Membeli kereta baru sekarang umpana satu perkara yang agak sukar dilakukan. Apa tidaknya dengan keadaan ekonomi yang masih tidak menentu sejak pandemik COVID-19 melanda negara dan dunia.
Ramai yang pendapatan mereka terjejas. Paling tidak pun pendapatan semakin berkurangan daripada biasa dan kita juga diselubungi kerisauan ketindaktentuan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Antara pilihan terbaik untuk anda yang mungkin berkira-kira memiliki kereta ialah dengan membeli kereta terpakai. Malah membeli kereta secondhand kadangkala boleh menguntungkan jika anda pandai melakukan tawar-menawar dalam urusan jual beli. Akan tetapi usah tertipu dengan harga yang terlalu murah atau tidak masuk akal.
Jika ada tawaran harga murah anda perlu memeriksa dan melakukan checklist penting sebelum membelinya. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa perkara yang harus anda lakukan sebelum membeli kereta terpakai.
KENA DENGAN BAJET
Antara tujuan utama anda beli kereta terpakai semestinya sebab ia lebih murah, bukan? Jadi perkara pertama anda perlu lakukan ialah tetapkan bajet sendiri dahulu. Sebagai contoh kalau bajet anda hanyalah kereta Myvi terpakai janganlah pula senaraikan BMW sebagai opsyen lain.
KIRAAN PINJAMAN
Besar kemungkinan anda akan melakukan pinjaman bank untuk membeli kereta. Jadi amatlah penting anda tahu untuk mengira apakah bayaran bulanan yang perlu dibayar. Sebagai contoh ambil harga kereta, harga deposit, kadar faedah dan tempoh pinjaman.
Untuk mengetahui berapakah paras harga semasa kereta terpakai yang ingin dibeli anda boleh melakukan tinjauan secara online. Laman sesawang seperti MotorTrader, Carlist atau Mudah boleh beri gambaran tentang range harganya. Dan perlu anda ingat untuk tak melakukan survey pertama di kedai kereta terpakai. Risau nanti anda ‘terpukau’ dengan kata-kata manis jurujual.
USIA KERETA 5 TAHUN KE BAWAH
Ini adalah untuk opsyen yang lebih selamat. Maksudnya di sini kereta tersebut berusia tidak lebih lima tahun sejak ia mula digunakan. Mungkin ada banyak kereta 5 tahun ke atas masih dalam kondisi baik tetapi cara ini secara tak langsung kurangkan risiko anda berdepan kerosakan lain di masa akan datang.
JANGAN JADI MANGSA ‘SCAM’
Bila dapati ada kereta idaman yang ditawarkan untuk dijual pastinya anda akan berasa sangat teruja. Namun jangan tergopoh-gapah terlebih dahulu. Jika terlalu murah pasti ada yang tak kena. Sudah banyak kes menunjukkan kereta yang dijual terlalu murah pernah kemalangan teruk atau bertukar pemilik 3 atau 4 orang. Atau mungkin juga mileage yang sangat tinggi.
Salah satu kelebihan melakukan tinjauan kereta secara online ialah anda boleh berinteraksi secara terus dengan pemiliknya. Ini kerana mereka akan jawab segala pertanyaan anda. Selain itu anda juga boleh melakukan ‘nego’ dengan lebih baik.
Ads
JADUAL SERVIS
Jika anda bertemu dengan pemiliknya, mintalah buku jadual servis. Menerusi buku tersebut anda boleh lihat bagaimana ia diselenggara sepanjang kereta tersebut digunakan sebelum ini.
PERIKSA LUAR & DALAM
Walaupun anda membeli kereta terpakai seelok-eloknya periksalah kondisi luaran dan dalamannya. Jika ada perkara perlu diperbaiki anda boleh minta pemiliknya memperbaikinya dahulu. Ataupun anda boleh minta pengurangan harga berdasarkan kerosakan itu.
PERIKSA KELENGKAPAN & PERALATAN
Sila pastikan segala kelengkapan dan peralatan berfungsi dengan baik seperti:
Ads
Lampu tinggi dan rendah, signal, kabus, lampu kabin (di siling) dan amaran (hazard light)
Penyaman udara
Hon
Radio dan pemain cakera padat (CD)
Hendal pintu dan glove-box (laci dashboard)
Tuil atau penetap cermin sisi
Suis tingkap kuasa
Soket 2.4V / palam pencucuh rokok
Tuil tangki minyak, bonet dan but
Pelaras kerusi dan tali pinggang keledar
Tayar simpanan dan kotak alatan (tools box)
PERIKSA ENJIN
Ada 2 peringkat perlu diperiksa.
Peringkat 1:
Tiada kesan minyak bocor
Tiada kabel sambungan elektrik reput atau terputus
Tiada komponen material getah yang tertanggal, melecur, melepuh, haus dan rosak
Tiada bahanasing dalam radiator. Buka penutup dan lihat air radiator sama ada keruh atau jernih.
Tiada bahanasing dalam minyak enjin. Tarik indikator minyak enjin dan lihat rupa minyak (cair, pekat, ada serbuk besi, dan lain-lain).
Peringkat 2, hidupkan enjin dan pastikan:
Semua indikator pada panel meter menyala dan terpadam (seperti beg udara, suhu, enjin, ABS, dan lain-lain).
Lihat asap yang keluar daripada ekzos. Jika keluar sedikit percikan air dan asap tidak berwarna atau biru sedikit itu bermakna enjin kereta dalam keadaan sihat.
Tekan minyak pada 3,000rpm, 4,000rpm dan 5,000rpm. Setiap tahap dibuat secara ligatan (rev) enjin, iaitu tekan hingga mencapai tahap rpm diperlukan dan terus lepaskan pedal minyak. Meter rpm untuk enjin yang baik akan turun sekata bersama deruman lancar (tidak tersekat atau terbatuk).
PANDU UJI
Tidak kira sama ada anda berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai, anda sebenarnya ada hak untuk meminta dibenarkan memandu uji kereta yang mahu dibeli. Memandu uji di sini bukanlah setakat menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Kereta pilihan anda itu mesti bergerak. Pada tahap ini telinga anda memain peranan penting, termasuk deria lain. Apa yang anda perlu lakukan ialah:
Cuba membrek secara perlahan dan kecemasan. Dengar jika ada sebarang bunyi aneh keluar.
Cari selekoh dan belok. Dengar jika ada keluar bunyi ketika memusing stereng.
Redah kawasan tidak rata. Sama juga, dengar jika ada sebarang bunyi aneh di bahagian tayar atau dalam kabin.
Pandu dalam pelbagai halaju (60-110kmj). Pasang telinga dan rasai jika ada bunyi angin, gegaran enjin atau stereng, dan sistem suspensi.
Gerakkan setiap takah gear. Jika manual, pastikan setiap takah gear (1-5/6) dapat ditukar lancar. Jika Auto, pandu kereta dalam tetapan D4, D3 atau D2, termasuk R. Pastikan setiap takah gear dapat ditolak atau ditarik masuk dengan lancar dan tidak tersekat atau tersentap.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pemilik kereta, anda pasti tahu yang pelbagai servis perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Antaranya, servis aircond kereta yang tak boleh dipandang remeh.
Ini bukan saja tentang keselesaan, tapi juga melibatkan bajet yang anda sedakian. Seringkali, kos sebenar servis aircond boleh jadi berbeza jauh dari anggaran awal kita.
Di negara beriklim panas macam Malaysia ni, sistem aircond yang berfungsi dengan baik adalah satu kemestian. Bayangkan memandu tanpa aircond?
Memang menyeksakan! Jadi, bila bercakap tentang servis aircond kereta, persoalannya: berapa banyak bajet yang sebenarnya perlu anda sediakan?
MASKULIN tertarik dengan pandangan daripada ACS Car Servis, pakar dalam sistem pendingin hawa kereta, yang menjelaskan mengapa bajet untuk servis dan pembaikan aircond kereta sangat subjektif.
Menurut mereka, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan aircond kereta anda tidak sejuk, dan punca-punca ini biasanya berkaitan dengan masalah tertentu. Masalah yang paling biasa dan mudah diselenggara selalunya adalah disebabkan oleh kekurangan gas. Namun, ada beberapa punca lain yang juga perlu anda ketahui.
Antaranya ialah:
Untuk elakkan bajet anda bocor, jangan terburu-buru tukar komponen penting seperti kompresor melainkan anda dah pastikan betul-betul apa masalah sebenarnya. Kalau dah tak ada pilihan lain dan memang sah kena tukar, barulah teruskan.
Bila tiba masa nak ganti komponen atau sparepart, anda ada dua pilihan: sama ada yang original dari pengeluar asal kereta anda, atau dari Original Equipment Manufacturer (OEM).
OEM ni maksudnya kilang yang sama menghasilkan produk untuk pelbagai jenama lain, tapi mungkin di bawah nama dan jenama mereka sendiri. Terpulang pada anda, kalau nak yang terbaik dan lebih tahan lama, keluarkanlah lebih sedikit bajet untuk yang original ya.
Berikut anggaran harga sparepart aircond kereta perlu anda tahu:
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video auto menarik seperti di bawah ya!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: ACS Car Service
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lexus LC 500 diperkenalkan pada Detroit Auto Show 2016. Perkataan LC membawa maksud ‘Luxury Coupe’. Model premium coupe milik Lexus itu bakal bersaing dengan Aston Martin, Jaguar F-Type dan Mercedes-Benz SL bagi segmen kereta sport premium.
Selepas Indonesia, Malaysia merupakan negara kedua melancarkan model tersebut di peringkat Asean. Di negara asalnya, LC 500 menerima sambutan menggalakkan. Buktinya, jualan LC 500 telah melepasi sasaran tahunan yang ditetapkan sebanyak 600 unit dan melonjak tiga kali ganda.
Tidak mahu menghampakan peminat kereta coupe sport tempatan, Lexus Malaysia, selaku pengimport dan pengedar rasmi berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak 10 unit LC 500. Sayangnya, lapan unit telah ditempah dan hanya berbaki dua unit sahaja lagi.
Di sini penulis senaraikan 12 perkara perlu anda ketahui tentang Lexus LC 500:
1) Harga jualan seunit LC 500 di Malaysia bermula dari RM 940, 000 (harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans).
2) Lexus Malaysia menawarkan varian LC yang dijana oleh enjin 5.0 liter V8 petrol. Ia berupaya menghasilkan kuasa 470PS dan tork 540Nm.
3) Penghantaran kuasa ke roda belakang digabungkan dengan kotak gear 10-kelajuan direct shift.
4) LC 500 menggunakan platform baharu GA-L (Global Architecture-Luxury). Platform itu juga menjadi asas kepada model sedan LS generasi terbaru.
5) Mengambil ilham dari model konsep LF-LC yang pertama kali dipamerkan pada 2012, pembangunan LC diselia rapat oleh Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda yang turut mencuba sendiri versi prototaipnya.
6) Pecutan sifar sehingga 100km/j mampu dilakukan dalam tempoh 4.4 saat.
7) Untuk pengetahuan anda, LC dikeluarkan di kilang yang sama dengan model LFA.
8) Penampilan luaran yang sporty diserlahkan menerusi gril krom, lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED dan rim bersaiz 21 inci.
9) Bahagian kabin tampil elegan dengan panel pintu, konsol tengah dan pad sentuh dari Lexus Takumi.
10) Instrumen panel didatangkan dengan versi terkini paparan TFT termasuk Meter Ring yang boleh diubah bersama Paparan Perbezaan Mod Pemanduan. Pada bahagian tengah papan pemuka tersedia skrin paparan 10.3 inci EMV (Electro Multi Vision) serta sistem hiburan dipadankan dengan audio dari Mark Levinson Premium.
11) Kereta coupe sport itu ditawarkan dengan 11 pilihan warna badan bersama tiga pilihan warna kabin.
12) Demi ketenangan minda pemilik, Lexus Malaysia menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan dan bagi tempoh lima tahun pertama atau 100, 000km (yang mana tiba terdahulu.
Suatu ketika dahulu motosikal berenjin kapasiti rendah atau ‘kapcai’ dianggap sebagai antara kenderaan mampu milik. Motosikal dalam kategori ini sangat popular terutamanya di beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan negara-negara sekitar rantau.
Kebanyakan motosikal yang paling popular di kalangan peminatnya adalah model-model yang muncul kira-kira 20 tahun lalu. Dan salah satunya ialah Yamaha 125ZR.
Di negara kita sendiri model motosikal ini sangat popular oleh kerana reka bentuknya, kuasa enjin serta keunikan nilai sentimental itu sendiri kepada peminatnya.
Jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup berbelanja besar untuk memiliki motosikal ini, apatah lagi jika ia hadir dalam kondisi yang baru atau dalam istilah peminatnya, New Old Stock (NOS).
Bagi anda yang mungkin tidak berapa arif, NOS bermaksud barang baharu dari stok yang lama dan belum pernah digunakan atau dibuka plastik bungkusannya. Ia hanya disimpan sebagai koleksi malahan petrol pun belum pernah terisi ke dalam tangki minyaknya.
Baru-baru ini seorang peminat dan pengumpul motosikal di Vietnam telah menawarkan sebuah Yamaha 125ZR miliknya pada harga hampur RM90,000.
Memetik laporan MotoSaigon, jentera ini dikeluarkan pada tahun 2013 dan sejak itu tidak pernah digunakan lagi. Ini dibuktikan lagi dengan gambar-gambar yang dimuatnaik memaparkan tempat duduk, ekzos, cermin sisi masih lagi berbalut dengan plastik cuma berhabuk sedikit.
Di negara Vietnam komuniti peminat motosikal kapcai mempunyai jumlah yang sagat ramai. Kebanyakan mereka tidak segan untuk berbelanja besar demi memiliki motosikal idaman.
Pemilik jentera 125ZR itu dikenali sebagai Nguyen Cuong, yang merupakan pengumpul motosikal dua lejang di Vietnam, dan antara model 125ZR yang disimpan adalah 125ZR GO, model 2004 dan MoviStar edisi terhad!
Buat anda yang masih memiliki motosikal model ini, jagalah dengan baik-baik. Siapa tahu nilai harga secondhand pun akan melonjak naik pada masa akan datang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Azizulhasni Awang mencipta kemenangan emas acara keirin Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Perth selepas aksi dramatik foto penamat yang dipuji pengulas sebagai persembahan “master class”.