Semalam negara dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Kelang, yang akhirnya telah disahkan identitinya iaitu Nidza Afham Mokhtar, penyanyi berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang kelmarin.
Oleh yang demikian, gambar mayat Allahyarham Nidza Afham yang ditemui di kawasan jambatan Sungai Klang menjadi tular di media sosial.
Jangan Kongsi Gambar Arwah Abang Ditemui – Aufahanie
Foto: Tangkap layar hantaran story di laman Instagram Aufahanie Mokhtar di laman X.
Susulan itu, adik Allahyarham iaitu Aufahanie Mokhtar memohon agar orang ramai yang ada memuat naik gambar berkenaan untuk memadam perkongsian itu, demikian lapor Media Hiburan.
Hal itu disebabkan demi menghormati perasaan mereka sekeluarga yang masih sedih dan terkejut mendengar perkhabaran buruk mengenai Allahyarham.
Aufahanie yang juga seorang penyanyi itu berkata demikian menerusi sebuah hantaran story di laman Instagramnya.
“Tolong. Tolong. Jangan share gambar arwah abang saya yang ditemui ke social media anda. Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran itu.
Menerusi hantaran story sebelumnya, Aufahanie turut menitipkan doa buat abangnya yang mesra disapa Am di dalam keluarga.
“I love you Am. Bahagialah di syurga Firdausi,” tulisnya ringkas bersama dua gambarnya bersama Allahyarham ketika kecil.
Ads
Foto: Tangkap layar hantaran story di laman Instagram Aufahanie Mokhtar di laman X.
Afham Nak Jadi Terkenal, Tapi Bukan Begini – Efahanie
Foto: Tangkap layar ciapan Efahanie Mokhtar di laman X.
Dalam pada itu, kakak Allahyarham pula, Efahanie Mokhtar terkilan apabila kini ‘cita-cita’ adiknya untuk menjadi terkenal kini menjadi kenyataan namun menerusi tragedi yang memilukan.
“Afham pernah cakap dia nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal adik Kekfa sekarang, tapi bukan begini Am. Bukan begini. Allah,” demikian catatan Efahanie di laman X.
Lebih memilukan, Efahanie turut mengulang ciap sebuah ciapan lama dari Allahyarham sendiri pada bulan Mei lalu yang bergurau dengannya.
Tulis Efahanie, dia terkilan apabila perancangannya untuk menempah sebuah lokasi untuk percutian keluarga bertukar menjadi perhimpunan keluarga untuk perkabungan sebuah tragedi pemergian Allahyarham.
Ads
Foto: Tangkap layar ciapan Efahanie Mokhtar di laman X.
Henti Buat Spekulasi – Abang Ipar
Selain Aufahanie dan Efahanie, abang ipar kepada Allahyarham, Effie Amron pula memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berita kematian adik iparnya itu.
Memetik laporan Gempak, Effie mendapati terlalu banyak cerita tidak benar yang direka mengenai Allahyarham di media sosial.
Oleh itu, Effie memohon agar orang ramai menjaga kata-kata selain menitipkan doa yang terbaik.
Menyifatkan adik iparnya itu sebagai seorang yang baik, Effie tetap reda dengan pemergian Allahyarham.
Ads
Terdahulu, Nidza Afham dilaporkan hilang ketika keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada malam kelmarin.
Teman wanita mangsa akhirnya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7.00 malam Rabu ialah Nidza Afham.
Adakah Malaysia sudah boleh menerima Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)? Aktivis LGBT terkenal iaitu Nisha Ayub baru-baru ini telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dimana perjumpaan dia bersama Datuk Dr. Mujahid bin Yusof yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menerusi Sinar Harian pertemuan antara dirinya dan Nisha Ayub baru-baru ini tidak bermakna beliau bersetuju dengan semua yang diperjuangkan mahupun mengiyakan golongan LGBT.
“Nisha telah menghubungi saya sendiri untuk mengadakan pertemuan dan saya menerima kehadirannya dengan ikhlas memandangkan isu berkaitan transgender perlu diselami serta difahami khususnya yang berkaitan dengan peranan institusi agama bagi menangani fenomena ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. (Sumber Sinar Harian)
Tular di laman sosial media berkaitan dengan isu ini dimana golongan Mak Nyah dibenarkan untuk masuk ke tandas awam wanita. Walaupun ia baru dalam fasa perbincangan, namun ada segelintir masyarakat sudah mula tidak selesa dengan perihal ini, malah mula membuat spekulasi liar bahawa Malaysia kini menyokong LGBT.
Sidang media pertemuan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusuf dan Aktivis, Nisha Ayub di Kompleks Islam Putrajaya.Sumber: FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
“Membenarkan Transgender ataupun mak nyah masuk ke dalam tandas wanita itu bertentangan dengan norma-norma ataupun adab tatasusila fitrah manusia. Tak boleh lah. Akan mendatangkan fitnah. Sebab yang masuk itu itu lelaki tulen. Lelaki sejati. Masuk tandas perempuan akan memperlihatkan aurat perempuan, walaupun bentuk badan lelaki itu sudah seperti wanita.”
