Memang sedang hangat diperkatakan oleh netizen mengenai isu kes siasatan yang melibatkan bekas pemimpin negara. Isu ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan selebriti tanah air.Terkenal sebagai seorang yang sangat lantang bersuara, Chef Wan menyuarakan rasa kesalnya terhadap isu ini. Chef Wan merasakan dirinya tertipu setelah melihat hasil rampasan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa di rumah Najib. Ikuti luahannya di bawah.
Menurut laporan dari Harian Metro pada hari ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memeriksa kediaman persendirian Najib yang terletak di Pavilion Residences Apartment.
72 Beg Wang Tunai, Barang Kemas Dirampas
Dalam laporan itu mengesahkan sebanyak 72 bagasi mengandungi wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama ditemui dalam kediaman di Pavilion Residences Apartment yang diperiksa polis berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malam tadi.
Ads
Chef Wan Rasa Tertipu
Isu ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan selebriti tanah air kerana kes ini melibatkan bekas utama pemimpin negara.
Terkenal sebagai seorang yang sangat lantang bersuara, Chef Wan menyuarakan rasa kesalnya terhadap isu ini. Chef Wan merasakan dirinya tertipu setelah melihat hasil rampasan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa di rumah Najib. Ikuti luahannya di bawah.
Ads
Chef Wan akui sangat terkejut dengan kekejaman ramai manusia di negara ini malah mereka tidak sedar segala yang kita perjuangkan selama ini sebenarnya untuk masa depan generasi akan datang.
Chef Wan menambah, dalam kejadian yang berlaku seperti ini, penyokong-penyokong kerajaan terdahulu terus bersikap bongkak dan masih mahu menegakkan benang yg basah lagi.
Ads
Begitu lantang apa yang disuarakan oleh Chef Wan ditulis dalam Instagramnya ini. Sebagai sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, kita seharusnya hormati masing-masing punya pendapat. Apa yang terjadi pada negara hari ini ada hikmahnya dan kita patut bagi peluang pada mereka yang bersalah menghisab diri dan bertaubat.
Kalau mereka sedar akan kesilapan yang lalu, boleh memperpaiki diri ke arah kebaikan. Kami di berasa kagum dengan kebanyakan rakyat Malaysia dan netizen yang kini sudah berani meluahkan perasaan dan pendapat secara terbuka. Dan mula matang memilih kerajaan yang baru.
Sumber : Instagram Chef Wan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cancer prostat merupakan salah satu jenis cancer yang sangat berbahaya. Kebanyakan lelaki tidak menyedari jika dirinya mengidap penyakit cancer jenis ini. Sebab kesan buruk cancer prostat ini datang dengan masa yang sangat lama. Akhirnya pada usia sekitar 40 tahun baru mereka memikirkan tentang cancer ini.
1. Perbanyak air putih
Air putih sangat penting dan bagus untuk tubuh. Manfaatnya bukan hanya untuk organ prostat saja, namun bahagian tubuh lain. Dengan mengkonsum air putih yang banyak, akan melancarkan pembuangan dan saluran-saluran yang ada di dalam tubuh akan lancar. Tempat pembuangan air urin juga bersih, ginjal menjadi sihat, kulit menjadi lembab. Biasanya orang yang cukup air putih untuk harianya, warna air urinnya akan putih. Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 6 sampai 8 gelas air putih sehari.
2. Minum jus buah delima
Buah delima memiliki khasiat yang cukup berguna untuk tubuh. Jus ini juga berguna untuk menurunkan risiko dan tingkat PSA pada lelaki.
3. Perbanyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan
Sayuran hijau ternyata boleh menurunkan risiko prostat. Kandungan zat makanan seperti fruktosa dan lycopene berguna menekan dan menurunkan risiko kanker prostat. Bahkan jika anda sudah terkena prostat, kandungan ke dua zat ini bisa membantu mengecilkan ukuran tumor prostat tersebut. Jenis makanan tersebut seperti brokoli, kobis, kembang kol, apel, buah beri.
4. Perkaya dengan makanan kaya Zink
Makanan yang mengandung zink membantu mengurangi pembesaran pada prostat. Hal ini di sebabkan kerana kelenjar yang ada pada prostat memerlukan zat zink lebih banyak dari pada organ tubuh yang lain. Zat tersebut boleh mengubah metabolism hormone steroid, yang mana mampu mengurangi pembesaran prostat. Beberapa contoh makanan yang memiliki kandungan kaya zink adalah minyak gandum dan biji labu.
5.Makan-makanan kaya vitamin D
Makanan yang mengandung gizi vitamin D akan membantu kesihatan prostat. Beberapa makanan kaya vitamin D adalah kacang almond, biji labu, slada swiss, mustard greens, bayam, minyak nabati, hazelnut, alpukat serta brokoli.
6.Makan-Makanan kaya vitamin E
Pertumbuhan sel cancer cenderung cepat. Meskipun cancer yang menjadi penyebab cancer prostat memiliki fluktuasi perkembangan yang lambat, namun lebih baik untuk semakin memperlambatnya, agar resiko semakin kecil. Setelah kanker kecil, bisa melakukan kemoterapi untuk menghancurkannya. Salah satu zat yang membantu memperlambat cancer adalah vitamin E. Di dalam vitamin E terdapat zat anti oksidan yang bisa melambatkan dan mengurangi risiko segala jenis cancer.
7. Menggunakan ubat-ubatan herba
Ubat-ubatan herbal juga membantu mengurangkan pembesaran cancer prostat. Beberapa jenis palmetto yang memiliki kegunaan untuk menghilangkan DHT dan menurunkan tingkat esterogen di dalam tubuh. Jenis lain seperti pygeum bisa membantu menghambat pembesaran prostat. Bahan dasar zat ini adalah dari kulit pohon. Serta ada cernilton yang membantu mengubati peradangan pada prostat. Bahan dasar dari cernilton ini adalah sari gandum.
8. Kurangkan makanan yang mengandung kolestrol
Makanan yang mengandung kolestrol dalam tubuh lelaki akan menjadi testosterone. Ketika prostat yang mengalami pembesaran, kandungan kolestrol di dalamnya sangat banyak. Untuk itu di sarankan untuk mengurangi makanan yang mengandung kolestrol serta yang berlemak tinggi.
9. Kurangkan makanan yang mengandung lemak
Lemak yang masuk ke dalam golongan lemak jahat atau biasa di sebut dengan lemak HDL yang berkembang menjadi kolestrol. Padahal sudah di sebutkan bahwa dalam tubuh lelaki, kolestrol boleh berubah menjadi testoteron. Untuk itu kurangkan makan makanan yang berlemak, terutamanya lemak hewani sebab tingkat kandungannya sangat tinggi. Beberapa makanan yang mengandung lemak tinggi adalah daging merah segar, ikan, dan ayam.
10. Berhenti dari mengambil alcohol
Menurut penelitian yang terakhir dilakukan, alcohol mampu meningkatkan iritasi pada bahagian kandung kemih. Alcohol secara medis mampu memperlemah otot otot tubuh. Sehingga membuat urin yang ada di dalam tubuh tertahan dan tidak segera di keluarkan.
11. Bersenam
Bersenamlah sekurangnya 3 kali dalam 1 minggu. Dengan melakukan ini mampu mengurangkan risiko cancer prostat. Sudah banyak doktor yang mengatakan bahwa lelaki yang memiliki gaya hidup yang sihat boleh mengurangkan mengalami risiko cancer prostat.
Kongsikan artikel ini untuk kita sihat bersama ?
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menaiki pesawat sering kali menjadi satu pengalaman yang menggembirakan, terutamanya ketika anda merancang untuk bercuti atau melawat orang tersayang. Namun, ada beberapa perkara yang sering dilakukan oleh penumpang yang tidak begitu digemari oleh kru kabin.
Memetik video di Youtube Zarul Umbrella yang menemu bual seorang pramugari, berikut adalah tiga perkara yang kru kabin tidak gemari jika anda lakukan sebagai penumpang.
Minta Kru Kabin Angkatkan Beg Ke Ruang Penyimpanan Di Atas
Satu perkara yang sering kali menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan kru kabin adalah apabila penumpang meminta bantuan untuk mengangkat beg mereka ke ruang penyimpanan di atas.
Tahukah anda yang bukan tugas mereka untuk mengangkat beg anda? Mereka hanya boleh membantu anda sahaja. Bermaksud, anda masih perlu gunakan kudrat anda sendiri untuk mengangkat beg. Kudrat dari kru kabin hanya sekadar tambahan sahaja.
Jika selama ini anda melihat ada kru kabin yang mengangkatkan beg bagi penumpang, itu hanya sekadar budi bicara mereka bagi penumpang-penumpang yang memerlukan seperti warga emas, orang kurang Upaya (OKU), penumpang bawah umur bersendirian dan sebagainya.
Walaupun kelihatan seperti satu permintaan yang mudah, namun anda perlu fikir yang mereka bukan bertugas di satu penerbangan sahaja. Selepas anda turun dari pesawat nanti, mereka akan mengendalikan kumpulan penumpang seterusnya pula sehinggalah tamat waktu tugasan mereka.
Jika mereka mengangkat kesemua penumpang di setiap penerbangan, bayangkan berapa banyak beg yang perlu mereka angkat dalam sehari. Perkara ini berisiko mencederakan kru kabin dan boleh menganggu tugas mereka untuk mengutamakan keselamatan penumpang.
Hakikatnya, beg anda adalah tanggungjawab peribadi anda. Itulah sebabnya mengapa kebanyakan syarikat penerbangan meletakkan had berat bagi beg bawa tangan anda agar anda sendiri tidak terbeban dengannya.
Kru kabin dilatih untuk memberikan perkhidmatan yang sopan dan profesional, dan mereka juga mengharapkan perkara yang sama daripada penumpang.
Sebenarnya, kru kabin lebih gemar jika anda memanggil nama sebenar mereka yang tertera pada tag nama yang dipakai pada seragam mereka.
Jika anda tidak dapat membacanya ataupun kurang selesa, cukuplah sekadar menyapa mereka dengan gelaran biasa yang sopan seperti Encik atau Cik.
Ingat, mereka yang melayani anda untuk memastikan anda menikmati penerbangan yang selesa. Apa salahnya menghormati mereka sebagai satu tanda penghargaan.
Mematikan telefon bimbit merupakan salah satu tatacara keselamatan di dalam pesawat yang telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Namun dengan teknologi terkini, kebanyakan pesawat hanya memerlukan anda untuk menetapkan telefon bimbit ke mod penerbangan sahaja, terutamanya ketika waktu pesawat sedang berlepas dan mendarat.
Yang membuatkan kru kabin kurang senang ialah tempoh berlepas dan mendarat itu bukanlah satu tempoh yang lama untuk anda mengabaikan sebentar telefon bimbit anda, sekitar dua minit sahaja.
Selepas pesawat mencapai altitud yang selesa, anda boleh menggunakan telefon bimbit anda semula.
Lagipun, peraturan ini bukanlah peraturan yang baharu. Sepatutnya, ramai orang sudah faham dengan peraturan ini.
Walaupun ada syarikat penerbangan yang sudah membenarkan penggunaan peranti elektronik ketika berlepas dan mendarat, tetapi masih banyak lagi yang belum melaksanakan peraturan baharu ini. Hal ini disebabkan tidak semua syarikat penerbangan sudah memiliki pesawat yang dilengkapi teknologi untuk membenarkan pelaksanaannya.
Sesetengah penerbangan dengan jangka masa tertentu akan menghidangkan makanan untuk penumpang. Namun agak menjengkelkan bagi kru kabin apabila anda tidak dapat membuat pilihan makanan dengan segera.
Mungkin bagi penumpang yang duduk di barisan awal perlu mengambil masa untuk memilih kerana baru mendengar pilihan makanan yang ada.
Bagi penumpang lain yang duduk di barisan seterusnya, anda ada masa untuk berfikir makanan yang anda mahukan kerana sepatutnya anda sudah mendengar pilihan makanan yang ada ketika kru kabin sedang melayani penumpang di barisan sebelum anda.
Anda perlu faham yang menghidangkan makanan bukanlah satu-satunya tugas kru kabin di dalam pesawat. Mereka ada banyak tugasan lain yang perlu dilakukan sebelum mendarat. Oleh itu, tugasan menghidangkan makanan perlu diselesaikan dalam tempoh masa tertentu, terutamanya bagi penerbangan jarak dekat dengan tempoh perjalanan yang lebih singkat.
Ketika kru kabin menghidangkan makanan, mereka akan membawa troli di laluan lorong pesawat. Troli itu akan menghalang satu-satunya laluan berjalan di dalam pesawat.
Jika anda melalui lorong ketika mereka menghidang makanan, agak sukar bagi mereka untuk memberi laluan kepada anda dan hal ini mengganggu tugas mereka.
Melainkan jika anda tidak mampu menahan untuk membuang air, elakkan untuk berjalan ketika kru kabin sedang menghidang makanan.
Dengan memahami dan mengelakkan perkara di atas, anda bukan sahaja menunjukkan rasa hormat kepada pramugari dan pramugara tetapi juga membantu memastikan penerbangan berjalan lancar dan selesa.
Ingat, sedikit kesopanan dan kerjasama dari setiap penumpang boleh membuatkan pengalaman penerbangan lebih menyenangkan untuk semua.
Seperti mana yang anda semua sudah maklum, negara kita yang tercinta kini sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Selepas pelbagai usaha keras dan cabaran yang kita semua lalui terutamanya barisan hadapan negara kita kini sudah mencatatkan jumlah kes yang rendah.
Atau dalam erti kata lain kita telah berjaya melandaikan kadar penularan wabak Covid-19. Namun kita masih belum menang. Oleh sebab itu kita harus sentiasa patuhi apa sahaja SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Antara watak-watak penting berada di barisan hadapan diketuai oleh KP Kesihatan Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah.
Usaha yang kita semua lakukan dengan pelbagai cabaran sejak MAC yang lalu membuaghkan hasil. Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang menjadi rujukan di peringkat antarabangsa.
Dan terbaru negara kita telah tersenarai sebagai salah sebuah negara yang sedang menang melawan Covid-19 bersama beberapa negara lain. Antaranya ialah Australia, Vietnam, New Zealand, Ireland, Thailand dan banyak lagi. Sebanyak 47 negara termasuk Malaysia diiktiraf sebagai negara yang melakukan perkara yang betul bagi menangani wabak ini.
Kegiatan ekonomi di negara kita sudah semakin pulih dengan pelbagai aktviti sosial turut mula dibenarkan.
Sementara itu menurut Public Health Malaysia, beberapa negara seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Arab Saudi masih lagi bergelut untuk menurunkan bilangan kes harian. Malah ia turut disahkan oleh Majlis Keselamatan Negara menerusi ciapan di Twitter.
Syabas MASKULIN ucapkan khususnya buat barisan hadapan yang telah banyak berkorban, bekerja siang dan malam untuk memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan. Syabas juga buat anda semua yang terus patuh dengan PKP hinggalag PKPP sekarang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki give up lepas sebulan gym sebab tak faham fasa awal, salah cara latihan, dan cepat hilang motivasi. Ketahui sebab sebenar dan cara kekal konsisten supaya tak burnout.