
Pada usia 15 tahun, kebanyakan remaja mungkin hanya memberi tumpuan kepada pelajaran atau sukan yang diminati. Namun bagi Salim Sacoor, seorang atlet olahraga muda yang berlatih di Dubai, pengalaman sendiri berdepan cabaran berlatih dalam cuaca panas telah mencetuskan satu idea yang akhirnya berkembang menjadi sebuah jenama dengan misi yang lebih besar.
Pengasas jenama hidrasi S10 itu kini menjalinkan kerjasama dengan jenama gaya hidup terkenal, Montigo, bagi memperkenalkan koleksi botol minuman berprestasi tinggi yang bukan sahaja direka untuk membantu atlet kekal terhidrat, malah turut menyumbang kepada usaha membantu atlet yang sedang menjalani proses pemulihan akibat kecederaan.

Kolaborasi ini menyaksikan sebahagian hasil jualan setiap botol daripada koleksi S10 x Montigo disalurkan kepada inisiatif yang membantu atlet mendapatkan rawatan rehabilitasi dan pemulihan yang diperlukan.
Bermula Daripada Pengalaman Sendiri
Sebagai atlet trek dan padang yang aktif, Salim Sacoor memahami kepentingan hidrasi ketika menjalani latihan intensif, khususnya dalam cuaca panas dan lembap.
Pengalaman itulah yang mendorongnya menghasilkan penyelesaian yang lebih praktikal dengan bekerjasama bersama Montigo untuk menyesuaikan teknologi penebat haba syarikat itu mengikut keperluan atlet.
Menurut Salim Sacoor, matlamat utama S10 bukan sekadar menghasilkan produk berkualiti, tetapi turut mewujudkan platform yang mampu memberi manfaat kepada komuniti sukan.

“Matlamat S10 adalah untuk memenuhi keperluan praktikal atlet sambil mewujudkan platform untuk menyumbang kembali kepada komuniti sukan. Melalui kerjasama dengan Montigo ini, kami berharap lebih ramai atlet muda mendapat akses kepada sumber yang mereka perlukan untuk mengejar impian mereka,” katanya.
Produk Direka Khusus Untuk Atlet
Koleksi S10 x Montigo dibangunkan dengan pelbagai ciri yang memberi tumpuan kepada prestasi ketika latihan dan pertandingan.
Antaranya termasuk permukaan anti-gelincir yang dipertingkatkan, rekaan ergonomik untuk cengkaman lebih selesa, pilihan warna yang memantulkan haba, teknologi double-wall vacuum insulation bagi mengekalkan suhu minuman serta penyedut aliran tinggi yang membolehkan atlet minum dengan lebih pantas ketika beraksi.
Koleksi ini turut menawarkan 10 pilihan warna bersama penutup botol yang boleh ditukar ganti bagi membolehkan pengguna melakukan personalisasi mengikut citarasa masing-masing.
Montigo Tertarik Dengan Misi Salim
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama RPG Commerce, syarikat induk Montigo, Melvin Chee, berkata pihaknya tertarik dengan semangat keusahawanan Salim serta keinginannya membantu komuniti atlet.
Menurutnya, kerjasama tersebut membolehkan kepakaran Montigo dalam menghasilkan produk gaya hidup diterjemahkan kepada produk yang benar-benar memenuhi keperluan atlet.

“Apabila Salim Sacoor berkongsi visi kerjasama ini, kami tertarik dengan semangat keusahawanannya serta keinginan ikhlas untuk membantu rakan-rakan atlet. Kerjasama ini membolehkan kami menghasilkan produk yang bukan sahaja memberi manfaat kepada atlet, malah menyokong satu tujuan yang cukup bermakna,” katanya.
Sumbang RM15,000 Untuk Atlet Cedera
Selain memperkenalkan produk baharu, S10 turut meneruskan misi sosialnya menerusi sumbangan RM15,000 kepada Jabatan Perkhidmatan Ortopedik Sunway Medical Centre.
Dana tersebut akan digunakan bagi membantu membiayai rawatan fisioterapi dan program rehabilitasi untuk atlet muda yang tidak mempunyai kemampuan kewangan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Menurut Pengurus Besar Perkhidmatan Ortopedik Sunway Medical Centre, Choong Sui Ching, sumbangan itu akan membantu lebih ramai atlet meneruskan proses pemulihan dengan lebih baik.
Katanya, bantuan tersebut mampu memberi peluang kepada atlet muda mendapatkan rawatan yang diperlukan bagi memulihkan kekuatan, mobiliti dan keyakinan diri selepas mengalami kecederaan.
BACA: 5 Sebab Pelari Biasa Mula Beralih Kepada Trail Running
Hidrasi Dengan Tujuan Yang Lebih Besar
Bagi Salim, kejayaan sebenar bukan sekadar menghasilkan produk yang digunakan atlet ketika berlatih.
Sebaliknya, ia adalah bagaimana produk tersebut mampu memberi impak kepada komuniti sukan secara keseluruhannya.
Melalui kerjasama bersama Montigo, S10 berharap dapat membuktikan bahawa inovasi dan tanggungjawab sosial boleh bergerak seiring, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai atlet muda untuk bangkit semula selepas berdepan kecederaan.
Koleksi S10 x Montigo kini ditawarkan di seluruh Asia Tenggara secara eksklusif menerusi laman web rasmi Montigo.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




