Jumaat ini, pentas ONE 170 bakal menyaksikan satu pertarungan epik antara dua bintang muda Muay Thai yang penuh bakat. Johan Ghazali atau dikenali Jojo, fenomena remaja Malaysia-Amerika, akan berhadapan dengan sensasi tidak terkalahkan dari Colombia, Johan “Panda Kick” Estupinan, dalam aksi flyweight yang dijangka mendebarkan.
Pertarungan ini akan berlangsung di Impact Arena, Bangkok – lokasi yang sememangnya sinonim dengan kehangatan seni mempertahankan diri.
Dua atlet yang memiliki reputasi sebagai “penyerang maut” ini bersiap sedia untuk mempamerkan kehebatan masing-masing.
BINTANG MUDA BERBAKAT
Jojo telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang bintang muda paling berbakat dengan mencatatkan enam kemenangan daripada tujuh pertarungan di ONE, termasuk lima knock-out yang memukau. Namun, cabaran kali ini bukan mudah.
Estupinan, yang membawa rekod sempurna 26-0 dalam kariernya, sudah pun mencatatkan empat kemenangan tanpa kalah di pentas ONE.
Bagi Jojo, perlawanan ini bukan sekadar mencari kemenangan biasa. Ia membawa makna peribadi. Estupinan pernah menewaskan abangnya beberapa tahun lalu di luar ONE. Ghazali kini membawa misi balas dendam ke dalam Circle.
“Di mata peminat, pertarungan ini sangat 50-50, jadi saya ingin buktikan bahawa saya lebih baik dan mempamerkan kemahiran saya kepada dunia.
“Juga, saya mahu membalas dendam untuk abang saya kerana Estupinan pernah mengalahkannya beberapa tahun lalu,” kata Ghazali kepada onefc.com.
Ads
Bagi Jojo, kemenangan ini juga penting untuk membuka jalan ke ranking lima teratas dalam divisyen flyweight Muay Thai.
BUKAN LAWAN BIASA
Estupinan bukan lawan biasa. Dengan gaya bertarungnya yang unik, pantas, dan agresif, peninju Colombia ini dijangka memberi ujian yang sukar buat Ghazali.
Namun, atlet berusia 18 tahun itu yakin dengan kelebihan yang dimilikinya – kuasa knock-out yang sukar ditandingi.
“Estupinan pantas, mempunyai daya tahan yang baik, dan sangat luar biasa berbanding peninju lain.
“Saya mungkin tidak sepantas dia, tetapi saya pasti dia tidak memiliki kuasa seperti saya, dan itu akan menjadi kelebihan saya kerana ‘timing’ mengalahkan kelajuan,” jelas Jojo.
Ads
Dengan empat bonus persembahan di ONE, Ghazali bersedia untuk menghentikan rentak kemenangan Estupinan. Dia percaya, waktunya untuk bersinar sebagai bintang Muay Thai semakin dekat.
Kedua-dua peninju dikenali dengan naluri menyerang yang eksplosif, menjadikan pertarungan ini antara yang paling dinanti-nantikan.
Peminat dijangka akan disajikan dengan aksi pantas dan mendebarkan dari saat pertama loceng dibunyikan.
PELUAN BUKTIKAN KEMAMPUAN
Jojo sendiri berharap untuk menamatkan pertarungan ini dengan pantas. “Sudah tentu, seperti pertarungan lain, saya akan mencari knock-out.
“Bila ia akan berakhir, saya tidak pasti, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk menewaskannya secepat mungkin,” ujarnya penuh yakin.
Pada usia yang begitu muda, Johan “Jojo” Ghazali telah diiktiraf sebagai salah seorang peninju paling berbakat dalam dunia Muay Thai.
Ads
Pertarungan dengan Johan “Panda Kick” Estupinan ini bukan sahaja peluang untuk membuktikan kemampuannya, tetapi juga langkah besar dalam membina legasi sebagai juara masa depan.
Buat mereka yang setia mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan pasti mengenali sosok badan tegap berwajah kacak ini. Kelibatnya di skrin mungkin agak jarang dilihat namun Arja Lee atau nama sebenarnya, Azaharudin Ramli masih segar di bibir peminat.
Info menerusi laman media sosialnya mendapati, Arja Lee sebenarnya menyambung pelajarannya. Dan beberapa hari lalu dia telah menghadiri Majlis Konvokesyen, Universiti Perguruan Sultan Idris.
Aktor kacak ini merupakan penerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pendidikan Persembahan. Jelasnya, dia mengakui perasaan agak bercampur baur saat namanya dipanggil untuk menerima ijazah.
DEBAR BERBEZA
Melihat ahli keluarganya bersorak telah membuatkan dirinya hilang rasa gemuruh yang dirasakan pada ketika itu. Memetik laporan Media Hiburan, Arja Lee berkata, “Debarnya sungguh berbeza kali ini. Tak dapat saya nak gambarkan perasaan dan apa yang bermain di fikiran pada waktu ini. Amat berbeza.
“Apabila nama disebut hinggalah terdengar jeritan penuh kasih sayang dari ahli keluarga tercinta di depan mata menjadi penawar di kala gugup setelah menerima ijazah di atas pentas,” jelasnya lagi.
“Kini aku bergelar Graduan Ijazah Sarjana,” tulisnya menerusi hantara di Instagram.
Selain itu, Arja Lee juga sekarang bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan sejak tahun lalu lagi. Tidak hairanlah kelibatnya di industri lakonan memang agak sepi sejak kebelakangan ini.
Jelasnya menerusi satu temu bual bersama Mstar, Arja berkata dia tidak lagi mahu terlibat dalam dunia glamor sebagai selebriti. Apa yang dia mahukan sekarang ialah kehidupan yang lebih tenang tanpa sebarang kontroversi di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.
“Alhamdulillah saya selesa dengan kehidupan saya sekarang… ada pekerjaan tetap dan paling penting ada pendapatan bulanan yang tak perlu saya risau setiap bulan.
“Dekat sini saya mahu menjalani hidup tenang dan bebas daripada sebarang kontroversi sebagai seorang selebriti.
“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan tinggalkan bidang seni buat masa ini bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai seorang pensyarah yang turut memerlukan komitmen tinggi,” tambahnya lagi.
Amir Ahnaf, pelakon yang melonjak populariti selepas dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2021/2022, kini semakin mencuri tumpuan ramai.
Bakatnya yang tak boleh dinafikan kini semakin bersinar, terutamanya setelah membintangi filem ‘Kahar Kapla High School’, yang kini sedang meletup di pawagam!
Filem ini bukan hanya sebuah hiburan semata, tetapi juga membawa mesej penting tentang isu buli di kalangan remaja masa kini.
Dalam satu temu bual bersama Kosmo! Online, Amir, atau nama penuh Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, 24, mendedahkan bagaimana dia belajar untuk mengawal emosi, terutamanya apabila berhadapan dengan buli siber.
Foto: Instagram Amir Ahnaf
Amir mengakui, “Saya rasa kesihatan mental generasi muda sekarang ini lebih teruk kerana buli siber yang semakin berleluasa.
“Tolonglah hentikan buli ini kerana sangat tidak matang. Ada banyak lagi benda boleh buat selain buli siber.”
KAWAL EMOSI
Bagi Amir, cara terbaik untuk menghadapi tekanan itu adalah dengan mengawal emosi sendiri.
“Kalau kita tak mampu mengawalnya, semua perkara akan jadi lebih huru-hara selain menjadi hamba kepada emosi sendiri,” ujarnya.
Bukannya mudah untuk menghadapinya, tetapi bagi Amir, belajar untuk tidak memberi respons kepada buli siber adalah kunci untuk menjaga ketenangan.
Selain dari itu, Amir turut berkongai, “Banyak yang boleh memberi pengaruh hari ini, ditambah dengan kewujudan media sosial. Jadi, sentiasalah jaga orang sekeliling, keluarga dan kawan-kawan. Selalulah tanya khabar mereka.”
Sebagai seorang selebriti yang sering mendapat perhatian ramai, Amir faham betul bagaimana media sosial boleh memberi kesan kepada seseorang, terutama dalam menjaga kesejahteraan mental.
BUKAN GENERASI MANJA
Namun, ketika ada yang menyebut generasi muda hari ini sebagai “generasi manja”, Amir menolak label tersebut dengan tegas.
“Tiada istilah generasi sekarang manja, hakikatnya kita semua memang dilahirkan untuk menjadi individu yang manja.
“Sifat manja itu memang ada dalam diri semua orang dan manusia itu sendiri dijadikan sebagai orang yang sensitif jadi, kenapa nak salahkan orang jadi manja?” katanya dengan penuh keyakinan.
Filem ‘Kahar: Kapla High Council’
Dengan gaya hidup yang lebih sensitif terhadap isu-isu semasa, dan mesej yang dibawanya tentang pentingnya menjaga mental, Amir Ahnaf bukan sekadar seorang pelakon, tetapi juga suara yang membawa perubahan.
Dia mengingatkan kita semua untuk lebih peka dengan kesihatan mental, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga kepada orang di sekeliling. Kita boleh lakukan lebih daripada sekadar berdiam diri, dan itu adalah perjuangan sebenar bagi Amir Ahnaf.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Namun bagi lelaki ini jalan yang dimaksudkan untuk dirinya adalah diharungi secara harfiah. Demi menunaikan nazar selepas kebenaran rentas negeri, Mohd Syahrizal Harun atau lebih dikenali sebagai Mat telah berjalan kaki sejauh 290 kilometer untuk pulang ke kampung.
Memetik laporan Astro Awani, Mat berusia 40 tahun yang juga dikenali sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat swasta di ibu negera telah berjaya mengharungi perjalanan serta menunaikan nazarnya dengan berjalan kaki selama empat hari.
Jelasnya, sebelum ini dia tidak dapat pulang ke kampung tercinta selepas negara kita telah berdepan larangan rentas negeri akibat penularan pandemi, Covid-19. Sebelum pengumuman kebenaran rentas terbaru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, dia telah bernazar untuk pulang ke kampung dengan cara berjalan kaki sebagai tanda kesyukuran.
Foto: Astro Awani
BERDEPAN CABARAN CUACA
Mengharungi perjalanan berjalan kaki selama empat hari untuk pulang ke kampungnya di Kampung Bertam Baru, Gua Musang dia telah merentas tiga buah negeri iaitu Selangor, Pahang dan Kelantan. Sepanjang empat hari perjalanan Mat telah berdepan cabaran yang cukup mencabar. Ujarnya cabaran yang paling ketara ialag keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Cabaran kedua ialah berjalan tatkala musim hujan dengan beberapa kejadian tanah runtuh. Banyak jalan ditutup serta dilencongkan ke arah lain (menyebabkan) kena tambah kilometer perjalanan lagi.
“Pada waktu malam pula berjalan pula risikonya hanya satu keadaan gelap dan binatang, tapi Alhamdulillah tidak ada binatang yang berbahaya setakat anjing sahaja,” kata Mat berkongsi pengalaman ketika ditemui pemberita di Hentian Gua Musang di sini, pada Ahad.
Sebelum itu, kepulangan Mat ke Gua Musang disambut oleh Ahli Dewan Undangan Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff; Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail.
Syabas MASKULIN ucapkan kepada Mat yang berjaya harungi perjalanan jauh ini dengan selamat. Hanya yang kental sahaja boleh laksanakan cabaran yang sukar seperti ini!
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.