Ramai orang menyangka pemain bola sepak profesional kerap menukar kasut hanya kerana mahu tampil bergaya di atas padang.
Realitinya, keputusan tersebut sebenarnya lebih berpaksikan aspek teknikal, prestasi, dan keselamatan.
Pemilihan dan penukaran kasut bukan sekadar soal fesyen ia berkait rapat dengan keperluan permainan yang kompetitif.
Tapak Haus, Cengkaman Hilang
Tapak kasut yang sudah haus memberi kesan besar kepada cengkaman di atas padang, lebih-lebih lagi bila bermain atas permukaan yang licin atau basah.
Pemain seperti penyerang dan pemain sayap yang bergantung kepada kelajuan serta pergerakan pantas sangat bergantung kepada grip yang baik.
Kasut yang sudah tidak lagi mencengkam dengan baik meningkatkan risiko tergelincir dan kecederaan.
Maka, menukar kasut selepas beberapa perlawanan adalah langkah penting untuk kekalkan prestasi dan elakkan risiko.
Ads
Setiap Padang, Kasut Berbeza
Foto : AP News
Tidak semua padang dicipta sama. Ada padang lembut (Soft Ground), ada yang lebih keras (Firm Ground), dan ada juga padang sintetik.
Setiap jenis padang memerlukan jenis stud atau tapak kasut yang sesuai.
Kalau tersalah pilih kasut, pemain boleh hilang kestabilan semasa berlari atau membuat perubahan arah secara tiba-tiba.
Sebab itulah ramai pemain profesional membawa dua hingga tiga pasang kasut setiap kali perlawanan supaya mereka boleh sesuaikan kasut dengan keadaan padang semasa.
Sokongan dan Cushioning Penting
Bermain selama 90 minit memerlukan kasut yang selesa dan mampu memberikan sokongan secukupnya kepada kaki.
Ads
Kasut yang sudah longgar atau kehilangan struktur asal boleh menyebabkan kaki cepat penat, melecet, atau mengalami kecederaan kecil yang boleh menjejaskan prestasi keseluruhan.
Menukar kepada kasut baru membantu pemain kekal cergas dan selesa sepanjang perlawanan.
Faktor Penajaan dan Promosi Model Baharu
Dalam dunia bola sepak profesional, ramai pemain memiliki kontrak penajaan dengan jenama kasut terkemuka.
Foto : The Sun
Sebagai duta atau ‘poster boy’ untuk sesebuah jenama, mereka dikehendaki memakai dan mempromosikan model terbaru termasuklah versi edisi khas atau warna terkini (colorway).
Jadi, tidak hairanlah kita sering melihat mereka memakai kasut berbeza-beza setiap beberapa minggu.
Jadi, lain kali kalau anda lihat pemain bola tukar kasut baharu, jangan cepat label sebagai ‘show off’.
Sebaliknya, ia adalah keputusan profesional demi memastikan keselamatan, prestasi, dan keselesaan berada di tahap terbaik.
Kalau anda sendiri aktif bermain bola setiap minggu, mungkin dah sampai masa untuk tengok semula keadaan kasut anda jangan tunggu sampai lunyai baru nak ganti.
Ingat, kaki anda pun aset penting dalam padang!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak keterlaluan jika MASKULIN katakan kemunculan filem-filem Korea Selatan di dunia perfileman global telah menjadi satu fenomena yang cukup menakjubkan. Satu demi satu kejayaan karya dari negara tersebut diangkat bukan sahaja dari segi populariti tetapi kualiti.
Lihat sahajalah deretan anugerah terkemuka diraih oleh filem-filem Korea di Hollywood sehinggakan ia kini menjadi salah sebuah negara paling penting dalam dunia pengerbitan filem.
Seiring kewujudan filem-filem hebat Korea turut menerima tempiasnya ialah pelakon-pelakon Korea. Populariti global dikecapi mereka membuatkan filem-filem Hollywood juga telah mula melamar mereka untuk membintangi filem blockbuster.
Di sebalik kejayaan pelakon-pelakon Korea terutamanya lelaki ialah usaha keras yang dilakukan oleh mereka sejak sekian lama.
Bukan sahaja mengasah skil lakonan tetapi menjaga bentuk badan dan juga kecergasan agar sentiasa berada dalam kondisi yang terbaik. Tapi tahukah anda apakah rahsia dan rutin senaman yang dilakukan oleh mereka?
Pelakon-pelakon Korea seperti Gong Yoo, Hyun Bin dan ramai lagi rakan seangkatan mereka telah membuktikan bahawa usia bukanlah halangan untuk menjaga kesihatan dan kecergasan. Berikut adalah beberapa cara bagaimana mereka menjaga kesihatan dan kecergasan mereka:
Gong Yoo
Pelakon yang terkenal dengan drama “Coffee Prince” ini pergi ke gim hampir setiap hari dan dua kali sehari jika dia sedang bersiap untuk peranan tertentu.
Rutinnya termasuk pemanasan selama 10 hingga 15 minit, senaman khusus selama sejam, dan satu jam kardio selepas itu. Gong Yoo juga pernah mengikuti diet ketat yang hanya termasuk dada ayam, ubi keledek, dan sayur-sayuran.
Hyun Bin
Pelakon yang dikenali dengan drama “Crash Landing On You” ini berlatih dengan perut kosong. Dia melakukan senaman aerobik dua kali sehari, 5-6 kali seminggu sebelum makan apa-apa pada pagi hari.
So Ji-sub
Pelakon ini telah kehilangan 7 kilogram dengan mengecuaikan beras, ubi keledek, dan garam dari dietnya. Dia juga meningkatkan rutin kecergasannya, termasuk tiga hingga empat jam latihan setiap hari.
Lee Joon-gi
Pelakon ini menjaga kesihatannya dengan terlibat dalam seni bela diri dan sukan. Dia juga pernah kehilangan 33 paun dengan hanya makan tahu untuk ketiga-tiga hidangannya sepanjang hari.
Ji Sung
Pelakon ini berjoging kira-kira 15 kilometer pada pagi hari sebagai senaman harian, yang mungkin menjelaskan figur menariknya hingga hari ini.
Buat anda yang membaca artikel ini menyimpan hasrat menjadi pelakon atau anak seni yang baik, contohilah kerja keras seperti dilakukan oleh artis-artis Korea ini. Usaha pasti membawa kejayaan.
Semoga perkongsian ini memberikan inspirasi dan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN!
Siapa tidak kenal dengan figura Muhammad Ali, iaitu bekas peninju profesional Amerika. Dia salah seorang tokoh sukan paling diiktiraf daripada 100 tahun yang lalu. Tapi tak anda bahawa Muhammad Ali memegang 10 peraturan untuk berjaya dalam hidupnya.
1. Fikirkan Berbeza– Beliau memulakan latihan pada usia 12 tahun. Rekod amatur beliau adalah 100 kemenangan dengan lima kekalahan.
2. Mempunyai Keyakinan– Beliau memenangi pingat emas Light Heavyweight pada tahun 1960 Sukan Olimpik di Rom.
3. Menentang Peraturan– Dia membuat penampilan profesionalnya pada 29 Oktober, 1960, memenangi keputusan enam pusingan lebih Tunney Hunsaker.
4. Berpegang Pada Satu Pelan Permainan– Anda Pada usia 22, beliau memenangi kejohanan kelas berat di dunia pada tahun 1964 dari Sonny Liston.
Float like a butterfly, sting like a bee.
I hated every minute of training, but I said, ‘Don’t quit. Suffer now and live the rest
of your life as a champion.’
Don’t count the days, make the days count.- Muhammad Ali
5. Mempunyai Satu Wawasan lebih besar– Pada tahun 1967, ia menolak dikerah ke dalam tentera AS, dan akhirnya ditangkap dan didapati bersalah terhadap draf tuduhan pengelakan dan dilucutkan gelaran tinju beliau.
6. Sentiasa Bersedia Menangani Apa-apa sahaja– Rayuannya bekerja jalan ke Mahkamah Agung AS, di mana pada tahun 1971 sabitannya terbalik.
7. Show Good Sportsmanship– Digelar “The Greatest”, beliau terlibat dalam beberapa perlawanan tinju bersejarah.
8. Be Determined– Pada masa apabila kebanyakan pejuang biarkan pengurus mereka yang bercakap, Ali berkembang pesat dalam perhatian.
