Nak beli kereta tapi bajet tak cukup untuk yang baru dari showroom? Dua pilihan yang biasa orang akan pertimbangkan iaitu kereta recond atau kereta second hand.
Tapi, apa beza dua ni sebenarnya? Mana yang lebih berbaloi dari segi kondisi, harga dan jangka panjang? Jom kita tambah ilmu supaya kau tak tersilap langkah bila dah sampai bilik pameran.
Apa Itu Kereta Recond?
“Recond” = Reconditioned.
Biasanya kereta import (Jepun, UK, etc.) yang dibawa masuk ke Malaysia dalam keadaan used, tapi dah dibaik pulih (reconditioned) sebelum dijual.
Walaupun pernah digunakan, kebanyakannya dalam keadaan macam baru dari luaran, dalaman sampai mileage rendah.
Antara jenama popular: Toyota Alphard, Vellfire, Honda Stepwgn, BMW X-series (JDM/UK spec).
Kelebihan:
✅ Rekaan & spesifikasi ‘rare’ (model tak masuk Malaysia secara rasmi) ✅ Mileage selalunya rendah ✅ Teknologi dan features lebih canggih ✅ Lebih jimat dari beli “baru terus”
Ads
Risiko:
❌ Susah nak sahkan sejarah kereta (betul ke mileage rendah?) ❌ Ada kes penipuan – potong sambung, ubah suai, etc. ❌ Kos servis dan alat ganti mungkin mahal (bukan spec tempatan)
Apa Itu Kereta Second Hand?
Kereta tempatan atau import yang telah digunakan di Malaysia dan dijual semula oleh pemilik asal atau dealer.
Contoh: Myvi 2019, Civic 2016, Hilux 2012 – kereta biasa yang pernah pakai jalan kita.
Kelebihan:
✅ Senang nak semak sejarah (boleh minta rekod servis, semak nombor enjin) ✅ Harga lebih murah ✅ Alat ganti senang dapat & murah ✅ Banyak pilihan di pasaran
Ads
Risiko:
❌ Mungkin mileage tinggi ❌ Mungkin pernah eksiden / banjir ❌ Kalau beli dari owner yang tak jaga – kos baik pulih boleh jadi ngeri
So, Mana Lagi Berbaloi?
Situasi
Pilihan
Nak kereta rare, gaya import, condition cun
Recond
Bajet ketat, nak kereta selamat & kos servis rendah
Second hand
Nak kereta cepat untuk guna harian
Second hand
Minat kereta JDM/UK spec tapi tak kisah risiko sikit
Recond
Tip Maskulin Sebelum Beli:
Check dulu dengan JPJ/Puspakom – sahkan status kereta.
Gunakan servis semakan seperti MyCarInfo atau CARSOME untuk tengok sejarah kereta.
Jangan malas test drive. Dengar bunyi pelik? Walk away.
Simpan bajet untuk repair lepas beli. Jangan guna semua bajet untuk bayar deposit je.
Kereta ni bukan sekadar pengangkutan tapi juga lambang gaya hidup, tanggungjawab dan juga identiti. Jadi pilih bijak, bukan ikut emosi. Sama ada recond atau second hand, yang penting kau tahu apa kau cari… dan kau tahu apa risiko yang kau sanggup tanggung.
Keadaan ekonomi sekarang memang diakui agak menyukarkan hingga kita sanggup lakukan apa sahaja untuk berjimat. Ada antara kita yang sanggup berlapar hingga menyakitkan diri dan sebagainya.
Kalau beli barang rumah kita boleh berjimat, inikan pula untuk membuat servis kepada kereta. Berjimat ketika selenggara kereta ada kala boleh buat gaduh antara pelanggan serta pemilik bengkel, mungkin kos upahnya terlebih hingga membebankan pengguna atau sebaliknya.
Bila tempoh servis bersama pengeluar kereta sudah tamat, pemilik kereta pasti akan mencari bengkel lain yang membuat perkhidmatan yang sama. Namun ada isu yang bangkit iaitu, pengguna suka beli alat ganti sendiri & bawa ke bengkel. Langkah ini memang menjimatkan, tetapi ia ada kesan negatifnya yang tersendiri.
Sebuah laman web automotif telah membuat perkongsian kesan buruk beli sendiri alat ganti & bawa ke bengkel.
Disebabkan barang tersebut dibeli sendiri oleh anda, pihak bengkel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada barang tersebut dan tiada jaminan dari pihak bengkel. Dari pandangan seorang mekanik di bengkel, anda boleh membeli barang ini daripada pelbagai sumber seperti individu lain (terpakai) atau barang yang murah tetapi tidak berkualiti.
Ini sering terjadi bagi mereka yang tidak berpengalaman atau sekadar mempunyai pengetahuan asas sahaja. Anda boleh menjangka apa masalah kenderaan anda, kemudiannya membeli barang yang dirasa perlu ditukar. Tetapi apa akan terjadi apabila masalah sebenarnya bukan datang dari alat yang anda beli itu? Apatah lagi, kenderaan moden sekarang mempunyai sistem canggih dan bengkel mempunyai alat diagnosis untuk mengesan sebarang masalah.
Apabila berlaku situasi seperti di atas, anda perlu membawa barang itu kembali ke kedai alat ganti dan menukarnya. Jika anda membelinya dari seseorang, ia perlu dipulangkan kembali dengan harapan mereka akan menerimanya dan memulangkan wang. Jika dibeli secara ‘online’?
Untuk membeli barang sendiri anda juga perlu tahu yang mana satu adalah berkualiti baik dan sebaliknya. Disebabkan ingin mengurangkan kos, anda mungkin berakhir dengan alat yang tidak berkualiti. Mekanik di bengkel sudah berpengalaman dalam perkara ini dan berdasarkan hubungan perniagaan yang baik dengan pengedar alat ganti, mereka boleh membuat permintaan untuk barang yang baik.
Memang, bengkel mempunyai nisbah keuntungan tertentu daripada alat ganti. Tetapi, harga yang mereka dapat daripada pengedar alat ganti adalah lebih rendah berbanding harga yang kita sendiri beli kerana mereka adalah klien tetap kepada pengedar alat ganti tersebut.
Sumber: CARETA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Faktor keselamatan merupakan antara ciri-ciri yang paling penting dalam sebuah kereta dan kenderaan yang digunakan di atas jalan raya.
Antara ciri keselamatan yang cukup signifikan ialah penggunaan beg udara. Umum mengetahu beg udara merupakan sebuah rekaan alat keselamatan yang berfungsi untuk mengelakkan berlakunya impak teruk ke atas pemandu dan juga penumpang apabila berlakunya kemalangan.
Apabila berlaku perlanggaran atau hentakan beg udara akan dilepaskan dalam masa yang sangat pantas.
Namun begitu terdapat beberapa jenis beg udara yang terdapat di beberapa model kereta masih belum disahkan selamat terutamanya di negara kita kerana beberapa isu keselamatan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Facebook mereka telah memuat naik dan menyenaraikan sebanyak 7 buah model kereta perlu dipanggil semula kerana ia melibatkan penggunaan beg udara Takata.
Malah, pihak JPJ menyeru kepada orang awam untuk memanjangkan pesanan mereka kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Ini kerana dibimbangi mungkin ada pemilik kenderaan yang disenaraikan tidak tahu atau tidak menerima notis daripada pengeluar kerana mungkin membelinya dari sumber terpakai.
JPJ turut menyertakan beberapa pautan daripada setiap pengeluar yang menyatakan dengan terpinci tentang masalah yang dihadapi oleh beg udara dalam model kereta mereka.
Ikuti perkongsian daripada JPJ di bawah;
Adakah anda memiliki salah satu jenama model ini?
Anda digalakkan untuk memberitahu kepada orang tersayang atau sahabat jika memiliki jenama model ini. Dan anda mungkin pemilik kenderaan yang tidak menerima notis daripada pengeluar kenderaan (jenama) tersebut, kerana anda mungkin membeli kenderaan daripada sahabat atau pusat jualan kenderaan terpakai.
SEMAK SEGERA kenderaan anda di laman web berikut :
Bagi memudahkan segala soalan dan aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Guna #soalanJPJ Untuk pertanyaan dan #aduanJPJ Untuk menyalurkan aduan, melalui Media Sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook/ Twitter /Instagram) #JPJMalaysia
Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.
Masalah beg udara ini sebenarnya bukan sahaja di negara kita malah ia turut dilaporkan berlaku di beberapa negara lain. Panggilan semula untuk pemeriksaan di pusat servis ini bukanlah satu perkara yang asing kerana ia merupakan satu prosedur yang biasa.
Kredit: Jabatan Pengangkutan Jalan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini berita terkini buat peminat dua roda. Penulis percaya, ramai yang kecewa apabila Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan model CBR 250R bukannya versi RR. Nampaknya anda perlu menunggu lebih lama lagi kerana model berkenaan disahkan tidak akan dibawa masuk tahun ini.
Ini kerana model sedia ada CBR 250 RR yang dibangunkan di Indonesia itu tidak memenuhi spesifikasi Euro. Menurut sumber dari BSH, pihak Honda kini sedang membangunkan CBR 250 RR yang menepati spesifikasi Euro agar model tersebut boleh dipasarkan secara global.
Apabila disoal mengapa pembangunan versi Euro mengambil masa yang agak lama. Ini jawapan sumber: “Untuk memenuhi spesifikasi berkenaan, kira-kira 70 peralatan pada jentera perlu dikemas kini. “Antaranya kabel, pendawaian, lampu, tayar, emisi dan lain-lain,” jelasnya.
Selain itu, pihak BSH juga memberitahu sekiranya model tersebut dibawa masuk, harga seunit CBR 250 RR akan melebihi RM30,000. Justeru itu, pihak BSH masih mempertimbangkan pilihan yang ada dan mencari alternatif lain agar model berkenaan dapat dijual di bawah RM30, 000. Difahamkan model berkenaan akan diimport dari Indonesia bagi memanfaatkan pengecualian cukai antara negara Asean.
Sumber menyatakan adalah mustahil membawa model berkenaan tahun ini. Kemungkinan CBR 250 RR akan dibawa masuk tahun hadapan. Waktu yang tepat masih belum diketahui. Bagaimanapun, untuk makluman tahun hadapan BSH akan melancarkan empat model baru. Antaranya CB Series dan Honda Africa Twin. Buat peminat CBR 250 RR, anda perlu bersabar sehingga model versi Euro siap dibangunkan.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.