Dunia larian baru-baru ini dikejutkan dengan gegaran kelajuan yang luar biasa di ibu kota Jepun, Tokyo. ASICS telah menganjurkan acara ASICS Tokyo: Speed: Race yang menyaksikan 125 atlet elit dari seluruh dunia berkumpul.

Mereka semua hadir dengan satu matlamat – mencabar diri ke had kelajuan terbaik dengan kasut larian terbaru ASICS METASPEED™ Tokyo Series. Apa yang lebih membanggakan, wakil dari Malaysia turut serta, membuktikan kemampuan atlet tempatan di pentas global.

Acara yang diperakui oleh World Athletics ini telah melakar sejarah dengan catatan rekod yang menakjubkan. Sebanyak tiga Rekod Area, 10 Rekod Kebangsaan, dan 48 Catatan Masa Peribadi Terbaik (PB) telah dipecahkan di tengah-tengah bandaraya Tokyo.

Pelari Malaysia Ukir Nama di Pentas Larian ‘ASICS Tokyo: Speed: Race’

Ini bukanlah sekadar perlumbaan biasa, ia adalah bukti nyata betapa pentingnya teknologi dan latihan keras dalam mencapai potensi maksimum.

Kita melihat prestasi luar biasa dari atlet antarabangsa, seperti Nadia Battocletti dari Itali yang mencatat Rekod Eropah dan Rekod Kebangsaan Itali dalam acara 5km. Atau Isobel Batt-Doyle dari Australia yang meraih Rekod Area dan Rekod Kebangsaan dalam 10km.

Pelari-pelari dari Uganda, Kenya dan Ethiopia pula menunjukkan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila menguasai senarai pemenang.

Berikut keputusan perlumbaan;

  • 5km Men – Harbert Kibet (Uganda), 13:00
  • 5km Women – Caroline Nyaga (Kenya), 14:19
  • 10km Men – Jemal Yimer, (Ethiopia) 27:10
  • 10km Women – Joy Cheptoyek (Uganda), 30:22

WAKIL NEGARA

Di barisan permulaan elit, Malaysia diwakili oleh pelari terkemuka termasuk Vimal Govendarajoo dan Duta Jenama ASICS Malaysia, Allison Yee.

Ads

Vimal, pelari utama Malaysia berusia 30 tahun yang berasal dari Matang, Taiping, telah memberikan persembahan yang mantap.

Dia berjaya mencatat masa 32:40 dalam kategori 10km Lelaki Elit, satu pencapaian yang membanggakan berhadapan dengan persaingan elit dunia.

Pelari Malaysia Ukir Nama di Pentas Larian ‘ASICS Tokyo: Speed: Race’
Foto: Aaron Wong YS

Sementara itu, Allison Yee, dalam kategori 5km Umum, telah menandakan penampilan sulungnya di jarak ini dengan catatan masa peribadi terbaik yang sangat mengagumkan, 20:09.

Pencapaian ini bukan sahaja memberikannya tempat ke-3 dalam kategori tersebut, malah turut menonjolkan bakat dan potensi yang ada dalam komuniti larian tempatan.

Pelari Malaysia Ukir Nama di Pentas Larian ‘ASICS Tokyo: Speed: Race’
Foto: Aaron Wong YS

Kehadiran dan persembahan cemerlang Vimal dan Allison di Tokyo bukan sahaja mempamerkan perkembangan larian di Malaysia, tetapi juga menjadi sumber inspirasi yang kuat.

Ads

Mereka membuktikan bahawa dengan dedikasi dan sokongan yang betul, pelari Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan mendorong generasi atlet tempatan akan datang untuk berani mengorak langkah di pentas dunia.

Tidak dapat dinafikan, peranan teknologi larian terkini, iaitu kasut ASICS METASPEED™ Tokyo Series, turut menjadi faktor penyumbang kepada banjir rekod PB dalam perlumbaan ini.

Selaras dengan falsafah reka bentuk ASICS, pembangunan kasut seperti METASPEED™ RAY, METASPEED™ SKY TOKYO, dan METASPEED™ EDGE TOKYO meletakkan keutamaan pada keperluan dan ‘perasaan’ atlet.

Pelari Malaysia Ukir Nama di Pentas Larian ‘ASICS Tokyo: Speed: Race’

Hasilnya adalah kasut perlumbaan premium yang direka melalui proses penyelidikan dan ujian yang ketat, melibatkan Institut Sains Sukan ASICS serta atlet elit dari seluruh dunia.

Ads

BACA: Koleksi UNIQLO UT x Mobile Suit Gundam, Raikan Ulang Tahun Ke-45 Anime Robot Ikonik

“Tokyo : Speed : Race adalah acara menarik di mana atlet dari semua peringkat berkumpul untuk menolak had kelajuan mereka.

“Perkongsian berterusan kami dengan ASICS sekali lagi telah mencipta acara yang menonjolkan kekuatan larian dan komitmen bersama untuk mengembangkan sukan ini, jelas CEO World Athletics, Jon Ridgeon.

Kejayaan ASICS Tokyo: Speed: Race, terutamanya dengan penyertaan membanggakan dari Vimal Govendarajoo dan Allison Yee, menggarisbawahi potensi sukan larian di Malaysia.

Ia adalah bukti bahawa atlet kita mempunyai keupayaan untuk bersinar di pentas dunia. Semoga kejayaan ini terus membakar semangat lebih pelari Malaysia untuk menyarung kasut larian, menetapkan matlamat peribadi dan mungkin, satu hari nanti, mengikuti jejak langkah Vimal dan Allison untuk mewakili negara.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI