Kenali jenis-jenis rim sebelum memasangnya pada kenderaan kesayangan. Memilih rim yang sesuai untuk kenderaan bukan sekadar soal estetika, tetapi juga memainkan peranan penting dalam prestasi pemanduan, keselamatan, dan keselesaan.
Kenali Jenis-Jenis Rim Sebelum Memasangnya Pada Kenderaan Kesayangan
Sebelum anda terburu-buru menukar rim kereta, ambil sedikit masa untuk mengenali jenis-jenis rim yang ada di pasaran. Dengan pemahaman yang lebih mendalam, anda bukan sahaja dapat membuat pilihan yang lebih bijak, malah dapat mengelakkan sebarang masalah teknikal di kemudian hari.
Ambil masa mengenali jenis-jenis rim yang ada.
OZ Racing Ultraleggera
Rim ini sangat ringan dan ia dicipta khas untuk perlumbaan atau lelaki yang suka memandu laju. Roda cekung 10-spoke datang dalam pelbagai saiz antara 17 inci hingga 20 inci dan ia telah dikeluarkan oleh syarikat Itali, OZ Racing lebih 30 tahun.
American Racing Torq Thrust
American Torq Thrust diperbuat daripada aluminium untuk mengurangkan berat selain meningkatkan prestasi roda semasa perlumbaan drag. Rim aloi 5-spoke ini pada asalnya direka untuk perlumbaan drag sekitar tahun 1950-an namun ia terus relevan sehingga hari ini. Ukuran bagi rim yang serba vintage, klasik dan menjadi kegilaan ramai ini adalah di antara 14 inci hingga 20 inci.
Enkei RP03
Rim keluaran negara Jepun ini banyak dihasilkan sejak tahun 1950-an dan sejarah dunia permotoran mencatatkan, rim Enkei RP03 pernah mendapat permintaan yang sangat tinggi kerana keupayaannya dalam berasmilasi dengan teknologi semasa.
Rim jenis ini sering digunakan dalam perlumbaan besar peringkat antarabangsa seperti Formula One, Super GT Series dan bermacam-macam lagi. Rim 5-spoke ini juga mempunyai salutan sintetik yang menawarkan jaminan struktur yang sangat kukuh selain sesuai untuk digunakan di bawah pelbagai keadaan cuaca.
BBS Super RS
Roda berbilang cakera keluaran Jerman ini adalah simbol keajaiban teknologi yang digabungkan dengan reka bentuk RS legenda. Pembuatan rim ini menggunakan proses berteknologi tinggi tanpa memotong stok aluminium. Sebaliknya, aluminium dipalsukan untuk mengekalkan matriks kepadatan butir tinggi untuk memberikan kekuatan dan ketahanan yang tinggi semasa perlumbaan. Proses reka bentuk menggunakan FEM untuk mensimulasikan corak tekanan dan tingkah laku semasa operasi sebenar.
Ads
SSR GTV01
SSR GTV 01 adalah roda aloi ringan keluaran Jepun dan kelebihan rim ini adalah mampu menahan kekuatan impak dan memberikan kekuatan ketahanan yang tinggi. Rim ini dihasilkan dari blok aluminium tunggal untuk membentuk roda aloi 5-spoke dan ia tersedia dalam dua warna, Glare Silver dan Flat Black.
Konig Hypergram
Rim ini dilesenkan dari Enkei. Konig juga mengadaptasi MAT (Pengeluaran Lanjutan) untuk pembuatan roda. Pembinaan roda aloi ringan berbentuk 12 direka untuk kesempurnaan, mengekalkan rupa estetiknya. Roda ini terdapat dalam warna Candy Red, Matte Grey dan Bronze Race dengan saiz 15 inci, 17 inci, dan 18 inci.
Forgiato
Forgiato dikatakan antara rim yang termahal. Forgiato memiliki keluaran 5-spoke serta puluhan-spoke dengan saiz 18 inci hingga 34 inci. Selain itu, Forgiato ditampilkan dengan tiga variasi warna.
Ads
Volk Racing TE 37
Rim 6-spoke ini dibangunkan untuk siri Super GT, Formula One Racing dan sebagainya. Selain itu, rim ini juga diterima sebagai salah satu roda kereta premium di pasaran. Volk Racing TE37 tersedia dalam pelbagai warna dalam pelbagai saiz dari 13 inci sehingga 19 inci.
Forgeline Motorsport DE3C
Forgeline dibangunkan dengan 3 lapisan yang disesuaikan dengan rekaan aluminium. Rim ini memiliki gelung berbentuk cekung dan menggabungkan secara rata di pinggir luar. Rim ini memberikan prestasi yang hebat sambil mengekalkan kecantikannya. Reka bentuk rim 8-spoke ini mempunyai rentetan keratan I-Beam yang mampu menahan daya panas sewaktu perlumbaan.
Ads
Carbon Revolution CR9
Rim ini adalah yang paling tercanggih serta tahan lasak dalam dunia permotoran. Selain diperbuat daripada fiber karbon, rim ini memang ringan dan ‘sedap’ dipakai di pelbagai permukaan jalan. Oleh kerana pembuatannya sangat berkualiti, harganya juga ‘keras.’
Sebelum membuat sebarang pembelian, pastikan anda mempertimbangkan faktor seperti saiz, berat, dan kesesuaian dengan kenderaan anda. Jangan hanya terpengaruh dengan reka bentuk semata-mata kerana rim yang tidak sesuai boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan pemanduan anda.
Jadi, buat pilihan dengan bijak dan pastikan kenderaan kesayangan anda tampil bukan sahaja lebih bergaya tetapi juga lebih selamat di jalan raya!
Sebut sahaja tentang BMW pasti anda akan terbayang akan simbolik elegan, maskulin, gagah serta eksklusif yang dibawa olej jenama kenderaan berprestij ini.
Sebagai sebuah jenama kenderaan yang sinonim dengan kejuruteraan terbilang dan premium, penggemar dan pemerhati teknologi automotif sentiasa ternanti-nanti pembaharuan serta model terbaru yang diperkenalkan jenama asal Jerman ini.
Terbaru BMW Malaysia sekali lagi bakal membuat pengguna jalan raya terpegun dengan model terbaru yang diperkenalkan buat pertama kali terutamanya di Malaysia. Inilah rungkaian dimensi kemewahan yang terbawa dalam nuansa pesona memukau dan premium dibawa model terbaru BMW X7.
BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW X7 yang dianggap sebagai ikon terkini melambangkan kemewahan dan eksklusiviti. Dalam kategori Sports Activity Vehicle (SAV), BMW X7 mencerminkan kualiti bertaraf paling tinggi dalam pelbagai aspek kemodenan, kemewahan dan pesona. Malah tak salah MASKULIN katakan ia menjadi penanda aras bagi kenderann ketegori ini.
SPESIFIKASI TERHEBAT
Kenderaan SAV mewah ini juga memperlihatkan aura ambien eksklusif model BMW X dibawa ke sedan BMW 7 Series buat julung kali. Ini sekali gua mendemonstrasikan strategi pengeluar kenderaan premium ini yang seterusnya dalam segmen kenderaan mewah.
Kehadiran BMW X7 yang pertama ini dipercayai mampu menyerlahkan portfolio model BMW X merupakan antara faktor utama yang dikenal pasti oleh BMW Group untuk menjamin pertumbuhan yang sihat dalam pasaran kereta dunia pada masa akan datang.
SAV mewah ini hadir dalam varian BMW X7 xDrive40i Pure Excellence. Ia dikuasakan oleh enjin petrol cukup berkuasa dengan sebaris enam silinder memiliki kuasa maksimum berjumlah 250 kW/ 340 kk, dan puncak tork berjumlah 450 Nm. Justeru, jentera ini berupaya untuk membuat pecutan dari sifar ke seratus dalam masa 6.1 saat.
Kesemuanya dapat dikecapi dengan penggunaan bahan bakar gabungan yang berjumlah 9.5l/100 km dan emisi karbon gabungan berjumlah 217 g/km.Reka bentuk casis yang penuh sofistikasi pada BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ini merangkumi sebuah suspensi udara dwigandar.
SISTEM BANTUAN TERCANGGIH
Oleh itu, ia memastikan jentera tersebut dapat menawarkan tahap keselesaan pemanduan yang lebih baik.
BMW X7 yang pertama hadir dengan pelbagai sistem bantuan serta perkhidmatan keterhubungan untuk membawakan Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang dijanjikan oleh BMW tanpa mengkompromikan perwatakan lasaknya.
Teknologi BMW Personal CoPilot terdiri daripada Parking Assistant Plus yang menawarkan fungsi bantuan olahan automatik untuk membantu pemandu mengoperasikan kenderaan ini dalam ruang parkir selari, berserta dengan Bantuan Mengundur (Reversing Assistant) untuk membantu pemandu keluar dari ruang parkir yang sempit.
Pemilik BMW X7 yang pertama dapat menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia meliputi:
Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
Servis Dalam Talian BMW
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi anda yang suka drive, mesti ada timbul rasa di hati alangkah indahnya kalau dapat jimat minyak kereta. Tambah pula bila memandu di kawasan pedalaman yang mana untuk jumpa stesen minyak sangat susah. Mesti menggelabah bila tengah-tengah jalan, minyak dah turun dari separuh.
Kedengarannya macam mustahil tetapi percayalah, ia sebenarnya memang boleh dilakukan dengan langkah-langkah seperti berikut :
1. Bawa dengan kelajuan sederhana dan konsisten
Kelajuan yang sesuai bagi semua kenderaan adalah sekitar 70 – 90 km/j. Namun begitu, anda harus pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula. Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:
100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%
2. Jangan kerap tekan brek
Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat. Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek). Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.
3. Pastikan guna gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan. Ia boleh mempengaruhi takat minyak kenderaan anda.
4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat
Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi. Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.
Perodua memperkenalkan kerusi keselamatan kanak-kanak Perodua ke pasaran tempatan.
Sempena pengenalan produk berkenaan, Perodua menawarkan kerusi tersebut pada harga pengenalan RM660 (bayi) dan RM780 (kanak-kanak). Promosi itu sah sehingga Perayaan Tahun Baru Cina 2018.
Selepas tamatnya tempoh itu, harga bagi kerusi keselamatan bayi ialah RM790 dan kanak-kanak RM980 seunit.
Kerusi keselamatan bayi direka bagi menampung berat sehingga 13kg dan tersedia dalam dua pilihan warna merah dan kelabu.
Manakala kerusi keselamatan kanak-kanak pula dapat menampung berat sembilan hingga 36kg dengan pilihan warna merah dan hitam.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, pihaknya percaya produk yang ditawarkan itu adalah kompetitif.
“Pihak penasihat jualan dan servis akan menunjukkan cara pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul demi ketenangan minda pemilik,” katanya.
Tambahnya produk itu ditawarkan pada harga mampu milik seiring dengan taqline Perodua memperkenalkan kereta pada harga kompetitif.
Dalam perkembangan sama, Perodua turut melancarkan kempen keselamatan bermatlamat menambahbaik tingkah laku pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan asas jalan raya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.