Walaubagaimanapun pertemuan itu lebih kepada perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah serta bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan beribadat secara khusus. Apa yang paling utama ketika ini ialah kita perlu hapuskan budaya benci dan diskriminasi kepada komuniti tersebut terutamanya di tempat kerja mahupun di tempat-tempat awam. (Sumber Sinar Harian)
Apa pandangan anda pula?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemakaian cincin bukan sahaja sunnah, tetapi juga boleh mencerminkan keperibadian seseorang lelaki.
Cincin yang dipilih dengan bijak boleh menyerlahkan gaya dan keyakinan diri. Bagi mereka yang ingin menampilkan aura elegan dan matang, cincin dengan rekaan sederhana tetapi klasik adalah pilihan terbaik.
Selain itu, pemakaian cincin dengan niat mengikuti sunnah juga boleh menjadi pengingat untuk sentiasa mencontohi akhlak Rasulullah SAW.
Memakai cincin adalah satu amalan sunnah yang mudah diamalkan oleh lelaki. Ia bukan sahaja mencerminkan gaya, tetapi juga membawa nilai spiritual yang tinggi jika dilakukan dengan niat yang betul.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan sunnah ini dalam kehidupan seharian.
Dengan pemakaian cincin yang mengikut sunnah, kita bukan sahaja memperkayakan penampilan tetapi juga mendapat ganjaran pahala. Selamat mengamalkan sunnah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BIASALAH ORANG LEBIH SUKA MELIHAT LUARAN SESEORANG TANPA MENGENAL HATI BUDI TERLEBIH DAHULU. APA PUN TAHNIAH BUAT AHMAD HAKIM KERANA KINI BERJAYA MENDAPATKAN BENTUK BADAN IDAMAN. IKUTI KISAHNYA LEBIH LANJUT DI DALAM MASKULIN EDISI JULAI 2018.
BERMULA TRANSFORMASI
Sewaktu usia 17 tahun, teman wanita saya lari mengikut seorang lelaki berbadan sasa, saya ditinggalkan kerana tidak memiliki bentuk badan sedemikian. Sejak itu, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia saya mula bekerja di True Fitness selama lapan bulan, di sana saya pelajari serba sedikit mengenai kecergasan dengan jurulatih di situ. Sebelum ini berat badan saya sekitar 55 Kilogram dan dari situlah saya mula bertatih dan berlatih secara perlahan-lahan disusuli kawalan diet yang betul dan akhirnya ia membuahkan hasil.
Persepsi terhadap wanita memang mahukan lelaki yang sasa membuatkan saya sangat bermotivasi, selepas saya mendapatkan bentuk badan seperti sekarang, bekas teman wanita pernah berhasrat untuk kembali bersama tetapi saya menolaknya kerana masih banyak pilihan yang lebih baik untuk saya di luar sana.
DIET YANG DIAMALKAN
Dalam berdiet saya akan cuba elakkan tiga makanan ini iaitu gula, makanan diproses seperti sosej juga makanan berminyak. Saya akan mengamalkan diet yang ketat apabila terdapat pertandingan. Bagi saya diet untuk mendapatkan struktur badan yang bulking sedikit mudah kerana ketika itu saya akan mengambil sumber karbohidrat yang mencukupi dan mudah diakses, manakala ketika untuk memerlukan diet protein yang ketat pula saya perlu lebih berdisiplin dalam perihal pemakanan kerana ketika itu saya akan mengambil sekurangnya 1 kilogram dada ayam setiap hari dan pecahkan kepada empat hidangan untuk dimakan. Penyediaannya juga harus bersih dan benar-benar sihat.
Apabila tiba musim pertandingan, saya perlu berlatih di gimnasium sekurangnya lima bulan awal berserta diet, untuk cutting badan yang lebih cantik pula memerlukan lapan minggu persediaan dan lapan jam sebelum bertanding saya akan elak mengambil apa-apa jenis minuman.
KORBAN DUIT
Benar, untuk mendapatkan apa yang dimahukan perlukan pengorbanan yang besar. Sebulan saya akan habiskan sekitar RM 2000 untuk membeli makanan sihat dan suplemen sebagai bekalan. Tambahan makanan natural ini memang mahal harganya, namun ini adalah kepuasan juga sebagai tanda anda memang hargai tubuh dan kesihatan. Bagi saya pengorbanan ini tidaklah banyak, namun apa yang saya harapkan biarlah semangat dan gaya hidup sihat ini dapat diteruskan selamanya.
IKUTI KISAH LEBIH LANJUT DI MAJALAH MASKULIN EDISI JULAI 2018. DAPATKAN DI PASARAN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.