Cuba kira dalam sehari berapa jam anda habiskan masa untuk pergi dan balik ke temopat kerja serta jumlah masa dihabiskan untuk bekerja.
Dalam zaman moden kini sudah jadi perkara biasa seseorang turun pada awal pagi pada waktu subuh dan pulang bila matahari sudah pun terbenam.
Jadi purata sehari anda habiskan kira-kira hingga 12 jam sehari untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.
Tahukah anda ini merupakan satu rutin yang boleh menyebabkan anda alami burnout dalam jangka masa tertentu?
Tapi apakah itu burnout? Ia sebenarnya satu istilah yang digunakan untuk menggembarkan keadaan seseorang yang alami kepenatan melampau dari segi mental dan fizikal.
Dan burnout ini jika dibiarkan lama boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, masalah tekanan jiwa, kemurungan dan juga boleh pengsan akibat kepenatan melampau. Tapi bagaimanakah untuk kenal pasti sama ada anda sudah alami burnout atau tidak?
Jika salah satu daripada 9 gejala di bawah ini berlaku pada anda maka sah anda sedang alami burnout!
TAK SERONOK
Mula rasa tak seronok untuk datang kerja. Bangun sahaja pagi anda rasa cukup malas dan terbeban dengan tugasan kerja. Motivasi anda boleh dikatakan berada pada tahap paling rendah.
PENAT
Bila anda sudah alami burnout badan anda akan mudah jadi penat. Bukan itu sahaja mental anda juga berasa sangat berat dan terbeban dengan rasa kurang seronok.
Ads
MASALAH TIDUR
Selain itu anda juga berdepan dengan masalah untuk tidur. Setiap hari anda akan alami kesukaran untuk melelapkan mata. Jadi tidak hairanlah jika anda pukul 1 atau 2 pagi baru boleh lelapkan mata. Kemduian jam 6 pagi sudah kena bangun awal untuk pergi kerja pula.
TIADA MOTIVASI
Bila badan dan mental sudah burnout anda secara langsung tidak mempunyai motivsi untuk bekerja. Malah segala apa yang berlaku di pejabat sudah tidak anda hiraukan. Apa yang ada dalam minda anda ialah untuk segera pulang dan keluar dari pejabat.
Ads
BUAT-BUAT SIBUK
Salah satu sindrom burnout ialah anda akan cuba menyibukkan diri dengan pelbagai hal. Sedangkan ia bukanlah perkara penting pun. Perkara ini berlaku kerana minda anda cuba untuk lari daripada realiti bahawa anda sebenarnya kepenatan.
Motivasi yang hilang akan secara tak langsung menurunka prestasi kerja anda. Dan bila ini berlaku ia boleh menjejaskan mutu pekerjaan serta boleh mengkibatkan anda kehilangan kerja!
SELALU MC
Perkara ini banyak berlaku di negara kita. Disebabkan anda burnout maka tumpuan anda berlaih kepada perkara yang tidak penting. Jadi perhatian anda terlaih kepada perkara luar pejabat. Lalu jumlah cuti mengejut dan cuti sakit (MC) akan meningkat dengan segera.
MUDAH NAIK ANGIN
Petanda paling jelas bahawa anda sebenarnya perlu cuti dan lari ketika daripada pelbagai tabggungjawab di pejabat. Jika dbiarkan masalah panas baran ini bukan sahaja boleh mengeruhkan hubungan anda dalam keluarga malah di pejabat juga.
SAKIT BADAN DAN SENDI
Perkara ini berlaku kerana fizikal anda berdepan dengan kepenatan yang melampau. Cuma dalam hal ini akan menyebabkan badan anda menerim kesannya. Sakit sendi dan lenguh badan merupakan antara kesan yang sering berlaku bila seseorang alami burnout.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti ramai yang tahu tentang body mass index (BMI), tapi pernahkah anda dengar tentang basal metabolic rate (BMR)?
Sebenarnya badan kita sentiasa membakar kalori walaupun semasa kita menonton televisyen, berbaring mahupun ketika tidur. Itulah maksud BMR. BMR ialah jumlah kalori yang dibakar oleh badan dalam keadaan rehat.
BMR yang rendah ialah keadaan di mana seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah.
Ramai yang mengadu mereka sukar menurunkan berat badan. Ada juga yang mengadu berat badan mereka tidak lagi menurun setelah kehilangan 5 kg atau 10 kg dari berat asal.
Mungkin kadar metabolisme atau basal metabolic rate (BMR) telah menjadi rendah. Ini mungkin yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menurunkan berat badan.
Seperti mana yang kita tahu bahawa BMR adalah kadar penghasilan tenaga dalam badan kita ketika kita rehat dan tidur yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon.
Ini bermakna ketika kita rehat dan tidur, tenaga dihasilkan dan digunakan dalam jumlah yang tetap bagi menggerakkan pernafasan (fungsi paru-paru dan jantung), otak dan fungsi organ yang lain.
Jadi tahap BMR yang menentukan berapa banyak dan cepat pula tenaga dalam tubuh kita (dalam nilai kalori) dibakar.
Mereka yang mempunyai nilai BMR yang tinggi akan membakar tenaga lebih banyak dan cepat, dengan ini memudahkan penurunan berat badan.
Jadi bagi mereka yang mengalami ‘keadaan yang plateau’ ketika menjalani program diet, atau dalam bahasa yang mudah ialah berat badan tidak lagi mahu menurun, berkemungkinan besar telah mengalami tahap BMR yang rendah.
1. MENGALAMI MASALAH BERAT BADAN
Mereka yang mempunyai masalah BMI yang rendah biasanya akan mengalami masalah berat badan seperti sukar mengurangkan berat badan, dan senang pula meningkatkan berat badan.
2. MUDAH BERASA PENAT DAN LESU
Oleh kerana tenaga yang dihasilkan tidak mencukupi dan mengambil proses yang lebih lama, mereka yang mempunyai masalah BMR yang rendah akan lebih cepat penat dan lesu. Mereka akan berasa cepat penat bila melakukan aktiviti fizikal. Mereka juga mungkin mengalami rasa penat dan memerlukan rehat yang lebih lama.
3. TAHAP KESIHATAN YANG RENDAH
Mereka mungkin kelihatan pucat, sering penat, mudah demam, rambut mudah gugur dan tidak bertenaga. Mereka yang mempunyai BMI yang rendah akibat masalah kekurangan hormone tiroid akan menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu.
4. MUDAH BERASA SEJUK
Mereka yang mempunyai masalah BMR yang rendah akan mudah berasa sejuk terutama dalam musim hujan atau berada dalam hawa yang dingin. Mereka sering mengadu bahawa pendingin hawa terlalu kuat padahal orang di sekeliling berasa panas.
1. UMUR
Secara purata apabia seseorang lelaki sudah berusia 40 tahun, dan seorang wanita telah berusia 35 tahun, tahap BMR mereka akan menurun sebanyak 5% setiap 10 tahun. Bagaimana hendak mengekalkan tahap BMR setelah mencecah usia ini, caranya ialah kekal aktif dalam melakukan aktiviti fizikal. Cara terbaik bagi umur sebegini ialah berjalan kaki.
2. JANTINA
Lelaki dikatakan membakar lebih banyak kalori pada waktu rehat berbanding wanita. Ini bermakna wanita mempunyai BMR yang lebih rendah dari lelaki. Tetapi itu tak semstinya berlaku.
Wanita yang mempunyai tubuh yang kurang lemak berlebihan mempunyai tahap BMR yang lebih tinggi dari lelaki yang mempunyai lemak yang berlebihan dalam tubuh. Kata kuncinya ialah hilangkan lemak yang berlebihan, ia membantu meningkatkan semula BMR kita.
3. NISBAH PERATUSAN OTOT BERBANDING DENGAN LEMAK
Peratusan otot dalam tubuh (terutama pada lelaki) akan menentukan tahap BMR dalam tubuh kita. Oleh itu bagi lelaki, melakukan aktiviti mengangkat berat (bertujuan untuk meningkatkan peratusan otot dalam tubuh) membantu mereka meningkat nilai BMI.
4. KETURUNAN
Faktor keturunan juga mempengaruhi. Ramai orang yang tidak pernah ada masalah peningkatan berat badan walaupun kelihatannya mereka makan banyak. Sentiasa kelihatan kurus.
Ini mungkin disebabkan faktor keturunan. Namun ia bukanlah sesuatu yang sihat apabila memakan tanpa kawalan walaupun berat badan mengikut nilai BMI yang dicadangkan. Ini kerana ramai orang kurus tetapi mempunyai banyak penyakit kronik akibat amalan pemakanan yang buruk.
5. MASALAH KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid merembeskan hormone tiroid T3 dan T4 yang mempengaruhi tubuh menghasilkan tenaga ketika beraktiviti dan dalam keadaan rehat. Mereka yang bermasalah untuk menghasilkan hormone tiroid secara efektif, dikatakan mengalami masalah penyakit kekurangan hormone tiroid (hypothyroid).
Mereka akan mengalami masalah berat badan dan nilai BMR yang rendah. Cara terbaik bagi mereka adalah mendapatkan rawatan bagi memastikan hormone tiroid mencukupi dalam tubuh.
6. DEHIDRASI
Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan tubuh kita tidak dapat menghasilkan tenaga yang secukupnya, kerana proses penghasilan tenaga memerlukan air yang banyak. Apabila kita berehat, penghasilan tenaga juga perlahan, dan dikatakan nilai BMR kita menjadi rendah.
Minum lebih banyak air kosong sangat membantu menghasilkan tenaga. Bagaimana dengan air manis? Air manis (penuh dengan gula) akan menjadi sumber tenaga yang cepat, tetapi ia menyebabkan lebih banyak insulin yang dikeluarkan. Jika kita tidak beraktiviti, semua gula yang diserap ke dalam tubuh akan disimpan sebagai lemak.
7. BANYAKKAN BERPUASA
Apabila kita berpuasa atau tidak makan selama enam jam, tubuh mula akan membakar lemak dalam tubuh. Lemak akan menghasilkan tenaga yang diperlukan. Adakah tubuh akan merendahkan nilai BMR apabila kita berpuasa seperti yang dilaporkan oleh sesetengah saintis?
Tidak betul, nilai BMR akan diturunkan agar tubuh menyimpan lebih banyak tenaga apabila kita tidak mengambil makanan. Ini hanya berlaku apabila kita mengalami kebuluran, bukan disebabkan kita berpuasa atau menjarakkan waktu makan.
Apabila kita tidak makan melebihi 36 jam, tubuh akan merendahkan nilai BMR, agar kita mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi apabila menghadapi kebuluran. Jadi ada cadangan yang menyuruh kita makan lebih kerap untuk mengelakkan nilai BMR menjadi rendah adalah tidak benar. Terutama apabila kita tidak beraktiviti setelah kita makan. Ia hanya akan mengumpulkan lemak.
8. MAKAN MAKANAN BEREMPAH DAN PEDAS
Mengambil makanan berempah dan lebih pedas dapat meningkat nilai BMR seseorang. Contohnya kita mengambil cili, yang mengandungi ialah komponen bioaktif capsaicin meningkatkan BMR. Selain itu boleh tambahkan lada putih atau lada hitam dalam makanan. Meletakkan secubit serbuk kayu manis dalam minuman juga dapat meningkat BMR.
9. SENAMAN MEMBINA OTOT
Secara mudah saya boleh beritahu, senaman kardio seperti berlari dapat membakar lemak, tetapi tidak meninggikan BMR. Hanya senaman mengangkat berat (dan membina otot) dapat meningkatkan BMR. Menambahkan otot pada tubuh menjadikan membakar lemak dan tenaga ketika kita berehat.
10. MENGAMBIL PROTEIN DALAM MAKANAN
Untuk meningkatkan BMR, kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dimana penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan cepat. Cuba tingkatkan pengambilan protein terutamanya sayur-sayuran yang mengandungi protein atau protein dari sumber bukan daging merah.
Penghadaman protein mengambil masa yang lebih lama dan pada masa yang sama banyak enzim dan hormone dikeluarkan seperti glukogon yang meningkatkan BMR dalam tubuh.
6. MENGAMBIL KALSIUM
Makanan dan minuman yang mengandungi kalsium yang tinggi seperti susu dapat meningkatkan BMR dan memetabolismekan lemak lebih efisen. Minum segelas susu sehari membantu tubuh membakar kalori lebih cepat dan menyebabkan BMR meningkat.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Kalau nak dapatkan perut pejal dan berotot, bukan sahaja diet tapi senaman juga haruslah seiring. Jika anda fikir hanya diet sahaja mampu membuatkan perut pejal dan berotot, anda silap!
Untuk dapatkan perut pejal dan berotot, tak semestinya anda perlu berhabis duit ke gym. Sebenarnya di rumah juga anda boleh memanfaatkan waktu senaman untuk miliki perut pejal dan berotot.
Rahsianya hanya guna sofa yang ada di rumah dan lakukan senaman mudah cuma 15 minit sehari saja. Jika anda lakukan secara konsisten, tak mustahil anda boleh miliki perut pejal dan berotot sebagaimana yang anda idamankan.
Dengan melakukan 9 senaman ini, sudah pasti misi anda untuk menghilangkan lemak dan mendapatkan perut pejal serta berotot akan tercapai!
Tak perlu nak tunggu hujung minggu untuk melakukannya. Boleh buat di waktu malam ketika anda sedang menonton tv.
Jika anda mengikuti senaman ini langkah demi langkah secara konsisten, tidak mustahil anda mampu miliki perut berotot yang anda idam-idamkan selama ini.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Banyak negara telah memperkenalkan cukai gula untuk menghindarkan rakyat mengambil jumlah gula dengan banyak, namun kebanyakkan syarikat makanan dan minuman mengubah produk mereka untuk memasukkan pemanis rendah dan sifar kalori daripada gula. Walaubagaimanapun, terdapat bukti yang semakin meningkat bahawa pemanis mungkin mempunyai kesan kesihatan mereka tersendiri.
Penyelidikan baru dari Amerika Syarikat, dimana pasukan Biologi Eksperimental tahunan di San Diego, menemui pautan dengan pengambilan pemanis buatan dan perubahan peredaran darah yang dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti dan diabetes yang telah dijalankan kajiannya ke atas 2 kumpulan tikus. Adakah ini bermakna kita perlukan pemanis dan juga gula?
Pemanis secara amnya adalah bahan yang “tidak berkhasiat” yang bermaksud kita tidak boleh menggunakannya untuk tenaga. Sebahagian daripada campuran ini adalah bahan kimia sintetik, yang dihasilkan untuk meniru rasa gula. Ini termasuk saccharin, sucralose dan aspartame. Pemanis yang lain disempurnakan daripada bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan, seperti stevia dan xylitol. Secara kolektif, pemanis biasanya di nikmati oleh pengamal diet kerana ia diletakkan ke dalam makanan rendah kalori dan minuman yang mengandungi beberapa bentuk pemanis yang tidak berkhasiat.
Membantu mengatasi atau membakar krisis obesiti?
Makanan dan minuman yang dibuat secara artifisial telah menjadi popular kerana krisis obesiti di seluruh dunia. Ini kerana gula mengandungi empat kalori di dalam setiap gram, makanan manis dan minuman yang biasanya berkalori tinggi. Pada dasarnya, dengan mengeluarkan kalori ini kita mengurangkan pengambilan tenaga dan ini membantu untuk mencegah kenaikan berat badan.
Bagaimanapun, bukti-bukti menunjukkan bahawa penggunaan produk-produk manis yang diolah secara buatan mungkin dikaitkan dengan peningkatan risiko kelebihan berat badan atau obes, Penyelidikan telah dibuat yang pemanis tiruan boleh merebak bakteria di dalam usus kita, menyebabkan badan seseorang kurang toleran terhadap glukosa, dan akan blok laluan utama gula.
Penyelidikan baru, dari Kolej Perubatan Wisconsin, Marquette University, melihat beberapa kesan biologi pemanis ke atas tikus yang melibatkan sel. Mereka ingin tahu jika pemanis tiruan mempengaruhi bagaimana makanan digunakan dan disimpan. Ini dipanggil perubahan metabolik dan penyelidikan menggabungkan pelbagai aspek metabolisme yang berbeza sebagai gambaran keseluruhan.
Pasukan ini juga melihat kesan pemanis pada saluran darah dengan mengkaji bagaimana bahan ini mempengaruhi sel-sel yang membentuk lapisan dalaman salur darah.
Para saintis memberi makanan kepada tikus yang mempunyai tahap kesihatan yang sama. Selepas tiga minggu, mereka mengalami perubahan negatif yang signifikan dalam kedua-dua kumpulan tikus. Perubahan ini termasuk kepekatan blood lipids (lemak).
Mereka juga mendapati bahawa potassium acesulfame, khususnya, terkumpul di dalam darah telah merosakkan sel-sel yang mengalirkan saluran darah. Pengkaji menyatakan bahawa perubahan ini “dikaitkan dengan obesiti dan diabetes”. Keputusan ini menunjukkan bahawa pemprosesan lemak berubah kepada memperoleh tenaga daripada sel oleh mengamal pemanis.
Hadkan pengambilan
Adakah ia membahayakan? Oleh kerana kajian ini dilakukan pada haiwan dan bukan pada manusia, adalah salah untuk membuat kesimpulan tentang apa yang kebarangkalian kepada seseorang. Walaubagaimanapun, penemuan kajian ini menambah kepada peningkatan penyelidikan yang menunjukkan bahawa pemanis tidak menjadi alternatif kepada gula.
Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah mencadangkan had harian kepada kebanyakan pengamal pemanis hanya mengambil lima miligram per kilogram berat badan, setiap hari.
Namun tidak semua pemanis adalah sama. Kajian terbaru ini memberi tumpuan kepada pemanis tiruan, kerana kebanyakan penyelidikan mengenal pasti kepada kesan negatif. Sesetengah pemanis juga mempunyai kebaikan untuk kesihatan yang boleh merawat obesiti.
Sebagai contoh, Stevia telah menunjukkan peningkatan tekanan darah dan toleransi glukosa manakala xylitol telah ditunjukkan untuk membantu mencegah kerosakan gigi. Ini bermakna memilih jenis pemanis yang anda gunakan mungkin lebih penting daripada gula.
Mungkin nasihat terbaik adalah sederhanakan semua pengambilan. Tidak ada makanan yang baik atau buruk, yang ada hanyalah jumlah pengambilan. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengelak pengambilan terlalu banyak gula atau pemanis, terutamanya dalam minuman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang