Sempena perlumbaan MotoGP hujung bulan ini (27-29 Oktober) di Litar Antarabangsa Sepang, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model Y15ZR SE Edisi GP.
Versi 2017 itu tampil berbeza menerusi grafik baharu bertemakan Movistar. Sudah pun berada di pusat jualan Yamaha, model moped berkenaan dijual pada harga RM 8, 891.28 seunit. Harga berkenaan termasuk GST, tanpa insurans, cukai jalan dan nombor pendaftaran.
Ads
Pihak HLYM hanya melakukan perubahan penampilan dan bahagian mekanikal masih sama tanpa talaan baharu. Yamaha Y15ZR SE Edisi GP masih mempertaruhkan enjin 150cc SOHC penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 15hp dan tork 13.5Nm
Ads
Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 5-kelajuan.
MASKULIN yakin bagi anda pemilik kereta dan juga yang sudah biasa memandu pasti sudah tahu akan makna beberapa simbol indikator pada dashboard atau papan pemuka kereta.
Antara lampu yang biasa dan cukup sinonim ialah indikator tahap minyak atau bahan api, bateri dan juga handbrake. Tapi bagaimana pula dengan simbol-simbol indikator yang lain?
Sejauh mana anda tahu dan faham apa maknanya apabila ia menyala?
Dan yang pasti anda jangan pula biarkan pula ia terus menyala sampai kereta habis jahanam rosak kemudian pergi mengadu di pusat servis atau mekanik.
Berikut merupakan 15 simbol pada dashboard kereta anda yang wajib anda tahu maknanya!
Jika suhu enjin menjadi terlalu panas, lampu ini akan bernyala untuk memberikan amaran kepada anda. Hentikan kereta dengan segera bagi elak ia terus over heat dan menyebabkan kerosakan lebih teruk.
Tekanan di salah sebuah tayar kereta anda terlalu rendah dan perlu diberikan perhatian segera.
Enjin kenderaan anda kekurangan minyak hitam atau berlakunya kerosakan pada sistem tekanan minyak enjin.
Ia boleh bernyala atau berkelip kerana beberapa sebab yang berlaku pada enjin. Yang pasti ada sesuatu yang tidak kena pada bahagian enjin.
Jika ia bernyala ini bermakna brek sistem anti-lock kereta anda ada yang tak kena dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut.
Anda perlu tekan brek atau perlu hidupkan kereta atau letakkan pada gear neutral.
Sistem pengecasan kereta anda mengalami masalah kekurangan kuasa. Dan bateri kereta anda berdepan masalah dan perlu dicas atau diganti bateri baru.
Ini simbol paling basic yang MASKULIN yakin semua orang pun tahu. Jika ia berkelip ternyata minyak adalah rendah.
Tak semua kereta dilenhkapi dengan penggera amaran ini. Tapi kebanyakan model yang terbaru mempunyai fungsi ini. Jika ia bernyala dan berbunyi itu memberi amaran supaya anda memasang tali pinggang kalendar.
Jika ia bernyala ia bermakna salah satu airbag anda ada masalah dalam sistemnya. Segeralah bawa ke pusat servis untuk periksa kerana ia boleh membahayakan keselamatan anda dan penumpang.
Jika anda membuka lampu kabus, simbol inilah yang akan menyala.
Bila terdapat kerosakan penggera pada sistem anti-theft yang anda pasang.
Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update gaya lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Isuzu Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model Isuzu MU-X 2017 ke pasaran tempatan. Model facelift berkenaan menerima kemas kini pada bahagian dalaman, luaran dan ciri keselamatan dipertingkatkan. Berikut senarai pembaharuan yang dilakukan pada model MU-X facelift.
LUARAN:
1) Lampu depan dengan lampu projektor Bi-LED bersama cahaya spektrum biru.
2) Lampu depan digabungkan dengan ciri pelarasan cahaya.
3) Lampu kabus belakang baharu.
4) Bampar belakang baharu.
5) Lampu belakang dengan grafik bahagian dalam baharu.
6) Spoiler dan rim rekaan baharu.
7) Tambahan warna baharu Havana Brown Mica (coklat).
KABIN:
Tidak ketinggalan bahagian kabin turut menerima pembaharuan antaranya:
1) Menerima kemasan panel corak kayu pada pintu dan papan pemuka.
2) Panel meter rekaan baharu e-LUMAX (electroluminescent) bersama paparan multi-info (MID).
3) Kabin dengan warna baru Beige (kuning air) bersama kerusi kemasan kulit dengan corak terkini.
4) Sistem hiburan dikemas kini dengan skrin sentuh DVD 8 inci dan monitor yang boleh dilipat untuk penumpang belakang bagi varian 4×4. Sementara varian 4×2 dilengkapi dengan skrin sentuh DVD 7 inci.
5) MU-X juga kini dilengkapi dengan lapan pembesar suara untuk memberikan sistem audio lebih jelas.
CIRI KESELAMATAN:
MU-X didatangkan dengan enam beg udara berbanding versi sebelumnya hanya dua beg udara. Versi 2017 turut dilengkapi dengan sistem keyless entry sebagai standard.
Ciri keselamatan lain termasuk ABS, Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), EBD, BA dan HSA.
HARGA:
-MU-X 2.5L 4×2: RM176, 640.40
-MU-X 2.5L 4×4: RM183,000.40
(Harga atas jalan termasuk insurans dan GST).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas Indonesia, tiba pula giliran Malaysia membawa masuk model BMW G 310R. Model sekian lama dinantikan itu akan dilancarkan secara rasmi pada Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Malaysia Asia Tenggara pada hujung minggu ini.
Setelah cukup lama dibincangkan, akhirnya BMW G 310R siap hadir buat pengguna yang mahukan jentera dengan cita rasa premium, berprestasi dan ditawarkan pada harga berpatutan. Tentunya kehadiran BMW G 310R pada harga RM 26,900 seunit (di atas jalan tanpa insurans, termasuk GST) bakal meramaikan pasaran naked bike tempatan.
Model dengan usaha sama TVS dan BMW Motorrad itu dipadankan dengan enjin 313 cc. Enjin berkenaan memiliki ciri yang unik kerana kedudukan silindernya terbalik dalam reka bentuk dek terbuka. Kepala silinder diubah sebanyak 180 darjah.
Ia mampu menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm pada 7, 500rpm. Pengendalian dinamik disumbangkan oleh berat jentera 158.5 kilogram. Keselesaan tunggangan dipertanggungjawabkan kepada fork jenis upside-down pada bahagian depan manakala bahagian belakang menggunakan lengan ayun aluminium bersama topang gegelung yang dipasang terus di atas.
Sama seperti semua motosikal BMW, G 310R baharu dilengkapi sistem brek ABS sebagai ciri standard. Ia menggabungkan satu sistem brek yang berkuasa dengan ABS dua saluran. Roda depan dipasang dengan brek cakera tunggal bersama angkup empat omboh dan cakera brek berdiameter 300 milimeter untuk memastikan jentera dapat dihentikan dengan stabil dan meyakinkan.
Pada roda belakang, fungsi itu disempurnakan oleh angkup terapung 2 omboh bersama cakera brek bersaiz 240 milimeter. Kluster instrumen G 310 R terdiri daripada paparan cecair kristal yang menawarkan kejelasan terbaik dan pelbagai jenis maklumat.
Anda perlu bersabar kerana motosikal berkenaan bakal berada di bilik pameran sah BMW Motorrad mulai minggu depan. Selain itu, BMW Motorrad turut memperkenalkan model BMW S 1000 R dan BMW R 1200 GS Adventure baharu.
SPESIFIKASI
ENJIN: Penyejukan air, silinder tunggal, 4-lejang
GEREK X LEJANG: 80mm x 62.1mm
SESARAN: 313 cc
KUASA MAKSIMUM: 34PS @ 9,500
TORK MAKSIMUM: 28 Nm @ 7,500
TRANSMISI: 6-kelajuan
NISBAH MAMPATAN: 10.6 : 1
PECUTAN MAKSIMUM: 143 km/j
PXLXT: 2,005mm x 820mm x 1, 080mm
TINGGI PELANA: 785mm
JARAK RODA: 1, 374mm
BERAT: 158.5kg
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang