Nama Jason Momoa kini diangkat sebagai di antara pelakon lelaki yang semakin disegani ramai. Data tarikan dan kuasa selebriti dimilikinya telah menyaksikan deretan filem lakonannya ‘meletup’ di pasaran.
Aktor berusia 44 tahun ini yang menjadi hos sebuah siri dokumentari perjalanan baru yang bertajuk ‘On the Roam’ ini turut mendedahkan jika beliau tidak menjadi seorang aktor, beliau dengan senang hati akan menjadi seorang politikus dalam usaha untuk menyelamatkan planet ini.
Bintang Hollywood tersebut berkata dalam ‘PEOPLE in 10’: “Saya ingin melakukan sesuatu untuk membantu alam sekitar.
“Dengan cara dunia ini bergerak, saya akan, jika saya masih Jason yang muda, Jason berumur 12 tahun, saya akan cuba melakukan sesuatu untuk masuk ke dalam politik, benar-benar berjuang demi planet kita.
Foto: AFP VIA GETTY IMAGES
“Jika saya boleh kembali dan berada di darjah enam, saya akan membuat hidup saya bergerak ke arah membuat perubahan.”
Jason juga mengamati bahawa perubahan gaya hidup yang kecil sebenarnya boleh membuat perbezaan yang signifikan terhadap alam sekitar.
Ads
Beliau berkata: “Saya akan bermula di rumah. Seperti, apa yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan tenaga? Apa yang kita ambil masuk yang kita boleh pertimbangkan, ‘Perlukah kita itu?’”
‘On the Roam’ melihat Jason mengembara sekitar AS untuk melawat pelbagai pengrajin, yang menjelaskan bagaimana beberapa barang – termasuk basikal dan chopper berusia seratus tahun – dibuat.
Karakter Aqua Man yang cukup sinonim dengan Jason Momoa
Bintang filem tersebut sebelumnya mendedahkan bahawa beliau mengejutkan beberapa orang lokal dengan muncul di bandar dan kota mereka untuk menembak siri dokumentari tersebut.
Ads
Beliau memberitahu ‘Entertainment Tonight’: “Saya selalu di tempat-tempat aneh. Anda akan menemui saya di jalan. Ini berlaku sepanjang masa. Mereka seperti, ‘Apa yang anda lakukan di kampung halaman kami?’
“Saya suka idea hanya bersama orang biasa dan melakukan kraf saya, yang adalah penggambaran, dan kemudian menunjukkan kepada mereka. Dan jadi, saya rasa melalui melakukan itu untuk waktu yang lama, saya menjadi ingin tahu tentangnya,” tambahnya lagi.
Selepas Lisa Surihani memperkenalkan Diet Intermittent Fasting dan berjaya kurus, ramai yang mengikut jejak langkahnya. Malah Diet Intermittent Fasting ini membuatkan peminat menjadikan Lisa Surihani sebagai inspirasi untuk menurunkan berat badan.
Salah seorangnya adalah Fizz Daud. Siapa sangka inspirasi Diet Intermittent Fasting ini berjaya mengubah saiz badannya dari XXL ke M dan beratnya turun 21kg.
Segalanya tak mustahil untuk anda mencapai berat badan idaman, asalkan anda rajin berusaha dan cekal semangat. Bagi anda yang nak tiru caranya, jom baca perkongsian Fizz Daud menerusi entri Facebooknya.
In The Name Of Allah, The Most Beneficence, The Most Merciful.
Saya bermula dengan IF pada November 2018. Berat permulaan dalam 90kg++ dengan tinggi 161 cm. Target 60-65 kg!
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti exercise dengan cara berjalan sahaja & kira kalori. Semuanya berkesan. Tapi untuk sementara sahaja dah prosesnya rumit dan perlahan.
Bila saya kenal INTERMITTENT FASTING (IF) dan ada selebriti seperti Lisa Surihani yang amalkan IF. Terus saya cuba amalkan. Dan Alhamdulillah saya dapat turun kan berat badan dan size sekali gus, menjadi 69kg.
Saya combined IF dengan konsep Eat Clean. Saya stop sugar, salt n oils. Cara ini akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Muka korang akan lebih flawless n remaja.
Pengambilan supplement seperti Omega 3 Fish Oil membantu mengurangkan kolesterol & rahsia kepada perut flat.
Hingga kini saya juga amalkan Hot Green Tea pada waktu malam.
Cheat day?? Seminggu sekali kadang-kadang terover jugek! Paling excited, bila orang dah x kenal rupe korang yang after renovation!! Serius best!!
Adakah anda seorang peminat cosplay? Jika ya dan sering menyertai acara cosplay di sekitar ibu kota, pasti anda sering ternampak kelibat Raja Muhammad Rusydi Raja Mahmood.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan King Rusydi memberitahu penulis, dalam tempoh dua tahun ini, dia sudah menghasilkan lebih 500 helmet superhero berdasarkan permintaan.
Ujar anak jati Klang yang menetap di Taman Sri Andalas ini, tempahan helmet itu bukan sahaja datang daripada peminat cosplay tempatan malah peminat luar negara seperti Indonesia, San Diego, San Francisco, California dan Texas turut menghubunginya menerusi Facebook.
Antara helmet superhero yang sering mendapat perhatian ramai adalah seperti :
Kualiti setiap bahan adalah berbeza
Ujar King Rusydi kepada penulis, setiap bahan ada perbezaannya yang tersendiri dan penghasilan helmet tersebut bergantung kepada tiga jenis bahan pembuatan seperti :
1. Gabus – Mudah dibentuk tetapi lembut dan kurang cantik. Harganya murah kerana kualiti bahannya adalah pada skala 1 (terendah).
2. Gentian kaca– Mudah dibentuk tetapi akan menjadi terlalu keras dan berat. Jika jatuh, ia akan pecah berderai seperti kaca. Harganya sedikit tinggi berbanding gabus kerana kualiti bahannya pada skala 2 (sederhana).
3. Pencetak 3D – Mudah dibentuk, lebih ringan dan kemas. Tetapi jika berlaku masalah pada peringkat pembuatannya, ia perlu diulang dari awal semula. Jika jatuh, ia hanya akan pecah mengikut pecahan sambungan sahaja dan boleh dicantum semula. Harganya lebih mahal daripada gabus dan gentian kaca kerana kualiti bahannya adalah pada skala 3 (sangat baik).
Harga bermula RM300 sehingga RM1,000 ke atas
Setiap helmet dijual pada harga bermula RM300 hingga RM800 mengikut bahan yang diminta serta kualitinya.
Namun jika pelanggan menempah helmet termasuk set kostumnya sekali, harganya boleh mencecah sehingga RM1,500 dan ke atas.
“Helmet paling murah bernilai RM300 itu diperbuat menggunakan gabus namun hasilnya sudah tentu jauh beza berbanding bahan seperti gentian kaca dan pencetak 3D,” katanya.
Asah bakat sejak zaman belajar
Menurut King Rusydi, dia meminati barisan superhero seperti dari komik Marvel, DC dan banyak lagi sejak dari kecil sama seperti orang lain.
Dia yang juga merupakan pengasas syarikat pembinaan barangan kreatif, KuraMaker memberitahu, keinginannya untuk cuba membuat helmet dan kostum bermula sejak zaman belajarnya di universiti.
“Saya merupakan seorang graduan dari fakulti Filem, Teater dan Animasi (Fita) UiTM Puncak Perdana.
“Saya mula terjebak untuk membuat topeng, helmet dan kostum ini setelah diperkenalkan daripada seorang rakan dan dari situ, bisnes kecil-kecilan saya bermula,” kongsinya.
Hadapi kegagalan sebelum hasilkan produk yang berkualiti
“Jujur saya katakan, saya tidak ada ilmu langsung tentang pembuatan tersebut. Apa yang saya lakukan adalah belajar dan terus belajar.
“Nak menghasilkan helmet yang cantik dan kemas seperti yang dapat saya tunjukkan ini pun bukannya memakan masa sehari dua.
“Ia memerlukan proses yang sangat lama namun hasilnya adalah sesuatu yang berbaloi,” luah King Rusydi.
Katanya, sepanjang penglibatannya dalam bidang pembuatan barangan kreatif ini, dia sudah menghabiskan dan mengeluarkan modal hampir RM80,000.
Yang berbaloi, dia dapat membeli tiga mesin pencetak 3D dan menghasilkan lebih banyak produk mengikut permintaan.
Perkenalkan diri melalui cosplay event
Jika mahu dikenali, antara salah satu yang boleh dilakukan adalah dengan menyertai acara cosplay atau majlis-majlis keramaian. Itulah inisiatif yang diambil King Rusydi.
Dalam masa sama, tangannya tidak lekang menghulurkan kad bisnes sebaik sahaja ada yang memuji sut atau kostum yang dipakainya sangat menarik.
Hasilnya, nama King Rusydi tidak asing lagi dalam dunia cosplay tempatan beberapa negara luar.
“Selain daripada berkunjung ke acara-acara awam, saya menggunakan platform Facebook sebagai medium untuk memperkenalkan hasil kerja.
“Dari situ pelanggan dapat melihat sendiri hasil-hasil kerja yang pernah saya lakukan dan jika berminat, terus sediakan upah untuk saya menghasilkannya,” ujar King Rusydi.
Dapat sokongan keluarga
“Pekerjaan yang saya buat ini ibarat saya bekerja sendiri. Sayalah ketua untuk projek ini. Suatu ketika dahulu, ahli keluarga saya tidak berkenan dengan apa yang saya buat kerana ‘bersepah’.
“Biasalah, bengel kecil di rumah sahaja namun setelah berjaya menempa nama dalam dunia cosplay, lama-kelamaan pandangan mereka terhadap saya mulai berubah dan masing-masing memberikan sokongan yang penuh,” katanya.
Hasil sokongan keluarga juga secara tidak langsung melayakkan King Rusydi menerima anugerah ‘World Cosplay Summit’ serta puluhan lagi anugerah yang diterimanya.
Apa-apa pun, Maskulin mengucapkan tahniah kerana tidak ramai orang Malaysia yang berani menceburi bidang penghasilan barangan kreatif ini.
Semoga King Rusydi terus maju pada masa hadapan dan mendapat sokongan penuh ahli keluarga serta rakan-rakan.
Dalam banyak-banyak superhero, watak yang mana anda teringin nak sarungkan? Kalau penulis, of course Batman!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada zaman kini ramai anak muda lebih cenderung untuk memilih kerjaya profesional yang sesuai dengan latar belakang pendidikan mereka. Keselesaan kerja dalam suasana berhawa dingin memang ada kelebihan tersendiri.
Berbeza pula dengan usahawan tani yang harus berdepan risiko tinggi dan harus bekerja dengan cukup keras. Namun jika segalanya berhasil ia mampu memberikan pendapatan yang berlipat kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang kerja makan gaji.
Itulah antara risiko yang diambil oleh seorang lelaki berusia 37 tahun, Mohamad Feisal Mohamad Norawi apabila berhenti kerja sebagai seorang wartawan. Kini selepas makan gaji, dia mampu tersenyum lebar melihatkan usaha yang dicurahkan dan berbakti kepada tanah berpotensi membuahkan hasil lumayan.
Usahawan tani berinovasi ini membangunkan tanaman vanila sebagai punca pendatan utamanya. Pernah bertugas sebagai wartawan sebuah akhbar tempatan, beliau memutuskan berhenti kerja selepas melihat potensi besar pasaran dan permintaan tinggi vanila.
Mengusahakan tanaman vanila di Temerloh, beliau memulakan projek ini dengan wang modal simpanan sendiri dan pinjaman daripada keluarga berjumlah RM20,000.
Antara cabaran yang dilaluinya ialah pengalaman ditipu oleh syarikat yang menjanjikan untuk membekalkan 1,000 anak benih vanila. Selepas menerima hanya 400 anak benih, pembekal itu ‘lari’. Akibat kejadian itu dia hampir berputus asa.
Namun dengan tekad dan semangat yang tinggi dia tak pernah mengalah. Kegigihannya membuat kajian sendiri dengan menggunakan Intertent terhadap tumbuhan ini akhirnya membuahkan hasil apabila pokok yang ditanamnya mula mengeluarkan hasil.
Tanaman vanilanya dieksport ke banyak negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia dan Jerman. Tanamannya kini dikomersilkan di bawah jenama Amani Vanilla Temerloh.
Walaupun tanamannya belum lagi memberikan hasil penuh, Mohamad Feisal kini boleh tersenyum kerana pulangan jangka panjang yang lumayan berikutan harga vanila di pasaran dunia semakin meningkat dan boleh mencecah RM2,000 sekilogram.
Buat anda yang berminat dengan tanaman vanila bolehlah melawat page Facebook beliau iaitu Vanila Temerloh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui cara mengukur badan dengan betul untuk mendapatkan saiz baju yang tepat. Panduan lengkap ini membantu anda memilih pakaian yang lebih selesa dan kemas sempena Hari Raya.