Dalam era kecergasan yang penuh dengan pilihan, satu bentuk senaman semakin mencuri perhatian komuniti global, termasuk di Malaysia. Dikenali sebagai ‘Animal Flow’, ia bukan sekadar satu lagi senaman tular, tetapi satu bentuk seni pergerakan yang menyatukan kekuatan, mobiliti, dan koordinasi dalam cara yang sangat organik dan intuitif.
Animal Flow diperkenalkan oleh Mike Fitch dan dibangunkan sebagai alternatif kepada latihan kekuatan konvensional yang sering terlalu kaku.
Mike Fitch
Sebaliknya, Animal Flow membawa kita kembali kepada asas tubuh manusia dengan bergerak seperti haiwan.
Tekniknya diinspirasikan daripada pergerakan natural seperti merangkak, melompat, membengkok dan meluncur yang digabung menjadi rangkaian pergerakan dinamik tanpa perlu sebarang alatan.
Mengapa Animal Flow Jadi Pilihan Terkini?
Antara kekuatan utama Animal Flow ialah fleksibilitinya. Ia boleh dilakukan di mana sahaja sama ada di ruang tamu, taman atau gim tanpa memerlukan sebarang alat.
Lebih menarik, setiap gerakan bukan sahaja melibatkan keseluruhan tubuh tetapi juga menguji kawalan minda terhadap tubuh (body awareness).
Senaman Crab Reach
Pergerakan seperti “beast crawl”, “crab reach” dan “traveling ape” kelihatan seperti aksi tarian kontemporari namun disebaliknya, ia membina kekuatan teras yang luar biasa.
Ads
Manfaatnya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kajian menunjukkan senaman seperti ini meningkatkan fleksibiliti, mobiliti sendi, keseimbangan serta koordinasi otot.
Senaman Travelling Ape
Dengan hanya menggunakan berat badan sendiri, Animal Flow membina kekuatan fungsional yang penting dalam kehidupan harian dan aktiviti sukan. Ia juga mampu membakar kalori secara efisien menjadikannya alternatif bijak untuk sesi kardio ringan.
Senaman Berasaskan Pergerakan Asli
Apa yang membezakan Animal Flow dari bentuk senaman lain adalah keupayaannya menghubungkan pergerakan dalam satu aliran.
Setiap sesi tidak terputus antara satu gerakan dengan yang lain. Pelaku akan “mengalir” dari satu posisi ke posisi lain seperti arus dan daripada itulah lahirnya nama “Flow”.
Ads
Walaupun tular, Animal Flow bukan sekadar trend kosong. Ia telah wujud sejak lebih sedekad dan kini kembali dengan versi lebih matang, disokong oleh ilmu sains sukan dan fisioterapi.
Gerakan seperti wrist mobilisations dan spinal wave bukan sahaja membina otot, malah membantu dalam pencegahan kecederaan dan meningkatkan postur badan.
Dengan latihan berperingkat yang boleh disesuaikan untuk pemula mahupun atlet, Animal Flow adalah sistem terbuka yang boleh berkembang seiring dengan peningkatan kebolehan individu. Ia adalah senaman, terapi, dan ekspresi diri—semuanya dalam satu pakej.
Jika anda mencari alternatif kepada dumbbell, treadmill dan rutin lama yang membosankan, mungkin sudah tiba masa untuk kembali ke naluri asas manusia: bergerak seperti haiwan. Dan percayalah, ia jauh lebih mencabar daripada yang anda sangka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi yang keliru nak makan masa diet, apa kata ambil kombinasi makanan untuk kurus ini. Ingat! Nak diet anda tak semestinya perlu berlapar dan mengikat perut.
Jika anda nak kenyang dan diet dalam masa sama, kombinasi makanan untuk kurus ini sesuai diambil kerana ia membantu menurunkan berat badan secara sihat. Paling penting makanan ini sedap dan berkhasiat!
1. TELUR + SAYUR-SAYURAN
Telur dapat membantu penyerapan karotenoid (pigmen warna dalam sayur-sayuran). Karotenoid dapat menurunkan berat badan, mencegah kanser dan menutrisikan kulit. Kombinasi makanan ini memberi manfaat hebat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
2. AYAM + CILI
Ayam kaya dengan protein sehingga membuatkan anda kenyang lebih lama. Manakala cili pula sangat bagus untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu tubuh untuk menukarkan makanan menjadi tenaga. Selain membuatkan anda cepat kurus, kombinasi makanan ini akan jadi bertambah sedap untuk dinikmati.
3. JAGUNG + KEKACANG
Menurut satu kajian, makan kekacang seminggu sekali lebih efektif untuk menurunkan berat badan berbanding anda berdiet tanpa makan kekacang. Ditambah lagi dengan jagung, ia dapat meningkatkan efek langsing pada tubuh kerana mengandungi pati yang boleh menyerap sebahagian besar kalori.
4. TEH HIJAU + LEMON
Teh hijau mengandungi catechins yang menjadikan ia kaya dengan antioksidan. Ditambah dengan buah lemon yang banyak khasiat, ia menjadikan kombinasi makanan ini terbaik untuk menurunkan berat.
5. SALMON + ASPARAGUS
Salmon kaya dengan Omega-3 manakala asparagus pula kaya dengan fiber dan protein yang membantu mengurangkan lemak dalam tubuh badan. Pastikan kombinasi makanan ini dibakar dalam ketuhar atau dikukus untuk anda mendapatkan manfaat kurus.
6. BADAM + GREEK YOGURT
Sesetengah vitamin terutamanya A, D & E sangat mudah untuk diserap apabila diambil dengan lemak. Badam kaya dengan kalsium, antioksidan dan vitamin E. Manakala Greek yogurt pula berkhasiat dengan vitamin D. Ini menunjukkan kombinasi makanan ini sangat sesuai dan terbaik untuk menurunkan berat.
7. AVOKADO + BAYAM
Kedua-dua makanan ini mempunyai banyak mineral dan vitamin. Pastikan anda menggunakan kombinasi makanan ini sebagai salad untuk menurunan berat badan. Bahkan bayam juga merupakan makanan terbaik jika dimakan dengan minyak zaitun. Manakala avokado pula sangat sesuai digabungkan dengan ikan, ayam dan roti gandum.
8. IKAN TUNA + HALIA
Ikan tuna mengandungi Omega-3 yang dapat mencegah penyimpanan lemak di perut dan halia pula membantu mencegah kembung perut. Ternyata ia kombinasi makanan yang sempurna untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
Sumber: Bright Side
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang memberikan komplikasi yang cukup buruk kepada penghidapnya. Ia merupakan penyakit yang serius berlaku disebabkan paras gula dalam badan yang tinggi.
Dan diabetes juga menjadi salah satu faktor utama terjadinya sakit jantung dan juga angin ahmar. Ramai yang beranggapan hanya orang yang berbadan besar sahaja mempunyai risiko diabetes. Namun anda silap kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika anda terutama tidak menjaga makan dan banyak mengambil makanan bergula maka risiko anda lebih tinggi.
Ramai juga lelaki terutamanya di peringkat usia muda seakan-akan tidak percaya bahawa mereka juga terdedah dengan diabetes. Jika anda mempunyai petanda-petanda di bawah, silalah segera mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dengan doktor.
Turun Berat Badan Tiba-Tiba
Perkara ini berlaku apabila anda kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah. Hal boleh berlaku kerana badan mempunyai paras gula (glukosa) yang tinggi. Hal ini juga boleh apabila terjadi kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin yang menurun dengan mendadak.
Salah satu petanda yang paling ketara bagi seseorang yang menghidap kencing manis ialah akan berasa cepat letih. Perkara yang berlaku seperti ini merupakan satu hal yang serius kerana ia mungkin disebabkan makanan yang anda makan tak dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel di dalam badan secara menyeluruh.
Sering Rasa Haus
Penghidap kencing manis juga sering berdepan masalah ini. Apabila membuang air kecil dengan banyak ia akan menyebabkan badan anda kehilangan air dan akan menyebabkan rasa dahaga. Menurut statistik, kebanyakan penghidap penyakit diabetes juga kerap cuba menghilangkan rasa meminum air manis. Dan ini akan memburukkan lagi keadaan.
Mudah Marah
Kalau anda sendiri perasan diri sering marah-marah maka perlulah ambil perhatian. Penghidap kencing manis pada tahap awal akam sering berasa tidak senang duduk dan ada gejala kemurungan. Anda berasa letih dan tak mahu berbuat apa-apa malah rasa malas nak keluar daripada rumah dan nak tidur saja.
Luka Susah Sembuh
Jika anda mengalami apa-apa kecederaan dan medapati ia sukar sembuh maka ada somethingwrong. Sistem imun di dalam badan anda dan juga proses merawat luka pada badan tidak berjalan dengan baik apabila anda memiliki paras gula yang tinggI. Pesakit diabetes mempunyai parut luka yang jelas kerana proses penyembuhan yang perlahan.
Penglihatan Terjejas
Semasa peringkat awal diabetes, kanta mata anda tak dapat memberi fokus dengan baik kerana glukosa terkumpul di bahagian mata. Lalu ia menyebabkan bentuk asal kanta mata berubah untuk sementara waktu. Selepas enam ke lapan minggu mata anda akan pulih seperti biasa. Tapi anda jangan risau kerana diabetes tak akan menyebabkan anda buta.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.