Dalam banyak-banyak produk penjagaan diri, produk berkaitan dengan wajah adalah paling penting untuk diberikan perhatian. Sebaran produk yang tidak sesuai bukan sahaja boleh menyebabkan kegatalan tetapi merosakkan kulit wajah anda yang kacak.
Pertama sekali MASKULIN ingin nasihatkan anda , usahlah terlalu percaya dan termakan gimik pemasaran serta pelbagai testimoni daripada orang-orang asing yang tidak dikenali terutamanya yang beriya-iya mempromosikan sesetengah produk tertentu.
Foto: reviewed.com
Berikut MASKULIN ingin tegaskan jika anda mengalami gejala seperti di bawah, sila BERHENTI gunakan produk wajah tersebut dengan SEGERA!
KULIT TERASA PANAS
Anda alami lapisan kulit yang terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Sebenarnya ini terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak berfungsi pada wajah anda.
Ads
Ia hanya memberikan rasa iritasi dan jika dibiar berterusan boleh menyebabkan radang kemerah-merahan. Jangan biarkan begitu dan hentikan menggunakan produk tersebut. Sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
MAKIN KERING & KUSAM
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembabkan kulit. Akan tetapi bila anda menggunakannya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu.
Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroksida yang banyak.
Ads
JADI LEBIH SENSITIF
Tak sampai beberapa minit bila anda keluar kulit sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ia berkemungkinan besar berpunca daripada produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hatilah menggunakan produk yang mengandungi bahan ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
MENGGELUPAS TERUK
Ramai yang kata kulit mengelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Tunggu dulu. Adakah anda tahu bahawa lapisan kulit yang pertama iaitu epidermis amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit mengelupas apa mungkin boleh berlaku pada kulit anda!
Ads
Sebaiknya sebelum anda membeli atau menggunakan mana-mana produk wajah dapatkanlah dahulu pendapat daripada mereka yang pakar. Jika ragu-ragu jangan beli dahulu. Dapatkan pendapat yang kedua sebagai langkah berjaga-jaga.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki seperti di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=2w3hiAaL-tk&t=22s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada kalanya, lelaki yang tidak memiliki jambang mungkin berasa sedikit cemburu apabila melihat rakan-rakan atau selebriti yang tampil lebih maskulin dengan gaya berwajah berjanggut kemas.
Suka atau tidak, selain kulit licin bebas jerawat, jambang turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan faktor kacak seorang lelaki. Ia bagaikan simbol kelelakian yang mampu membuat penampilan lebih matang dan memikat.
Namun, bila nak bela jambang, pastikan anda uruskannya dengan baik—bukan biar tumbuh tidak terkawal hingga merosakkan penampilan.
Lepas bercukur, pernah tak anda rasa wajah tampak terlalu ‘kosong’ dan muda tanpa jambang? Kadang-kadang, ia boleh menjejaskan keyakinan diri, terutamanya bila anda percaya bahawa wajah yang sedikit ‘tua’ dan berjanggut memberi aura kematangan yang diperlukan.
Jika anda ingin jambang kembali tumbuh lebat dan rapi, berikut adalah 5 tip mudah yang boleh anda cuba.
1. Kurangkan bercukur
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap.
Jika anda mahukan gaya stubble, ianya amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4-6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu.
Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka mild bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut.
Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
4. Urutkan wajah anda
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan.
Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
5. Guna bahan semula jadi
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih. Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah:
Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
Bilas minyak menggunakan air suam
Lakukan dua kali sehari.
Selamat mencuba! Semoga penampilan anda bertambah kacak dari hari ke hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bercakap tentang penjagaan diri, sebagai lelaki moden anda seharusnya bukan sahaja mengambil berat tentang penampilan atau pilihan pakaian yang dipakai semata.
Tetapi faktor yang tidak kurang sama pentingnya ialah bagaimana anda menjaga diri.
Penjagaan diri atau ‘grooming’ yang baik bukan hanya membuatkan anda rasa lebih yakin, tetapi juga memberikan imej yang lebih menarik di mata orang lain.
Namun, golongan lelaki cukup bertuah kerana penjagaan diri tidaklah terlalu sofistikated berbanding kaum wanita.
Akan tetapi ia juga tidaklah seringkas dan mudah yang disangka.
Kali ini, MASKULIN ingin mengajak anda menjadi lelaki yang lebih segak, bergaya dan mantap dengan mengikuti 5 tip grooming yang sebenarnya WAJIB untuk anda tahu agar kekal segar, bersih, dan paling penting nampak maskulin!
Jaga Rambut Agar Lebat dan Bebas Kelemumur
Ya, rambut juga sebenarnya adalah mahkota lelaki. Kalau rambut tak kena gaya, habis segala keyakinan diri hilang!
Bagi memastikan rambut kekal lebat dan bebas kelemumur, penting untuk anda menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut.
Salah satu syampu yang cukup berkesan ialah MARO 3D Volume Up Shampoo. Syampu ini bukan sahaja membantu mengawal kelemumur dan menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala malah boleh membantu melebatkan rambut sehingga 150%.
Kesan hebat syampu dari MARO ini adalah dari World’s First Defenscalp™ Formula, formula unik mereka menggabungkan pembersihan berkesan dengan perlindungan akar.
Rambut lebat dan bebas kelemumur pasti menjadikan anda seorang lelaki yang berpenampilan lebih berkeyakinan dan mantap!
MARO 3D Volume Up Shampoo boleh didapati di pasaran pada harga RM49.90 sahaja. Ia ini boleh didapati di semua cawangan Watson dan juga Shopee tknkbycason.
Jadi buat anda yang inginkan rambut bebas kelemumur dan dalam masa yang sama mahu ia nampak lebat, inilah produk yang memberikan jawapan paling ideal!
Jangan Abaikan Wajah
Kulit muka lelaki juga memerlukan perhatian yang sama seperti wanita. Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.
Tapi ingat ya, jangan guna sabun mandi untuk badan! Penggunaan sabun badan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan kasar.
Menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit wajah bukan sahaja buat anda rasa lebih segar, tapi juga mengurangkan masalah jerawat dan minyak berlebihan.
Jangan lupa juga untuk gunakan pelembap atau toner untuk memberikan kulit anda lebih kesegaran berpanjangan.
Penggunaan Deodoran untuk Elak Bau Badan
Tak kira setampan mana sekalipun anda, kalau bau badan tak menyenangkan, semua boleh hilang selera. Deodoran adalah kawan baik lelaki untuk elakkan bau badan yang tidak diingini, terutama selepas seharian bekerja atau bersukan.
Pilih deodoran yang tahan lama dan mempunyai aroma yang menyegarkan. Salah satu deodoran yang MASKULIN boleh rekomen ialah QB Medicated Deodorant Bar.
Apa yang membuatkan deodoran ini istimewa ialah ia hadir dengan aplikasi mudah tanpa rasa melekit dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Ia juga mampu mengawal peluh dengan efektif walaupun dalam cuaca yang panas terik.
Formula krim serbuknya yang ringan menyerap lebihan minyak lalu menjadikan kulit bawah lengan anda berasa lebih kering dan selesa. Masalah kesan deodoran pada baju atau kemeja yang dipakai juga tidak perlu anda fikirkan kerana ia tidak meninggalkan sebarang warna.
Kesemua kesan hebat ini dibantu dengan kehadiran 8 ekstrak semula jadi ini menjadikan deodoran dari Jepun ini sebagai pilihan yang tepat.
Lebih menarik, QB Medicated Deodorant Bar ini juga pernah mendapat dianguerahkan LDK Award, anugerah berprestij bagi produk kosmetik dan kecantikan di Jepun.
Deodoran hebat ini boleh didapati di pasaran pada harga hanya RM69.90 sahaja di Caring Pharmacy dan juga di Shopee tknkbycason.
Jaga Rambut Agar Tidak Nipis dan Rawatan Kulit Kepala
Rambut menipis adalah salah satu masalah yang sering dihadapi lelaki seiring peningkatan usia. Untuk mengelakkan masalah ini, amalkan rutin penjagaan rambut yang betul.
Bagi lelaki yang ingin mengatasi masalah rambut menipis dan keguguran boleh menggunakan produk untuk menguatkan akar rambut. MARO Hair Growth 3D Essence merupakan di antara produk yang cukup baik bagi mengatasi masalah seperti ini.
Ia diperkaya dengan tiga jenis bahan aktif daripada ubat herba – Dipotassium Glycyrrhizate (daripada likuoris), Ekstrak Ginseng (daripada akar Panax Ginseng), dan Ekstrak Swertia Japonica.
Bahan-bahan ini bekerja secara sinergistik untuk meningkatkan persekitaran kulit kepala, menggalakkan peredaran darah, dan merangsang pertumbuhan rambut dari akar.
Kulit kepala yang sihat adalah kunci kepada rambut yang kuat.
Jika rambut anda semakin menipis, bertindak awal dengan produk seperti MARO Hair Growth 3D Essence sebelum ia menjadi lebih teruk. Ia boleh didapati pasaran pada harga RM79.90. Produk hebat ini anda boleh dapati di Watsons dan juga di Shopee tknkbycason.
Pilih Haruman yang Sesuai dengan Personaliti
Haruman adalah cara mudah untuk tinggalkan kesan positif kepada orang sekeliling. Pilih wangian yang sesuai dengan personaliti anda.
Kalau anda jenis yang aktif dan suka gaya kasual, pilih haruman segar seperti citrus atau mint.
Maskulin kongsikan 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia. Jadi berhati-hatilah pada pandangan pertama!
Trim Bulu hidung, telinga dan kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat.
Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu.
Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih
Bulu leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.
Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
Wangian dan pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.