Awal bulan ini, Indonesia kehilangan seorang bakat muda seni bela diri campuran atau mixed martial arts (MMA) iaitu Rahul Pinem yang nekad membunuh diri, dipercayai akibat masalah dengan teman wanitanya.
Petarung MMA berusia 24 tahun itu ditemui pada 1 Jun lalu dalam keadaan berlumuran darah di Hotel Wood Parahyangan Residen yang terletak di wilayah Ciumbuleuit, Kecamatan Cidadap, Kota Bandung, Jawa Barat.
Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang waktu tempatan, Rahul memutuskan untuk menamatkan hidupnya dengan terjun dari tingkat LG bangunan hotel berkenaan, kira-kira setinggi 50 meter, demikian menurut kenyataan pihak bomba dan penyelamat tempatan yang dipetik dari laporan beberapa portal negara itu.
Usaha untuk memujuk Rahul sempat dilakukan sebelum dia memutuskan untuk melakukan tindakan nekad itu oleh pihak penyelamat dan juga pengurus hotel berkenaan yang dikenali sebagai Rita.
Dikatakan Rahul meminta untuk bertemu dengan kekasihnya. Jika tidak, dia akan terjun dari tingkat berkenaan.
Selepas usaha memujuk mereka tidak membuahkan hasil, pihak jurulatih MMA nya pula cuba memujuk dengan menghubungi teman wanita dan juga keluarga Rahul.
Bagaimanapun, kedua-dua talian yang dihubungi tidak aktif, lantas gagal untuk memenuhi kehendak untuk memujuk petinju muda itu.
Foto: Lokasi kejadian Rahul Pinem membunuh diri (Sumber: Suara)
Sebagai persediaan, pihak penyelamat kemudian meletakkan penyambut (life net) di kawasan gelanggang bola keranjang hotel berkenaan, yang merupakan kawasan jangkaan tempat jatuh Rahul jika dia nekad untuk terjun.
Ads
Jangkaan itu benar, Rahul akhirnya nekad terjun namun dia jatuh bukan pada penyambut tersebut lalu meninggal dunia serta merta.
Rahul Pinem memulakan kerjayanya sebagai petarung di One Pride MMA sejak tahun 2019 menjuarai pertarungan sebanyak tiga kali.
Ads
Kali terakhir beraksi di gelanggang adalah pada tahun 2020, di mana Rahul berentap dengan Yacub Christ Nugroho.
Jenazah Rahul dikebumikan di Desa Mbetong, Juhar, Karo, Sumut, Sumatera Utara, demikian maklumat yang dipetik dari laporan portal Pojok Satu.
Bagi sesetengah orang, bangun awal pagi adalah cabaran besar, terutama apabila alarm berbunyi di waktu yang luar biasa seperti 1 pagi.
Namun, penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar, berjaya mengatasi cabaran ini dengan menggunakan satu teknik yang sangat mudah tetapi berkesan, yang dikenali sebagai “5 Seconds Rule.”
Dalam satu video yang dikongsikan di media sosialnya, Alif berkongsi bagaimana beliau dapat bangun segera selepas alarm berbunyi, tanpa rasa malas atau rasa ingin kembali tidur.
Menurut Alif, “5 Seconds Rule” adalah satu kaedah yang melibatkan masa lima saat setelah alarm berbunyi.
Dalam tempoh lima saat tersebut, kita perlu membuat keputusan untuk bangun tanpa bertangguh atau memberi peluang pada minda untuk mencipta alasan untuk tidur semula.
Sebagai contoh, Alif akan mula menghitung dengan suara yang jelas, “5, 4, 3, 2, 1… Bangun!” Sebaik sahaja selesai menghitung, beliau akan bangun secara automatik dan mula memulakan hari.
Teknik ini membantunya mengelakkan rasa malas atau dorongan untuk menekan butang snooze.
Foto : Harian Metro
Kenapa Teknik Ini Berkesan?
Alif percaya bahawa dengan memberi diri kita hanya lima saat untuk bertindak, kita mengelakkan otak daripada berfikir lebih panjang dan memberi peluang untuk membuat alasan atau pertimbangan untuk tidur semula.
