Sekali imbas ia nampak seperti rekaan yang hanya wujud di dalam komik atau filem fiksyen. Namun hakikatnya kapal selam yang tampil dengan rekaan persis adiwira popular Batman merupakan jentera yang wujud di dunia nyata.
Juga dianggap saling tidak tumpah dengan bentuk ikan pari kapal selam peribadi ini dikatakan bernilai GBP1.3 juta (RM6.8 juta) telah ditawarkan untuk jualan.
Kapal selam ini dihasilkan oleh Highland System yang berpangkalan di Suffolk dan UAE dikenali sebagai Kronos Submarine.
Ads
Foto: Highland Systems / SWNS
Menurut pengeluarnya, kapal selam ini bakal membawa konsep baharu dalam pasaran kapal selam komersial di seluruh dunia. Ia dikatakan boleh memuatkan sehingga 10 orang penumpang dalam satu masa dan sesuai digunakan bukan sahaja untuk pengangkutan komersial tetapi untuk misi menyelamat dan juga operasi ketenteraan.
Ads
Foto: Highland Systems / SWNS
Kronos Submarine yang tampil dengan rekaan futuristik dengan kepaj boleh lipat mampu mencecah kelajuan sehingga 80kmj di atas air dan 50kmj di dalam air.
Ads
Ia juga boleh melakukan selaman sehingga kedalaman 250 meter dan mampu menampu bekalan udara sehingga 36 jam. Dengan menggunakan sistem pendorong hibrid kapal selam ini menggunakan diesel dan juga tenaga elektrik untuk menjana sehingga 1,200 kuasa kuda dan memberikan 54 jam perjalanan.
Foto: Highland Systems / SWNSFoto: Highland Systems / SWNS
Pada bahagian dalamannya pula ia lengkap dengan rekaan moden bersama sistem penghawa dingin dan juga mempunyai sistem sokongan hayat automatik. Ini benar-benar ‘big boys toys!’
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bayangkan tengah bawa kereta waktu hujan, lalu lorong kanan nak potong lori.
Tapi bila tekan pedal minyak, kereta macam tak mahu gerak laju. Rasa berat, perlahan, dan kadang-kadang enjin pun berbunyi lebih kuat daripada biasa.
Memang boleh buat naik darah, terutama bila kita dalam keadaan tergesa-gesa.
Masalah ini bukan satu perkara asing, dan ia boleh berlaku pada mana-mana jenis kereta, tak kira manual atau automatik.
Bila kereta jadi ‘lemau’, ia biasanya berpunca daripada beberapa komponen penting yang gagal berfungsi dengan baik.
Sensor pedal minyak ni tugas dia adalah untuk menghantar signal kepada ECU (Engine Control Unit) tentang sekuat mana kita tekan pedal.
Kalau sensor ni rosak atau tak berfungsi seperti sepatutnya, signal yang dihantar jadi tak tepat.
Akibatnya, walaupun kita tekan minyak, ECU tak tahu kita nak pecut. Enjin pula tak bertindak balas, dan kita rasa macam bawa kereta yang “tak faham bahasa.”
Dalam jangka masa panjang, masalah ini boleh buat kita buang banyak minyak dan rasa prestasi enjin makin teruk.
Enjin perlukan udara yang cukup bersih untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna.
Bila penapis udara (air filter) dah terlalu kotor atau tersumbat, udara susah nak masuk ke ruang enjin. Ini akan menyebabkan campuran bahan api dan udara jadi tak seimbang.
Macam mana nak kenal pasti? Kadang-kadang enjin akan berbunyi lebih kasar daripada biasa, dan anda mungkin rasa prestasi kereta merosot terutama masa nak naik bukit atau potong kenderaan lain.
Tukar penapis udara setiap 20,000 – 30,000 km, atau lebih awal jika sering memandu di kawasan berhabuk.
Fungsi penapis minyak (fuel filter) adalah untuk menapis kekotoran dari bahan api sebelum ia masuk ke enjin.
Tapi kalau penapis ni dah lama tak tukar atau tersumbat, pengaliran minyak jadi perlahan. Enjin pun tak dapat minyak secukupnya.
Sebaiknya tukar penapis minyak mengikut jadual servis biasanya setiap 40,000 hingga 60,000 km.
Pam minyak bertanggungjawab untuk menghantar bahan api dari tangki ke enjin dengan tekanan yang betul.
Kalau pam ni gagal berfungsi, minyak tak dapat disalurkan dengan lancar.
Ini menyebabkan enjin kekurangan tekanan bahan api sama macam kita minum air tapi straw bocor.
Gearbox automatik khususnya sangat bergantung pada torque converter untuk tukar gear dengan lancar.
Bila komponen ni rosak, gear susah nak tukar dan enjin akan kekal pada gear rendah walaupun kita tekan minyak.
Kesannya, kereta jadi berat dan bunyi enjin macam menjerit tapi kelajuan tak naik.
Minyak gearbox yang kotor atau kurang pun boleh jadi punca, jadi pastikan ia diperiksa secara berkala.
Hampir keseluruhan industri sukan global terutamanya bola sepak kini dihentikan kerana penularan wabak COVID-19. Sudah beberapa minggu peminat bola sepak tidak dihiasi hujung minggu mereka dengan segala aksi bintang pujaan.
Kita harapkan musim bola sepak akan dapat disambung semula selepas segala dugaan ini reda. Namun bak kata orang hidup mesti diteruskan.
Bintang legenda yang bakal menjadi salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo juga meneruskan kehidupan sehariannya seperti biasa. Walaupun menjalani isolasi dan penjarakkan sosial namun itu tidak bermakna segala urusan harian melibatkan kerjaya dan hobinya terhentui begitu sahaja.
Salah satu minatnya ialah kecintaan terhadap kereta sport mewah. Terbaru Ronaldo dilaporkan telah membelanjakan sebanyak USD10.48 juta (RM45.25 juta) untuk memiliki Bugatti Centodieci.
Apa yang menarik tentang kereta hebat ini ialah ia hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit sahaja di dunia. Memetik laporan BILD, Bugatti tidak menafikan atau mengesahkan bahawa Ronaldo telah melakukan pembelian tersebut tetapi melalui sumber itulah yang telah berlaku.
Kenderaan hebat dari Bugatti ini bakal diserahkan kepada pemiliknya termasuk Ronaldo pada tahun 2021.
Minat Ronaldo terhadap kereta telah diketahui umum. Apatah lagi jentera luar biasa Bugatti yang muncul dengan enjin 8 liter W16 dengan kemampuan memecut 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 2.4 saat.
Ia juga mampu mencatatkan kelajuan maksimum 380 km/j! Menerusi laman sesawang rasmi Bugatti mereka menjelaskan bahawa Centodieci merupakan model kereta yang diinpirasikan daripada imaginasi terbaik kejuruteraan dan rekaan ulung.
Selain itu sentuhan rekaan klasik yang disepadukan bersama bentuk lebih moden menjadikan kereta edisi terhad ini sebagai penanda aras terkini industri automotif.
Buat pengetahuan anda, Ronaldo juga memiliki kendeaan hebat yang lain dalam koleksinya seperti Ferrari F430, Phantom Rolls-Royce, Lamborghini Aventador, Maserati GranCabrio, the Bentley Continental GTC and the McLaren Senna.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada segelintir orang tidak boleh memandu dalam jarak jauh pada waktu siang kerana cuaca yang panas dan terik mentari. Jadi mereka memilih pemanduan waktu malam kerana mungkin suasana lebih tenang dan sedikit nyaman. Namun, pemanduan waktu malam ada cabarannya yang tersendiri.
Namun jika anda memilih untuk memandu pada waktu malam, MASKULIN gariskan 5 perkara yang perlu anda titik beratkan seperti :
Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda. Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar. Gangguan lampu lain yang ada di dalam kereta boleh menganggu fokus pemanduan anda.
Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan. Selain itu, dikhuatiri terdapat binatang yang suka kepada cahaya lampu yang suka melompar ke arah kereta anda.
Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting. Masa yang sama, anda juga boleh di saman kerana lampu kereta yang tidak hidup terutamanya lampu hadapan kereta.
Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan. Selain itu, untuk pastikan anda mempunyai jarak serta masa yang sesuai untuk berhenti jika kereta di hadapan membuat emergency break. Kalau tidak anda akan ‘cium’ bahagian belakang kereta hadapan.
Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BOYNEXTDOOR dilantik sebagai duta global Under Armour, membawa semangat muda, ekspresi autentik dan komitmen untuk terus berkembang menerusi kempen baharu, Commit.