Buat anda generasi milenial pastinya tahu tentang salah sebuah program realiti paling popular dalam sejarah penyiaran di Malaysia iaitu Akademi Fantasi. Tidak dinafikan bakat-bakat yang lahir dari program realiti nyanyian ini telah menghasilkan ramai penyanyi, pelakon, pengacara dan selebriti popular pada masa kini.
Namun di kala rakan-rakan seperjuangan lain meneruskan karier mereka dalam industri hiburan berbeza pula dengan Diddy Hirdy, bekas peserta Akademi Fantasia 4 yang kini telah bergelar sebagai seorang ahli pendidikan tinggi yang memiliki gelaran Doktor Falsafah (Phd).
Dr. Diddy Hirdy yang ditemui MASKULIN baru-baru ini kini bertugas sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) bermula 1 Januari 2024 yang lalu.
Figura dengan nama penuh, Syamsul Hirdi Bin Muhid kini ternyata tampil lebih matang sesuai dengan tugasnya kini yang cukup penting di Universiti Utara Malaysia.
Kredit: Media Hiburan
Baginya sebagai seorang ahli akademik yang masih bahary dia cukup bebesar hati kerana diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang cukup besar. Malah, dia juga menganggap ini sebagai satu pencapaian besar dan baru baginya.
“Pelantikan ini merupakan bagi saya ini satu tanggung jawab yang sangat besar. Saya perlu berurusan mengenai hal ehwal pelajar termasuklah berkaitan kebajikan dan akademik mereka.
Ads
“Saya jenis yang buat kerja dan biar hasil yang bercakap untuk kita dan orang akan melihat hasil kerja kita. Tak pernah dalam doa dan cita-cita saya untuk memegang jawatan tertinggi di pusat pengajian ini,” ujarnya apabila ditanya soal tanggungjawab yang digalas.
MASKULIN juga sempat bertanyakan pendapatnya mengenai keperluan seorang lelaki melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan juga meratau ke negeri orang. Bercakap berdasarkan pengelamannya sendiri, Dr. Diddy berkata jika ada peluang seorang lelaki itu memang patut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Untuk lelaki sangat patut melanjutkan pendidikan tinggi. Dan untuk lelaki jika ada peluang pergilah sangat patut untuk merantau, melihat tempat orang. Kerana ketika itulah kelelakian kita diuji.
Ads
“Maksud saya di sini kalau sebagai lelaki merantau di situ kita kena buat keputusan sendiri. Saya letak diri saya sendirilah sebagai ketua keluarga untuk isteri dan anak-anak, saya kena buat keputusan penting. Tak dinafikan pada masa itu rasa tak bersedia dan tak boleh buat keputusan tapi nak tak nak kena buat keputusan dan ambil risiko,” tambahnya lagi.
Jelasnya lagi sebagai seorang lelaki, kita juga perlu pandai berbincang dengan isteri.
“Apabila merantau di sinilah kita punya pemikiran dan kematangan berlaku. Bila merantau kematangan itu akan berlaku secara drastik. Kita saja yang betul-betul rasai pengalaman dan buat keputusan sendiri,” tambahnya lagi.
Ads
Untuk pengetahuan anda, Dr. Diddy yang kini berusia 39 tahun ini memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Muzik pada 2022 dari University of Liverpool. Di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, dia merupakan lulusan UUM dalam jurusan Komunikasi.
@maskulinmyPernah merantau hingga ke Liverpool, England demi melanjutkan pengajian, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini menggalakkan golongan lelaki untuk keluar merantau demi mencabar diri menjadi seorang yang lebih matang. #diddyhirdy #UUM #universitiutaramalaysia #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Dr Diddy Hirzy. Semoga kisah dan perkongsiannya memberikan manfaat untuk kita semua.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebelum ini kekacakan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bokiah dan bekas isterinya, Hajjah Mariam dikatakan mampu membuat wanita jadi tergila-gila sehingga ‘pecah ovarinya’.
Namun kali ini, sebaik sahaja Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah diumumkan akan ditabalkan sebagai Sultan Pahang ke-6, kemunculan adinda baginda Tengku Fahd Mua’adzam pada sidang media tersebut Sabtu lalu masih hangat diceritakan.
Rata-rata pengguna media sosial teruja melihat ketampanan wajah Tengku Arif Temenggong Pahang merupakan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah itu.
Berikut adalah biodata Tengku Fadh yang ramai orang teruja untuk mengetahuinya :
1. Lahir pada 10 Februari 1994
Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diputerakan pada 10 Februari 1994 di Hospital Tengku Ampan Afzan, Kuantan, Pahang.
2. Anakanda pertama baginda bongsu dan putera sulung
Baginda merupakan anakanda pertama baginda bongsu dan putera sulung kepada Paduka Seri Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom binti Abdullah.
3. Menerima gelaran Tengku Arif Temenggong
Baginda yang berusia 25 tahun ini merupakan kerabat Pahang yang bergelar Tengku Ariff Temenggong.
