Isu-isu rumah tangga sering kali dipandang ringan, namun impaknya terhadap kesejahteraan psikologi suami dan isteri tidak boleh dianggap remeh terutama buat emosi lelaki.
Baru-baru ini seorang kaunselor rumah tangga yang berpengalaman telah membuka cerita tentang masalah yang kerap dihadapi oleh pasangan suami isteri. Ikuti pendedahan Kaunselor Rumah Tanggga Fadzli Aziz menerusi facebooknya.
“Puan, jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami. Bahaya” kata saya.
Dipendekkan cerita. Ia adalah perbualan saya dalam satu sesi kaunseling yang saya lakukan di pusat kaunseling saya.
“Saya faham En Fadzli, tapi dia juga kena faham. Saya tak de mood. Lagipun saya penat bekerja. Kerja saya bukan kerja pejabat. Saya business online. Jadi nak kena melayan customer. Lagipun belajar lah tahan nafsu sikit. Asyik mahu je” jawabnya.
Itu luahan isteri. Saya tak boleh tentukan ianya betul atau salah. Tugas saya hanya menimbulkan celik akal supaya dia nampak dari sudut perspektif suami juga.
“Puan, seksual ni adalah keperluan biologi kerana Allah ciptakan lelaki dengan hormon testosterone yang banyak. Jadi keperluannya tinggi. Bukan sekadar kemahuan.
Ibarat makan. Puan makan banyak tak? Suami makan banyak tak?
Bab makan pun dah berbeza kan. Makan ni boleh tahan diri dari makan? Boleh. Sebab itu adanya puasa. Tapi berapa lama boleh tak makan?
Ads
Emosi kita boleh tahankan, jangan makan. Tapi biologi dah tak tahan. Pedih rasa perut, berangin dan lagi teruk kena gastrik.
Keperluan seksual tak lah sampai jadi gastrik. Heheh. Tapi puan, kesan yang lebih besar adalah emosi.
Lelaki yang tak dapat,keperluan emosinya mudah terganggu , makin sensitif dan lebih bahaya mudah terangsang visualnya. Ini kebiasaannya. Ada kajian mengenainya.
Bayangkan puan, dalam keadaan beginilah, lelaki nampak semua wanita cantik. Rakan pejabat nampak menawan dan seksi. Mata jadi makin meliar. Diperhatikan bentuk badan kawan perempuan.
Bayangkan suami puan adalah suami yang baik. Dia nak jadi orang baik, cuba jaga mata, pandangan dan diri agar tak buat benda haram.
Saat dia perlukan puan yang sudah halal padanya, tiba-tiba puan tidak berfungsi, tidak mahu untuk meredakan keperluannya atas alasan puan takde mood dan busy.
Ads
Menyelesaikan keperluannya bukan ambil masa yang lama pun puan. Tapi besar impaknya.
Peranan puan besar sebenarnya untuk bantu dia jaga diri dan jadi baik”. jelas saya dari sudut pandang lelaki.
“Tapi en fadzli, saya tanya kawan-kawan saya suami diorang tak macam tu pun. Takdelah seminggu sekali tapi ada yang sebulan sekali”.
“Puan, puan kahwin dengan suami puan, bukan suami kawan puan. Cara makan pun berbeza-beza apatah lagi keperluan seksual. Jangan bandingkan.
Ada lelaki, kalau keinginan dia tinggi, tapi jarang bersama isteri, ada kemungkinan dia lepaskan sendiri. Samada melalui pornografi dan masturbasi.
Ads
Yang saya risau kalau dia ‘makan luar’. Ini berlaku kalau dia tak kuat agama. Ada ilmu agama tak semestinya kuat agamanya. Ada orang kuat pegangan agamanya walau kurang ilmunya”. jelas saya.
“Faham…hmmmm”.
“Puan, kalau puan nak suami puan jadi orang yang baik, maka puan bantulah dia uruskan nafsunya. Keperluan seksual suami tak akan dapat diuruskan sendiri melainkan isteri. Sebab itu dia kahwin dengan puan. Ekslusif puan adalah pengurus nafsunya.
Maka peranan puan besar. Andaikata dia curang walaupun telah buat segalanya, paling tidak puan sudah berlepas diri dengan dosanya sendiri.”
Penting juga isteri untuk memahami karekter lelaki dan keperluannya lebih mendalam. Sebab saya sedang menulis satu buku khas untuk isteri iaitu tentang bagaimana memahami lelaki dan apa keperluannya secara khusus dan bagaimana seni berkomunikasi yang sesuai.
Saya seterusnya menyambung lagi sesi untuk teroka lebih mendalam.
Sumber: Fadzli Aziz
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pilihan ideal, disini ada beberapa reka bentuk perabot dengan fungsi-fungsi menarik untuk inspirasi anda. Bukan sahaja menjimatkan ruang, malah kediaman anda nampak lebih cantik dan selesa.
1. Tangga dengan laci dan dan tempat penyimpanan barang.
2. Kerusi dan meja membentuk sebuah ‘menara’ setelah disusun bersama-sama.
3. Meja yang boleh menjadi bingkai gambar di ruang tamu.
4. Set pisau berlapis yang benar-benar menjimatkan ruang di dapur.
5. Meja sterika yang boleh bertukar menjadi cermin pakaian.
6. Almari barangan perhiasan yang boleh menjadi perabot hiasan di ruang tamu.
7. Meja belajar yang boleh dilipat membentuk kabinet di dinding.
8. Almari kasut yang diletakkan di bawah anak tangga.
9. Tingkap pada dinding yang boleh bertukar menjadi ampaian baju.
10. Sofa yang boleh bertukar menjadi katil yang selesa.
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BILA SESEORANG WANITA ITU TIDAK TERLALU MENUNJUKKAN SIKAP MANJA, LEMAH DAN ASYIK MINTA DIBELAI, LELAKI SEBENARNYA AKAN LEBIH GEMAR DAN RASA SERONOK MENDAMPINGI WANITA SEBEGINI. SELAIN SELESA IA MEMBUATKAN SUATU PERHUBUNGAN ITU TAMPAK UNIK DAN LEBIH BERKEKALAN.
TIDAK MUDAH DITIPU
Hal ini kerana mereka ada persepsi tersendiri terhadap sesuatu, terutamanya berkaitan dengan prinsip hidup. Tidak mudah untuk dimanipulasikan mindanya.
SANGAT PRIHATIN
Walaupun dikenali sebagai wanita yang keras kepala dan degil, mungkin akan ada yang menyangkal fakta ini tetapi mereka sangat prihatin terhadap orang sekelilingnya malah lebih dari diri sendiri.
PERCAYA PADA DIRI
Wanita yang memiliki perwatakkan keras kepala lebih percaya diri dan yakin dengan apa yang dia lakukan sama ada dalam melakukan kerja malah dalam menggayakan pakaian. Bukan sahaja bijak mengatasi masalah malah perwatakkan menarik.
LASAK
Mereka lebih menyukai sesuatu yang lebih mencabar dirinya, suka akan kelainan dalam setiap aktiviti dan selalunya mereka akan menjadikan suasana lebih menarik. Kebanyakkan lelaki menyukai wanita yang lebih lasak kerana bagi mereka ianya bermaksud wanita itu mampu menjaga dirinya sendiri.
JUJUR DAN TEGAS
Selalunya wanita yang keras kepala lebih jujur dalam memberi pendapat. Dia tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak suka berbohong dalam menyampaikan sesuatu dan tegas dalam melakukan keputusan.
TETAP PENDIRIAN
Mereka yang berperwatakkan keras kepala ini biasanya lebih tegas dalam melakukan sesuatu keputusan. Mereka tidak mudah untuk berubah fikiran, malah akan tetap mempertahankan keputusannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak berlakunya penularan wabak COVID-19 berskala global banyak pihak tampil ke depan memberikan pelbagai ciptaan dan inovasi dengan tujuan membantu pihak kerajaan dan juga orang ramai.
Di antara alat yang diperhatikan semakin diketengahkan ialah terowong nyah cemar atau penggunaan semburan nyah cemar yang dikatakan mampu mencegah penularan COVID-19.
Niat murni yang datang daripada pelbagai insitusi atau pertubuhan yang memperkenalkan alat ini cukup difahami. Ia tidak lain dan tidak bukan untuk membantu orang ramai.
Foto hiasan
Namun sebenarnya menggunakan penyembur nyah cemar ke atas manusia adalah tidak disarankan. Perkara ini dimaklumkan oleh Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Jemilah Mahmood.
Pemakluman mengenai perkara ini turut diutarakan oleh beliau menerusi satu ciapan di Twitter kendaliannya.
Jelasnya, penggunaan penyembur nyah cemar terhadap orang ramai juga tidak disarankan oleh World Health Organization (WHO) seperti yang termaktub dalam garis panduan pengendalian COVID-19.
“Pertama sekali ia seharusnya tidak membahayakan. Penggunaan cara ini tidak disarankan dan bertentangan dengan garis panduan ditetapkan WHO. Hentikan sebelum ia memberi kesan buruk kepada orang ramai”.
Beliau yang juga merupakan Pengasas Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) melakukan hantaran di Twitter membalas laporan oleh sebuah portal berita tempatan yang melaporkan sebuah universiti tempatan menghasilkan peralaran nyah cemar dengan sistem semburan ke atas badan.
Penggunaan semburan seluruh badan tidak digalakkan kerana penggunaan klorin atau alkohol tidak akan dapat membunuh virus yang sudah memasuki badan.
Malah bahan tersebut juga boleh membahayakan anggota badan seperti mata dan mulut. Oleh itu lebih baik kita terus mengamalkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitizer serta menjaga penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.