KERJA DARI RUMAH
Foto: Pexels/Andre Piacquadio

Semalam kita telah mendapat perkahabaran daripada Menteri Kanan Keselanatan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah dilanjutkan bermula 28 Oktober sehingga 9 November 2020. Ini bermakna buat anda yang kerja dari rumah akan laluinya dengan lebih lama.

Bekerja dari rumah bulanlah satu prkara yang mudah. Ia menuntut anda lebih berdisiplin dan bertanggungjawab untuk menunaikan tugasan kerja sebaik mungkin.
Namun dalam pada masa yang sama buat anda yang berkeluarga harus menguruskan hal ehwal rumah dan anak-anak. Secara tidak langsung kehidupan pasti agak tunggang terbalik.

Salah satunya waktu tidur yang mungkin jadi tidak menentu. Dan banyak juga yang berdepan dengan scenario kurang tidur. Jika ini berlaku ia boleh menjejaskan kerja anda.
Jika anda hadapai sipmtom seperti di bawah kethauilah anda berdepan masalah tidur yang sekali gus boleh menjejaskan kesihatan anda.

Badan masih penat selepas bangun tidur

Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna kamu kurang tidur. Maka dengan itu anda harus ubah masa tidur dengan kadar segera, Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

IKLAN

Masalah untuk beri perhatian

Jika bekerja di rumah namun anda tidak dapat tumpukan perhatian kepada tugasa. Lebih merisaukan bola anda berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang anda lakukan. Itu bermakna ana tidak boleh beri perhatian. Letakkan kerja ke tepui dan pergi rehat dan tidur buat seketika.

Kerja tidur rumah
Foto: Pexels/Burst

Set alarm lebih daripada satu

Setiap pagi anda ‘berperang’ dengan alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm di-set. Jika mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang anda ingini. Badan dan minda kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.

Tak boleh hidup tanpa kafein

Oleh kerana mengantuk anda pasti mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang kamu ambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.

Tak boleh buat banyak aktiviti dalam sehari

Ini petunjuk jelas yang kamu kurang tidur. Jika badan sudah penat memang anda tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah seorang lelaki yang sihat minda dan fizikal memerlukan tidur yang cemerlang!

Jangan lupa untuk subsribe YouTube Maskulin untuk content menarik seperti di bawah!