Dalam tempoh sekarang ini kondisi kesihatan peribadi merupakan perkara yang sangat sensitif. Apatah lagi jika kita mengalami demam dan suhu badan meningkat. Tapi anda tidak perlu risau jika hanya demam biasa dan tidak mempunyai simptom COVID-19. Atau anda tidak ada kontak rapat dengan mana-mana individu yang positif wabak tersebut.
Cuma sentiasalah memakai topeng atau penutup mulut jika ingin dapatkan rawatan. Dan anda hendaklah sentiasa jujur memberikan maklumat yang diperlukan ketika pergi mendapatkan rawatan.
Demam merupakan sakit biasa yang kita alami. Bila perkara ini berlaku suhu badan akan meningkat.
Sesetengah orang percaya menggunakan selimut dan memaksa badan berpeluh adalah satu cara untuk menurunkan suhu badan yang tinggi. Namun tahukah anda cara tersebut adalah salah dan ada cara yang lebih mudah?
Ads
Apabila anda berdepan dengan jangkitan virus atau bakteria, sel pertahanan badan akan menghasilkan beberapa jenis bahan yang sekaligus menyebabkan suhu badan akan meningkat.
Ads
Jadi secara tidak langsung jika anda menyelimutkan badan, anda hanya akan membuatkan suhu badan lebih meningkat sahaja.
Ads
Jauh sekali untuk menurunkan suhu badan. Disebabkan itu jugalah kalau anda perasan apabila kanak-kanak demam doktor akan suruh buda bukak baju mereka jika alami demam yang bersuhu badan tinggi.
Sebenarnya benda yang boleh menurunkan suhu badan anda adalah ubat paracetamol yang anda ambil. Tanpa menggunakan selimut jika anda ambil ubat ini, beberapa minit lepas itu, sudah tentu anda akan berpeluh dengan sendirinya dan suhu badan akan turun.
Usahlah guna cara sendiri yang dirasakan betul tanpa merujuk kepada doktor. Kesihatan diri amat oenting dan usah guna kaedah yang tidak terbukti keberkesanannya. Kelak nanti anda juga yang menyesal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cabaran virtual run MASKULIN DARE sudah pun bermula dan ia masih lagi dibuka untuk pendaftaran. Masih ada banyak masa bagi anda yang belum mendaftar untuk turut serta sahut cabaran MASKULIN DARE 50KM Siri 1.
Berbeza dengan cabaran virtual run yang lain siri MASKULIN DARE bakal menawarkan hadiah-hadiah yang bukan sahaja gempak malah mampu buat anda menekup kedua belah pipi dengan tangan!
Tahukah anda jika berjaya selesaikan cabaran MASKULIN DARE 50KM dalam masa ditetapkan, anda LAYAK MENDAPAT t-shirt, medal bercetak nama DAN e-sijil. Selain itu anda berpeluang menangi wang tunai untuk pencapaian Top 3!
Tak cukup lagi? Ya, setiap penyertaan melayakkan anda untuk cabutan bertuah jam tangan pintar, kasut dan banyak lagi.
Dan hadiah terbaru kami ingin umumkan ialah 2 hadiah cabutan bertuah untuk bercuti dan menginap di BERJAYA Tioman Resort selama 3 hari 2 malam!
Mungkin sebelum ini anda pernah melawat Pulau Tioman tapi adakah anda benar-benar menjelajahinya? Dengan pakej ini ia menawarkan pengalaman yang menakjubkan buat anda merasai sendiri keindahan alam serta melakukan pelbagai aktiviti air dan darat.
Berita baik buat penggemar percutian ke pulai indah seperti Pulau Tioman, Berjaya Tioman Resort kini menawarkan pakel TIOMAN EXPLORER dengan harga RM520 sahaja. Dengan harga tersebut anda akan dapat menikmati kesemua perkara di bawah:
Penginapan sekurang-kurangnya 2 malam di Garden View Chalet dengan sarapan percuma untuk 2 orang.
Buat anda yang berminat dengan pakej tersebut bolehlah melakukan tempahan sekarang. Tempahan untuk pakej istimewa ini hanya sah bermula dari 1 April 2019 sehingga 24 Jun 2019 dengan tarikh penginapan bermula dari 1 April 2019 hingga 30 Jun 2019.
Kehidupan yang sentiasa sibuk dan kekurangan padang telah menjadikan futsal sebagai aktiviti sukan yang sangat popular terutamanya di kawasan bandar-bandar besar di seluruh negara.
Futsal juga boleh dimainkan pada waktu malam, sesuai untuk anda yang mungkin sentiasa sibuk dengan kerja dan komitmen lain pada sebelah siang. Dan nak bermain futsal pun bukanlah perlu peralatan banyak sangat.
Apa yang penting anda ada sepasang kasut futsal. Tapi adakah selama ini anda memilih dan menggunakan kasut futsal yang sesuai?
Buat anda yang ingin membeli kasut futsal, ikuti beberapa tip penting sebelum anda membelinya.
Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah kegunaan kasut futsal. Ia direka khas untuk kegunaan di atas padang yang lantainya keras. Kasut futsal juga direka untuk lebih tahan lama dan lasak.
Kasut futsal juga direka untuk menerima pelbagai jenis impak ketika digunakan di dalam permainan. Impak tersebut datang daripada bola, hentakan kaki, terjahan lawan dan heretan di atas permukaan.
Biasanya kasut futsal yang berkualiti mempunyai ciri-ciri sama pada kasut bola padang. Dan kualiti itu ditentukan berdasarkan rekaan, ketahanan, material yang digunakan dan juga faktor berat kasut itu sendiri.
Sebelum membeli kasut futsal anda harus mengetahui terlebih dahulu saiz kaki. Untuk menentukan saiz kaki anda boleh melakukan ukuran dengan alat pengukur yang terdapat di kedai-kedai sukan dan kasut. Pastikan anda memilih kasut yang true to size. Ia tidaklah terlalu ketat dan juga longgar. Saiz kasut futsal sama sahaja dengan jenis kasut lain di pasaran.
Jika kaki anda tak sepadan dengan kasut futsal yang dipakai ia boleh memberikan kesan yang sangat buruk semasa bermain. Lebih teruk lagi ia juga boleh menyebabkan anda mengalami kecederaan seperti terseliuh dan juga melecet.
Antara bahagian penting pada kasut futsal ialah di kawasan ‘strike zone’. Bahagian ini terletak di atas kasut dan anda perlu pastikan zon ini betul-betul ketat dengan kaki anda. Ini untuk memberikan keselesaan pada kaki ketika andamelakukan rembatan. Jika anda rasa tak selesa di bahagian ‘strike zone’, tendangan anda akan tak sempurna dan kurang kencang.
Semestinya anda inginkan sepasang kasut futsal yang selesa dipakai sepanjang permainan, bukan? Oleh itu pilihlah kasut futsal yang benar-benar fit atau ‘mendakap’kaki agar ia memberikan kelancaran pergerakan kaki. Ia bukanlah bermakna ketat di hujung jari atau tumit tepai ketat di bahagian atas hingga ke tapak kaki.
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas saiz kasut futsal perlulah dipilih berdasarkan true to size. Pemilihan sizing begini memberikan sedikit ruang di hujung kaki dan tumit agar lebih pergerakan selesa dan kaki dapat ‘bernafas’sedikit. Jika kasut futsal terlalu ketat anda boleh alami kekejangan otot.
Kualiti kasut futdsal juga ditentukan oleh material apa ia diperbuat. Antara material yang bagus ialah kulit kanggaru kerana ia akan mengecut mengikut saiz kaki anda setelah beberapa kali digunakan.
Faktor kelebaran kasut juga cukup penting. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis kasut futsal yang mempunyai kelebaran berbeza. Jika anda berkaki lebar elakkan menggunakan kasut futsal yang tapaknya kecil. Jika silap pilih anda boleh kehilangan keseimbangan lalu mudah mendapat kecederaan. Tip untuk anda berkaki lebar, gunalah kasut futsal diperbuat daripada kulit kanggaru.
Kadangakal anda mungkin ingin membeli kasut futsal yang berjenama, terbaru dan bergaya. Iyalah, di samping beraksi di atas padang futsal anda juga ingin tonjolkan gaya tersendiri. Tapi jangan jadi mangsa gaya dan memakai kasut futsal yang tak sesuai semata-mata nak kelihatan hebat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wanita memang banyak amalan dan petua untuk tampil sihat. Walaupun nampak mudah tapi kalau amalan wanita ini dibuatkan secara konsisten boleh memberikan impak positif pada kesihatan lelaki.
Jadi lelaki, kalau nak kekal sihat dan postif jangan ambil remeh dengan amalan wanita ini. Oleh itu, jom tiru 4 amalan wanita ini.
Mengikut kajian oleh Pembantu Profesor Dematologi di New York University, Ariel Ostad, tanpa disedari lelaki sebenarnya lebih banyak menyentuh wajah berbanding wanita. Tabiat ini memudahkan penyebaran bakteria. Oleh itu, basuhlah muka anda terutamanya pada waktu malam untuk mengurangkan minyak dan mengelakkan bakteria daripada menutupi liang pori-pori wajah.
Menurut kajian oleh Minnesota University pula, individu yang menimbang berat badan secara konsisten lebih banyak menurunkan berat badan berbanding individu yang mengelak untuk menimbang berat badan. Lelaki terutamanya, tidak mudah perasan dengan perubahan bentuk fizikalnya walaupun baju sudah mulai ketat!
Nampak remeh tetapi gel ini berguna untuk anda bawa ke mana sahaja. Menurut Pengarah Bahagian Kosmetik dan Dermatologi di Mount Sinai Hospital, Joshua Zeichner, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk anda atasi penyebaran bakteria. Pastikan anda sentiasa membawa gel anti-bakteria ini setiap masa. Hanya sapukan pada kedua-dua telapak tangan dan biarkan selama 15 saat sebelum ia kering sendiri. Ini antara teknik penjagaan kesihatan yang paling mudah untuk lelaki amalkan.
Bukan mengada-ngada nak mandi guna air panas. Sebenarnya, mandi air suam atau air panas dapat membuka liang pori-pori serta membersihkan kulit secara menyeluruh. Malah, jika anda mencampurkan air mandian dengan garam laut juga, anda dapat mengatasi masalah kedutan halus pada kulit. Jadi pastikan anda amalkan ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!