Ads

Pernah Diuji Berkali-Kali Dalam Perniagaan, Hanzat Azmi Kini Berjaya Bina Keris & Co.

Keris & Co

Keris & Co kini bukan sahaja jenama pakaian tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, tetapi simbol ketekunan, keberanian dan semangat untuk bangkit selepas kegagalan.

Di sebalik jenama ini, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan hidup sebelum berjaya membina empayar fesyen sendiri.

Pemiliknya, jekaka berusia 31 tahun, Hanzat Azmi, bukan datang daripada latar belakang keluarga yang senanag atau mewah.

Anak keenam daripada sembilan beradik itu membesar dalam keadaan serba sederhana di Kuala Lumpur dan pernah menetap di flat bersama keluarga. Kehidupan yang sederhana itulah yang membentuk daya tahan serta mentaliti bekerja keras dalam dirinya.

Selama lebih enam tahun, Hanzat banyak terlibat di sebalik tabir membantu membangunkan pelbagai jenama tempatan.

Pernah Diuji Berkali-Kali Dalam Perniagaan, Hanzat Azmi Kini Berjaya Bina Keris & Co.
Hanzat Azmi

Namun pada tahun 2024, beliau mengambil keputusan berani untuk melancarkan Keris & Co, sebuah label yang memberi fokus kepada pakaian tradisional lelaki dengan sentuhan moden.

“Minat saya memang ke arah fesyen dan dalam masa sama saya sendiri sering menghadapi masalah mencari baju Melayu yang selesa. Kebanyakan fabrik panas, jika fabrik selesa potongan pula tidak kena dengan citarasa,” katanya.

Daripada pengalaman peribadi itulah tercetusnya idea untuk menghasilkan baju Melayu yang bukan sahaja selesa, malah praktikal untuk dipakai setiap hari dan bukan sekadar pada musim perayaan.

Melalui Keris & Co, beliau mahu menawarkan alternatif yang memenuhi keperluan lelaki moden tanpa mengorbankan elemen tradisi.

Keris & Co Dan Permulaan Dari Bawah

Bermula dari bawah, Hanzat memastikan setiap aspek penghasilan produk dilakukan secara lokal.

Bermula daripada rekaan, jahitan sehingga pengeluaran di kilang tempatan. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan kawalan kualiti yang ketat, malah ia mampu menyokong ekosistem industri tempatan.

Pernah Diuji Berkali-Kali Dalam Perniagaan, Hanzat Azmi Kini Berjaya Bina Keris & Co.

Ads

Dan kini hasilnya cukup memberangsangkan. Dalam tempoh singkat, Keris & Co yang beribu pejabat di Setapak, Kuala Lumpur, berjaya menjual sebanyak 120,000 unit pakaian setakat tahun ini.

Lebih membanggakan, hampir 70 peratus pelanggan kembali membuat pembelian selepas mencuba produk mereka.

Cabaran Yang Membentuk Karakter

Namun kejayaan ini tidak hadir tanpa pengorbanan. Di sebalik angka jualan yang mengagumkan, terselit kisah getir seorang usahawan muda yang pernah jatuh berkali-kali.

“Sepanjang lapan tahun berniaga, saya pernah jatuh berkali-kali. Pernah sampai satu tahap saya tiada duit dan terpaksa bawa Grab untuk teruskan hidup sebab bisnes tak menjadi.

“Saya pernah berniaga pelbagai produk sebelum ini, tetapi disebabkan masih muda dan tiada pengalaman, ada perkara yang terlepas pandang seperti aliran kewangan serta dokumentasi,” katanya.

Pernah Diuji Berkali-Kali Dalam Perniagaan, Hanzat Azmi Kini Berjaya Bina Keris & Co.

Bagi Hanzat, kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaik. Setiap fasa sukar itu mengajarnya tentang pengurusan kewangan, disiplin serta kepentingan dokumentasi dalam perniagaan sebelum beliau kembali bangkit menerusi Keris & Co.

Dalam tempoh mencabar tersebut, beliau juga pernah menerima tawaran untuk menceburi bidang lakonan selepas beberapa kali muncul dalam iklan komersial. Namun, beliau memilih untuk menolak peluang tersebut demi memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan.

Ads

“Saya pernah dapat tawaran lakonan, tetapi saya tolak. Saya lebih selesa berada di belakang tabir, lagipun dunia lakonan bukan minat saya,” ujarnya.

Sifat introvert dan pemalu pernah menjadi cabaran terbesar buat dirinya. Namun demi kelangsungan Keris & Co, beliau memaksa diri keluar daripada zon selesa.

“Saya memang bukan jenis orang di depan kamera. Saya introvert, sangat pemalu. Tapi untuk Keris & Co, saya cabar diri jadi live host. Ketika memulakan jenama ini, semua saya harus lakukan sendiri dari segi idea, produksi pakaian sehinggalah jualan.

“Waktu itu memang tiada orang lain, pekerja pun tidak ramai. Jadi, suka atau tidak saya paksa diri untuk buat live untuk jualan. Setiap hari saya akan live selama enam sehingga sembilan jam. Sekarang, saya sudah boleh duduk depan kamera tanpa ada rasa malu,” katanya.

Keris & Co Angkat Budaya Dengan Cara Moden

Walaupun jualan dalam talian menjadi teras perniagaan, Keris & Co turut membawa pendekatan kreatif untuk memperkenalkan jenama kepada masyarakat.

Di antaranya termasuk penganjuran flashmob silat dan zapin, selain mengagihkan 100 helai kurta secara percuma di Pavilion, Bukit Bintang.

Pernah Diuji Berkali-Kali Dalam Perniagaan, Hanzat Azmi Kini Berjaya Bina Keris & Co.

Pernah Diuji Berkali-Kali Dalam Perniagaan, Hanzat Azmi Kini Berjaya Bina Keris & Co.

Ads

Inisiatif ini bukan sekadar strategi pemasaran, tetapi usaha mengangkat budaya dan tradisi tempatan dalam pendekatan yang lebih segar dan relevan dengan generasi masa kini.

“Tahun depan kami nak buat lebih besar. Tidak hanya untuk tujuan pemasaran dan memperkenalkan jenama, inisiatif ini juga adalah mahu mengangkat budaya dan tradisi kita ke tempat yang lebih tinggi sesuai dengan jenama kami Keris & Co,” ujarnya.

Kini, Keris & Co turut menembusi pasaran Singapura dan Brunei serta merancang membuka outlet fizikal selain memperkenalkan koleksi pakaian wanita.

Pernah Diuji Berkali-Kali Dalam Perniagaan, Hanzat Azmi Kini Berjaya Bina Keris & Co.

Pernah Diuji Berkali-Kali Dalam Perniagaan, Hanzat Azmi Kini Berjaya Bina Keris & Co.

Sempena musim raya tahun ini, Keris & Co menawarkan harga mampu milik serendah RM39 sehingga RM129 untuk koleksi kurta dan baju Melayu yang diperbuat daripada fabrik Japanese Cotton premium.

BACA: Koleksi COS Ramadan 2026 Elegan & Eksklusif, Minimalis Dengan Sentuhan Mewah

Daripada pernah memandu Grab demi kelangsungan hidup kepada mengurus jenama yang kian berkembang, perjalanan Hanzat Azmi membuktikan bahawa dalam dunia fesyen, kejayaan bukan sekadar soal gaya, tetapi tentang keberanian untuk bangkit setiap kali terjatuh.

Kisah Keris & Co menjadi inspirasi kepada ramai usahawan muda yang mahu mencipta nama dalam industri fesyen tempatan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Koleksi COS Ramadan 2026

Koleksi COS Ramadan 2026 Elegan & Eksklusif, Minimalis Dengan Sentuhan Mewah

Koleksi COS Ramadan 2026 tampil elegan dan minimalis dengan sentuhan mewah, menampilkan rekaan fluid, siluet moden dan edit khas Aidilfitri yang eksklusif serta abadi.