Kanye West merupakan nama yang cukup besar dan berpengaruh dalam industri fesyen global. Selain bergelar penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu figura yang terkenal dengan jenamanya YEEZY merupakan di antara usahawan cukup berjaya terutamanya dalam bidang fesyen.
Kerjasamanya dengan adidas menyaksikan hampir setiap koleksi kasut laku keras dan habis dijual diperkenalkan dalam sekelip mata.
Dan terbaru, Kanye West telah mengumumkan kerjasama terbaru YEEZY bersama jenama pakaian GAP. Berita tersebut dikongsi olehnya menerusi laman media sosial Twitter dengan memperkenalkan tanda pagar #WESTDAYEVER.
Selepas pengumuman tersebut nilai pasaran jenama GAP dilaporkan terus meningkat naik di bursa saham sebanyak 42 peratus.
Berita kerjasama ‘YEEZY GAP’ telah membuatkan nilai jenama tersebut meningkat lebih dari USD1 billion dengan nilai terkini dianggarkan sebanyak USD4.8 billion.
Ads
Kolaborasi dua jenama berpengaruh ini akan dilakukan selama 10 tahun dengan Kanye menyasarkan koleksi pakaian untuk semua golongan sama ada dewasa dan kanak-kanak pada harga yang berpatutan dengan rekaan tersendiri.
Menurut laporan, GAP turut berharap dengan kerjasama ini jenamanya mampu meningkatkan jualan lebih USD1 billion setahun.
Ads
Berita gabungan kerjasama YEEZY dan GAP juga telah mendapat reaksi yang pelbagai dari penggemar fesyen terutamanya peminat Kanye West. Rata-rata melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan sendiri hasil yang akan keluar nanti menerusi kolaborasi ini.
Adakah kita akan bakal lihat YEEZY x GAP ini akan turut laku keras setiap kaliia dipasarkan sama seperti kasutnya?
Sama-sama kita nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekarang ni ekonomi bukanlah hebat sangat, banyak graduan yang menganggur akibat tiada kerja tetap. Kalau dapat kerja pun, gaji yang paling boleh diberi oleh syarikat 1500-2000 ribu sebulan. Alahai, dah lah harga barang mahal dalam dunia serba canggih ini, RM 1500 mana cukup! Macam mana nak save duit ni?
1) Keperluan vs kehendak
Mungkin tak mudah untuk anda kawal nafsu anda ketika pergi membeli- belah. Anda harus bijak dalam mengawal kepentingan dalam berbelanja. Fikir mana yang lebih penting. Kalau tak ada barang itu, ok ke tak? Fikir masak- sebelum anda membeli. Tak salah kalau nak self treat hujung bulan, tapi anda perlulah set target pembelian anda. Jika bulan ini anda perlukan kasut baru, maka anda harus beli kasut saja! Jangan beli benda lain pulak
2) Diari
Setiap bulan, senaraikan apa yang anda perlu bayar. Seperti contoh:-
Bil telefon: RM60
Bil air: RM 20
Bil elektrik: RM 140
Ptptn: RM 200
Makan: RM 300 (sehari RM10)
Senaraikan jumlah yang perlu anda bayar setiap bulan. Dengan cara ini, anda sudah tahu berapa duit anda untuk anda habiskan untuk perkara tidak penting.
3) Jangan beli kereta
Kalau aim anda untuk beli rumah, jangan beli kereta dulu. Pernah dengar dengan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian? Anda boleh menaiki Grab ataupun pengangkutan awam lain. Perbelanjaan anda akan tersasar sedikit jika anda membeli kereta. Mana nak bayar bulan-bulan lagi, minyak. Kalau anda nak jugak beli kereta, tiada masalah, tapi anda harus lebih bijak menggunakannya.
4) Bawa bekal
Rajin-rajinkan diri anda untuk membawa bekal ke pejabat. Ini untuk mengelakkan anda dari terima pelawaan rakan-rakan untuk keluar makan tengah hari. Anda pun tahu kan, makan tengah hari saja sudah mencecah RM10 . Bukankah anda telah bajet RM10 sehari? Tak kan anda nak belanja sampai RM10 untuk makan tengah hari saja? Malas nak sediakan lunch? Masak malam sebelum anda tidur, pagi tu, panaskan aje. Nak save duit, jangan malas-malas ok.
5) Aim kecil
Kenapa kena aim kecil? Sebab anda perlu ingat, gaji anda bukan 4k, jadi anda tak perlu menyimpan angan-angan untuk memiliki rumah seperti Nur Sajat. Aim rumah pangsa yang harganya RM150,000. Janji anda ada rumah, dari anda menyewa kan. Kalau ada rezeki lain, anda boleh sewa kan rumah tersebut. Invest kena bijak!
6) Unfollow Sosial Media
Zaman sekarang ni, nak tengok baby artis pun boleh terjebak dengan peniaga online yang berleluasa hari ini. Selain dari kawal nafsu anda, jangan sesekali follow atau searchhashtag kedai online ni. Bahaya! Kalau dah terpaksa anda berhadapan dengan kedai-kedai apabila anda nak tengok Instagram anak-anak artis tu, kawal nafsu anda. Selain dari tu, jangan download aplikasi beli belah, ini pun bahaya. Nak nak jika anda seorang yang tak boleh mengawal saka. kalau boleh elak, sila elak ye.
7) Buka akaun ASB
Kenapa kena buka akaun ASB? Simpan je duit dalam bank. ASB ni banyak manfaatnya. Anda juga boleh turut bergantung pada KWSP, namun kita jadikan EPF/Socso anda untuk hari tua. Bukan akaun ASB membolehkan anda konsisten dalam penyimpanan duit. ASB juga menawarkan macam-macam kelebihan jika anda membuka akaun bersama mana-mana bank. Terpulang pada anda. Ini cara untuk anda lebih bijak menguruskan wang .
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN yakin setiap seorang daripada anda pasti mempunyai sekurang-kurangnya sehelai kemeja atau t-shirt berkolar atau polo yang berwarna putih.
Atau setidaknya t-shirt kosong berwarna putih yang selama ini mungkin anda pakai sebagai baju di bahagian dalam sahaja. Ramai yang tidak sedar bahawa baju berwarna putih mempunyai sifat cukup versatail dan mudah digayakan dengan banyak jenis pakaian dan gaya.
Secara asasnya baju berwarna putih boleh membawa simbol yang bersih dan kadangkala kekayaan. Namun anda sebagai seorang lelaki harus bijak untuk menggayakannya agar nampak lebih menyerlah dan menarik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa variasi cara yang boleh anda gayakan dengan baju berwarna putih.
BAJU PUTIH & DENIM
Ini merupakan kombinasi klasik yang telah popular sejak sekian lama. Gaya ini pastinya tidak akan pernah lapuk dan relevan untuk sepanjang zaman. Sama ada anda ingin padankan dengan jean gelap atau gaya rugged jean koyak, ia bergantung kepada personaliti sendiri. Namun anda harus bijak memilih cutting jean yang sesuai dengan bentuk badan sendiri.
PADANAN BERSAMA SUT
Kemeja putih merupakan pelengkap gaya sempurna untuk anda yang bergaya memakai sut lengkap. Ia merupakan kanvas kosong yang boleh dihiasi dengan aksesori seperti tali leher dan sapu tangan atau pocket square yang diletakkan di dalam poket baju. Antara warna paling sesuai dengan kemeja putih ialah dark navu atau kelabu.
KEMEJA DAN SELUAR PENDEK
Cuaca panas tatkala anda sedang berada di kawasan panas atau tepi pantai. Gayakan sahaja kemeja putih dan seluar pendek. Namun seluar pendek yang dipilih haruslah sesuai dengan penggayaan terkini. Carilah seluar dari material French linen yang berkualiti. Keselesaan sambil bergaya, itu adalah bonus yang besar buat anda.
GAYA BERSAMA CHINOS & LINEN
Kemeja atau t-shirt berwarna putih juga sesuai dipadankan dengan seluar khakis. Dengan penambahan warna menerusi khakis ia memberikan imej yang lebih serius dan matang untuk anda.
KASUT YANG SESUAI
Jika memakai kemeja putih adalah amat sesuai jika anda turut menggayakan kasut dari warna yang sama. Percayalah kasut atau sneakers berwarna puith memberikan anda looks yang sangat ‘cleans’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia fesyen dan seni sering kali bertemu di persimpangan kreativiti, dan kali ini, Converse Malaysia mengambil inisiatif untuk menjadikan persimpangan ini lebih bermakna melalui aktivasi “Creative Exploration”.
Berlangsung di bawah kempen global ‘LOVE, CHUCK’, program ini bukan sekadar satu pameran seni, tetapi satu usaha kolaboratif yang menyatukan industri fesyen, akademik, dan komuniti seni tempatan.
Dirasmikan 28 Februari lalu, Balai Seni Negara akan menjadi saksi kepada pelancaran rasmi Creative Exploration, satu kolaborasi dinamik antara Converse Malaysia, Balai Seni Negara, serta institusi pengajian tinggi ternama seperti UiTM dan MIA.
Turut hadir memberikan sokongan, ialah tetamu kehormat, YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar, Setiausaha Politik Kanan YAB Perdana Menteri Malaysia. Pelancaran ini menandakan satu langkah ke hadapan dalam menyokong bakat seni muda tempatan.
Seni dan Fesyen, Kombinasi Unggul
Kasut Chuck Taylor bukan sekadar sepasang kasut biasa. Ia adalah kanvas kosong yang membuka peluang kepada ekspresi tanpa batasan.
Menerusi inisiatif Creative Exploration, pelajar-pelajar seni dari UiTM dan MIA akan diberi peluang untuk menjadikan kasut ikonik ini sebagai medium ekspresi seni mereka.
Hasil karya mereka bakal dipamerkan di Art Depot, Balai Seni Negara bermula 28 Februari hingga 12 April 2025. Karya-karya ini akan dipilih untuk dipamerkan di beberapa butik utama Converse sekitar Lembah Klang.
Menurut Ketua Pengajian Seni Reka dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, Dr. Shaliza binti Mohd Shariff, “Creative Exploration ini adalah satu contoh kegiatan yang kami raikan.
“Ia adalah satu peluang yang unik dan menarik untuk pelajar-pelajar kami mengembang sayap dan bakat mereka. Ada banyak lagi yang boleh kita terokai dan cuba melalui aktivasi-aktivasi seperti ini, dan kami berharap yang kerjasama ini tak akan berakhir di sini saja,” jelasnya lagi.
Platform Generasi Seni Muda
Bagi pelajar yang menyertai program ini, ia bukan sekadar satu pengalaman akademik. Mereka diberikan peluang untuk melihat bagaimana hasil seni mereka boleh diterjemahkan ke dalam dunia fesyen komersil.
Selain itu, program ini juga membuka ruang kepada mereka untuk membina jaringan dengan penggiat seni, pihak industri, dan juga institusi seni berpengaruh seperti Balai Seni Negara.
Bagi Balai Seni Negara sendiri, aktivasi seperti ini adalah peluang untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemangkin seni kontemporari Malaysia.
Dengan memberikan ruang kepada bakat muda, ia secara tidak langsung membantu membentuk ekosistem seni yang lebih berdaya saing dan inovatif.
Masa Depan Kolaborasi Seni dan Fesyen
Creative Exploration bukan sekadar projek jangka pendek. Ia dirancang sebagai satu inisiatif mampan yang dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan.
Dengan kejayaan awal ini, tidak mustahil kita akan melihat lebih banyak kolaborasi seumpama ini yang memperkasakan seni kreatif tempatan dalam konteks yang lebih luas.
Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri hasil kreativiti luar biasa ini, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pameran Creative Exploration di Art Depot, Balai Seni Negara bermula 28 Februari hingga 12 April 2025.
Dengan gabungan seni, fesyen, dan ekspresi kreatif, pameran ini menjanjikan pengalaman yang bukan sahaja menginspirasikan tetapi juga membuka mata terhadap potensi besar bakat seni tempatan kita.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.