Bila cakap tentang senaman pastinya antara bahagian badan yang selalu anda berikan perhatian ialah perut atau abdomen. Iyalah, tanpa senaman mana mungkin anda boleh dapat perut six-packs!
Terdapat pelbagai jenis senaman yang melibatkan abdomen. Namun apakah senaman yang paling baik dan memberikan kesan berimpak tinggi terhadap abdomen?
Satu kajian yang dilakukan oleh San Diego University Biocmechanic Lab mengkaji keputusan EMG beberapa jenis senaman. Dan hasilnya mereka mendapat terdapat 5 senaman yang paling berkesan.
BYCYCLE CRUNCH
Dalam kajian mereka senaman ini memberikan impak kedua paling tinggi dalam aspek menguatkan otot serta membakar lemak di perut. Ia juga memberikan stimulasi aktiviti lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa.
Ads
PLANK
Senaman plank mampu memberi stimulasi yang lebih tinggi di bahagian abdomen berbanding senaman lain. Ia juga melibatkan otot belakang badan.
SIDE PLANK
Teknik ini bukan sahaja memberikan regangan bentuk badan yang baik. Malah ia juga merangsang serta memperbaiki glutes, quads, hamstring dan juga menguatkan bahagian peha dan atas badan.
Ads
VERTICAL LEG CRUNCH
Tahukah anda dengan melakukan senaman vertical leg crunch mampu merangsang 116 peratus lebih aktiviti di bahagian abdomen berbanding melakukan crucnh biasa!
REVERSE CRUNCH
Senaman ini memberikan penekanan dan impak yang baik di bahagian bawah abdomen serta memberikan regangan otot sangat baik kepada badan.
Ads
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah Kegemukan Badan Paling Merunsingkan Wanita Mahupun Lelaki. Biasanya badan akan Mengelebar dan lembik sering dikaitkan dengan gemuk air oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita Dalam kategori gemuk air. Jadi, ini penyelesaian terbaik bagi kamu yang mengalami masalah gemuk air ini.
1. Jadikan Air Kosong Teman Karib Kamu
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.
2. Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.Menjelang waktu menstruasi, anda disarankan menghindari pengambilan garam.Sodium meningkatkan retensi cairan pada tubuh.Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan junk food sememangnya cukup banyak mengandungi garam.
3. Bersenam Guys!
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.
4. Perbanyakkan Pengambilan Sayuran Dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
5. Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.
6. Makan Pisang
Tambahkan pisang dalam menu harian anda. Potongannya pisang boleh dimasukkan dalam bijirin, dibuat smoothie atau dikupas dan dimakan macam biasa. Pisang mengandungi banyak potasium yang membantu mengurangkan retensi air. Jika anda tidak menggemari pisang, pilihan lain yang terbaik adalah kismis.
7. Yoghurt
Terlalu banyak menikmati makanan manis boleh menyebabkan perut kembung. Jika anda berlebihan makan makanan yang manis dan mula merasakan efeknya, cubalah makan yoghurt rendah lemak yang mengandung kultur aktif. Fungsi kultur aktif ini adalah meningkatkan bakteria baik dalam perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Proses penuaan berlaku apabila terdapat pengurangan fungsi organ dan tisu secara menyeluruh. Ini mungkin disebabkan kulit yang sentiasa terdedah kepada serangan radikal bebas yang disebabkan faktor seperti sinaran ultraungu (UV), pencemaran dan tekanan hampir setiap hari.
Apabila ia semakin berlanjutan, kesannya pada kulit semakin nyata. Maka tidak hairanlah baik lelaki mahupun wanita sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk mengekalkan dan memulihkan keadaannya supaya kelihatan muda. Maskulin berkongsi bacaan penuaan khas buat bacaan anda.
KETAHUI PUNCA PENUAAN
CEGAH PENUAAN
10 MINIT- JAGA WAJAH ANDA
Penjagaan kulit kaum lelaki bukanlah sekadar pisau cukur dan krim mencukur – banyak lagi yang perlu dipertimbangkan. Bagi memastikan penampilan anda sentiasa elok, berikut adalah satu regim penjagaan kulit yang pantas dan ringkas dalam masa 10 minit sahaja.
1.Buang sabun itu
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya. Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih basah. Tempoh Masa: 2 minit
2.Sental saja
Gunakan sental harian yang membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda bagi menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari. Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan sental kepada hujung jari anda dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit
3.Mandi
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga anda apabila anda memerlukannya. Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit
4.Sapukan
Kulit anda sentiasa memerlukan pelembab dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit anda daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur. Sejukkan kulit kering anda dengan losyen badan yang mengandungi Vitamin E dan Perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketum (Mitragyna speciosa) atau dikenali dengan nama kratoum, thom atau biak-biak adalah tumbuhan hijau tropika yang biasa terdapat di Thailand dan semenanjung Malaysia.
Tumbuhan ini dipercayai mempunyai nilai untuk ubatan dan digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, cirit-birit dan kesakitan.
Ketum juga dikunyah, dijadikan rokok atau direbus untuk dijadikan minuman sebagai penambah tenaga sebelum bekerja di bawah bahang mentari.
MENGAPA BILA AMBIL KETUM RASA TENAGA BERTAMBAH DAN TIDAK TERASA PENAT?
Ketum sebenarnya mempunyai molekul kimia yang digelar mitragynine. Alkaloid aktif ini adalah sejenis molekul seperti opioid (indole-based opioid-like) yang bersifat agonis separa pada reseptor opioid. Daun ketum kering mengandungi sebanyak 1-6% mitragynine berbanding beratnya.
Menariknya, walaupun mitragynine adalah agen agonis separa bagi reseptor opiat, kompaun ini bersifat stimulan (pada dos yang rendah) ia dikatakan meningkat kesedaran dan kepekaan. Kompaun ini juga meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah. Sebab itu ia diambil untuk ‘pecah peluh’. (kerana degupan jantung tinggi, tekanan darah juga meningkat, badan akan rasa lebih hangat dan berpeluh).
Ia juga menimbulkan persepsi untuk menyingkirkan keinginan terhadap makanan dan tidur. Mytraginine juga menyingkirkan ‘rasa letih’ dan membolehkan kita bekerja tanpa rasa penat.
Pada dos yang tinggi ia akan menyebabkan keadaan depressan seperti opioid morphine, jadi ia boleh digunakan sebagai penahan sakit dan anti diarea. Orang yang mengambil ketum pada dos yang cukup tinggi, akan menyebabkan hilang kesedaran dan keadaan ‘stupor’. Jadi pengambilan ketum sangat bergantung pada dos dan keadaan toleran seseorang.
APA ITU OPIOIDS?
Molekul opioid adalah molekul kimia yang mampu menambat pada reseptor opioid dalam otak dan memberi kesan seperti morphine. Seperti opioid lain, mitragynine menambat pada reseptor opioid µ dan menghasilkan kesan analgesik dan mengurangkan pergerakan usus besar. Sebab itulah ketum digunakan untuk tujuan rawatan tradisional.
Ketum juga menghasilkan 7-hydroxymitraginine dalam jumlah yang kecil berbanding mitragynine. Namun kompaun ini adalah opiat yang lebih poten berbanding mitragynine.
BENARKAH TIADA KAJIAN TERHADAP KEBAIKAN KETUM?
Pelbagai kompaun menarik telah ditemui dan dikaji dari pokok ketum.
Contohnya kompaun-kompaun alkaloid seperti ajmalicine, mitraphylline, mitragynine pseudoindoxyl, dan Rhynchophylline.
Kompaun ajmalicine yang juga ditemui pada tumbuhan Kemboja cina (Catharantus roseus), Akar tikus (Rauvolfia serpentina) telah digunakan sebagai ubat darah tinggi (dipasarkan dengan jenama Circolene, Cristanyl, Duxil, Duxor, Hydroxysarpon, Iskedyl, Isosarpan etc).
PERLUKAH PENAMBAHAN BAHAN-BAHAN LAIN (UBAT NYAMUK, UBAT GEGAT, AIR BERKARBONAT, MINYAK LINTAH ETC) UNTUK MENDAPAT KESAN STIMULAN KETUM?
Tidak.
Kompaun alkaloid dalam ketum sudah cukup untuk menghasilkan kesan tersebut.
Namun ada juga pengguna dan penjual mencampurkan bahan lain seperti paracetamol, ubat batuk, akar seruntun, buah pinang (sebagai contoh) untuk menghasilkan ‘rasa’ dan kesan yang diinginkan.
KESAN-KESAN PENGAMBILAN KETUM
Seperti pengambilan opiate lain, pengambilan ketum juga boleh menyebabkan ketagihan.
Ramai yang menyangka ‘ketagihan’ seperti yang selalu digambarkan oleh drama dan filem – menggigil dan berpeluh-peluh, mengamuk dan hilang akal. Benar, tetapi ketagihan juga merangkumi kebergantungan kita pada bahan tersebut. Contohnya,kalau tak ambil ketum akan terasa letih, mengantuk. Malah keinginan yang kuat terhadap ketum juga adalah salah satu tanda-tanda ketagihan.
KETUM JUGA BOLEH MENGAKIBATKAN KETIDAKSELESAAN, MENGGIGIL, DEPRESI, KESAKITAN OTOT DAN MENURUNKAN KEINGINAN SEKS.
Pengambilan yang berlebihan dengan dos yang tinggi juga akan menyebabkan delusi, keletihan melampau, depresi pernafasan, perubahan sikap, pengambilan sifat-sifat yang agresif, psikosis, halusinasi dan ketakutan.
Penggunaan yang kronik menunjukkan pengurangan fungsi kognitif otak. Menjejaskan fungsi memori dan pembelajaran. Ekstrak dari ketum juga menunjukkan kecenderungan untuk mengakibatkan ketoksikan pada hati, buah pinggang dan paru-paru.
SUMBER : RootOfScience
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.