Tanyalah mana-mana lelaki yang minat kereta, mereka pasti tidak akan senang melihat kondisi kereta dengan penampilan ‘standard’ yang sama selepas keluar dari kilang. Paling tidak pun mereka akan teringin untuk tukar sport rim atau ‘lowered’ kereta mereka dengan menukar suspension yang lebih sporty.
Namun bercakap tentang suspension, komponen ini sebenarnya cukup sensitif kerena ia melibatkan faktor keleseaan dan juga keselamatan dalam pemanduan.
Walaupun merendahkan atau lowered kereta dilihat satu modifikasi mudah namun impaknya cukup besar dalam memberikan pengalaman terbaik pemanduan serta penumpang kereta anda.
Ads
Iya, memang kereta akan nampak lebih sporty namun haruskah anda korbankan keselsaan diri san ahli keluarga dengan melakukan modifikasi melulu?
Ads
Disebabkan itulah anda harus dapatkan pandangan serta kepakaran dari pihak yang mempunyai pengalaman luas dalam modifikasi seperti ini.
Ads
MASKULIN baru-baru ini telah sempat mengunjungi FTUNED SUSPENSION di ibu negara bagi melihat sendiri produk suspension yang mereka tawarkan. MASKULIN juga sempat menemu bual pengasanya, Wan Ahmad Farouk yang berkongsi banyak input berguna untuk anda yang ingin menukar suspension atau melakukan ‘lowered’ pada kereta.
Ikuti temu bual MASKULIN bersama beliau menerusi paparan AUTO RACUN di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengumumkan pilihan warna baharu hitam dan biru bagi skuter NMAX. Ketibaan warna baharu itu menandakan produksi warna lama merah dan kelabu dihentikan.
Sudah pun berada di pasaran bermula minggu ini, HLYM menyatakan harga jualan bagi model NMAX masih kekal tanpa kenaikan harga. Untuk makluman, Yamaha NMAX ditawarkan ke pasaran tempatan Januari tahun lalu pada harga pengenalan RM8,812.84 (termasuk GST) seunit.
Skuter sporty itu dijana oleh enjin 155cc, penyejukan cecair SOHC, pancitan bahan api bersama teknologi Bluecore. Dipadankan dengan transmisi V-belt automatik, enjin itu mampu menghasilkan kuasa 11.1kW pada 8,000rpm dan tork 14.4Nm pada 6,000rpm.
Posisi tunggangan NMAX lebih santai berbanding NVX yang mana penunggang masih boleh melunjurkan kaki pada ruang lantai. Yamaha NMAX dilengkapi dengan ciri LED pada lampu utama dan lampu brek belakang . Manakala panel instrumen LCD menawarkan rekaan moden dan trendy.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia moden yang pantas dan penuh tuntutan, lelaki hari ini memerlukan lebih daripada sekadar kenderaan. Mereka perlukan gaya, kuasa dan praktikaliti yang bergabung sempurna. Menyahut keperluan ini, BMW Motorrad Malaysia melancarkan dua model skuter premium bersaiz sederhana yang cukup menggoda untuk penunggang urban yang berkarakter, BMW C 400 X dan BMW C 400 GT.
Reka bentuk kedua-dua model ini bukan sekadar cantik dipandang. Ia adalah simbol kebebasan mobiliti urban moden yang dipenuhi teknologi canggih dan prestasi jitu.
Sesuatu yang sangat dihargai oleh lelaki aktif yang sentiasa bergerak dari mesyuarat ke gim, dari kota ke destinasi percutian.
BMW C 400 X tampil dengan aura maskulin melalui varian “Rugged” yang serba garang – warna Kalamata metallic matt, rim merah, tayar gaya offroad dan angkup brek emas.
Bagi yang dambakan elegan dan keselesaan maksimum, BMW C 400 GT dalam varian “Exclusive” pasti menarik perhatian. Dengan warna Diamond White metallic dan pencahayaan lantai, ia menyerlahkan rasa sofistikated seorang lelaki urban berkelas.
Namun, keindahan visual hanyalah sebahagian cerita. Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 350cc yang menghasilkan 34hp dan tork maksimum 35Nm.
Indikasi cukup bertenaga untuk menelusuri kesesakan kota atau nikmati perjalanan jarak jauh dengan penuh keyakinan. Transmisi CVT serta set kuasa ayun berketahanan tinggi memastikan tunggangan lancar dan responsif.
BMW tidak main-main dalam hal keselamatan. Dengan BMW Motorrad ABS Pro, anda boleh membrek dengan lebih yakin di selekoh.
Dynamic Brake Control dan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) memastikan kestabilan ketika membrek mengejut atau memecut di permukaan licin.
Kawalan Tork Seretan Enjin (MSR) pula membantu mencegah tunggangan yang tidak stabil ketika menurunkan kelajuan mendadak — ciri yang sangat berguna dalam trafik tidak menentu.
BMW C 400 X turut hadir dengan paparan TFT 6.5 inci, manakala C 400 GT pula menerima skrin 10.25 inci dengan fungsi split screen dan navigasi.
Semua ini boleh diintegrasikan dengan aplikasi BMW Motorrad Connected untuk pengalaman lebih lancar.
Tambahan ruang simpanan dengan 3 liter di bawah tempat duduk C 400 X dan 12 liter untuk C 400 GT. Ia cukup luas untuk simpanan topi keledar, jaket atau beg kerja. Kotak penyimpanan tambahan 43.5 liter juga tersedia untuk mereka yang mahukan lebih.
Sistem tanpa kunci dan port USB disediakan sebagai standard, memberikan sentuhan futuristik yang memudahkan gaya hidup harian.
Bermula dari RM47,500 untuk BMW C 400 X dan RM53,500 untuk C 400 GT, pemilikan boleh dimulakan serendah RM668 sebulan.
Ditambah dengan pelan servis menyeluruh dan waranti tiga tahun, pelaburan ini bukan sekadar untuk gaya — ia adalah pelaburan untuk mobiliti pintar, selamat dan bergaya.
Jentera bukan sekadar skuter — ia adalah kenyataan gaya hidup lelaki moden. Sama ada anda seorang eksekutif kota atau penjelajah hujung minggu, dua model ini menawarkan keselesaan, teknologi dan keupayaan yang serasi dengan kehidupan maskulin penuh gaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin sebelum ini kita hanya dapat menyaksikan di dalam filem adiwira atau sains fiksyen. Menggerakkan kenderaan atau kereta dengan menggunakan arahan minda kedegaran sangat tidak masuk akal dan tidak logik.
Akan tetapi dengan kemajuan teknologi terkini segalanya telah dibuktikan boleh berlaku dan direalisasikan dalam kehidupan sebenar. Itulah yang telah diperkenalkan oleh syarikat pengeluar kereta mewah terkenal, Mercedes-Benz.
sSyarikat automotif gergasi Jerman tersebut memperkenalkan model futuristik, Mercedes Vision ATR. Ia menggunakan kuasa elektrik dan dikatakan mampu dikawal menggunakan otak arahan minda pemandu.
Memetik laporan The Sun, Mercedes Vision AVTR merupakan sebuah kereta yang hadir dengan konsep sains fiksyen masa hadapan dan dipamerkan buat pertama kali di IAA Mobility di Jerman sepanjang minggu ini. Pengenalan ini menarik perhatian ramai walaupun ia masih di peringkat permulaan atau konsep sahaja.
Hadir dengan rekaan yang sangat berbeza dari kereta konvesional masa kini, bahagian luarnya dilengkapi pelbagai ciri moden, canggik dan futuristik. Manakala pada bahagian dalam ia menghadirkan aura seolah-olah berada di dalam sebuah kokpit pesawat pengembaraan angkasa lepas.
Akan tetapi tumpuan utama Mercedes lebih terarah kepada penggunaan teknologinya iaitu Brain Computer Interface atau BCI. Jelas Mercedes, walapuun ia mampu dikawal dengan menggunakan kawalan minda namun tidak bermakna otak akan mengawal kereta tersebut secara sepenuhnya.
Pemandu akan menffunkan teknologi BCI bagi melakukan kawalan perkara asas yang tidak melibatkan pemanduan langsung. Antara arahan yang boleh dilakukan ialah menukar stesen radio dan juga memilih warna pencahayaan di dalam kereta.
Pada masa yang sama Mercedes juga telah membayangkan pada masa akan datang untuk memperkenalkan kereta yang membenarkan pemandu memilih destinasi dengan hanya menggunakan fikiran sahaja.
“Mercedes-Benz telah meletakkan pengendalian kenderaan di satu tahap berbeza dalam penggabungan manusia dan mesin,” kata Britta Seeger dari Mercedes.
“Teknologi BCI berfungsi sepenuhnya bebas daripada ucapan dan sentuhan. Ini membuka ruang revolusi untuk interaksi intuitif manusia dengan kenderaan,” jelas Pegawai Eksekutif Perniagaan Mercedes-Benz, Britta Seeger.
Teknologi automotif kini semakin maju dan bakal menyaksikan revolusi yang hebat bagaimana kita bergerak dari poin A ke poin B.
Kredit: Mercedes-Benz & Carscoops.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.