Melihat transformasi yang dilalui oleh pelakon muda popular yang lahir dari Pertandingan Hero Remaja satu ketika dahulu mungkin mampu dibanggakan kini. Dari pemuda yang sangat pemalu dan kurang keyakinan diri, dia berubah menjadi seorang yang sangat berani dan tabah hadapi segala kritikan yang hadir pada dirinya.
Sempat mendekati Fattah Amin, 27 di majlis Meet And Greet AJ De Parfum, menyatakan hasrat murninya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan Umrah pada 15 Oktober ini.
Ads
“Ini merupakan umrah pertama mereka dan kali kedua buat saya, mungkin sudah tiba saya bawa ibu dan ayah ke tanah suci untuk beribadah”, di samping turut mengulas agar mendoakan yang terbaik untuk jodohnya.
“Sekiranya jodoh saya tiba, saya akan beritahu kepada semua dan tidak akan menyembunyikan perihal gembira tersebut, jadi doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga tidak menolak jika jodoh saya dengan wanita yang sedikit berusia, lagipun umur sekadar umur tiada apa-apa yang perlu dipertikaikan.
Bagi penggemar muzik dan hiburan pentas berprofil tinggi, Mei 2025 menjanjikan sesuatu yang istimewa di Miri, Sarawak.
Bandaraya petroleum ini bakal menjadi saksi penganjuran dua konsert mega yang menampilkan barisan artis ternama, dan yang lebih menarik, ia terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran masuk.
Inisiatif membawakan Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Berkat Gawai Kaamatan ini merupakan kolaborasi strategik antara TVS dan Astro, disokong penuh oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, serta Majlis Bandaraya Miri.
Penganjuran ini bukan sekadar acara hiburan, bahkan signifikan dalam meraikan ulang tahun Miri yang ke-20 serta menyemarakkan sambutan Gawai dan Kaamatan.
Konsert MeleTOP TVS bakal membuka tirai pada 17 Mei 2025 di Stadium Tertutup Miri. Konsert ini menandakan kerjasama sulung antara dua jenama hiburan gergasi, TVS dan Astro, selain menjadi penampilan perdana MeleTOP di Bumi Kenyalang.
Barisan artis yang akan memanaskan pentas termasuk nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie, dan ramai lagi.
Gabungan bakat ini dijangka membawakan persembahan yang menggabungkan elemen kontemporari dengan sentuhan budaya Borneo. Konsert ini boleh disaksikan secara langsung di TVS (Saluran 122 Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE, dan platform Sooka.
Tidak terhenti di situ, kemeriahan bersambung dengan Konsert Berkat Gawai Kaamatan pada 21 Mei 2025, bertempat di lokasi sama.
Konsert ini dimeriahkan dengan kehadiran ratu rock negara, Ella, sebagai tunjang utama. Turut sama berkongsi pentas adalah Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, serta artis dari Kalimantan, Marina Jara.
Konsert yang bermula jam 7:30 malam ini akan disiarkan oleh TVS pada 31 Mei 2025, jam 9 malam.
Penganjuran dwikonsert ini menzahirkan komitmen dalam menyebarkan keceriaan dan hiburan berkualiti kepada masyarakat.
Menurut Sardon Zainal, Ketua Kandungan Tidak Berskrip & Kreatif di Gen Next Astro, “Kami mahu menyebarkan kegembiraan ke seluruh Sarawak. Miri, sebagai pintu masuk ke utara Sarawak, Brunei dan Kalimantan adalah lokasi yang tepat untuk sambutan ini.
“Dengan ulang tahun Miri yang ke-20 semakin hampir, tiada masa yang lebih baik untuk menganjurkan konsert ini. Kami teruja untuk menawarkan hiburan percuma dan berkongsi pengalaman ini dengan semua orang!”
Elyna Bidol, Ketua Pegawai Operasi TVS, turut berkongsi sentimen yang sama. “Kami berbangga dapat menyatukan dua jenama hiburan utama untuk malam yang tidak dapat dilupakan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan TVS dalam Konsert MeleTOP TVS.
“Jutaan terima kasih kepada MTCP, TVS, Majlis Bandaraya Miri, serta penduduk Sarawak dan Sabah atas sokongan luar biasa mereka. Muzik menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah contoh sempurna bagaimana kita meraikan perpaduan itu.”
Kedua-dua konsert ini menawarkan peluang keemasan untuk menikmati persembahan bertaraf bintang secara percuma.
Tiket boleh didapatkan melalui tvsarawak.my/kejutan-tvs selagi stok masih ada. Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada sambutan muzik, budaya, dan perpaduan yang epik ini di Miri Mei depan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas lebih tujuh dekad menggegarkan layar perak dan menjadi ikon budaya pop global, Godzilla Store Malaysia kini mengukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara dengan pembukaan kedai rasmi pertama di rantau ini.
Kedai ini bakal dibuka secara rasmi pada 9 Januari 2026 di LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam pengembangan jenama legenda ini di peringkat antarabangsa.
Pembukaan Godzilla Store Malaysia merupakan fasa kedua peluasan luar negara oleh TOHO Co., Ltd. selepas kejayaan GODZILLA STORE Taipei yang dilancarkan pada September 2025.
Kerjasama antara TOHO, Toho Entertainment Asia dan rakan strategik tempatan M&M Creations Holdings membawa pengalaman Godzilla yang autentik terus kepada peminat di Malaysia dan Asia Tenggara.
Seperti cawangan di Jepun dan Taiwan, Godzilla Store Malaysia direka bukan sekadar sebagai kedai runcit, tetapi sebagai ruang pengalaman imersif.
Pintu masuk kedai ini menampilkan patung Godzilla setinggi dua meter yang diinspirasikan daripada video khas ulang tahun ke-70 bertajuk 70 Years of Godzilla: A New Roar in Southeast Asia.
Patung ini dipamerkan buat kali pertama di dunia, menjadikannya tarikan eksklusif yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat setia.
Di dalam kedai, pengunjung akan dibawa ke dunia Godzilla menerusi dinding bertema, hiasan neon, sudut bergambar serta susun atur ruang yang direka khas untuk mencetuskan rasa kagum dan nostalgia.
Barisan produk yang ditawarkan merangkumi barangan koleksi rasmi, figura, patung lembut, pakaian, aksesori dan produk gaya hidup — sesuai untuk peminat tegar mahupun pengunjung kasual.
Lebih menarik, Godzilla Store Malaysia turut memperkenalkan barangan eksklusif edisi tempatan yang akan dilancarkan secara berperingkat selepas pembukaan.
Inisiatif ini menjadikan cawangan Malaysia unik dan berbeza daripada kedai Godzilla lain di dunia, sekali gus meningkatkan nilai koleksi buat peminat.
Selain aspek komersial, kedai ini turut berfungsi sebagai hab komuniti untuk peminat Godzilla dan keluarga.
Pihak pengurusan merancang penganjuran acara dalam kedai, pameran khas serta aktiviti berkala yang bertujuan mengeratkan hubungan antara peminat dan jenama ikonik ini.
Pembukaan Godzilla Store Malaysia juga selari dengan strategi jangka panjang TOHO untuk memperkukuh jenama Godzilla di Asia.
Dengan ibu pejabat Toho Entertainment Asia beroperasi di Singapura, Malaysia dilihat sebagai lokasi strategik untuk memperluaskan pengaruh Godzilla di rantau ini, khususnya dalam kalangan generasi baharu peminat.
Dalam masa yang sama, Godzilal Asia turut bakal mengadakan Godzilla Run yang akan berlangsung pada 11 Januari 2026 bertempat di Dataran Putrajaya. Ia terbuka kepada beberapa kategori seperti lelaki dan wanita terbuka, lelaki dan wanita veteran pada jarak 10km dan 21 km.
Bagi pelawat tempatan dan antarabangsa yang berkunjung ke Kuala Lumpur, Godzilla Store Malaysia bakal menjadi destinasi wajib singgah — sama ada untuk membeli koleksi eksklusif, merakam gambar ikonik bersama patung Godzilla atau sekadar merasai aura legenda kaiju paling terkenal di dunia.
Dengan gabungan warisan sinematik, elemen gaya hidup dan pengalaman runcit moden, Godzilla Store Malaysia bukan sekadar sebuah kedai, tetapi simbol kebangkitan Godzilla di Asia Tenggara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Korang perasan tak kalau kita berpuasa pasti mulut akan berbau kurang dan hal ini agak kurang menyenangkan. Punca utama mulut berbau adalah disebabkan bakteria yang membiak di dalam mulut. Ia hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi.
Selain daripada itu, mulut kering kerana kekurangan air liur juga menjadi punca mulut berbau. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, perembesan air liur adalah kurang, sebab itulah bau mulut kita kurang enak apabila bangun dari tidur.
Apatah lagi sekarang bulan puasa, makin menjadi-jadi bau yang tidak diundang itu. Jadi, apa caranya untuk hilangkan bau?
Yang pertama pastikan anda menggosok gigi dan lidah setiap kali waktu bersahur dan berbuka puasa. Usah pandang remeh dan terlalu yakin gigi anda bersih sebab hanya dengan gosok gigi boleh menyelesaikan masalah ini. Semasa menggosok gigi, tarik dan hembuskan nafas untuk singkirkan bau mulut.
Anda boleh cuba minum teh hijau tanpa gula ketika bersahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan.
Ini satu lagi hal penting, rasa merasakan menggosok gigi sahaja sudah menandakan bersih tetapi agar kebersihan mulut lebih terjamin, disarankan menggunakan ubat kumur setelah menggosok gigi. Dekat pasaran ada banyak ubat kumur yang dijual jadi tiada masalah untuk anda mengamalkan rutin kebersihan ini.
Ya, makanan manis memang sedap tetapi risiko pada gigi juga lebih dasyat. Menu yang bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan, akhirnya gigi anda jadi cepat rosak dan menyebabkan bau mulut. Lagi satu adalah minuman kafein, memang kesan pada gigi yang sangat ketara.
Minumlah air kosong dan mineral yang cukup ketika sahur dan berbuka puasa. Seeloknya, sekali pun minum air manis, anda wajib minum air mineral. Lagi pun jika cukup minum, membantu mencegah bau mulut pada siang hari. Air mineral juga dapat meningkatkan produksi air liur, sehingga kebersihan mulut tetap terjaga. Tetapi sekarang bulan puasa, jadi macam mana caranya nak cukupkan 8 gelas sehari? Nah, baca artikel kami INI CARA MINUM AIR DI BULAN PUASA. PASTIKAN CUKUP!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.