9. Outsmart Your Competition– Pertandingan anda Beliau telah muncul di sampul Sports Illustrated 37 kesempatan yang berbeza, kedua hanya untuk Michael Jordan.
10. Berkarisma– Beliau kekal satu-satunya tiga kali dunia lineal juara kelas berat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aktiviti larian sebenarnya tak memerlukan banyak peralatan pun. Apa yang anda perlu ialah semangat, keazaman diri, sifat tak mudah menyerah kalah, disiplin dan sepasang kasut running yang baik.
Tahukah anda memakai kasut yang tidak sesuai semasa berlari boleh mengakibatkan kecederaan yang serius? Contohnya jika anda pakai kasut yang mempunyai tapak sokongan lemah ia boleh menjadi faktor kaki anda mengalami kecederaan seperti seliuh dan cramp.
Oh, btw adakah anda sudah daftar virtual run MASKULIN DARE? Masih belum terlambat ya, hadiah pun boleh tahan hebat!
*tamat iklan hehe
Jika anda alami rasa tak selesa semasa berlari besar kemungkinan kasut yang anda pakai itu tak sesuai dengan bentuk kaki anda.
Oleh itu sebelum membeli kasut running anda perlu ambil kira beberapa ciri-ciri dan faktor yang penting.
Beli Kasut Running SAHAJA!
Ketahuilah setiap kasut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ini merupakan perkara sering dipandang remeh ramai orang. Kasut kasual atau sneakers selalunya mempunyai permukaan tapak yang lebih keras manakala kasut untuk larian adalah lebih fleksibel. Ia juga mempunyai lapisan tapak bertindak seperti kusyen menyerap hentakan dan menahan impak.
Ukuran Kaki
Setiap orang mempunyai saiz yang berbeza. Kadangkala nampak sahaja sama, tapi setiap jenama kasut mempunyai saiz dan bentuk permukaan tapak kaki berbeza. Contohnya di jenama A, kaki kamu muat untuk saiz 8 tetapi bila jenama B pula, pakai saiz 7 pun masih longgar. Jadi carilah kasut yang mempunyai ukuran kaki anda dengan betul.
Bak kata orang nak beli kereta pun kita test drive dulu. Begitu juga dengan kasut larian. Bawa stokin dan cuba terlebih dahulu kasut yang ingin dibeli untuk ketahui keselesaan sebenar ketika anda memakainya.
Rule of Thumb
Ini perkara sangat penting. Pastikan ada ruang sekitar setengah inci di antara ibu jari dan penghujung kasut. Dan di bahagian tumit kaki juga penting. Ia haruslah padan dengan saiz dan design kasut agar kasut tidak terasa longgar ketika berlari.
Gerakkan Jari Kaki
Setelah memakai kasut larian, sepatutnya anda boleh gerakkan semua jari kaki dengan selesa. Jika ia terlalu sendat sehingga kaki tidak boleh bernafas, itu bermakna ia bukan saiz dan kasut sesuai untuk anda! Nanti habis melecet kaki!
Ikat Semula
Ada kawan penulis yang takut untuk membuka ikatan tali kasut dan longgarkan sepenuhnya sebelum mengikat semula. Katanya, tak nak menyusahkan penjaga stor yang perlu betulkan tali kasut.
Kegunaaan Untuk Jenis Permukaan
Ada orang suka berlari di atas trek larian stadium atau gym, ada orang pun suka berlari di atas tanah atau rumput. Jika anda suka berlari atas trek, pilih kasut larian dengan built-up heels agar kamu akan merasa lebih stabil.
Faktor Harga
Elakkan teori kasut berlari itu mahal. Harga tidak seharusnya terlalu mahal atau terlalu murah. Jika kamu sudah aim untuk membeli kasut daripada jenama tertentu yang mempunyai reputasi dan review sangat baik daripada pengguna lain. Usah kedekut untuk berbelanja lebih sedikit untuk kasut berkualiti dan selesa.
Waktu Sesuai
Waktu terbaik untuk kamu mencuba kasut larian di stor adalah selepas kamu tamat dengan senaman larian kamu. Atau pada waktu malam. Ini kerana setelah kamu menggunakan kaki sepanjang hari, saiz tapak kaki akan mengembang sehingga ke tahap maksima.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.