4. Memiliki latar belakang pendidikan yang menarik
Tengku Abdul Fahd mendapat pendidikan di Garden International School, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Baginda seterusnya menyambung pelajaran ke United Kingdom. Baginda melanjutkan pengajian di Universiti Princeton, Amerika Syarikat.
5. Memegang amanah di peringkat yang tinggi
Memetik laporan The Star pada 2015, Tengku Fahd merupakan pengasas bersama Tabung Amanah Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah dengan bondanya Sultanah Kalsom dan juga merupakan pengerusi di TAT Alliance Services Sdn Bhd.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo yang kini bersama juara Serie A, Juventus. Pemain yang dikatakan antara terbaik pernah disasksikan dalam sejarah bola sepak ini bukan sahaja menjadi ikon kepada sukan ini tetapi kepada aktiviti amal yang sering dilakukannya.
Terbaru Cristiano Ronaldo dilaporkan telah mendermakan sebanyak USD1.5 juta (RM6.26 juta) kepada masyarakat Palestin. Derma yang dilakukan oleh pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or ini dilakukan olehnya bersempena dengan bulan suci, Ramadan.
Dan menerusi derma ini juga Ronaldo berharap ia dapat meringankan sedikit penderitaan yang di alami oleh penduduk Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza.
Ini bukanlah kali pertama Ronaldo melakukan derma seperti ini. Pada tahun 2012 dia pernah melelong kasut emas yang dimenanginya untuk mengutip derma khusus buat anak-anak Palestin.
Selain itu, Ronaldo juga dikatakan pernah menolak untuk bertukar jersi dengan pemain Israel ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 yang lalu.
Buat pengetahuan anda, Semenanjung Gaza telah diserang tanpa bels kasihan oleh rejim Zionis sejak tahun 2007 lagi. Malah sekatan yang dilakukan oleh rejim tersebut telah banyak membuat hidup penduduk Palestin di Semenanjung Gaza berdepan kesukaran luar biasa.
Semoga lebih ramai pemian seperti Cristiano Ronaldo tampil ke hadapan untuk membantu rakyat Palestin dan menyuarakan sokongan mereka terhadap negara yang ditindas sejak puluhan tahun ini.
Jika ditanya warganegara Malaysia ketika ini siapakah golongan yang paling disayangi mereka sekarang MASKULIN yakin dengan tidak ragu-ragunya akan menjawab barisan hadapan negara yang bertugas melawan penularan wabak COVID-19.
Sesungguhnya pengorbanan mereka yang berada di barisan hadapan penuh risiko sangat dihargai oleh semua pihak di Malaysia.
Antara yang bekerja tanpa henti 24 jam sehari ialah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain memastikan keselamatan awam mereka giat melakukan rondaan serta sekatan jalan raya bagi memastikan semua orang patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan bagaimana seorang anggota polis yang sedang bertugas menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap di dalam sebuah longkang besar.
Anggota tersebut, Koperal (F) Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee telah mendapat pujian daripada warganet kerana keprihatinannya menyelamatkan makhluk Tuhan tersebut. Video berkenaan bukan sahaja tular di negara kita malah is turut dikongsi beberapa media antarabangsa.
Berita ini juga turut menarik perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan menyampaikan Surat Penghargaan khas kepada Mohd Azad di atas usahanya berkhidmat bukan sahaja kepada manusia tetapi juga makhluk yang lain memerlukan pertolongan.
MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENGHARGAAN DARIPADA DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR
#SejahteraShahAlam #staysafestayhome
Shah Alam, 15 April 2020 – YDH ACP Baharudin Bin Mat Taib (Ketua Polis Daerah Shah Alam) telah menghadiri Majlis Penyerahan Surat Penghargaan daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Kpl/s Mohd Azad Azady Bin Mohd Tarmizee daripada Unit MPV, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Shah Alam. Turut serta dalam masjlis ini adalah Supt Ramsay Anak Embol ( Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam), YBhg Muhammad Syahir Bin Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor), Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai.
Penyampaian surat penghargaan daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Kpl/s Mohd Azad Azady telah disampaikan oleh YBhg Muhammad Syahir Bin Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor) dan disaksikan oleh YDH ACP Baharudin Bin Mat Taib. Surat Penghargaan ini adalah atas keperhatinan Kpl/s Mohd Azad untuk menyelamatkan seekor anak anjing yang telah jatuh ke dalam longkang dan video berkenaan telah tular dilaman sosial yang mendapat reaksi positif dikalangan masyarakat.
—————————————–
Rakaman video yang dilakukan oleh rakan setugasnyua, Koperal Ezam Ramli yang dikongsi di Facebook kendaliannya kini telah meraih lebih 490,000 tontonan dengan lebih 24,000 perkongsian.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Koperal (F) Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee. Semoga terus bersemangat, berdedikasi dan tabah dalam menjalani tugas harian tatkala negara kini berdepan krisis COVID-19.
Sumber & kredit: Facebook Polis (IPD) Shah Alam
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.