Tidak dapat dinafikan sepanjang bulan Ramadan aktiviti kecergasan yang kita lakukan akan sedikit sebanyak lebih berkurangan.
Menjalani ibadah puasa sememangnya menuntut kita untuk menggunakan tenaga dengan lebih baik sepanjang hari. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh melakukan senaman.
Apatah lagi jika anda dapat ketika berbuka puasa atau bersahur anda mengambil jumlah makanan yang banyak. Dengan senaman anda mampu ‘menebus’ balik dan membakar semula kalori yang diambil berlebihan tersebut.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah bentuk senaman ideal dan juga masa yang palign sesuai untuk melakukan senaman?
TAHAP SENAMAN
Melakukan senaman ketika berpuasa pastinya sedikit berbeza berbanding hari-hari biasa. Untuk lebih selamat lakukanlah senaman dengan lebih moderate atau sederhana.
Berikut beberapa perkara penting perlu anda lakukan jika kurang pasti sama ada anda boleh bersenam ketika berpuasa atau tidak. Hubungi doktor anda sebelum melakukan senaman ketika berpuas jika anda hadapi perkara tersebut:
Tidak pasti dengan status kesihatan anda
Tidak pernah bersenam
Mempunyai keadaan perubatan kronik, contoh – kencing manis, jantung, darah tinggi
Rasa kurang sihat
KADAR SENAMAN SELAMAT
Perkara paling penting perlu anda ambil perhatian ialah tidak mengikut atau meniru orang lain. Ingat kondisi fizikal dan mental anda berbeza berbanding orang lain.
Jika anda seseorang yang kurang aktif dan tidak aktif secara fizikal
Ads
Anda harus:
Mula rendah; lakukan dengan perlahan
Bertujuan untuk kekal aktif secara fizikal setiap hari
Rehatkan masa sedentari sebanyak mungkin
Menggabungkan lebih banyak aktiviti fizikal ke dalam rutin harian anda ke dalam rutin penting harian anda, contohnya berjalan kaki dan bukannya memandu ke pasar
Atau jika anda tidak ingin melakukan senaman secara harfiahnya, ada boleh:
Naik tangga bukannya lif
Lakukan kerja-kerja rumah harian anda untuk memastikan persekitaran tempat tinggal anda bersih
Jika anda seorang yang aktif secara fizikal dan kerap bersenam
Anda harus:
Teruskan dengan tahap aktiviti fizikal semasa anda. Ia tidak digalakkan untuk meningkatkan kekerapan, intensiti dan tempoh senaman semasa anda berpuasa
Bertujuan untuk bersenam untuk penyelenggaraan; bukan untuk menolak had anda atau menetapkan rekod peribadi baharu
Sentiasa ‘dengar’ badan anda dan ubah suai dengan sewajarnya
Sebenanrya waktu untuk melakukan senaman sepanjag bulan puasa adalah terpulang kepada kemampuan anda.
Namun terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan bergantung kepada waktu yang anda pilih. Berikut tiga waktu senaman dengan kelebihan dan kekurangan yang boleh anda pertimbangkan.
Selepas Sahur
Kelebihan: Mungkin mempunyai lebih banyak tenaga selepas makan sebelum berpuasa sepanjang hari. Kelemahan: Kemungkinan berdepan risiko dehidrasi kerana tidak akan ada peluang untuk minum air selepas itu sehingga waktu berbuka puasa.
Ads
Petang Sebelum Berbuka Puasa
Kelebihan: Anda akan ada peluang untuk makan dan jalni untuk pemulihan dan hidrat ketika berbuka puasa Kelemahan: Sokongan pemakanan pra-senaman yang minimum
Malam Selepas Berbuka Puasa
Kelebihan: Masa ini dianggap paling sesuai kerana ia memberi anda peluang untuk mengisi dan menghidrat sebelum dan selepas bersenam. Kelemahan: Harus diseimbangkan dengan kepentingan rehat atau tidur. Elakkan bersenam 1-2 jam sebelum tidur untuk membolehkan adrenalin anda turun bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.