Dalam tempoh lima saat yang singkat, minda kita cenderung untuk bertindak secara automatik tanpa keraguan.
Ini adalah prinsip yang dikenali sebagai “action bias,” di mana kita lebih cenderung untuk bertindak apabila diberi sedikit masa untuk bertindak.
Selain itu, dengan menghitung secara mental dan menyelesaikan keputusan dalam lima saat pertama, kita dapat mengelakkan gangguan dari perasaan malas atau keinginan untuk tidur lebih lama.
Proses ini membentuk disiplin diri yang lebih kuat dalam jangka masa panjang, sekaligus membantu kita bangun pagi dengan lebih mudah dan memulakan hari dengan lebih produktif.
Meningkatkan Produktiviti Harian
Dengan mengamalkan “5 Seconds Rule,” Alif Satar percaya bahawa kita dapat meningkatkan produktiviti kita setiap hari.
Teknik ini bukan hanya membantu kita bangun pagi dengan lebih mudah, tetapi juga memberi kesan positif kepada disiplin diri secara keseluruhan.
Jika kita dapat mempraktikkan tindakan yang cepat dan konsisten dalam kehidupan harian, kita akan lebih cenderung untuk berjaya mengatasi cabaran-cabaran lain dalam hidup.
Melalui perkongsian ini, Alif Satar bukan sahaja memberi inspirasi untuk bangun lebih awal, tetapi juga mengingatkan kita tentang pentingnya disiplin dan komitmen terhadap matlamat yang ingin dicapai.
Dengan menggunakan “5 Seconds Rule,” kita boleh mengubah rutin harian dan memulakan hari dengan lebih bersemangat dan produktif.
Jadi, kenapa tidak cuba teknik ini dan lihat perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian anda?
Sumber : Tiktok ohbulanofficial
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TABIAT PEMAKANAN YANG BURUK DAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN. JADI GAYA HIDUP SIHAT DAN PEMAKANAN SEIMBANG SANGAT PENTING. ANTARA CONTOH MAKANAN DAN MINUMAN YANG BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN ADALAH:
MAKANAN ATAU MINUMAN MENGANDUNGI GULA ATAU KARBOHIDRAT YANG DIPROSES
Molekul gula yang berlebihan akan bergabung dengan protein, menghasilkan AGE (Advanced Glycation End product) yang boleh merosakkan kolagen pada kulit.
MAKANAN YANG DIPROSES
Makanan diproses seperti sosej, daging burger dan nuget mengandungi sulfit dan banyak bahan pengawet lain yang boleh menyebabkan keradangan pada badan termasuk kulit dan mempercepatkan kita kelihatan tua. Tambahan pula, daging yang diproses biasanya mempunyai kandungan lemak dan garam yang tinggi. Ia boleh mengakibatkan pengekalan air dan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN LEMAK TEPU
Lemak tepu bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit jantung malah turut menyebabkan penuaan kulit. Kajian juga menunjukkan lemak tepu boleh meningkatkan kedutan pada wajah.
Selain itu, gaya hidup seharian juga boleh menyumbang kepada penuaan awal. Antara tabiat buruk yang perlu diubah ialah:
Kurang tidur:Tidak cukup tidur atau tidur yang tidak berkualiti boleh memberi pelbagai kesan kepada kesihatan seperti peningkatan berat badan, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan, mengurangkan tumpuan dan kulit menjadi pucat.
Tekanan:Tekanan berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak, meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
Merokok:Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Merokok juga meningkatkan risiko penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
Berat badan berlebihan:Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Mengambil makanan seimbang dan berkhasiat memang penting untuk warga emas bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Seperti golongan muda, warga emas juga memerlukan nutrien khusus kerana penuaan mempengaruhi proses penyerapan mineral serta penggunaan dan perkumuhan dalam badan.
Untuk itu, kombinasi makronutrien, vitamin, mineral, serat dan air sangat penting untuk membekalkan nutrien mencukupi bagi warga emas.
