Mungkin ini juga dinama kan lelaki gentlemen, kerana sayang lelaki ini sanggup memakai kasut tumit tinggi milik teman wanitanya yang berwarna merah jambu itu.
Lelaki itu berbuat demikian selepas teman wanitanya berasa letih dan kakinya tidak selesa. Dia menukar kasut dan memberikan sandal yang dipakainya kepada wanita itu.
Ketika itu mereka berada di hospital di China dan sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor. Gambar terbabit dirakamkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Xie yang kebetulan berada di hospital itu
Ads
“Teman wanitanya mahu menukar semula kasut mereka namun dia enggan. Saya dapati mereka ini sangat-sangat `sweet’,’’ kata Xie.
Ads
Bukan sahaja Xie malah netizen turut memuji lelaki berkenaan. Malah mereka juga mahu kekasih atau suami memberikan layanan demikian rupa.
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Alhamdullilah kita bakal masuk ke bulan Ramadan, jadikan bulan ini sebagai bulan menambah pahala di samping jadikannya sebagai bulan untuk anda jadi lebih cergas dan tidak lesu. Ini 5l senaman mudah untuk anda kekal sihat dan timbul six pack jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.
VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
JACKNIFE SIT-UP
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari Shiht up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal. Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin bagi sesetengah orang, cetek ilmu agama itu dianggap sebagai suatu aib pada diri. Namun tidak bagi penyampai radio IKIMfm, Tyzo.
Memetik laporan Berita Harian, Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain Idris tidak kisah jika dia dianggap kurang pengetahuan ketika menemubual tetamu undangan untuk slot Inspirasi Pagi kendaliannya itu.
“Selepas tiga hari menjadi penyampai IKIMfm, saya menerima pelbagai reaksi dalam media sosial. Ada yang boleh terima, ada juga yang tak suka.
“Apabila mengendalikan slot pagi, saya bersama dua rakan setugas perlu menemubual tetamu hebat seperti doktor pakar, golongan agamawan dan sudah tentu, ia satu pengalaman baharu buat saya.
“Satu perkara diakui, saya cetek dalam bidang agama dan ketika menjalankan tugas ada juga dengar perkataan dalam bahasa Arab yang saya tak faham maksudnya.
“Bila itu berlaku, saya tak malu bertanya maksudnya walaupun ketika ‘on air‘. Memang ada yang pertikaikan tindakan saya.
“Ini kerana sebagai penyampai, saya kena tahu dan perlu sentiasa bersedia. Dalam situasi ini, saya lebih suka meletakkan diri sebagai orang biasa.
“Tak perlu nak jadi orang yang bodoh sombong kerana pendengar IKIMfm terdiri daripada pelbagai golongan.
Tyzo percaya cara itu membolehkannya lebih memahami dan mendapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan.
Mengulas mengenai peralihan tugas daripada segmen hiburan kepada segmen agama, Tyzo akui agak sukar baginya untuk menyesuaikan diri.
“Saya sedar ramai yang ingin melihat sejauh mana saya mampu bertahan dan bagi saya, itu perkara normal. Dalam kerjaya apapun, kita tiada jaminan untuk terus bertahan.
“Namun, setakat ini, saya gembira dengan tugas saya dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama rakan setugas. Masing-masing ada cara tersendiri dan mereka menerima saya seadanya.
“Saya masih mengekalkan cara saya sebelum ini, cuma tidaklah keterlaluan,” jelas Tyzo lagi.
Sebelum ini, Tyzo berkhidmat selama lapan tahun di Suria FM namun menyertai IKIMfm selepas perkhidmatannya tamat.
Kini Tyzo mengendalikan slot Inspirasi Pagi berganding dengan penyampai asal slot berkenaan iaitu Suffian Amrin dan Luqman Hakim.
Rizwan Khan, seorang lelaki biasa yang dikenali sebagai kembar seiras Shah Rukh Khan.
Kemiripan seseorang dengan tokoh terkenal sering kali membawa keberuntungan. Seorang lelaki bernama Rizwan telah berjaya menghasilkan banyak wang kerana mampu meniru bintang Bollywood, Shah Rukh Khan. Rizwan mengakui bahawa dia pernah menganggur kerana tiada pekerjaan semasa pandemik Corona. Namun kini, dia sudah memiliki dua rumah.
Rizwan Khan dikenali sebagai peniru dan ‘body double’ Shah Rukh Khan. Selain sering meniru Shah Rukh Khan di pelbagai acara, dia juga pernah bekerja dalam filem-filem yang dilakonkan oleh pelakon terkenal tersebut. Lelaki yang berasal dari Kalyan itu menceritakan perjalanan kerjayanya. Dahulu, dia pernah berjualan di jalanan sebelum akhirnya berpindah ke Mumbai dan menjadi ‘kembar’ artis.
Lelaki tersebut pernah bekerja sebagai double SRK dalam filem-filem seperti Mohabbatein dan Chak De. Dia juga berpartisipasi dalam beberapa iklan yang dibintangi oleh bapa tiga anak itu. Namun, Rizwan mengakui bahawa dia hanya sekali bertemu dengan ‘kembarannya’. Pada ketika itu, jantungnya hampir terhenti.
Sebelumnya, Rizwan sendiri mengalami kesusahan ketika pandemik. Tiada pekerjaan langsung, dia terpaksa menjual pelbagai barang kerana tiada wang untuk makan. Pada waktu itu, nasib baik dia mendapat bantuan daripada Salman Khan.
“Isteri saya hamil ketika itu dan tiada pekerjaan. Kami mempunyai persatuan mirip artis yang mana Salman Khan mengirim Rs 2,500 kepada setiap ahli sebagai bantuan. Saya sangat berterima kasih kepadanya. Dan sekarang, berkat Tuhan, saya mempunyai dua rumah BHK (Bilik Tidur, Ruang Tamu, dan Dapur) dan semua yang saya jual telah dapat saya beli semula,” kata Rizwan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas gegarkan langit Kuala Lumpur dengan drone show spektakular sempena FIFA World Cup 2026™ sambil bawakan pengalaman bola sepak immersive untuk peminat tempatan.