Memiliki bentuk badan idaman merupakan impian ramai individu. Namun tahukah anda yang penting untuk kita mengenali jenis badan kita dahulu agar kita dapat merancang cara terbaik untuk mencapai bentuk badan idaman kita?
Terdapat beberapa bentuk badan lelaki yang berbeza, dan ini biasanya diklasifikasikan dalam beberapa kategori utama berikut:
Sumber foto: Google
Ektomorf
Lelaki dengan bentuk badan ektomorf cenderung memiliki tubuh yang langsing dan kurus. Mereka mungkin memiliki peratusan lemak badan yang rendah dan cenderung sukar untuk mendapatkan berat badan atau otot dengan mudah. Ektomorf biasanya mempunyai pergelangan tangan dan pergelangan kaki yang kecil.
Ads
Mesomorf
Mesomorf adalah individu yang cenderung mempunyai badan yang lebih atletik dan mudah mengembangkan otot. Mereka biasanya memiliki bahu yang lebar, pinggang yang sempit, dan otot yang kuat. Mesomorf boleh mencapai bentuk badan yang baik dengan lebih cepat berbanding jenis badan yang lain.
Endomorf
Lelaki endomorf cenderung untuk mempunyai badan yang lebih berisi, dengan lebih banyak lemak badan. Mereka mungkin sukar untuk menurunkan berat badan atau mencapai otot yang ketara. Endomorf biasanya mempunyai pinggang yang lebar dan cenderung mengumpul lemak di bahagian perut.
Ads
Bentuk Badan Campuran
Kebanyakan individu mempunyai campuran sifat-sifat dari beberapa jenis badan yang berbeza. Misalnya, seseorang boleh menjadi campuran mesomorf dan endomorf, yang bermaksud mereka mungkin mempunyai kecenderungan untuk mengembangkan otot tetapi juga mempunyai kecenderungan untuk mengumpul lemak dengan mudah.
Penting untuk diingat bahawa bentuk badan adalah hasil daripada faktor genetik, dan ia bukan sesuatu yang boleh diubah dengan mudah. Walau bagaimanapun, dengan pemakanan yang seimbang dan senaman yang betul, anda boleh mencapai bentuk badan yang terbaik untuk jenis badan anda.
Ads
Setiap jenis badan mempunyai kelebihan dan cabarannya sendiri, jadi yang terpenting adalah menjaga kesihatan secara keseluruhan dan mencapai potensi terbaik untuk tubuh anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang tak dinafikan, bukan setakat wanita yang memastikan bentuk tubuh kekal ideal dan langsing, lelaki juga berusaha keras menjaga penampilan agar tidak berlebihan berat badan.
Seperti perkongsian lelaki ini dikenali dengan Sham Shooter yang sebelum ini pernah mengalami pertambahan berat badan sehingga mencecah 120 kg.
Tetapi akhirnya berjaya mengurangkan berat sebanyak 35 kg dalam masa empat bulan setelah mengamalkan diet dan membuat senaman larian setiap hari secara konsisten.
Menurutnya ketika mula-mula mengamalkan diet dan melakukan aktiviti senaman, dia hanya boleh mampu berjalan mengheret kaki sejauh 3 km sahaja, tetapi lama kelamaan barulah boleh berlari sehingga 5km tanpa henti.
Hasil usaha keras, kini berat badannya telah mencecah 88 kg dan masih konsisten mengamalkan rutin yang sama dalam mengekalkan berat badan.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah kesihatan ini boleh berlaku secara tiba-tiba, menyakitkan, atau membimbangkan. Dalam mana-mana kes, jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, sila berjumpa doktor supaya anda boleh mendapatkan penilaian kesihatan anda.
Darah dalam air kencing adalah satu gejala yang membimbangkan, terutamanya jika ia adalah cukup banyak dan anda boleh lihat dengan mata kasar anda. Kencing berdarah merupakan tanda utama kanser prostat atau pembesaran prostat (enlarged prostate). Ia juga boleh disebabkan oleh kanser atau batu di pundi kencing atau buah pinggang anda. Penyakit buah pinggang atau kecederaan buah pinggang juga boleh menyebabkan kencing berdarah seperti keradangan atau jangkitan pundi kencing, buah pinggang, atau uretra.
Sesak nafas adalah satu lagi gejala membimbangkan untuk lelaki. Ia mungkin satu isyarat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif. Atau anda mungkin mempunyai penyakit paru-paru seperti kanser paru-paru, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), bronkitis kronik, emfisema, lelah, atau hipertensi pulmonari. Sesak nafas juga merupakan gejala yang dikaitkan dengan anemia(kekurangan sel darah merah)
Kehilangan rambut adalah satu pekara yang membimbangkan lelaki pertengahan umur. Kehilangan rambut boleh dikaitkan dengan pembedahan besar atau penyakit yang boleh membuatkan kehilangan rambut sementara, seperti tekanan emosi yang teruk. Walaupun ia adalah sebahagian semula jadi penuaan, kehilangan rambut juga juga boleh berfungsi sebagai amaran bagi keadaan kesihatan lelaki yang lebih serius, seperti penyakit autoimun seperti lupus, penyakit berjangkit seperti sifilis, penyakit tiroid, atau kurap.
Kira-kira 70 peratus daripada kes-kes mati pucuk adalah disebabkan oleh keadaan yang lain selain factor umur, dan ini merupakan satu tanda amaran bahawa anda mungkin menghadapi isu perubatan yang serius. Penyakit yang boleh menyebabkan mati pucuk termasuk kencing manis, penyakit jantung, aterosklerosis, penyakit buah pinggang, penyakit neurologic, alkohol kronik, multiple sclerosis, dan penyakit vaskular. Keadaan ini memberi kesan kepada keupayaan manusia untuk mencapai ereksi oleh saraf merosakkan, otot licin arteri, dan tisu
Keletihan melibatkan kekurangan tenaga dan motivasi secara berterusan dan merupakan tindak balas biasa kepada keadaan seperti tekanan, melakukan senaman fizikal, atau kurang tidur. Walau bagaimanapun, keletihan juga boleh menjadi tanda-tanda keadaan kesihatan fizikal atau psikologi yang lebih serius. Penyakit dikaitkan dengan keletihan termasuk kanser, kegagalan jantung kongestif, diabetes, arthritis, jangkitan, dan buah pinggang atau penyakit hati. Keletihan juga boleh menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan seperti anemia, kemurungan, gangguan tidur, atau kelenjar tiroid rosak.
Pening menyebabkan anda berasa ringan kepala, menjadi resah- gelisah , atau mengalami sensasi bahawa bilik berputar-putar di sekeliling anda. Pening berlaku apabila tiada darah yang cukup sampai ke otak. Ia boleh disebabkan oleh penurunan mendadak tekanan darah atau dehidrasi. Pening sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti selesema, alahan, atau hipoglisemia(kurang gula dalam darah). Ia juga menunjukkan risiko kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok, atau kejutan (shock).
Setiap orang perlu minum air yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan. Walau bagaimanapun, dahaga yang berlebihan boleh menjadi petunjuk bahawa anda mempunyai masalah kesihatan. Ia merupakan gejala yang terkenal hiperglisemia(lebihan gula dalam darah) dan oleh itu anda mungkin mempunyai penyakit kencing manis. Dahaga yang berlebihan juga boleh manjadi tanda pendarahan dalaman, jangkitan yang teruk, atau kegagalan jantung, hati atau buah pinggang.
Kehilangan ingatan yang dimaksudkan adalah jika ia melibatkan lebih daripada sekadar melupakan di mana anda meletakkan kunci kereta anda. Ia adalah satu keadaan kesihatan yang dicirikan oleh tahap kealpaan yang berterusan dan luar biasa. Penuaan mewujudkan sejumlah rendah tahap kehilangan ingatan, tetapi kehilangan memori dramatik sering menunjukkan penyakit bukan sebab penuaan. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehilangan ingatan termasuklah penyakit Alzheimer, tumor otak, jangkitan otak, kemurungan, ensefalitis, strok dan pengambilan alkohol secara berlebihan Kekurangan vitamin tertentu juga boleh membawa kepada kehilangan ingatan.
