Populariti K-pop kini bukan lagi terarah kepada satu generasi atau jantina mahupun dari masa asalnya seseorang itu. Ia sudah berkembang menjadi satu fenomena global yang cukup besar impaknya sama ada dari segi muzik, gaya hidup dan juga budaya pop anak muda masa kini.

Lihat sahajalah barisan jenama-jenama popular yang mula membariskan wajah-wajah selebriti K-pop atau K-drama menjadi duta peroduk mereka. Daya tarikan yang dimiliki mereka dapat dilihat dengan kadar ‘engagement’ di laman media sosial yang cukup luar biasa.

Rekod demi rekod sama ada dari segi jumlah tontonan mahupun jualan tiket konsert berjaya dipecahkan oleh barisan artis K-pop popular terutamanya dari Blackpink dan grup lelaki paling popular di dunia, BTS.

Jimin BTS Jadi Artis Solo Korea Pertama Ungguli Tempat Teratas Carta Billboard Hot 100

Terbaru, Jimin yang merupakan salah seorang ahli BTS telah tampil melancarkan projek solonya menerusi single ‘Like Crazy’. Seperti dijangka ramai ia mendapat sambutan yang cukup hebat bukan sahaja di negara kelahirannnya tetapi di peringkat antarabangsa seperti menembusi carta Billboard Hot 100.

IKLAN

Malah, Jimin telah mencatat sejarah sebagai ‘solo act’ pertama dari Korea yang berjaya mengungguli carta Billboard di tangga teratas atau pertama. Perkara tersebut disahkan oleh Billboard yang membuat pengumuman itu pada semalam, 3 April 2023.

Kejayaan mengungguli carta menyaksikan sekali gus Jimin menyingkirkan Miley Cyrus dengan lagu ‘Flowers’ di mana ia bertahan selama lapan minggu di kedudukan tersebut. Menerusi ciapan di laman Twitter, Billboard berkata, “Jimin menjadi artis solo pertama Korea Selatan untuk berada di tangga teratas #Hot100 dengan lagu ‘Like Crazy”.

IKLAN

Lagu yang dipetik dari album solo pertama Jimin itu merupakan lagu ke-66 terpantas untuk merajai carta Billboard 100. Manakala di carta utama Billboard pula, album ‘Face’ berada di kedudukan kedua paling tinggi.

Jimin BTS Jadi Artis Solo Korea Pertama Ungguli Tempat Teratas Carta Billboard Hot 100

BTS dianggap sebagai fenomena budaya terbesar Korea Selatan dengan kejayaan mereka mendominasi carta sambil meraih berbilion-bilion untuk ekonomi negara mereka dan membina legiun peminat global yang dikenali sebagai ARMY.

IKLAN

Kini grup gergasi K-pop ini mengumumkan tempoh rehat atau hiatus selepas bebrapa ahlinya terlibat dengan perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan.

Seperti mana kita sedia maklum semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan wajib menjalani khidmat ketenteraan sekurang-kurangnya 18 bulan dan ahli mereka paling tua, Jin menyertainya pada tahun lepas.

Semoga artis atau penyanyi di negara kita dapat mencontohi kejayaan Jimin yang melakar satu sejarah yang cukup luar biasa di persada muzik dunia. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI