
Melakukan larian pada jarak 10 kilometer atau 10k merupakan impian buat mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini.
Bukan mudah untuk mencapai jarak larian pada jarak itu kerana ia memerlukan stamina, kesungguhan, motivasi diri serta persediaan fizikal yang baik. Dan jika berjaya melakukan larian 10k, mereka sebenarnya sudah tidak jauh untuk meningkatkan larian kepada jakrak half-marathon.
Buat anda yang baru ingin mencuba melakukan larian pada jarak ini, MASKULIN nasihatkan agar melakukan persediaan. Selain bersedia dari segi fizikal dan mental anda juga harus makan dengan cara yang betul.
MAKANAN SESUAI SEBELUM LARIAN 10K
Ingat, sasaran anda ialah menghabiskan larian pada jarak 10k dengan selamat dan selesa. Sebelum mulakan larian anda harus makan dengan betul. Ikuti beberapa tip daripada MASKULIN di bawah.
1.
Pastikan pada malam sebelum hari larian anda minum air dengan cukup. Pada sebelah pagi semasa buang air kecil perhatikan warnanya. Jika ia terlalu kekuningan itu bermakna anda sangat kekurangan air. Jauhi minuman yang boleh menyebabkan anda alami dehidrasi.
2.
Sebelum larian makanlah sedikit makanan berasaskan karbohidrat. Antara makanan yang boleh anda ambil ialah pasta, nasi, roti, bijirin dan kentang. Sedikit protein juga tidak mengapa namun jauhi makanan tinggi lemak seperti keju, pastri dan krim.
3.
Sebaiknya makanlah sebelum 2 hingga 3 jam sebelum anda mulakan larian. Menu yang anda boleh ambil adalah seperti yang kami kongsi di atas.
4.
Minum air secukupnya sebelum melakukan larian. Sebaiknya minum minuman sodium atau minuman mengandungi elektrolit. Badan anda memerlukan air mencukupi untuk menjalani larian sejauh 10 kilometer.
All the best buat anda yang ingin mencuba melakukan larian pada jarak ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mahu Senang Tidur Pada Waktu Malam Lebih Nyenyak, Lakukan Senaman Pada Waktu Pagi

Pernahkah anda tertanya-tanya terdapat perbezaan atau tidak melakukan senaman pada waktu pagi, petang dan malam?
Sebenarnya memilih waktu senaman serba sedikit memberikan perbezaan kepada tubuh kita. Ia juga bergantung kepada kesesuaian bagaimana seseorang itu menjalani kehidupan seharian.
Namun bagi anda yang sukar tidur dan lelap pada waktu malam dinasihatkan untuk melakukan aktiviti senaman pada waktu pagi. Kenapa pada waktu pagi? Ada beberapa penjelasannya.
Tidak dinafikan bersenam merupakan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan.
BANTU KITARAN TIDUR LEBIH BAIK
Bagi mereka yang mengalami masalah tidur di waktu malam, cara terbaik ialah melakukan senaman pada waktu pagi. Bila kita bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu tubuh untuk mudah tidur dan menjadi lebih sihat.
Senaman pagi secara tetap akan membantu kita memperbaiki kitaran tidur (sleep rhythms) dan akan merangsangkan tubuh kita akan mengeluarkan hormon melatonin pada sebelah petang bertujuan untuk kita mudah tidur di waktu malam.

Ini bagus untuk mendapatkan tidur yang lena, kata Dr Sofie Laage-Christiansen from Aarhus University, Denmark, menjalani kajian tidur dalam Ph.D nya.
“Bersenam pada waktu pagi mendedahkan kita pada cahaya di siang hari, merangsangkan otak untuk mengeluarkan hormon melatonin di waktu petang (awal malam).”
Jadi bangunlah lebih awal untuk melakukan senaman yang ringan kerana ia merangsangkan tubuh mengeluarkan hormon adrenaline, yang menyebabkan tubuh akan berasa segar sepanjang hari.
HORMON ADRENALIN
Adrenalin adalah hormon yang akan dikeluarkan ketika kita berada dalam keadaan stress, menyebabkan degupan jantung bertambah laju dan meningkatkan tekanan darah. Ia akan dikeluarkan ketika sedang bersenam.
Sudah tentu ianya berbahaya jika kita berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang apatah lagi jika senaman dilakukan pada masa yang tidak sesuai seperti waktu malam. Sepatutnya pada lewat petang dan malam, tubuh kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang rendah sebagai persediaan untuk tidur.
Adrenalin adalah salah satu hormon yang mempunyai kesan positif pada tubuh jika ia dikeluarkan pada waktu siang. Otak kita akan berasa segar dan ini tidak sesuai apabila kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang tinggi pada waktu malam kesan hormon adrenaline berlangsung selama beberapa jam, menurut Dr Laage-Christiansen.
Selain noradrenaline, cortisol dan endorphins, juga bertindak seperti adrenaline ketika dalam stress.

DUA HORMON INI MERANGSANG PERMULAAN TIDUR
Satu lagi hormon adalah hormon serotonin, atau dikenali sebagai ‘hormon kegembiraan’ yang membantu saraf dan otak berfungsi dengan baik. Dopamine pula adalah sebatian natural dalam tubuh yang dikeluarkan apabila kita merasa pengalaman yang menarik dan indah. Jadi kedua-dua hormon ini sangat baik untuk merangsang permulaan tidur kita.
Tetapi kedua-dua serotonin dan dopamine tidak dikeluar semasa kita berada dalam stress dan apabila tahap hormon adrenalin berada dalam keadaan yang tinggi. Ini bermakna kita tidak dapat tahap serotonin dan dopamine yang diperlukan selama beberapa jam setelah noradrenaline dikeluarkan.
SUKAR TIDUR JIKA BERSENAM MALAM
Jika kita menamatkan senaman kita pukul 11-12 malam, bermakna kita mungkin akan mengalami rasa sukar untuk tidur sehingga 2-3 pagi.
Jadi cara yang terbaik adalah bersenam pada waktu pagi kerana ia mengekalkan jam biologi atau ‘biological clock’ sepanjang hari. Bila hormon ini dikeluarkan sepanjang hari pada waktu siang di masa kita bekerja, mental dan fizikal kita bersedia menghadapi cabaran.
Jam biologi kita telah menetapkan bahawa kita akan mengeluarkan hormon cortisol dan noradrenalin pada tahap tertinggi pada pukul 9 pagi dan menghentikan pengeluarannya apabila waktu malam. Keadaan ini bertukar iaitu tahap hormon crtisol dan noradrenalin berada di tahap tertinggi bila kita berada dalam keadaan stress dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam pda waktu malam.
BERSENAM DI TEMPAT YANG TERDEDAH DENGAN CAHAYA MATAHARI
Selain dari bersenam pada waktu pagi, cara yang terbaik adalah melakukan senaman di luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari dan akhirnya merangsang pengeluaran melatonin di lewat petang. Bersenam di tempat yang tiada cahaya matahari terutama pada waktu malam tidak merangsangkan pengeluaran melatonin secukupnya.
Inilah cara untuk menjadikan seseorang yang mengalami sukar untuk tidur (kita istilahkan sebagai ‘a night owl’ ) kepada orang yang mudah bangun pagi (‘an early riser bird). Bersenam di awal pagi di bawah cahaya matahari yang tidak terik.
Tidak kira senaman yang kita lakukan, asalkan ia adalah aktiviti fizikal. Berjalan pun sudah memadai terutama bagi mereka yang sudah ada penyakit kronik. Begitu juga orang yang sudah berusia 45 tahun ke atas, kecuali mereka benar-benar fit.
Bersenam pada waktu pagi juga membantu merawat rasa kerunsingan (anxiety). Jika seorang yang mengalami masalah ini tidak sempat melakukan senaman pada waktu pagi, bolehkah mereka melakukannya pada waktu malam?
Menurut Dr Laage-Christiansen, lebih baik tidak melakukannya pada waktu malam dan menunggu pada waktu pagi pada hari yang lain. Ini kerana orang yang mengalami masalah kerunsingan selalunya lebih mudah akan mengalami masalah sukar tidur di waktu malam jika melakukan aktiviti fizikal pada waktu malam.
BERSENAM MALAM TIDAK BAGUS DILAKUKAN BERTERUSAN
Melakukan senaman pada waktu malam ketika tubuh sedang bersiap untuk rehat adalah bertentangan dengan fitrah dan jam biologi kita. Hormon stress akan menyebabkan tubuh dalam keadaan mood aktif, padahal sepatutnya pada waktu itu tubuh berada dalam mood rehat. Ini akan menyebabkan kita menjadi lebih sukar untuk tidur. Terutama jika dilakukan oleh pesakit yang ada masalah anxiety.
Memang benar, bersenam lebih baik dari tidak bersenam. Tetapi bersenam pada waktu malam tidak bagus dilakukan berterusan dan dilakukan sebagai amalan setiap hari. Ini kerana menyebabkan tubuh berada dalam keadaan stress pada waktu bukan sepatutnya.
Tidak menjadi masalah bila melakukan sesekali melakukan aktiviti bersenam pada waktu malam sebagai salah satu aktiviti bersosial tetapi bukanlah amalan yang baik jika dilakukan pada setiap hari dalam jangka masa yang lama berjam-jam.
BERSENAM MALAM PENYEBAB STRES
Seorang pakar dalam kajian tidur, Professor Poul Jennum dari Department of Clinical Medicine, di University of Copenhagen, Denmark, mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya bersenam sebelum kita tidur atau selepas pukul 8 malam. Bersenam pada waktu ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan stress pada bukan waktunya dan ia mengganggu kitaran tidur kita.
Banyak kajian pada masa ini yang mengaitkan tubuh dan minda yang stress dengan masalah metabolik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke. Penyakit-penyakit ini sudah tentu tidak berlaku pada jangka masa yang pendek, tetapi berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah penyakit tersebut.
Jika tidak sempat bersenam di awal pagi, kita boleh bersenam selepas balik kerja di waktu petang. Bukan di waktu malam.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ramai Lelaki Percaya Istilah ‘Garam Sihat’ Sebenarnya Ia Merangsang Penyakit Secara Senyap

Kita sering mendengar gesaan untuk mengurangkan pengambilan gula dan garam dalam diet seharian. Jika gula sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, pengambilan garam berlebihan pula terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi. Hipertensi atau tekanan darah tinggi antara penyakit senyap yang boleh membunuh kerana ia mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain tanpa tanda amaran. Ramai tidak sedar mereka mengalami tekanan darah tinggi. Walaupun ia boleh diketahui melalui pemeriksaan mudah yang mengambil masa beberapa minit, ramai tidak menganggapnya sebagai perkara penting.
Kebanyakan kita mengambil garam melebihi apa yang diperlukan? Kajian Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan penduduk Malaysia mengambil 8.7 gram garam sehari. Ia adalah 1.7 kali lebih tinggi daripada lima gram garam sehari yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tekanan darah tinggi adalah faktor terbesar menyumbang kepada kematian pramatang iaitu mati pada usia yang lebih muda. Kebarangkalian mereka yang meninggal dunia berusia antara 30 hingga 70 tahun daripada empat penyakit tidak berjangkit utama (NCD) iaitu diabetes, kardiovaskular, penyakit pernafasan kronik dan kanser adalah kira-kira 20 peratus. Sodium biasanya terdapat dalam garam, tetapi ia juga boleh didapati dalam penambah rasa, makanan proses serta makanan dalam tin.
Salah satu cara untuk mengurangkan pengambilan natrium adalah dengan memakan makanan segar dan mengurangkan penggunaan garam. Memeriksa label makanan antara cara lain untuk mengetahui dan membandingkan tahap natrium dalam makanan. Garam dan bahan penambah rasa boleh digantikan dengan perisa semula jadi seperti herba dan rempah-ratus. Selain itu, tiada istilah garam ‘sihat’ kerana kebanyakannya mempunyai kandungan sodium yang sama.
Orang dewasa disaran mengambil tidak lebih daripada satu sudu kecil garam sehari bersamaan dengan 5 g garam atau 2,000 mg natrium mengikut panduan pengambilan garam yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012. Jumlah ini merangkumi natrium yang wujud secara semula jadi dalam makanan dan juga yang ditambah sewaktu pemprosesan atau memasak makanan.
“Walaupun garam penting untuk metabolisme tubuh, pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Penyakit terbabit juga adalah faktor risiko mendapat strok, serangan jantung, kegagalan jantung, buta dan kegagalan buah pinggang,”
“Mengurangkan pengambilan natrium boleh menurunkan tekanan darah dan merendahkan risiko penyakit. Penambah rasa juga bukan saja mengenakkan makanan, malah ia murah. Pengurangan natrium jangan sampai tidak ambil langsung kerana boleh mengakibatkan masalah hyponatremia.
“Hyponatremia adalah tahap garam dalam darah terlalu rendah sedangkan garam adalah elektrolit yang membantu kawalan jumlah air dalam sel tubuh. Akibatnya, pesakit akan berasa loya dan muntah, sakit kepala, keliru, tidak bertenaga, otot kejang, sawan dan koma,”
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Petua Rawat Sakit Lutut Guna 2 Bahan, Hasilnya Tulang Rawan Kembali Sihat & Kuat!

Mesti anda pernah mengalami sakit lutut terutamanya selepas berlari, bersenam ataupun melakukan aktiviti seperti mengangkat benda berat. Jika sakit lutut ini tidak dirawat, ia akan menyukarkan anda untuk berjalan dengan baik.
Untuk mengatasi sakit lutut selain menggunakan rawatan moden, ada juga cara tradisional yang boleh anda amalkan. Petua ini dikongsikan Md Rosdi Hasan di entri Facebooknya menggunakan dua bahan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
BACA: Petua Atasi Sakit Lutut Guna 3 Bahan. Lepas Seminggu Amalkan, Nak Berlari Pun Tak Ada Masalah!
CARA MERAWAT PENYAKIT LUTUT SUPAYA TULANG RAWAN SIHAT KEMBALI SEPERTI BIASA
Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan di lututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.
Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartritis sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan.
Elak guna minyak sapu panas
Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang disebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu.
Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendair di lutut kita.
BACA: 9 Cara Elak Sakit Lutut, Jangan Ambil Mudah Sebab Orang Muda Pun Boleh Kena!
Caranya:
1. Ambil tiga biji bawang ros India jantan lalu ditumbuk hancur.
2. Campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung ke dalam cawan.
3. Kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis (berselawatlah ke atas Nabi kita waktu hendak minum).
Lakukan dua kali sehari. In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan perkara ini selama dua atau tiga bulan lntutnya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal.
Nak tahu bawang jantan macam mana? Pergi tanya orang tua2.
BACA: Cara Mudah Nak Kurangkan Sakit Lutut, Kaki & Pinggul Dengan 7 Latihan Efektif Ini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI