Kanser prostat umum dikenali sebagai kanser yang biasanya dialami oleh golongan lelaki berusia lanjut.

Penyakit ini juga sebenarnya boleh menyerang golongan yang lebih muda, namun mungkin masih ditahap awal dimana rawatannya lebih mudah dan peluang untuk sembuh serta kadar kelangsungan hidup adalah lebih tinggi.

Adalah lebih baik untuk berwaspada seawal mungkin agar sebarang kemungkinan kanser prostat dapat dikesan pada tahap awal.

“Daripada kebanyakan guideline dari negara luar, termasuk dengan apa yang kita praktis di Malaysia, kita galakkan mereka yang berumur 50 tahun ke atas,” kata Dr Ahmad Nazran Fadzli selaku Pakar Urologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

IKLAN

Bagaimanapun, lelaki yang mempunyai ahli keluarga dengan sejarah penyakit kanser digalakkan untuk berwaspada seawal usia 40 tahun, jelas Dr Ahmad ketika ditemui MASKULIN.

Kanser Prostat: Bila Anda Perlu Mula Berwaspada?
Foto: Pakar Urologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ahmad Nazran Fadzli.

Oleh itu, Dr Ahmad menegaskan betapa pentingnya kesedaran mengenai kanser prostat demi menangani sebarang risiko penyakit itu.

“Bila kita ada kesedaran dan kita ada ilmu, kita tahu apakah gejala yang kita perlu waspada dan apa yang patut dibuat untuk cuba mengurangkan risiko kanser.

IKLAN

“Yang penting, jangan takut untuk jumpa doktor. Doktor bukan bedah orang, cucuk orang sahaja. Dia boleh bagi nasihat apa yang perlu dibuat, sama ada perlu buat saringan ataupun ujian. Jangan tunggu sampai gejala menjadi serius baru nak datang,” tambahnya.

“Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”

Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.

IKLAN

Bertemakan “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI