramai lelaki yang lupa untuk membuka jahitan pada bahagian vent sebelum melangkah keluar dari rumah. Apabila membeli sut baru kebiasaannya terdapat jahitan di bahagian belakang dan tepi poket.
Ini juga satu perkara yang sering dilakukan oleh ramai lelaki. Apabila menggayakan sut jangan sesekali penuhkan poket seluar atau blazer. Ia memberi gambaran yang tidak cantik kepada penampulan anda. Bawa apa yang perlu sahaja. Simpan telefon pintar di bahagian poket dalam blazer.
Apalah gunalah memakai sut yang cantik tetapi bila pandang ke bawah kasut tak berkilat. Sebelum hadiri majlis anda boleh luangkan sedikit masa untuk kilatkan kasut dahulu. Paling malas sekalipun pergilah ke mana-mana tukang pengilap kasut.
Lelaki zaman sekarang seakan sudah menjadi seperti perempuan yang sarat dengan pelbagai aksesorui. Jika memakai sut cukuplah anda memakai jam tangan sahaja sebagai pelengkap. Dan jangan pakai jam sporty. Padankanlah dengan jam bertali besi atau kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Industri fesyen Malaysia dinihari kian rancak melakar sejarah. Kita punya legasi besar seperti Datuk Jimmy Choo serta Dato’ Bernard Chandran yang mencipta nama di luar negara. Namun, adakah pereka fesyen khususnya pereka baru hari ini memahami erti sebenar panggilan pereka fesyen itu?
Hari ini semua orang mahu menjadi pereka fesyen. Tidak kira dari segi apa, semuanya mahu berkarya dalam industri fesyen. Sama ada lelaki mahupun perempuan, masing-masing bersaing untuk menjadi yang terbaik dan mahu mencipta karya artistik yang unik dan akhirnya membawa mereka ke dimensi populariti yang tak pernah dijangka. Saya kira di Malaysia sudah ramai yang berani mempamerkan helaian baju mahupun tudung dari pelbagai warna, rekaan, pilihan fabrik mahupun function sesuatu design itu. Apa yang menjadi persoalannya, setakat mana nilai kualiti sesuatu design itu, dan sejauh mana setiap pereka fesyen khususnya pereka muda itu mampu untuk berdiri kukuh dalam industri fesyen Malaysia?
FASHION IS BUSINESS, BUSINESS IS MONEY
Sejujurnya bagi saya, untuk menjadi seorang fashion designer berbeza dari seorang successful or good designer. Dua istilah yang berlainan. Hingga hari ini, barangkali ramai yang keliru dengan dua istilah ini. Mereka mungkin meminati fesyen, tapi hanya untuk populariti tanpa memikirkan nilai etika dalam dunia fesyen. Dan ada pula yang menceburi bidang fesyen hanya untuk mengaut keuntungan. Apa yang paling merugikan apabila mereka yang mempunyai ilmu dalam fesyen dan minat yang mendalam dalam seni reka fesyen, tetapi langsung tidak tahu bagaimana untuk menjual mahupun mengaut keuntungan hasil daripada rekaan mereka. Untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya, ia bukan sahaja tertumpu pada satu aspek, malahan ia melibatkan beberapa aspek yang lain. Maksud saya, ia bukan tertumpu mengenai ilmu fesyen itu semata-mata. Bukan hanya melibatkan ilmu menjahit, pattern drafting, fabrikasi, pilihan warna, mahupun ilmu drape. Ya! Memang benar, untuk menceburi bidang ini, anda harus menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Tetapi kita harus melihat dari sisi ideologi yang berbeza untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya. Anda harus sedar, apabila anda menjadi seorang fashion designer, maka secara tidak langsung ia meletakkan anda sebagai seorang entrepreneur. Jadi, mahu atau tidak, anda harus tahu mengenai segala elemen wajib dalam konteks dunia business itu sendiri.
How well do you manage your business? How good you control your cash flow? I mean cash in and cash out? How confident do you feel in your ability to manage them?
Kadang-kala, apabila berbicara mengenai ilmu yang mempunyai kaitan dengan ilmu business ini, bunyinya sedikit bosan. Finance, account, marketing, income statement, balance sheet dan sale.Tetapi, inilah hakikatnya. Realiti. Ini adalah perkara asas yang begitu penting dalam menjadikan hayat sesuatu perniagaan itu berada dalam jangka masa panjang dan mampu untuk bersaing dengan jenama yang lain. Fashion is business, and anything that related to business is in monetary terms. Cash! Jadi, begitu penting adanya team yang bagus dan memahami konsep perniagaan anda dengan fasih. Fashion designer itu sudah meletakkan anda sebagai seorang ketua dalam sebuah organisasi itu. Sebagai seorang ketua, semua aspek di atas ini harus diberi penekanan yang tinggi supaya setiap keputusan mahupun cadangan dibuat dalam kondisi yang relevan. Work smart not work hard. Saya begitu tertarik mengenai isu yang berlaku pada jenama mewah Burberry dan Mulberry yang pernah mendapat “profit warning” pada tahun lalu. Jelas, bukan? Alangkan jenama ini yang saya kira sudah senior dalam arena fesyen seantero dunia, juga menghadapi masalah tentang tahap penjualan mereka. Pada tahun 2015, sekali lagi dari kelompok “high-end brands”, jenama Michael Kors, juga menghadapi situasi yang sama di mana peratusan jualan merudum beberapa bulan pada tahun 2015. Ini secara tidak langsung menjejaskan imej jenama-jenama ini sebagai salah satu jenama mewah dalam dunia fesyen. Apa yang penting, setiap pelan yang dibuat dalam sebuah organisasi itu harus telus dan kukuh. Saya percaya pelan yang sistematik dapat menjana strategi yang efektif. Itu yang paling penting.
DEFINISI FESYEN
Sejauh mana setiap pereka kita khususnya pereka baru/muda yang memahami definisi fesyen itu sendiri? Sedalam mana mereka mengerti maksud fesyen itu mengikut kefahaman mereka? Dalam konteks ini saya percaya setiap pereka punya perspektif dari sisi yang berbeza mengenai maksud fesyen itu sendiri.
“Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening” – Coco Chanel
“Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself” – Oscar de la Renta
Mungkin sesetengah pereka menginterpretasikan maksud fesyen itu sebagai salah satu cara untuk mereka berkongsi mengenai rasa, emosi, perasaan mereka dalam bentuk yang artistik. Maka, ia lebih jelas dilihat dalam setiap perincian rekaan. Termasuklah dari segi fabrik, tekstur, dan juga pilihan warna. Apa-apa pun, sebagai seorang pereka fesyen, anda harus tahu maksud fesyen kerana bagi saya itu adalah perkara asas yang wajib difahami. Dari situ, barulah pelbagai idea rekaan dapat direka dan akhirnya dapat mempersembahkan sebuah rekaan yang menarik dan berkualiti tinggi.
TENTANG INDUSTRI
Saya percaya industri fesyen hari ini begitu sengit. “ Cut-throat industry”. Setiap masa pasti ada pereka baru yang hadir bersama rekaan masing-masing. Terutamanya pereka baru. Hadir dengan ideayang mistik mencipta seni yang artistik, mempersembahkan karya yang penuh inovatif dan kreatif. Fresh and young.Talented and gifted. Namun, ada juga yang hadir dengan rekaan yang begitu membosankan. Erti kata lain, copy & paste karya pereka sedia ada. Tidak kira rekaan pakaian mahupun aksesori seperti tudung, rekaannya seperti asal boleh sahaja. Langsung tidak menitikberatkan unsur etika dalam seni reka. Tapi dek kerana branding nya begitu kuat, sekelip mata menjadi pujaan ramai. Saya maksudkan instant designer. Menjadi suatu trend hari ini di mana kebanyakan selebriti mahu mencuba nasib dalam industri fesyen. Percaturan mereka hanya demi keuntungan serta mencari fame semata-mata. Bila hadir bersama koleksi rekaan, amat menyedihkan. Agak kasar bunyinya. Tetapi ia hakikat. Realiti. Memang benar, dalam dunia fesyen ini semua orang bebas berkarya. Namun, tidak bolehkah memberi sedikit ruang untuk menganalisis serta mengkaji mengenai undang-undang dalam seni reka fesyen ini? Nanti, esok hari bila ditanya mengenai bagaimana penghasilan baju itu dibuat, mula terpinga-pinga mencari jawapan. Lantas, mula memberi jawapan yang tidak masuk akal. Rata-rata selebriti mahupun pereka muda, bila ditanya soalan seperti, “Baju ni, you buat macammana ya? Bagaimana untuk menghasilkan paten baju ini”. Jawapannya mudah, “I hantar tailor i je” ataupun “I tak tahu bab production ni. I just hantar gambar mana-mana design, dan hantar pada tailor untuk buat.”. Memalukan.
Jelas lagi nyata. Bila adanya isu sebegini berlaku dalam industri fesyen kita, maka sekali gus menjejaskan imej, reputasi serta kualiti industri kita. Setiap pereka khususnya pereka muda harus mencari identiti mereka sebagai seorang designer. Mereka harus mengkaji diri mereka sebagai seorang pereka fesyen. Bukan setakat, “I am a fashion designer. I love fashion. Fashion is my passion.!”. Malah, cari siapa anda sebagai seorang pereka fesyen. Bina trademark anda sebagai seorang pereka fesyen. Dari secara tidak langsung, terjemahkan signature anda dalam setiap rekaan yang anda hasilkan. Ini adalah kunci rahsia kejayaan sebagai seorang pereka fesyen yang berjaya. Jadi diri sendiri. Mengilhamkan idea sendiri serta bermain dengan kreativiti kendiri. Bukan copy paste rekaan luar ataupun menghasilkan rekaan asal boleh. Saya tertarik untuk menjadikan jenama mewah Chanel sebagai contoh. Semua orang tahu rekaannya pasti classic dan vintage. Penggunaan palet warna yang sentiasa sama. Itu trademark nya. Christian Dior pula bagai meraikan kaum wanita, celebrates women. Elegan dan glamor. Tetapi apabila bercakap perihal rekaan dari Alexander Mcqueen, lain pula ceritanya. Avant-garde. Experimental design. Malah, berbeza. Unexpected design. Tuntasnya, mereka ini masing-masing punya identiti mereka sebagai seorang designer. Lihat dari rekaannya juga sudah tahu siapa mereka sebagai pereka fesyen.
Terang lagi bersuluh. Mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen tidak pernah salah. Malah, bagi saya sebagai individu yang punya kaitan dalam industri fesyen, kehadiran mereka amat saya nantikan. Idea yang berbeza. Setiap pereka punya nila kreativiti yang tak sama. Pastinya gabungan agung ini mencipta suatu dimensi mewah dalam industri kita. Namun, apa yang penting, ilmu itu harus ada. Sama ada ilmu fesyen mahupun ilmu perniagaan, semuanya berkait rapat. Jadi, nasihat saya, be bold, be different and be confident. Itu adalah kunci asas untuk mencapai kejayaan.
Teks : Putra Mokhter
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti mana yang anda semua maklum ketika musim cuti perayaan akan ada banyak kenduri kahwin di langsungkan. Ia menjadi masa piliha kerana inilah waktu dan ketikanya di mana ramai sanak-saudara berkumpul.
Kemeriahan kenduri kahwin di musim perayaan memang sedikit berbeza tatkala ramai masih dalam mood beraya. Ketika Hari Raya kita semua segak lengkap dengan Baju Melayu dan bersamping. Tapi bagaimana pula dengan kenduri kahwin.
Sebagai lelaki walaupun anda kasual macam mana sekali pun perlulah ada adab dan etika pemakaian yang betul ketika menghadiri kenduri. Umum menganggap tidak sopan bagi lelaki untuk memakai pakaian atau kasut yang terlalu kasual ketika menghadiri majlis perkahwinan.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis pakaian dan kasut yang sepatutnya dielakkan oleh lelaki ketika menghadiri majlis perkahwinan:
Lelaki sepatutnya mengelakkan memakai pakaian kasual seperti t-shirt atau baju tanpa lengan ketika menghadiri majlis perkahwinan. Sebaliknya, mereka sepatutnya memilih kemeja atau pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu.
Seluar pendek tidak dianggap sebagai pakaian yang sesuai untuk majlis perkahwinan di Malaysia. Lelaki sepatutnya memakai seluar panjang atau pakaian tradisional Melayu seperti sampin.
Lelaki sepatutnya mengelakkan memakai kasut berbuka seperti sandal atau selipar jepun ketika menghadiri majlis perkahwinan. Sebaliknya, mereka sepatutnya memakai kasut berjenama atau kasut tradisional Melayu seperti Jutti.
Lelaki sepatutnya mengelakkan memakai jeans ketika menghadiri majlis perkahwinan, kerana ia dianggap terlalu kasual. Sebaliknya, mereka sepatutnya memilih seluar dress atau pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu.
Iya, semua orang tahu anda adalah penyokong setia dan peminat fanatatik sesebuah pasukan. Tapi usahlah sampai ke kenduri kahwin pun masih nak mengenakan jersi bola. Apatah lagi jersi itu penuh dengan segala macam corak dan juga logo penaja kelab tersebut.
Semoga perkongsian di atas boleh memberikan manfaat untuk anda semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kanser prostat di Malaysia semakin membimbangkan dengan majoriti kes dikesan lewat. Ketahui pendekatan inovatif Novartis, teknologi PSMA PET dan kepentingan saringan awal untuk rawatan lebih berkesan.