MAKRONUTRIEN
Sebahagian besar nutrien dalam diet seseorang terdiri daripada makronutrien. Ia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Setiap makronutrien terbabit membekalkan kalori, tetapi dalam jumlah berbeza. Karbohidrat membekalkan empat kalori bagi setiap gram, protein pula empat kalori setiap gram dan lemak sembilan kalori setiap gram.
SERAT
Serat adalah sebahagian daripada komponen tumbuhan yang tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman manusia. Ia hanya terdapat dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayuran, kacang dan bijirin. Antara kebaikannya adalah mencegah sembelit dan mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser contohnya kanser kolon.Warga emas pula disarankan supaya mengambil kandungan serat sebanyak 20 hingga 30 gram sehari.
VITAMIN DAN MINERAL PENTING BAGI WARGA EMAS
Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin dan mineral serta lebih mudah mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang.Vitamin A misalnya diperlukan badan bagi fungsi penghasilan pigmen retina (mata) juga membantu sistem imun badan berfungsi dengan baik.
Antara sumber utama vitamin ini ialah hati ayam, hati lembu, telur, susu penuh krim, ikan bawal hitam, ikan kembung dan susu tepung skim. Kekurangannya boleh menyebabkan beberapa masalah seperti rabun malam, hilang selera makan, kulit kering dan kasar juga sistem imun menjadi lemah selain kekeringan mata.
Vitamin C pula perlu untuk membantu badan melawan jangkitan, mengurangkan risiko penyakit dan membantu penyerapan ferum. Antara lain, ia boleh didapati daripada betik, jambu batu, kubis, oren, tomato dan mangga.
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kurang selera makan, skurvi, gusi berdarah, keletihan dan kemurungan. Kalsium sangat diperlukan bukan hanya untuk mengekalkan kesihatan gigi dan tulang malah ia membantu untuk mengurangkan kehilangan jisim tulang.
Ia juga membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang, mengekalkan imbangan homeostasis kalsium, membantu dalam pembekuan darah secara normal juga mengekalkan fungsi saraf dan kawal atur otot jantung.
Sumber kalsium antara lain termasuk dadih, tauhu, kailan, bayam, keju, susu soya, badan dan ikan bilis tanpa kepala. Ramai yang mungkin terlepas pandang zat besi sedangkan ia diperlukan badan untuk menghasilkan sel darah merah, mengangkut oksigen dalam badan juga penting untuk fungsi otak terutama bagi pembelajaran dan daya ingatan.
Antara sumber zat besi termasuk kerang, peria, kacang kuda, bayam, ayam, daging lembu tanpa lemak, kismis, telur dan ikan bilis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sedar tidak sedar kita sudah pun memasuki hari ke-11 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang haris dilaksanakan kita semua bagi membantu kerajaan terutamanya barisan hadapan seperti kakitangan perubatan, polis dan tentera bagi membendung penularan waba COVID-19.
Sepanjang tempoh ini juga telah tular pelbagai cara yang dilakukan oleh warga Malaysia yang sentiasa mencari jalan untuk kekal positif. Ada yang mulaaktif bermain muzik, mencipta lagu, bercucuk tanam di halaman rumah dan tidak kurang juga yang bersenam.
Mungkin golongan yang paling sukar berdepan situasi duduk rumah ini ialah mereka yang berpersonaliti extrovert – suka melakukan aktiviti luaran dan bersosial. Tpai janganlah pula jadikan itu asalan untuk anda melanggar undang-undang keluar rumah sesuka hati.
Teknologi sekarang sudah canggih dengan jaringan Internet berkelajuan tinggi. Guna sahaja teknologi itu untuk terus berhubung dengan kenalan dan melakukan aktiviti secara talian.
Bagi yang suka bersenam inilah masanya untuk anda realisasikan impian memdapat abdomen six-pack bak Bruce Lee atau Jason Statham. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 step senaman simple yang anda boleh ikut dan lakukan di rumah.
VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi berbaring
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot
JACKNIFE SIT-UP
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
Ambil posisi berbaring
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki
Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan repetisi ini
Lakukan latihan ini sekitar 15 kali repetisi per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda
PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
Luruskan punggung
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh
Tahan hingga beberapa minit
SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal. Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.