Penglihatan secara semula jadi merosot apabila kita semakin tua, bermula dalam lingkungan usia pertengahan. Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti penglihatan kabur, bintik buta, halos sekitar lampu, dan visi terowong(tunnel visions) boleh menunjukkan keadaan mata yang serius. Anda boleh mengalami masalah penglihatan yang disebabkan oleh penyakit mata seperti katarak, glaukoma, retinopati diabetik, detasmen retina, atau degenerasi makula. Ia juga boleh menandakan masalah kesihatan seperti migrain, strok, atau tumor otak. Pemeriksaan mata secara berkala dan tetap adalah satu langkah penting dalam mengelakkan masalan kesihatan ini
Kebanyakan orang mengaitkan sakit dada dengan serangan jantung, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain yang berbeza. Anda boleh mempunyai satu lagi jenis masalah jantung, seperti angina, atau masalah paru-paru seperti pneumonia, pulmonari embolisme, atau asma. Ia juga mungkin satu keadaan kesihatan gastrousus seperti refluks asid atau ulser perut. Apabila mendapat sakit dada seseorang itu perlu mendapatkan bantuan pegawai perubatan tanpa mengira usia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang mana penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih (tanpa pigmen). Timbulnya tompok putih pada kulit berpunca apabila sel-sel yang menghasilkan pigmen iaitu melanosit dirosakkan antibodi pesakit itu sendiri.
Kerap terjadi kepada mereka berumur di bawah 20-an, namun ia boleh menyerang sesiapa sahaja. Tompok putih ini juga boleh terjadi di kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya. Walaupun tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal, namun ternyata ia memberi efek pada kualiti hidup pesakit.
PUNCA PENYAKIT
Vitiligo kajian menyatakan penyakit ini terjadi disebabkan kemusnahan sel melanosit. Kajian para ilmuan kesihatan global dari Universiti Menchester yang ditulis di dalam jurnal kesihatan, mereka membuat kesimpulan bahawa terdapat beberapa faktor menyokong keadaan ini. Antaranya adalah;
1- Gangguan autoimun. Ini merujuk kepada sistem kekebalan tubuh pesakit yang secara tiba-tiba menjadi terlalu aktif, lalu membunuh dan menghancurkan melanosit.
2- Trauma dengan geselan. Keadaan geselan pada permukaan tertentu di tangan, kaki, siku, lutut mahupun pergelangan tangan.
3- Cahaya matahari. Pesakit yang dilahirkan cukup sensitif dengan cahaya matahari sehingga membunuh sel-sel kulit seterusnya menhancurkan melanosit.
4- Terdedah kepada bahan-bahan kima tertentu
5- Faktor keturunan dan genetik. Ahli keluarga terdahulu yang pernah mengalami penyakit kulit yang sama.
6- Kehilangan pigmen yang terjadi pada seseorang secara tiba-tiba.
KOMPLIKASI RAWATAN
Selain menyebabkan cacat kekal pada kulit, merawat Vitiligo juga cukup kompleks dan boleh mengambil masa berbulan-bulan hingga bertahun. Berdasarkan kenyataan media oleh Pakar Perunding Dermatologi Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Mazlin Mohd. Baseri, rawatan penyakit Vitiligo bergantung pada beberapa faktor, termasuk keluasan permukaan kulit dan jenis Vitiligo itu. Antara rawatan yang disarankan adalah:
1-Rawatan first line iaitu menggunakan krim yang mengandungi bahan immunomodulator yang akan mengurangkan atau memberhentikan kerosakan melanosit.
2-Rawatan photo therapy yang menggunakan pancaran cahaya ultra violet juga boleh dilakukan di hospital yang mempunyai kemudahan tersebut.
3- Rawatan laser excimer dan pembedahan melibatkan kaedah pemindahan sel kulit atau melanosit yang diambil dari kulit normal pesakit.
PATUT TAHU
1- Penyanyi terkenal Michael Jackson semasa hayatnya menderita sakit kulit kerana masalah vitiligo.
2- Vitiligo bukanlah panau dan ia juga bukan albino, walaupun simptom dan keadaannya lebih kurang sama.
3- Berdasarkan kajian WHO, penyakit Vitiligo ini sudah menyerang hampir 3 peratus daripada populasi dunia. Ini bermakna dalam 100 orang, tiga orang daripadanya menghidap vitiligo.
4- ‘Kelakuan’ penyakit ini susah diramal kerana sesetengah pesakit mengalaminya dan merebak ke kawasan lain dengan cepat. Ada pesakit yang stabil iaitu tompokan tidak berubah menjadi lebih besar atau banyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Carlos Alcaraz dinobatkan Laureus World Sportsman selepas musim 2025 luar biasa, menewaskan pesaing hebat dan mengukuhkan statusnya sebagai pewaris legenda tenis dunia.