Ramai yang suka makan buah nenas. Sebagai makanan superfood, buah nenas memang banyak manfaat yang ramai tak sedar.
Selain dijadikan minuman jus yang menyegarkan, makan nenas juga boleh merawat pelbagai penyakit kerana kandungan kalorinya yang rendah.
DrRizal Abu Bakar berkongsi di laman Facebooknya khasiat buah nenas sebagai superfood untuk keperluan hampir keseluruhan tubuh badan. Jom sama-sama kita manfaatkan perkongsiannya.
Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nanas. Macam tahu tahu sahaja.
Nanas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.
Ads
1. Nenas sarat dengan vitamin C
Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.
Vitamin yang cantikkan kulit.
2. Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain
Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.
Ads
Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.
Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.
3. Antara nutrisi lain ialah manganese.
Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.
Ads
4. Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya.
Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.
Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.
Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.
Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hipertensi datang tanpa diundang dan ia tidak mempunyai sebarang simptom seperti penyakit lain. Tetapi awas! kerana apabila menyerang ia akan berfungsi sebagai penyebab utama kepada penyakit berbahaya lain seperti angin ahmar atau strok, sakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang iaitu Chronic Renal Failure.
Berikut antara perkongsian beliau:
Beberapa panduan untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun keatas, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi. Saya pun bila kepenatan dan stress, tekanan darah saya naik 150/90 Mm Hg. Kadang-kadang saya makan ubat untuk kawal . Alhamdulillah biasanya pressure saya 130/80 mm Hg.
Bila saluran darah sempit jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksigen dan makanan kepada tisu-tisu dalam organ-organ terpenting.
Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin akhmar serta lain-lain gejala kesihatan.
Kegemukkan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan-makan bergula dan karbohidrat. Kurangkan makanan-makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, chocolate manis. Jauhkan air minuman soda.
Kurangkan makan daging merah – lembu dan kambing.
Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Senaman meningkatkan aliran darah kepada tisu-tisu dan organ. Disamping menurunkan kolestrol dan gula dalam darah. Senaman mencetuskan keluar endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.
Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakkur, lakukan deep breathing exercises, yoga.
Makanan2 yang mengandongi vit C, beta carotene, flavonoid, antioxidant bolih bantu kawal tekanan darah, dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baik pulih sel-sel dan tisu-tisu. Sayur- sayuran hijau bayam, sawi,
Amalkan minum juice lemon, limau nipis, limau kasturi, grapefruit khususnya selepas makan daging. Air limau boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti inflammatory.Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua-dua mengandungi bahan antioxidant dan anti inflammatory.
6. Juga amalkan Fish oil, Minyak kelapa dara, extra virgin olive olive oil. Ikan salmon dan mackerel mengandungi Omega3 dan DHA, yang anti inflammatory.
Jerawat adalah masalah kulit yang dialami kebanyakan orang terutamanya sewaktu sedang membesar. Keadaan ini akhirnya akan hilang atau reda setelah dewasa. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, masalah kulit ini menjadi sangat serius sehingga boleh menyebabkan kesan buruk yang mempengaruhi penampilan seseorang. Oleh itu, mengetahui bagaimana untuk merawat masalah jerawat yang teruk adalah sangat penting.
Masalah jerawat yang teruk mempunyai nama lain iaitu jerawat sistik. Ia adalah bentuk jerawat yang paling serius melibatkan jerawat yang besar, merah, menyakitkan pada banyak bahagian badan seperti muka, dada, belakang, bahagian atas tangan atau bahu.
Berbeza dengan jerawat lain yang lebih ringan, jerawat sistik terbentuk apabila minyak dan sel-sel kulit mati terkumpul dalam folikel rambut atau liang roma. Lelaki biasanya mengalami jerawat yang teruk ini sewaktu akil baligh tetapi dalam beberapa kes, boleh berlaku sewaktu dewasa apabila terdapat ketidakseimbangan hormon. Wanita mengalami jerawat sistik ketika datang haid.
Terdapat banyak cara untuk merawat jerawat sistik yang terdiri daripada rawatan sampingan di rumah. Dan tentu saja, kaedah semula jadi selalu menjadi pilihan terbaik.
Berikut adalah beberapa kaedah yang paling berkesan untuk menyingkirkan jerawat sistik secara semula jadi.
Jangan memicit
Dalam sebarang keadaan, jangan memicit atau menekan jerawat terutama jerawat sistik. Tindakan ini boleh menyebabkannya merebak di bawah kulit. Apabila anda memicit jerawat, ia boleh menyebabkannya dijangkiti dan memanjangkan proses penyembuhan daripada hari ke minggu. Selain itu, anda mungkin mendapat parut selepas jerawat reda. Parut tersebut boleh bertahan lama bergantung kepada tahap kecederaan.
Gunakan ais
Ais boleh membuat saluran darah ke jerawat mengecut. Ini dapat mengurangkan saiz dan kemerahan jerawat dengan segera. Sapukan ais batu terus ke atas jerawat dan lihat hasilnya.
Rancang rutin penjagaan kulit
Bersihkan kulit anda dengan teliti sebelum menggunakan pelembap. Pilih pelembap berasaskan air dan jauhkan diri dari pelembap berasaskan minyak atau pelembap berat atau wangi.
Lakukan pengelupasan (exfoliate) kulit anda sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan produk yang berkesan tetapi tidak kasar. Ini akan memberi perubahan kulit anda untuk menghasilkan sel-sel baru dan menggantikan sel mati.
Sapukan pelindung matahari apabila terdedah kepada matahari untuk mengelakkan kemungkinan parut. Sekiranya parut telah terjadi, vitamin C semula jadi boleh membantu.
Bersihkan sebarang bahan yang menyentuh kulit
Bantal, selimut dan tuala berhubung dengan kulit anda setiap hari. Oleh itu, jika objek tersebut tidak bersih, ia boleh menyebabkan kerengsaan dan sensitiviti. Untuk mengelakkannya, tukar sarung bantal dan selimut dengan kerap. Selain itu, cuci tuala, sarung bantal dan selimut dengan produk dobi semula jadi dan tidak wangi. Pastikan anda mengelakkan sabun baju dan peluntur yang kuat.
Rawatan perubatan
Rawatan tersebut dilaksanakan oleh pakar atau profesional.
Isotretinoin
Isotretinoin adalah salah satu ubat yang paling kuat digunakan untuk merawat jerawat yang teruk. Ubat ini boleh mengawal sista dalam jangka panjang. Ia memerlukan masa 15 hingga 20 minggu. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kesan sampingan seperti kecacatan kelahiran, kemurungan atau psikosis.
Steroid anti-radang
Doktor akan menawarkan suntikan steroid anti-radang. Dengan kaedah ini, sista mungkin mengecut beberapa hari selepas suntikan (2-5 hari)
Terapi fotodinamik
Dengan kaedah ini, doktor menggunakan rawatan ringan untuk memusnahkan bakteria yang menyebabkan jerawat.
Dengan penjagaan yang betul, jerawat teruk boleh ditangani. Selain penjagaan kulit, pelan pemakanan dan senaman juga menyumbang kepada hasil luar biasa.
Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang