Sebagai pemandu, tentunya anda ingin lakukan yang terbaik untuk melindungi bahagian kereta daripada rosak, sekali gus mengelakkan daripada mengeluarkan belanja yang mungkin jumlahnya boleh buat poket anda kering.
Sebagai contoh memiliki kereta dengan transmisi automatik atau auto. Memandunya memang mudah dan cukup menyenangkan. Namun jangan pula anda abaikan penjagaan serta cara memandunya dengan baik agar enjin tidak rosak dengan cepat.
Andai anda tidak mahu gear kereta auto anda rosak, elak lakukan 8 tabiat buruk ini.
ENJIN DIHIDUPKAN DENGAN BETUL
Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,
a) On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.
c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.
d) Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.
Ads
TUKAR MINYAK ENJIN HITAM PADA MASANYA
Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan (yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.
Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AUTO, jika dibiarkan terlalu lama ia boleh memudaratkan kotak gear.
Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Ads
‘STEP 2’
Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dengan step “2” atau step kedua selepas “N”.
Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat. Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.
ELAK KONDISI JALAN TERUK
Elakkan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.
Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan ‘clutch plate’ anda terbakar.
Ads
JAUHI BUKIT
Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland). Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”.
Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.
GEAR REVERSE
Elakkan guna gear reversed kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakannya seminimum yang boleh. Penggunaan gear ‘reversed’ yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.
USAH TERLALU AGRESIF & KASAR
Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.
Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’, Inilah salah satu punca ‘timing belt’ putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.
Bagi sesetengah penunggang motosikal melakukan perjalanan pada waktu malam adalah jauh lebih menyeronokkan dan selesa. Selain dapat mengelak cuaca yang panas melakukan tunggangan pada waktu malam boleh memberikan satu keunikan atau kepuasan yang lebih berbeza.
Selain kesesakan jalan raya yang boleh dielakkan suasana tunggangan pada waktu malam mampu memberikan ketengangan dan pengalaman yang tersendiri. Namun mungkin tidak sedar bahawa melakukan perjalanan menggunakan motosikal pada waktu malam boleh mendatangkan risiko yang agak berbahaya.
Menurut Kementerian Pengangkutan, penunggang motosikal mencatatkan 59% daripada kemalangan jalan raya maut di Malaysia, dengan tujuh daripada setiap 10 kemalangan tragis melibatkan motosikal.
Malah, Kementerian Pengangkutan juga baru-baru ini mendedahkan bahawa akan berlaku kemasukan motosikal di jalan raya berdasarkan peningkatan mendadak jualan motosikal sepanjang tahun lalu. Pada tahun 2021, terdapat 23 juta kenderaan atas jalan dengan motosikal mencatatkan peratusan sebanyak 46% dan angka ini dijangkakan untuk terus meningkat.
Menunggang motosikal pada waktu malam mempunyai risiko yang tersendiri akibat pelbagai faktor seperti cuaca buruk, pencahayaan jalan yang tidak memuaskan, titik buta, jalan berlubang dan selekoh yang berbahaya.
dengan risiko-risiko sebegini penggunaan motosikal semakin popular di Malaysia sebagai mod pengangkutan kegemaran kerana kebolehgerakan dan kemampuan untuk mengharungi trafik kota raya.
Sekiranya anda tidak boleh mengelakkan diri daripada menunggang motosikal pada waktu malam, berikut merupakan beberapa tips untuk berhati-hati di jalan raya apabila malam menjelang tiba.
PANTUL CAHAYA
Pastikan anda boleh dilihat semasa menunggang motosikal pada waktu malam supaya para pengguna jalan raya lain sedar akan kehadiran anda dari jauh. Pakai pakaian pantul cahaya semasa menunggang motosikal agar boleh dilihat dengan lebih jelas dari segenap sudut.
LAMPU BIAR SEMPURNA
Periksa dan pastikan semua lampu motosikal anda berfungsi dan terang, termasuk lampu hadapan, lampu brek dan lampu signal. Lampu hadapan memperbaiki keterlihatan dan memaklumkan kepada para pengguna jalan raya tentang kehadiran anda, manakala lampu signal adalah penting untuk menetapkan hala tuju pergerakan anda.
SENTIASA BERWASPADA
Keadaan jalan raya yang tidak menentu boleh menimbulkan risiko yang serius. Ini termasuklah jalan berlubang dan halangan seperti haiwan, objek atau tumpahan minyak licin. Kekal fokus, jangkakan insiden ini, dan bersedia untuk bertindak balas dengan pantas dan selamat.
PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT
Pemanduan yang perlahan juga membolehkan anda untuk memperhatikan persekitaran anda dan juga memberikan anda masa untuk mengelak dari jalan berlubang atau halangan-halangan lain di atas jalan. Anda juga boleh berhenti sewajarnya sekiranya penunggang motosikal lain hilang kawalan atau memandu secara berbahaya.
Selain anda mengikuti tips dan serta mematuhi pelbagai larangan jalan raya serta kekal selamat, adalah lebih bagus sekiranya anda dilindungi dengan insurans motosikal. Ia merupakan usaha untuk memastikan penunggang motosikal semua mendapatkan perlindungan sewajarnya terutamanya mereka dari komuniti B40.
Baru-baru Liberty General Insurance melancarkan kempen ‘Takpe, We Belanje!’ untuk membantu meringankan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah. Ia bertujuan untuk menonjolkan kepentingan memiliki pelan insurans yang secukupnya untuk melindungi anda yang tersayang.
Seingga 14 November 2023, semua pemegang polisi yang membeli atau memperbaharui polisi mereka bagi motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah menerusi Liberty General Insurance Berhad atau mana-mana perantara yang sah layak untuk menerima cukai jalan secara percuma untuk motosikal yang diinsuranskan.
Mereka hanya pastikan pelan insurans dikemaskini dengan Liberty General Insurance Berhad dan dapatkan polisi insurans unik anda dan bawa ke mana-mana cawangan POS Malaysia untuk menebus cukai jalan percuma.
Selain itu, anda juga boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan mereka yang boleh membantu para pelanggan untuk memperbaharui cukai jalan mereka menerusi MYEG.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kos penyelenggaraan kereta sama ada servis dan kondisi luaran selalunya pasti memeningkan kita. Bukan hanya dari segi kudrat tetapi kos yang kadangkala memang cukup tinggi.
Namun jika dapat tip cara memperelokkan kondisi mana-mana bahagian kereta dengan kos yang murah pastinya ia satu berita yang sangat baik!
Kereta bila sudah lama dipakai codntohnya bila berusia empat tahun ke atas pastinya keadaan luaran akan bertambah ‘usang’.
Antara bahagian yang sering menjadi pudar dan kusam lampu hadapan. Kalau anda perasan kereta yang lama sudah digunakan dan sering terdedah dengan cahaya matahari akan menjadi kekuningan.
Seorang lelaki meenggunakan nama di Twitter dengan nama Ledol (@khalidkdin)telah berkongsi bebenang yang cukup menarik tentang bagaimana dia hanya habiskan RM12.90 sahaja untuk melakukan coating lampu secara do it yourself (DIY).
Tak salah kalau kita nak cuba tip yang dikongsi oleh saudara kita ini. Jom sama-sama kita saksikan!
KOS MURAH SAHAJA
Katanya tak perlu belanjan besar pun, Hanya perlu keluarkan kos RM12.90 dan kudrat tenaga sendiri. Jangkaan masa diambil pula hanya antara 1 hingga 2 jam sahaja.
Antara perlalatan dan bahan yang diperlukan ialah kertas pasir, metal polish, maskking tape, plastik, surat kahabar lama dan penyembur warna clear.
LANGKAH-LANGKAH
Ikuti langkah mudah yang dinyatakan oleh saudara Ledol ini. Sila guna metal polish yang sesuai untuk melakukan proses ini.
BASUH SEKALI LAGI
Apabila anda selsai melakukan proses polish maka bolehlah kereta dibasuh secara menyeluruh. Jika rasa dah mencukupi anda boleh hentikan proses di sini sahaja. Namun untuk result yang lebih padu ikuti langkah berikutnya.
SPRAY CLEAR
Bagi menjadikan lampu lebih nampak baru, lakukan semburan dengan menggunakan spray clear. Tip; lakukan spary pada jarak 10cm dari lampu. Tunggu sehingga kering. Rujuk gambar untuk spray clear yang sesuai.
Jika anda rasa lampu kereta anda sudah suram semacam mungkin boleh kembalikan ‘keceriaannya’semula dengan tip yang dikongsi kali ini. Semoga perkongsian saudara Ledolini memberikan manfaat kepada anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Risiko yang paling ditakuti apabila berjalan jauh adalah kalau kereta rosak dekat highway dan ketika itu memang sukar mendapatkan bantuan.
Kalau setakat tayar pancit, OK lagi. Tapi kalau nak sampai enjin high temperature sehingga kereta rosak, yang ini masalah paling besar.
Ketika inilah muncul segelintir trak tunda yang entah dari mana datang dengan ‘bermurah hatinya’ untuk membantu anda.
Risau dipaksa mereka akan bawa kereta anda ke bengkel yang anda tidak tahu dan tidak begitu yakin? Jangan panik dan ikut langkah-langkah di bawah :
1. Hubungi PLUSRonda
Jangan terus ambil trak tunda yang ‘tidak diundang’ itu kerana sebagai pengguna lebuh raya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda secara PERCUMA daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRonda. Mereka akan membawa anda daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol yang berhampiran. Bukan nak buruk-buruk keadaan tetapi sudah ramai pengguna mengadu penunda yang ‘tidak diundang’ ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.
Apa yang perlu anda buat?
a) Nyalakan lampu kecemasan kenderaan
b) Dapatkan lokasi kilometer (lihat tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m)
c) Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRonda – 1800 88 0000 d) Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan
e) Nyatakan kerosakan
f) Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi
2. Maklumkan kepada syarikat insurans
Anda bayar insurans tiap-tiap tahun bukan? Anda perlu ingat polisi yang ditawarkan. Kalau sudah terlupa, rujuk semula kerana selepas kenderaan anda dihantar ke hentian R&R atau plaza tol terdekat, anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat servis jenama kenderaan anda atau bengkel yang anda percayai.
Selalunya syarikat insurans menetapkan jarak yang berikan PERCUMA seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan. Sekiranya lokasi tersebut lebih kilometer seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km. Ada juga syarikat insurans menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurans menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu.
Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.
Apa yang perlu anda buat?
Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda seperti yang tertera pada polisi atau pelekat yang diberi (biasa kita tampal dengan cukai jalan tu).
Nyatakan lokasi kenderaan anda.
Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan.
Nyatakan kerosakan.
Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.
Dengan mengikuti langkah-langkah selamat ini, anda akan terhindar dari ‘konspirasi’ penipuan tersebut. Dan ingatlah, ada juga kerosakan yang sengaja dicipta oleh ‘syaitan bertopengkan manusia’ semasa anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat tertentu. Kedua-dua perkhidmatan tunda samada dari syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat insurans beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Jadi anda TIDAK PERLU RISAU ye!
Sumber : Wan Amir
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.