Kita sering berdepan dengan masalah sakit lutut, kaki mahupun pinggul apabila usia semakin meningkat. Apabila seharian berjalan, pasti kaki terasa lenguh dan tidak bermaya.

Jika tidak dipulihkan dengan segera, bimbang masalah sakit lutut, kaki dan pingggul ini akan melarat.

Untuk mengurangkan rasa sakit lutut, kaki dan pinggul, ada cara mudah yang anda boleh lakukan.

Dengan mengamalkan 7 latihan efektif ini, sekurang-kurangnya boleh membantu anda dalam mengatasi rasa sakit pada lutut, kaki dan pinggul.

Selamat mencuba!

IKLAN

1. Jengket tumit dan angkat kaki

  • Mula-mula, ambil kerusi dan berdiri di belakang kerusi.
  • Sambil memegang kerusi, angkat kaki kiri sehingga paras lutut.
  • Perlahan-lahan jengketkan kaki kanan biar hujung kari rasa ketegangannya.
  • Perlahan-lahan letakkan kembali tumit di atas lantai.
  • Ulangi latihan ini 10-15 kali untuk setiap kaki.

Ia akan menguatkan pergelangan kaki dan otot sekeliling lutut anda.

2. Jengketkan tumit sambil berjalan pantas

Ini adalah satu latihan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa dan di mana saja. Anda hanya perlu berjalan kaki secara pantas sambil menjengketkan kaki. Latihan ini akan menguatkan bahagian betis dan jari kaki. Buat latihan ini selama 5-15 minit atau sehingga anda rasa letih.

3. Pusingkan pergelangan kaki

Jika pergelangan kaki anda lemah, anda perlu lakukan ini:

  • Anda boleh lakukan sambil duduk atau berdiri. Kemudian, naikkan satu kaki.
  • Perlahan-lahan putarkan pergelangan kaki anda dalam gerakan membulat.
  • Ulangi 10 kali dalam bulatan ke dalam dan 10 kali dalam lingkaran keluar untuk setiap kaki.

4. Buat latihan rintangan

Untuk latihan ini, anda perlukan getah rintangan.

  • Pasangkan tali rintangan pada kerusi atau kaki meja.
  • Letakkan hujung kaki kiri di bawah kaki kanan sambil membengkokkan lutut sedikit.
  • Pasangkan tali rintangan tadi di bawah jari.Perlahan-lahan tarik tali rintangn itu
  • sambil melenturkan kaki anda ke hadapan.
  • Elak melenturkan jari ke bahagian dada kerana ia akan membuatkan jari rasa sakit.
  • Ulangi 10-15 kali untuk setiap kaki.

Latihan rintangan ini menggabungkan kerja-kerja di bahagian otot betis dan otot paha dalaman serta luaran anda.

5. Main permainan “grabbies”

Untuk melatih jari-jari kaki, anda boleh bermain permainan “grabbies”.

  • Letakkan batu-batu kecil di atas lantai.
  • Kemudian bengkokkan jari kaki.
  • Ambil batu-batu kecil tadi menggunakan jari kaki.
  • Kemudian masukkan batu-batu kecil tadi ke dalam bakul.

6. Berjalan di atas bola

  • Sambil duduk, anda letakkan bola tenis di bawah telapak kaki.
  • Kemudian secara perlahan-lahan, golekkan bola tenis tadi kedepan dan kebelakang seolah-olah anda sedang mengurut kaki.

7. Urutan pada kaki

Bagi mengurangkan rasa sakit pada kaki, letakkan kedua-dua jari pada titik-titik seperti dalam gambar (antara jari kaki 1 dan 2 serta jari 4 dan 5; kira-kira 1cm atau setengah inci dalam). Picit secara perlahan selama 15 minit. Anda akan rasakan kelegaan selepas melakukan urutan tersebut.

Sumber: Brightside