Acara yang cukup dinantikan penggemar aktiviti lasak, POWERMAN Malaysia Duathlon 2022 kembali untuk menggegar pentas sukan.

Edisi terbaru selepas dua tahun menghilang ini menyaksikan penyertaan yang memecah rekod. Ia sekali gus  dinobatkan sebagai Duathlon Terbesar Di Dunia, menewaskan London Duathlon yang memegang gelaran tersebut sebelum ini.

Jumlah Penyertaan Luar Biasa POWERMAN Malaysia Duathlon 2022 Pecah Rekod Tersendiri

Peserta dari 35 buah negara ini menyaksikan ada yang datang dari Singapura, Hong Kong, Thailand dan Jepun. Peserta melakukan perlumbaan di sepanjang laluan 80km yang diadakan di Dataran Putrajaya pada 29hb dan 30hb Oktober 2022.

Hadir dengan format berlari-berbasikal-berlari, edisi ke-17 duathlon tahunan ini menyaksikan peserta berusaha sedaya upaya kudrat mereka menamatkan laluan yang mencabar.

PEMENANG

Edisi tahun ini menyaksikan Matt Smith dari Australia memenangi tempat pertama bagi kategori Elit dengan masa keseluruhan 02:40:58. Dia menewaskan atlet UAE Saud Alzaabi kurang daripada 1 saat dalam salah satu pecutan penamat cukup mengujakan.

Jumlah Penyertaan Luar Biasa POWERMAN Malaysia Duathlon 2022 Pecah Rekod Tersendiri

IKLAN

Terdapat pelbagai kategori diperkenalkan menyasikan ia cukup meriah dengan sambutan pelbagai peringkat usia.

Keemua peserta yang berjaya menamatkan acara berbangga untuk menerima pingat dan kemeja-t serta e-sijil sebagai ganjaran dan tanda pencapaian fizikal luar biasa mereka.

Jumlah Penyertaan Luar Biasa POWERMAN Malaysia Duathlon 2022 Pecah Rekod Tersendiri

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kami dan juga mereka yang membantu menjayakan acara ini. Saya pasti ramai di antara anda sudah lama menanti-nantikan penganjuran semula POWERMAN yang terpaksa ditangguhkan selama dua tahun akibat pandemik.

IKLAN

“Namun begitu, kami berbangga untuk melihat sambutan luar biasa, dan bersama-sama membuka lembaran baharu dalam kisah POWERMAN Malaysia dengan duathlon edisi ke-17 ini,” kata Jeffrey Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asia Sdn Bhd.

MELAKAR SEJARAH

POWERMAN melakar sejarah panjang selama 16 tahun di negara ini dan merupakan acara duathlon yang terulung. Malaysia telah mencatatkan kemajuan besar dalam acara sukan berlari dan berbasikal sejak 2002, lebih-lebih lagi semasa dan selepas pandemik Covid-19.

Ia juga dilihat sebagai platform terbaik untuk peminat lumba lari dan lumba basikal, untuk menguji kemahiran mereka, dengan bilangan peserta yang semakin meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini sebagai bukti kejayaannya.

Jumlah Penyertaan Luar Biasa POWERMAN Malaysia Duathlon 2022 Pecah Rekod Tersendiri

IKLAN

POWERMAN Malaysia juga berusaha mencungkil dan menyerlahkan bakat muda menerusi kategori PowerKids dan PowerTeens.

Para ibu bapa dan orang ramai bertepuk sorak di tepi jalan sambil bintang-bintang masa depan, yang berusia dari 5 hingga 17 tahun, berlari dan berbasikal bersungguh-sungguh pada hari pertama acara tersebut, seperti peserta dewasa, untuk menamatkan acara masing-masing.

Jumlah Penyertaan Luar Biasa POWERMAN Malaysia Duathlon 2022 Pecah Rekod Tersendiri

Selain daripada perlumbaan, satu Ekspo tiga hari juga diadakan di ruang concourse Auditorium Cempaka Sari. Ekspo ini disertai oleh pelbagai peserta industri tempatan dan antarabangsa yang memperagakan produk mereka kepada peserta dan juga para penyokong.

Di sana, peserta mendapatkan cenderahati rasmi POWERMAN serta meninjau rangkaian produk sukan dan nutrisi terkemuka seperti Shimano, Hammer Nutrition, Garmin, aminoVITAL, Potatoes USA, Lazer, N8, Rudy Project, Reynolds, Gaerne dan Coros.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI