Brad Pitt kembali ke layar perak dengan sebuah filem bertemakan perlumbaan Formula 1 yang bukan sekadar aksi biasa.
Di bawah arahan Joseph Kosinski pengarah yang terkenal dengan pendekatan realistik dalam Top Gun: Maverick—filem ini menolak penggunaan CGI dan green screen yang keterlaluan.
Sebaliknya, Kosinski memilih untuk merakam babak perlumbaan sebenar, terus dari litar, dengan kelajuan kereta mencecah 300 km/j.
Keinginan untuk mencipta pengalaman sinematik yang autentik memerlukan kamera sebenar yang cukup kecil, ringan, tetapi mampu merakam dalam keadaan ekstrem.
Di sinilah Apple memainkan peranan penting.
Foto : WIRED
Apple Turun Padang, Bukan Sekadar Penaja
Berbeza dengan syarikat teknologi lain yang sekadar menaja atau membiayai filem, Apple tampil dengan penglibatan lebih mendalam.
Mereka bukan sahaja menerbitkan filem ini melalui Apple TV+, tetapi juga terlibat terus dalam membangunkan sistem kamera khas yang boleh dipasang pada kereta Formula 1 sebenar.
Pada acara WWDC 2025, Apple akhirnya mendedahkan bahawa mereka menyelitkan komponen teras dari iPhone 15 Pro ke dalam fin aerodinamik kereta F1.
Ads
Di situ tersembunyi cip A17 Pro, kamera 48MP, bateri dan sistem pemprosesan lengkap semuanya dibina untuk merakam aksi perlumbaan sebenar musim 2023 dan 2024.
Teknologi Digunakan Sebelum iPhone Dilancar
Foto : WIRED
Apa yang lebih mengejutkan, teknologi rakaman ini telah digunakan di litar lumba sebelum iPhone 15 Pro dilancarkan secara rasmi kepada umum.
Ia menjadi bukti bahawa Apple sanggup menguji produk mereka dalam keadaan dunia sebenar bukan hanya dalam makmal atau simulasi komputer.
Bukan itu sahaja, footage yang dirakam juga menggunakan format video profesional: ProRes log dengan sokongan ACES (Academy Color Encoding System), piawaian warna yang digunakan secara meluas dalam industri filem Hollywood.
Sistem kamera ini dikawal menggunakan iPad khas yang disambungkan secara fizikal melalui kabel.
Ads
Bagi memastikan kestabilan ketika memecut di atas litar, Apple terpaksa menambah beban tambahan pada kamera mereka.
Ini kerana berat asal sistem iPhone terlalu ringan berbanding kamera profesional, dan tidak memenuhi spesifikasi teknikal untuk kereta F1.
Langkah ini menunjukkan betapa seriusnya Apple dalam memastikan setiap rakaman bukan sahaja berkualiti, tetapi juga stabil dan sesuai digunakan dalam produksi bertaraf tinggi.
Foto : Gizmologi
WWDC 2025 Dirakam Sepenuhnya Guna iPhone
Sebagai simbol keyakinan terhadap teknologi mereka, Apple turut merakam keseluruhan video pembentangan WWDC 2025 menggunakan iPhone.
Ads
Ia menjadi bukti bahawa Apple kini bukan sekadar ‘bercakap’ tentang potensi kamera iPhone, tetapi benar-benar menggunakannya dalam produksi sebenar.
Ini memberi isyarat jelas bahawa Apple bersedia untuk menyaingi syarikat kamera profesional seperti RED dan ARRI dalam dunia sinematik.
Brad Pitt & Apple, Gabungan Strategik Dunia Filem dan Teknologi
Bagi Apple, filem Brad Pitt ini bukan semata-mata produk hiburan.
Ia adalah ujian teknologi sebenar, eksperimen dunia nyata untuk membuktikan keupayaan iPhone sebagai kamera filem berprestasi tinggi.
Dan untuk Apple TV+, filem ini berfungsi sebagai batu loncatan besar untuk memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai penerbit kandungan orisinal yang berkualiti tinggi dan inovatif.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Warga kota dinasihatkan bersiap sedia menghadapi penutupan jalan Kuala Lumpur secara berperingkat di beberapa laluan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini.
Acara diplomatik berprestij itu dijangka menarik penyertaan pemimpin dan delegasi dari seluruh rantau, sekali gus menyebabkan peningkatan trafik di sekitar pusat bandar.
Menurut Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penutupan jalan Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara berkala di kawasan berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi memberi laluan kepada pergerakan delegasi rasmi dan urusan keselamatan sepanjang sidang tersebut.
Kawasan terlibat termasuk beberapa jalan utama yang menjadi nadi perhubungan di pusat bandar.
Antara laluan terjejas ialah Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Pinang, Jalan Tun Razak (sekitar KLCC), Jalan Kia Peng, serta sebahagian Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Menurut kenyataan DBKL, penutupan jalan Kuala Lumpur akan dijalankan mengikut jadual dan keperluan trafik semasa, dengan tumpuan utama kepada masa pergerakan konvoi rasmi dan acara utama persidangan.
“Penutupan akan dijalankan secara berperingkat mengikut jadual dan keperluan trafik, terutamanya melibatkan pergerakan delegasi dan acara rasmi sidang tersebut,” menurut kenyataan itu.
DBKL turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan menempatkan anggota penguat kuasa dan pegawai trafik bagi membantu melancarkan pergerakan kenderaan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin sepanjang tempoh berkenaan.
Pengguna jalan raya diingatkan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, terutamanya mereka yang perlu melalui kawasan segitiga emas Kuala Lumpur.
DBKL menasihatkan supaya orang ramai menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan serta Jalan Kuching bagi mengelakkan kawasan yang terjejas.
Selain itu, warga kota digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan monorel, memandangkan stesen-stesen utama masih beroperasi seperti biasa dan terletak berhampiran lokasi tumpuan.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas sepanjang tempoh berkenaan,” menurut kenyataan DBKL lagi.
Orang ramai boleh mendapatkan kemas kini terkini mengenai situasi trafik dan penutupan jalan Kuala Lumpur melalui saluran rasmi DBKL serta media sosial KLCCC (Kuala Lumpur Command and Control Centre).
Pihak berkuasa juga dijangka mengeluarkan maklumat tambahan sekiranya terdapat perubahan jadual atau penutupan baharu menjelang tarikh persidangan.
Untuk memastikan perjalanan anda lancar sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, rancang perjalanan lebih awal dan semak maklumat trafik sebelum keluar dari rumah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berkemungkinan besar sejak dari kecil kita sudah perhatikan ayah, pak cik atau abang kitaakan panaskan enjin kenderaan setiap kali ingin mulakan perjalanan. Tidak kiralah sama ada jarak dekat atau jauh, memanaskan enjin itu seakan perkara yang wajib mereka lakukan.
Lalu apabila kita besar rutin yang sama menjadi ikutan setiap hari. Ada yang tunggu tolok suhu enjin sejuk bertuka menjadi normal baru bergerak. Dan tidak kurang juga ada yang tetapkan tempoh masa tertentu untuk panaskan enjin.
Tapi adakah perbuatan memanaskan enjin ini perlu kita lakukan atau tidak?
TEKNOLOGI TERKINI
Percaya atau tidak melakukan rutin memeaskan enjin tidak perlu dilakukan setiap hari, apatah lagi dilakukan setiap kali untuk menggunakan kereta dalam sehari. Ini terutamanya bagi kereta keluaran baru yang mana ia sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan suhu sekeliling walaupun berada di kawasan sejuk.
Tahukah anda bahawa enjin kereta moden pada hari ini dilengkapi dengan teknologi fuel injection yang datang bersama unit kawalan elektronik (ECU). Ia berfungsi untuk menyesuaikan suhu enjin kenderaan walaupun berada di kawasan sangat sejuk.
ENJIN YANG SEJUK
Kenderaan atau kereta yang sudah lama tidak dihidupkan boleh menyebabkan minyak enjin menjadi berkurangan. Manakala bagi yang setiap hari dihidupkan ia tidak perlu dipanaskan kerana ini boleh meningkatkan risiko minyak petrol meresap ke dalam minyak enjin.
Bila ini berlaku ia sekali gus menjejaskan tajap kelikatan bahan pelincir tersebut. Lalu menyebabkan risiko komponen dalamam enjin boleh menjadi ‘haus’.
Apa yang boleh kita simpulkan secara ringkas ialah memanaskan enjin kenderaakereta sebelum memulakan perjalanan bukanlah satu perkara yang perlu dilakukan dan tidak juga mendatangkan risiko kerosakan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Selepas muka depan imej MPV (kenderaan pelbagai guna) Mitsubishi baharu tersebar, pihak Mitsubishi Motor Corporation (MMC) akhirnya mendedahkan imej rasmi model berkenaaan sebelum kemunculan globalnya pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) Ke-25 (10-20 Ogos).
Namun, pada majlis pendedahan MPV itu kepada media Indonesia, Mitsubishi tidak mengumumkan nama rasmi model berkenaan. Walaupun umum mengenali MPV itu sebagai Mitsubishi Expander. Apakah masih nama yang sama atau akan berubah?.
Buat masa ini Mitsubishi menggelarkan MPV tersebut dengan julukan ‘Mitsubishi Next-Generation MPV’.
PT Mitsubishi Motor Kramayudha Sales Indonesia (MMKSI), pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Indonesia menyatakan MPV kompak itu menggabungkan kebaikan SUV (kenderaan utiliti sport) dan MPV.
Model itu menggabungkan keselesaan dan ruang yang lapang seperti sebuah MPV dan kekuatan, gaya dan fungsi dari SUV.
Oleh kerana saiz badannya yang agak besar dan lebar berbanding MPV dalam kelasnya, Mitsubishi memberi jaminan produk yang digelar sebagai MPV sejuta umat oleh media Indonesia itu tidak akan berat.
ENJIN:
Bagi menggerakkan model MPV itu, Mitsubishi memilih enjin 1.5 liter yang menggunakan teknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC).
Penghantaran kuasa ke roda depan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual.
LUARAN:
1) Desain depan menggunakan konsep Dynamic Shield yang menggabungkan tiga peringkat lampu iaitu lampu nyalaan siang (DRL) LED di bahagian sisi atas dan lampu utama yang digabungkan bersama lampu isyarat membelok di bahagian bawah (tengah sisi bampar). Terakhir, lampu kabus di letakkan di bahagian bawah sekali.
2) Lampu belakang mengingatkan kepada Mitsubishi Pajero Sport yang lama. Selain itu, ia juga mirip kepada model CR-V baharu.
3) Cermin belakang agak landai.
4) Menggunakan operasi sistem keyless entry selain lampu depan akan menyala selama 30 saat ketika pemilik keluar dari kenderaan pada waktu malam.
5) Dimensi MPV ialah panjang 4,475 mm, lebar (1,750mm) dan tinggi (1,700 m) serta jarak kelegaan tanah 205mm.
6) Bampar belakang dipadankan dengan rekaan yang sederhana bersama diffuser dan reflektor di bahagian bawah.
KABIN
1) Pada bahagian papan pemuka, Mitsubishi memilih skrin head unit yang diposisikan di atas corong pendingin hawa. Desain papan pemuka ala kubah itu menerima kemasan dua tona warna iaitu beige (kuning air) dan kelabu.
2) Kerusi juga menerima kemasan warna kuning air yang dipadankan dengan stereng tiga jejari.
3) Bahagian panel instrument digabungkan dengan paparan digital dan analog. Indikator speedometer diletakkan di tepi kanan manakala takometer di sebelah kiri dengan MID digital di tengahnya.
4) Kabin menawarkan tujuh tempat duduk.
5) Lebih menarik kerusi barisan kedua dilengkapi dengan perehat tangan yang agak besar dan kerusi berkenaan boleh ditolak ke sisi seperti Mazda Biante.
6) Untuk akses ke kerusi belakang, Mitsubishi menggunakan konsep one touch tumble.
7) Bagi mendapatkan ruang kargo yang lapang, kerusi barisan kedua dan ketiga itu boleh dilipat sehingga rata.
8) Turut ditawarkan USB mahupun soket 12 volt.
HARGA:
Anggaran harga bermula dari Rp189 juta (RM 60,480) sehingga Rp246 juta (RM 78,720).
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.