Dengan akses penyebaran maklumat yang kini cukup mudah dan berada di hujung jari, MASKULIN yakin ramai di antara lelaki pernah mendengar tentang kanser prostat. Sama ada faham secara keseluruhan atau tidak itu perkara kedua.
Kanser prostat kini menjadi salah satu kanser yang mengancam kesihatan lelaki. Secara umumnya, kanser prostat merupakan ketumbuhan yang berbahaya bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan salah satu kanser yang paling kerap berlaku di kalangan kaum adam.
Risiko penyakit kanser akan meningkat mengikut faktor umur dan kebiasaannya berlaku pada lelaki berumur 40 tahun ke atas. 75% kes adalah dikesan dalam kalangan lelaki berumur 65 tahun ke atas.
Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel yang terdapat di kelenjar prostat melalui perubahan tertentu diluar kawalan semulajadi. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal. Ia kemudiannya merebak (metastasis) ke bahagian badan yang lain terutama tulang dan organ tertentu.
Ia disebabkan oleh hormon testosteron. Hormon ini bertindak mempercepatkan pembentukan kanser prostat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menggalakkan kejadian kanser tersebut.
Namun salah satu perkara yang cukup jarang diperkatakan dan dibincangkan ialah kesan psikologi dan juga tekanan yang dialammi oleh mereka yang didapati menghidap kanser prostat.
MASKULIN baru-baru sempat diberikan kesempatan menemubual Pakar Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Alex Ng Wei Siong yang memberikan pandangan dan ulasan yang sangat bermanfaat.
Pakar Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Alex Ng Wei Siong
Ikuti temu bual MASKULIN bersama beliau di bawah.
1. Adakah sesetengah lelaki yang menghidapi kanser prostat menghadapi masalah dalam menangani penyakit ini dari segi mental?
Lelaki yang disahkan menghidapi kanser prostat lebih berisiko tinggi mengalami isu-isu mental seperti kerisauan dan kemurungan.
Ads
Isu-isu mental yang dihadapi oleh lelaki pada masa ini lebih berkaitan dengan tekanan akibat dari pandemik COVID-19. Tidak ada kajian khusus yang hanya bertumpu kepada masalah mental lelaki yang menghidapi kanser prostat.
2. Bila masalah mental boleh berlaku di kalangan pesakit kanser prostat. Adakah sebelum atau selepas diagnosis, ataupun selepas rawatan?
Masalah tekanan mental selalunya bermula apabila lelaki mula sedar keadaan kesihatan fizikal mereka yang tidak normal. Golongan lelaki ini mungkin akan berasa sedih atau murung.
Ini boleh terjadi apabila mereka didiagnosis, semasa rawatan mahupun selepas rawatan. Kita semua mengalami perasaan murung dari semasa ke semasa, tetapi jika golongan lelaki ini berasa sedih, mudah marah, atau putus harapan pada setiap masa, mereka mungkin mengalami kemurungan atau keresahan ataupun kedua-duanya sekali.
3. Apakah faktor yang mungkin menjadi punca tekanan emosi kepada lelaki dalam berdepan kanser prostat?
• Tekanan. Mungkin sukar untuk memilih langkah rawatan yang sesuai dan lelaki terlibat mungkin akan berasa tertekan.
• Kekecewaan. Keyakinan diri, kehidupan dan rancangannya mungkin telah berubah.
• Kebimbangan mengenai kesan sampingan. Jika lelaki terlibat mengalami kesan sampingan seperti masalah ereksi, urinari dan usus besar, ini juga boleh menyebabkannya berasa murung atau gelisah.
• Rasa kehilangan atau kekurangan. Rawatan hormon boleh menyebabkan perubahan fizikal pada badan seseorang lelaki, seperti pertambahan berat badan, penyusutan kekuatan fizikal, atau perubahan pada aktiviti seksual. Ini mungkin menyebabkan lelaki berasa negatif pada badannya dan juga menyebabkan rasa kehilangan atau kekurangan.
• Perasaan keseorangan. Lelaki yang terlibat mungkin berasa tersisih, lebih-lebih lagi apabila rawatannya telah selesai dan dia tidak berjumpa lagi dengan doktor atau jururawat.
Ads
4. Adakah benar lelaki yang menghidap kanser prostat mengalami persepsi kekurangan maskuliniti? Jika benar, mengapa dan bagaimana ianya boleh ditangani?
Walaupun terdapat banyak tumpuan terhadap senaman sebagai strategi rawatan untuk menangani isu berkaitan maskuliniti, namun tidak ada maklumat yang mencukupi berkenaan perbezaan persepsi di kalangan lelaki yang menjalani kehidupan aktif atau kurang aktif.
5. Adakah pendekatan lelaki berbeza dengan wanita dalam menangani penyakit kanser terutamanya dari segi emosi?
Dari perspektif sosiologi, ia boleh meningkatkan penyesuaian psikologi terhadap kanser kerana perkembangan kesihatan mental pemandiri kanser berlaku dalam konteks sosio-sejarah dan budaya.
Reaksi psikologi terhadap kanser mungkin kelihatan sangat individualistik dan intim, namun ia dicorakkan oleh sosial dan budaya. Perbezaan jantina dalam penyakit kemurungan mencerminkan wacana dominan maskuliniti dan kewanitaan.
Ads
Manakala menyentuh dalam konteks negara kita pula tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam reaksi emosi atau tindak balas dari segi jantina. Reaksi kedua-dua jantina adalah hampir sama.
6. Boleh huraikan stigma yang biasanya dikaitkan dengan kanser prostat sama ada untuk lelaki atau pasangan pasangan dan keluarga atau rakan-rakan mereka?
Kesan kanser prostat boleh menjangkau jauh dan melampaui cabaran fizikal yang berkaitan dengan kanser ini. Sesetengah orang melihat penyakit ini sebagai “perjalanan yang melemahkan maskuliniti,” manakala yang lain enggan bercakap tentang kebimbangan atau diagnosis mereka di rumah dan di dalam komuniti. Ini mungkin disebabkan oleh norma budaya atau agama yang lebih cenderung merahsiakan perkara sedemikian.
Akan tetapi kita semua perlu mainkan peranan penting untuk hapuskan stigma dan rasa malu yang menyelubungi kanser prostat. Emosi dan pemikiran lelaki yang menghidapi kanser prostat merangkumi semua faktor, termasuklah lelaki itu sendiri serta orang di sekelilingnya.
7. Bagaimanakah keluarga dan rakan boleh memainkan peranan dalam membantu lelaki mengatasi masalah kesihatan mental mereka?
Terdapat enam pendekatan yang boleh mereka lakukan untuk bantu pesakit kanser prostat dalam tangani masalah mental ini.
• Mula-mula sekali, sangat membantu jika mereka mengetahui anda bersama mereka!
• Cuba untuk tidak salah tanggap perasaan orang tersebut. Dia mungkin berasa gembira pada satu hari dan sedih pada hari berikutnya. Cuba perhatikan “mood” mereka.
• Dia mungkin tidak mahu bercakap atau berfikir tentang kansernya sepanjang masa. Berbual biasa tentang perkara seharian dan berkongsi jenaka kadangkala amat membantu.
• Jangan terasa jika mereka tidak mahu bercakap tentang kanser dan hormati keperluan privasi atau masa tenang mereka.
• Sensitif terhadap perasaan mereka dan galakkan mereka bercakap tentang kanser yang dihidapi.
• Jika bantuan profesional diperlukan, sila dapatkannya dengan segera.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Pergilah segera dapatkan pemeriksaan lanjut jika anda berasa ada sesuatu yang tidak kena.
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, budaya larian semakin mendapat tempat di Malaysia.
Sama ada di taman rekreasi, jalan raya atau acara maraton, semakin ramai orang memilih untuk menyarung kasut sukan dan melangkah keluar berlari.
Namun, persoalan yang sering dibangkitkan ialah adakah larian hari ini benar-benar dilakukan untuk tujuan kesihatan, atau sekadar mengikut trend kerana takut ketinggalan istilah yang popular disebut sebagai FOMO (Fear of Missing Out)?
Foto : ST Luke’s Half Marathon (Gambar Sekadar Hiasan)
Trend Yang Kian Meningkat
Jika dulu larian hanya sinonim dengan acara sukan sekolah atau latihan pasukan, kini ia telah berevolusi menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.
Acara larian semakin kerap dianjurkan daripada fun run, larian amal sehinggalah ke ultramaraton yang memerlukan persediaan fizikal dan mental luar biasa.
Lebih menarik, acara ini bukan sahaja menarik perhatian atlet tegar, malah orang biasa yang sekadar mahu merasai pengalaman berlari dalam suasana meriah.
Media sosial pula menjadi medium utama yang melonjakkan populariti budaya ini.
Setiap kali selesai acara, foto medal, bib nombor dan catatan masa segera memenuhi garis masa Facebook, Instagram dan TikTok.
Larian Untuk Kesihatan
Sudah tentu, ada kelompok yang berlari kerana benar-benar mahu menjaga kesihatan.
Bagi mereka, larian adalah cara mudah untuk meningkatkan stamina, mengawal berat badan dan memperbaiki kesihatan jantung.
Selain manfaat fizikal, larian juga sering dianggap sebagai terapi minda.
Ramai pelari berkongsi bahawa rutin berlari selepas waktu kerja membantu mereka “melepaskan” stres, menenangkan fikiran dan memberi ruang refleksi peribadi.
Foto : European Running Championships (Gambar Sekadar Hiasan)
Namun, tidak dapat dinafikan, ada juga yang terjebak dalam larian kerana budaya FOMO.
Fenomena ini menyebabkan ada peserta menyertai acara hanya untuk “content” media sosial, bukannya kerana minat atau kesedaran kesihatan.
Malah, ada yang mengaku sanggup membayar yuran penyertaan yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan kit larian eksklusif yang boleh dijadikan bahan bergambar.
Perspektif Pakar
Menurut pakar kesihatan sukan, tidak salah untuk menjadikan trend sebagai pemangkin.
Walaupun motivasi awal mungkin kerana FOMO, lama-kelamaan ada individu yang mula benar-benar jatuh cinta dengan aktiviti ini.
Malah, tidak mustahil dari sekadar mahu “ikut kawan”, mereka akhirnya menemui manfaat besar larian terhadap kesihatan fizikal dan mental.
Namun, pakar juga mengingatkan supaya peserta tidak terlalu obses mengejar populariti di media sosial sehingga sanggup memaksa tubuh melampaui kemampuan.
Sama ada untuk kesihatan atau sekadar FOMO, larian tetap membawa manfaat tersendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lebih gemar ke gym berbanding berjogging? Ini berita baik untuk anda. Dikatakan dalam kajian, aktiviti weight lifting,mampu sihatkan jantung banding berjalan atau berlari, menurut kajian.
Kajian di Universiti St.George di Grenada yang menganalisis faktor risiko kardiovaskular, antaranya tekanan darah tinggi, dengan membandingkan tabiat bersenam 4,086 individu dewasa di Amerika Syarikat. Kajian ini melihat hubungan bersenam secara umum, serta bersenam dalam dua jenis aktiviti berbeza, iaitu statik (latihan kekuatan) dan aktiviti dinamik (seperti berjalan).
Para penyelidik mendapati mereka yang melakukan salah satu aktiviti mempunyai 30 hingga 70 peratus risiko penyakit kardiovaskular lebih rendah, tetapi peratusan lebih rendah dicatatkan dalam kalangan mereka yang melakukan aktiviti statik.
Latihan kekuatan dan aktiviti aerobik berkesan untuk mendapatkan jantung sihat. Walaubagaimanapun, aktiviti statik dilihat lebih bermanfaat daripada aktiviti dinamik. Pesakit yang melakukan kedua-dua jenis aktiviti fizikal lebih baik daripada pesakit yang hanya meningkatkan tahap satu jenis aktiviti.
Kajian itu turut mendapati aktiviti statik dan dinamik mempunyai tarikan yang sama bagi golongan berusia dan muda.
Sumber: Medical News Today
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan pandang mudah dengan bahaya kanser tekak. Jika rasa tidak selesa pada tekak berlarutan, mungkin itu antara tanda serangan kanser tekak bermula.
Walaupun kanser tekak ini lebih banyak menyerang lelaki, namun wanita juga tidak boleh mengabaikan risiko kanser tekak ni.
Ikuti perkongsian Muhamad Firdaus Rahim menerusi page hello Doktor untuk mengetahui info lanjut tentang kanser tekak yang lebih ramai menyerang lelaki.
Jadi selepas ini jika ada enam tanda yang dinyatakan ini dan berlaku secara berlarutan, jangan berlengah. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bimbang jika dibiarkan makin serius seterusnya membawa pada kanser tekak.
Kanser tekak berbunyi seperti sangat menakutkan dan menyeksakan. Mana tidaknya, fungsi penting seperti bercakap, bernafas, makan dilakukan oleh bahagian badan ini. Jika terjejas, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan semua itu.
Menurut World Cancer Research Fund, kanser tekak mencatatkan hampir 500,000 kes di seluruh dunia pada tahun 2018. Daripada angka tersebut, lebih 80% adalah dalam kalangan lelaki (390,361) manakala baki kurang daripada 20% melibatkan wanita (89,635).
Apa itu tekak?
Perkataan tekak atau throat dalam bahasa Inggeris ialah satu istilah yang terlalu umum dan tidak jelas. Dalam perubatan, tekak merangkumi dua bahagian utama bermula dari tiub di belakang hidung hingga kerongkong (esofagus) dan trakea. Bahagian tersebut disebut sebagai:
Faring/pharynx (terdiri kepada 3 bahagian; nasopharynx, oropharynx, laryngopharynx)
Laring/larynx
Fungsi utama faring ialah menghubungkan antara mulut dan tiub pemakanan esofagus manakala laring pula berhubung dengan tiub pernafasan trakea dan mengandungi peti suara yang bertanggungjawab menghasilkan suara untuk bercakap.
Lebih separuh daripada kanser tekak berlaku di faring.
Simptom kanser tekak berkait dengan fungsi faring dan laring
Kanser ini cenderung untuk berkembang dengan cepat. Oleh itu, rawatan awal adalah sangat penting demi memastikan pesakit mampu sembuh dan bebas kanser.
Apabila terdapat ketumbuhan pada tekak, fungsinya akan terganggu.
Simptom yang mungkin berlaku ialah:
1. Perubahan pada suara seperti suara pecah atau serak.
2. Menghadapi masalah untuk menelan atau bernafas.
3. Sakit tekak, batuk, atau sakit telinga yang berlarutan.
4. Sakit kepala.
5. Ketulan pada leher.
6. Berat badan hilang tanpa dirancang.
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas dan ia berlarutan beberapa minggu, jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat perubatan di pusat kesihatan berhampiran. Kebanyakan kanser tekak tidak menunjukkan simptom yang spesifik. Doktor perlu menjalankan beberapa ujian dan pemeriksaan untuk membuat penilaian.
Tetapi jangan pula anda terlalu bimbang jika berlaku mana-mana simptom yang disebutkan. Ia tidak bermakna anda menghidap kanser tekak. Doktor akan melihat kepada sebab-sebab yang lebih kerap berlaku (seperti jangkitan virus atau bakteria) sebelum pergi kepada kanser.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.