Jadi waktu senaman mana yang anda rasa paling baik untuk anda?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin pembaca sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.
Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki yang sebenarnya malas bersenam memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk bersenam.
Saudara sekalian, percayalah bahawa itu adalah alasan semata-mata. Ini kerana asenaman ringkas yang biasa bukannya mengambil masa yang lama. Malah beberapa teknik senaman tidak menuntut anda memerlukan ruang yang banyak atau menggunakan peralatan yang mahal.
Percaya tau tak jika MASKULIN katakan anda juga boleh melakukan senaman di atas kerusi semasa berada di pejabat. Dan ia boleh dilakukan tak lebih daripada 15 minit.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 teknik senaman yang boleh anda lakukan dengan menggunakan kerusi.
Senaman Kayuh
Pertama sekali anda perlu duduk di hujung kerusi. Beri sokongan kepada bahagian atas badan dengan menyandarkan bahu di atas kerusi. Kemudian letakkan kedua kaki anda dalam posisi seperti mengayuh basikal.
Mulakan aksi mengayuh dengan mengangkat paha hampir ke otot perut anda. Lakukan dengan perlahan-lahan hingga otot perut anda terasa tegang.
Plank
Ya, anda boleh lakukan senaman plank dengan menggunakan kerusi pejabat. Tapi plank tak memerlukan anda turun naik seperti tekan tubi, sebaliknya menahan beban badan dengan tangan dan kaki selama yang boleh.
Buka lengan dan letakkan tangan di atas permukaan kerusi atau meja dan berjalan ke belakang hingga satu sudut terbentuk. Letak jari kaki anda dalam keadaan renggang. Naikkan pinggul hingga membentuk garisan lurus dari bahu ke kaki. Tahan selama 30 hingga 60 saat.
Kebiasaannya ini merupakan senaman yang dilakukan di atas permukaan atau lantai. Tapi ia sebenarnya juga boleh dilakukan di atas kerusi. Duduk di atas kerusi dengan posisi lurus pada 90 darjah dengan lutut dibengkokkan dan kaki di atas lantai.
Kemudian letak tangan anda di tepi kepala atau di atas dada dan gerakkan badan anda ke depan dan ke belakang. Ketatkan otot perut anda seketat yang boleh dan ulang dengan bergerak ke belakang dan ke depan semula. Ulang selama beberapa kali.
Silang Siku Dan Lutut
Ini pula senaman yang boleh dilakukan dengan duduk menegak di dengan kedua-dua tangan di sisi atas kepala. Mula-mula, pusingkan badan anda dengan mengangkat kaki kanan dan membawa siku kiri menyentuh lutut kanan.
Pastikan kaki anda diangkat perlahan-lahan, tidak terlalu cepat untuk memberi tekanan kepada otot perut. Ganti pula dengan mengangkat kaki kiri ke atas dan membawa siku kanan menyentuh lutut kiri. Anda akan dapat rasa otot perut yang menegang.
Leg Pull In
Senaman ini pula lebih menakankan kepada bahagian perut. Duduk seperti biasa dan kemudian angkat badan anda menggunakan kekuatan kedua-dua tangan. Rapatkan kedua-dua kaki dan angkat ke paras dada.
Seeloknya angkat perlahan-lahan hingga otot perut terasa tegang. Kemudian berhenti seketika bila lutut mendekati dada dan turunkan semula kaki.
Sumber: LelakiSihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jom ikuti petua untuk kurangkan dengkuran sewaktu tidur.
1. Jaga berat badan dan mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI).
2. Amalkan tidur mengiring.
3. Berhenti merokok.
4. Jauhi minuman beralkohol dan ubat tidur atau ubat penenang.
5. Cuba hirup wap air melalui hidung sebelum tidur atau letakkan tuala yang dicelup air hangat dan hirup wapnya bagi menghilangkan lendir penyebab hidung tersumbat.
6. Kupas, bersihkan dan hiris halus dua ruas kunyit hidup. Kemudian masukkan hirisan kunyit tersebut ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur
7. Tujuh biji badam ditumbuk lumat dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.