Buat penggemar sneakers dan juga pengikut fesyen streetwear, nama kasut YEEZY bukan lagi satu entiti asing. Bahkan ia seharusnya wajib ada bagi seseorang yang mahu dikenali sebagai sneakerhead.
Walaupun ‘hype’ terhadap YEEZY seakan sedikit merudum disebabkan terlalu banyak model diperkenalkan dalam masa singkat terutamanya YEEZY 350 V2, namun pengaruh besar dimiliki perekanya yang juga bintang hip hop, Kanye West masih lagi besar.
Ads
Dengan pengaruh Kanye West jugalah membuatkan jenama YEEZY ini sentiasa relevan sehingga sekarang.
Malah ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat apakah model terbaru yang bakal diperkenalkan dari YEEZY.
Ads
Kemunculan Kanye West di Paris Fashion Week yag terbaru menyaksikan dia memperkenalkan adidas YEEZY 451.
Ads
Untuk model terbarunya ini, Kanye mengambil rekaan yang lebih futuristik yang turut mengetengahkan elemen kasut hiking dengan midsolesc kemas dengan inspirasi sawtooth.
Dari foto yang menampilkan Kanye Memakai kasut tersebut ia dikatakan bakal menampilkan tema warna white/blue dan volt/green dan fuchsia/black.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki suka memakai kemeja tidak kira kemeja kasual ataupun kemeja ke pejabat. Bagi memastikan penampilan anda tampak kemas dan kena dengan gaya, anda perlu bijak memilih dan memakai kemeja.
Ini ada 6 panduan dalam pemilihan dan penjagaan kemeja yang anda perlu tahu.
Sewaktu membeli kemeja, pastikan kolar tidak ketat. Tidak ada gunanya anda memakai kemeja cantik dan mahal jika saiz lilitan kolar sendat dan nampak seperti tercekik. Oleh itu, pastikan anda peka dengan saiz lilitan leher untuk mendapatkan saiz kolar yang tepat dan selesa.
Anda disarankan memiliki sekurang-kurangnya 10 helai kemeja. Ia penting agar anda boleh bertukar ganti kemeja baru untuk kegunaan hari lain jika 7 helai kemeja telah anda gunakan dan hantar ke dobi. Ramai pakar menyarankan lelaki yang bekerja di bidang korporat memiliki sekurang-kurangnya 4 helai kemeja putih dan 4 helai kemeja biru. Namun jika anda berkemampuan adalah lebih praktikal dan bijak jika anda miliki apa sahaja warna kemeja. Asalkan kolarnya sesuai dengan bentuk muka dan tuntutan kerja.
White button down shirt adalah suatu kemestian dalam almari anda. Ia sesuai digayakan dengan sut jalur dan blazer yang ditempah. Anda perlu memiliki sehelai kemeja putih yang berkualiti terutamanya versi yang tiada poket dengan cuff tiga butang untuk kelainan agar anda kelihatan segak.
Kemeja paling elok dibasuh dengan tangan. Kadangkala kemeja yang mahal pun akan tampak murah jika anda terlalu kerap menghantarnya ke dobi berbanding mencucinya dengan tangan. Jika anda memakai kolar bucu berkancing, pastikan bucu kolar anda itu sentiasa berbutang.
Jika anda diperlukan untuk memakai tuxedo, pilihlah kemeja putih kain keras berkolar straight atau kolar wing. Elakkan memakai kemeja berkolar bucu berkancing (button down).
Dapatkan kemeja bercorak flora, grafik atau geometri yang terang, kemudian padankan ia dengan seluar potongan tirus dalam rona arang (charcoal slim-cut pants) ataupun jeans rona gelap. Aliran gaya ini ternyata cukup segar, unik serta menjanjikan kelainan. Manakala kemeja genggang (gingham) atau kemeja kotak-kotak dapat menyuntik imej segar. Corak ini banyak dijual dalam pelbagai variasi warna lembut (muted & subtle) dan membuatkan anda tampak segak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama jam terkenal dari Jepun, ALBA, melancarkan koleksi 2023 yang ditunggu-tunggu. Peminat di Malaysia diterujakan dengan enam jam keluaran eksklusif untuk negara ini memandangkan permintaan pasaran yang besar untuk jam yang bergaya dan tahan lasak.
Model-model eksklusif untuk Malaysia itu, AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1, AL4525X1, AL4533X1 dan AL4535X1 dijangka akan mengujakan pasaran dengan dial yang menarik, daripada tona biru muda, hijau gelap dan sunray hitam separa-matte.
Bergantung kepada pilihan dan gaya hidup setiap individu, model-model eksklusif untuk Malaysia itu terdiri daripada pergelangan keluli tahan karat dan strap silikon hitam.
Sesuai digayakan ketika perjumpaan kasual dengan keluarga atau keluar bersama rakan-rakan pada waktu malam, pelanggan dihidangkan dengan pilihan pelbagai rekaan yang tersedia dalam barisan produk terbaharu ALBA.
ALBA menghidupkan lagi gaya kontemporari dalam koleksi SIGNA seperti kronograf AT3J09X1 untuk lelaki. Diilhamkan daripada budaya popular Jepun, ia didatangkan dengan dial hitam dan biru yang menyerlahkan gaya maskulin dan mewakili semangat perwira Samurai.
Peminat jam mekanikal pasti teruja dengan pelancaran AL4453X1, yang direka khas untuk warga kota yang sentiasa mendambakan kecemerlangan dalam kehidupan seharian mereka.
Reka bentuk menarik pada dial biru berpola melambangkan pelayaran di lautan, di mana seseorang perlu menguasai pasang surut gelombang untuk mengatasi cabaran hidup. Reka bentuknya yang seimbang sesuai untuk pelbagai acara dan gaya berbeza dari kerja hingga riadah, tidak kira siang atau malam.
Dalam pada itu, ALBA mengumumkan seorang selebriti tempatan, Sean Lee sebagai Sahabat Jenama untuk Malaysia.
Menurut William Hui selaku Pengarah Urusan Thong Sia Group, semangat belia Sean dan personaliti dinamiknya bersesuaian sebagai lambang kepada ALBA.
“Kami percaya dengan keberadaan Sean Lee sebagai wajah baharu ALBA akan terus memberi inspirasi kepada generasi pelanggan muda untuk mendakap individualiti positif dan gaya hidup aktif,” kata William ketika majlis pelancaran.
Model eksklusif untuk Malaysia dengan pergelangan keluli tahan karat AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1, dan AL4525X1 akan dijual pada harga RM665.00 setiap satu, manakala AL4533X1 dan AL4535X1 dengan tali silikon hitam akan dijual pada harga RM655.00 setiap satu.
Ramai ingat lelaki kurus senang nak berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sangkaan anda meleset kerana lelaki kurus juga berdepan dengan banyak cabaran dalam menggayakan fesyen.
Lelaki kurus jangan bimbang. Praktikkan 8 gaya fesyen ini supaya anda lebih stylo dan tak nampak sekeping lagi. Check this out!
Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, sebaiknya anda tempah baju pada tukang jahit. At least takdelah nampak macam anda pinjam baju ayah, abang atau kawan yang badan lagi besar daripada anda.
Kerapkan memakai baju berlapis untuk menampakkan yang anda lebih besar. Misalnya anda pakai t-shirt kemudian sarungkan jaket ‘varsity’ atau kemeja yang lebih besar sedikit untuk lapisan luar. Pastikan pemakaian baju berlapis ini mengikut cuaca. Elakkan baju berlapis jika cuaca terik. Cara ni boleh memberi ilusi badan anda lebih berisi.
Untuk lelaki berbadan kurus, pakaian slim fit cutting sangat sesuai sebab ia boleh menampakkan susuk tubuh anda lebih keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat, elak memakai ‘skinny fit’ kerana ia boleh menampakkan tubuh anda yang kurus.
Pakaian longgar memang boleh buat anda rasa selesa. Namun elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar kerana ia akan menampakkan lelaki kurus bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang mengatakan pakaian longgar dapat menyorokkan susuk tubuh kurus. Tapi sebenarnya tanggapan anda itu salah.
Aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya anda elakkan kerana ia akan menampakkan yang anda serba tak kena. Misalnya anda memakai jam tangan besar, pasti orang lebih nampak jam tangan anda dahulu berbanding mereka melihat anda.
Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang itu lebih kurus. Jadi bagi anda yang sememangnya sudah kurus, elakkan corak menegak. Seeloknya pakailah baju bercorak melintang untuk memberi ilusi badan anda lebih berisi.
Pakaian berwarna cerah menampakkan lelaki kurus lebih berisi. Kalau boleh, kurangkan berpakaian gelap seperti hitam atau coklat. Namun sekiranya anda memang minat dengan pakaian warna gelap, cubalah cari warna kelabu atau coklat terang.
Sebenarnya ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot atau sado. Jadi pilihlah jenama dan pereka fesyen yang arif dalam mereka fesyen untuk lelaki kurus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.