Foto : Sinar Harian

Ketika kebanyakan kanak-kanak seusia baru nak lancar baca ABC dan kira nombor satu hingga sepuluh, lain pula kisahnya dengan seorang budak lelaki bernama D. Devakshean.

Pada usia baru enam tahun, dia berjaya mengejutkan ramai apabila boleh mengenal pasti 65 jenis mata wang asing dalam tempoh satu minit saja!

Kebolehan luar biasa ini bukan sahaja mengagumkan, malah melayakkan Devakshean mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Kanak-Kanak Terbanyak Mengenal Pasti Mata Wang Asing Dalam Satu Minit.

Bukan Setakat Satu Minit 200 Mata Wang Dalam 11 Minit 45 Saat!

Hebatnya Daya Ingatan! Baru 6 Tahun Dah Kenal Puluhan Mata Wang Asing Dalam Masa Singkat
Foto : BuzzKini

Tak cukup dengan itu, anak kecil ini juga mampu menghafal dan menyebut nama mata wang dari 200 buah negara dalam masa hanya 11 minit 45 saat, satu pencapaian yang jarang berlaku walaupun dalam kalangan orang dewasa!

Berkat keupayaan hebatnya itu, Devakshean turut mendapat pengiktirafan daripada British World Record dan diberi gelaran Young Global Expert of 195 Countries’ Flags and Currencies of the World.

Minat Bermula Seawal Umur Setahun, Dah Kenal Bendera Malaysia

Menurut ibunya, G. Devamalar, Devakshean mula menunjukkan kecenderungan terhadap bendera negara sejak umur setahun lagi.

Ads

Katanya, anak tunggalnya itu boleh mengecam dan menyebut dengan tepat bendera Malaysia tanpa diajar secara formal.

“Memang sejak kecil kami nampak potensi dia. Bila tunjuk gambar bendera atau mata wang, dia boleh ingat cepat. Umur dua tahun dulu dia dah cipta satu rekod juga, bila berjaya kenal pasti lebih 200 nama negara dan bandar,” jelas Devamalar.

Hebatnya Daya Ingatan! Baru 6 Tahun Dah Kenal Puluhan Mata Wang Asing Dalam Masa Singkat
Foto : Astro Awani

Sokongan Penuh Ibu Bapa Latih Sebulan Sebelum Sertai MBR

Devakshean bukan hanya berbakat, tapi turut mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya.

Devamalar dan suaminya, A. Devakumaran berkongsi bahawa mereka hanya mengambil masa sebulan untuk melatih anak mereka sebelum menghantar permohonan kepada Malaysia Book of Records.

Ads

“Anak kami suka tengok YouTube. Jadi kami buat bahan pembelajaran seperti senarai mata wang dan bendera, upload ke YouTube dan dia belajar sendiri. Memang dia jenis suka belajar dan jarang main macam budak lain,” tambah Devamalar.

Harapan Tinggi Buka Jalan Ke Guinness World Records

Sebagai ibu, Devamalar berharap agar pencapaian anaknya ini bukan sekadar berhenti setakat ini sahaja.

Dia memasang impian agar suatu hari nanti, Devakshean berjaya melangkah lebih jauh termasuklah ke peringkat Guinness World Records.

Ads

“Sekarang tak ramai yang kenal dia. Saya harap melalui liputan media ini, dia akan dapat lebih banyak peluang untuk kembangkan potensi,” ujarnya.

BACA LAGI : Art of Speed 2025 Bukti Budaya Kustom Malaysia Semakin ‘Menggila’!

Sumber : BuzzKini

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI