Keadaan cuaca di sesetengah tempat ketika ini cerah pada waktu pagi, panas terik pada tengahari dan hujan lebat berserta ribut pada sebelah petang.
Untuk sebelah pagi dan tengahari mungkin kurang menakutkan tetapi apabila tiba sebelah petang, ribut yang menlanda ada kalanya sukar diduga.
Sehubungan itu, ini antara lokasi yang disarankan anda perlu elak awal-awal daripada parking kenderaan kerana berisiko tinggi :
1. Kawasan rendah
Kawasan rendah sering terdedah kepada banjir kilat. Pada musim hujan lebat, kawasan tersebut sangat berisiko kerana air naik dengan begitu cepat sehingga boleh merosakkan bahagian dalam kenderaan.
Ads
2. Lereng bukit
Jika kereta rosak atau rumah anda berhampiran dengan lereng bukit, elak parking kenderaan anda di situ kerana sewaktu musim hujan, tanah mudah terurai dan tanah boleh runtuh sehingga membabitkan nyawa.
3. Pantai
Ads
Pantai sememangnya kawasan yang sangat terdedah kepada hujan lebat dan angin ribut yang sangat kencang. Ada kalanya, air naik ke pinggiran jalan dan boleh menghanyutkan sesebuah kenderaan lebih 100 meter dari lokasi asal bergantung kepada jumlah air.
4. Bawah pokok
Ads
Hujan lebat dan ribut boleh mengakibatkan pokok bergoyang secara luar biasa. Lebih menyeramkan, pokok boleh tumbang dan menghempap kenderaan yang berdekatan. Jika tidak tumbang, mungkin ada dahan-dahan yang patah dan mencucuk bahagian kenderaan seperti cermin dan sebagainya sehingga pemilik terpaksa menanggung kerugian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila membicarakan tentang penggunaan kereta pastinya kita tidak dapat lari dari memikirkan tentang kos bahan api atau minyak yang harus ditanggung setiap hari.
Tidak dinafikan pelbagai produk telah diperkenalkan semata-mata mendakwa ia boleh menjimatkan penggunaan minyak. Namun rata-ratanya tidak terbukti sama ada ia berkesan atau tidak.
Namun dari segi praktikal ada cara yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan kereta atau kenderaan menggunakan lebih banyak minyak dari biasa.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi bebeapa faktor yang mungkin menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak minyak daripada yang sepatutnya.
Selain itu beberapa langkah atau solusi yang dapat membantu mengatasi masalah tersebut.
Enjin yang tidak dijaga dengan baik dan komponen yang haus dapat menyebabkan penggunaan bahan bakar yang tidak efisien.
Pastikan enjin kereta anda sentiasa dalam keadaan baik dengan melakukan penyelenggaraan berkala. Tukar minyak enjin secara teratur dan pastikan komponen-komponen seperti busi, filter udara dan sistem pengeluaran dalam keadaan optimal.
Tayar yang kurang angin atau terlalu banyak angin boleh menyebabkan kerugian tenaga dan meningkatkan penggunaan bahan bakar.
Semak dan selaraslah tekanan angin tayar secara berkala. Pastikan ia mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar kereta anda. Tekanan angin yang betul tidak hanya membantu menjimatkan bahan bakar tetapi juga meningkatkan keselamatan pemanduan.
Percaya atau tidak, gaya pemanduan agresif seperti memecut, brek mengejut dan membiarkan enjin berjalan dalam keadaan bertukar-tukar antara kelajuan tinggi dan rendah dapat meningkatkan penggunaan bahan bakar?
Amalkan pemanduan yang lebih bersifat ekonomi seperti mematuhi had laju, menggunakan brek enjin, dan mengelakkan pemecutan mendadak.
Menadu dengan tingkap kereta terbuka pada kelajuan tinggi boleh meningkatkan rintangan udara dan menyebabkan enjin berusaha lebih keras lalu mengakibatkan penggunaan bahan bakar yang lebih tinggi.
Kurangkan penggunaan aksesori seperti pemacu hawa dan bumbung berbuka pada kelajuan tinggi untuk mengurangkan beban pada enjin.
Faktor ini tidaklah menjadi masalah yang ketara di kalangan pengguna kereta di negara kita. Ini kerana rata-rata menggunakan minyak RON 95. Namun penggunaan minyak atau petrol yang sesuai dengan spesifikasi kereta anda adalah penting.
Bahan bakar berkualiti rendah atau tidak sesuai dengan enjin boleh menyebabkan pembakaran yang tidak efisien dan meningkatkan penggunaan bahan bakar. Pastikan anda menggunakan bahan bakar yang disyorkan oleh pengeluar kereta.
Secara kesimpulannya untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar yang tinggi pada kereta anda, adalah penting untuk melakukan penyelenggaraan berkala, memantau tekanan angin tayar, mengamalkan gaya pemanduan yang efisien, mengurangkan penggunaan aksesori tambahan dan memilih bahan bakar yang sesuai.
Smeoga perkongsian ini boleh membantu anda. Sama-sama kita menjimatkan kos bahan bakar dan dalam masa yang sama menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan jejak karbon kenderaan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebuah laman Facebook, The Wheelers Auto yang berpangkalan di Singapura ada memuat naik beberapa keping gambar model terbaharu Honda Civic Hatchback.
“Red Hot Chilli Pepper!” Itulah kapsyen yang ditulis laman Facebook berkenaan dan ia menerima ribuan tanda sukaan serta perkongsian daripada orang ramai.
Ini adalah koleksi gambar model Honda Civic Hatchback yang ada dijual di Singapura dan ramai orang geram melihat keseksian ‘body’nya :
Bagaimana? Mengancam bukan? Kongsikan pandangan anda bersama Maskulin!
Sumber : The Wheelers Auto
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masa yang dinantikan telah pun tiba. Bermula esok, 16 Januari 2022 program automotif paling gempak di Malaysia ‘RODA PANAS’ akan kembali untuk musim kedua.
Selepas mendapat sambutan yang cukup menggalakkan pada tahun lalu kini ‘RODA PANAS’ kembali dengan pelbagai pembaharuan serta tema yang bukan sahaja lebih menarik malah penuh dengan perkongsian pengalaman, info serta tip-tip teknikal automotif terbaik.
Menerusi episod pertama yang akan ditayangkan pada jam 6 petang esok menerusi saluran Astro Ria, ‘RODA PANAS 2’ akan membawakan tema ‘Classic Car’. Hos baharu ‘RODA PANAS 2’, Fizo Omar bakal membawakan penonton untuk mendekati dua tetamu jemputan yang mempunyai latar belakang cukup menarik dengan kereta klasik.
Untuk musim ini, ‘RODA PANAS 2’ akan menampilkan seorang expert dan juga seorang tetamu untuk menonjolkan kereta serta membicarakn selok-belok pengetahuan mereka tentang setiap tema yang ditampilkan.
Bagi episod sulung ini, ‘RODA PANAS 2’menampilkan jemputan Dwayne Ho selaku expert dan juga Nazam, seorang pemuda yang merupakan seorang pengumpul kereta klasik.
Selaku jemputan expert, Dwayne membawakan kereta istimewanya, Fairlady S30Z di mana dia membiacarkan banyak peribal teknikal tentang penjagaan kereta yang usianya sudah lanjut. Jika anda inginkan tip terbaik bagaimana untuk menjaga kereta moden klasik beliau merupakan antara individu paing tepat untuk membicarakannya.
Ini terutamanya dalam kategori kereta sport lama yang mempunyai estetika unik dan tidak terdapat pada kenderaan masa kini.
Manakala Nazam pula mempertontonkan dua buah kereta klasik kesayangannya iaitu Oldsmobile Regency 98 (1972) dan Mini Moke (1965). Kedua-duanya mempunyai karakteristik dan juga elemen kejuruteraan yang cukup berbeza.
MASKULIN sempat menemubual Nazam yang usianya baru menginjak 23 tahun. Jelasnya, minat terhadap kereta klasik diwarisi daripada ayahnya. Malah kereta Oldsmobile Regency 98 merupakan kereta ayahnya yang telah dibaik pulihkan semula.
“Saya warisi kereta ini dari bapa saya. Selepas tersadai alam di bengkel saya ambil keputusan untuk baik pulih semula pada tahun 2017. Saya ambik keputusan untuk baik pulih kereta ini kerana ia mempunyai nilai sentimental cukup berharga buat saya.
“Kos untuk baikinya menelan belanja kira-kira RM40 dan setakat ini saya berpuas hati dengan hasilnya,” jelas Nazam yang kini mempunyai empat buah kereta klasik dalam koleksinya.
Manakala projek yang kini sedang giat dibangunkan oleh Nazam ialah ingin menyiapkan sebuahlagi kereta klasik iaitu Volvo 112S (1965). Tambahnya lagi, sesiapa pun boleh mempunyai kereta klasik asalkan boleh memberikan komitmen yang baik dalam penjagaannya.
Di antara pengalaman paling unik dilaluinya ialah pernah ditahan anggota polis kerana ingin bergambar dengan keretanya. Ternyata, kereta klasik memang ada aura yang tersendiri!
Jadi jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS 2’ episod satu pada Ahad, 16 Januari 2022 jam 6 petang di saluran Astro Ria. Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.