Seseorang bos dan majikan yang baik bukan sahaja berpengaruh terhadap kejayaan perniagaan, tetapi juga memberi kesan positif terhadap suasana kerja dan perkembangan individu di dalam pasukan.
Inilah kualiti yang ada pada usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming.
Rajin memberikan penghargaan kepada pekerjan, terbaru semua pekerjanya diberikan ganjaran yang selayaknya sesuai dengan tugas mereka termasuk bonus. Malah, Khairul Aming telah meraikan 100 orang pekerjanya dengan membawa mereka membeli baju raya.
Khairul Aming beri bonus
Dalam video yang dimuatnaik di laman X itu, ia juga memperlihatkan semua pekerja diberikan bonus sempena hari raya dan dibawa berbuka di sebuah hotel.
“Seterusnya kita pergi kilang pula, masa ni yang mereka semua nantikan sebab kita nak bagi duit raya dekat semua staf dan masa ni muka mereka dah tersenyum dah.
“Kita kongsi rezeki dengan harapan duit raya ni boleh bantu mereka untuk buat persediaan raya dengan keluarga juga nanti.
“Lepas tu kita pergi hotel untuk majlis berbuka puasa pula,” katanya.
Ads
Sementara itu, Khairul Aming juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.
Lebih menarik, mereka juga akan pergi bercuti selepas raya. Namun, Khairul Aming tidak mendedahkan lokasi percutian itu.
“Terima kasih kepada semua orang yang sokong perniagaan kita selama ni dan kami dari team Sambal Nyet dan Dendeng Nyet ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada anda semua,” katanya.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 pic.twitter.com/vmMP5xFmGX
1. Influencer cerdik pandai dan sangat mementingkan pendidikan.
2. Khairul Aming pelajar lepasan Vanderbilt University, US dalam bidang kejuruteraan. Major Mechanical Engineering dan minor dalam Material and Science Engineering.
Ads
3. Setiap semester dapat anugerah DEKAN. Malah menjadi Presiden Persatuan Pelajar Malaysia. Bukan biasa2 background anak muda ni dalam pendidikan.
4. Khairul Aming memulakan kerjaya sebagai Engineer dalam bidang Oil & Gas dan seterusnya beralih ke bidang Logistik.
5. Pada usia 25 tahun, Khairul Aming start BERNIAGA. Awalnya jual Healthy Meal, namun perniagaan itu gagal. Kemudian Jual Baju, juga tidak berjaya. Khairul Aming juga pernah jual template resume, pun kurang berjaya.
6. Khairul Aming minat memasak. Maka suatu hari beliau putuskan nak upload video memasak kat YouTube. ‘Rasapop’ nama channel YouTube.
7. Dalam masa setahun sahaja channel YouTube beliau mencapai lebih 500k followers.
8. Dengan bilangan followers lebih setengah juta, beliau yakin akan berjaya jika jual sambal. Beliau guna semua saving untuk mulakan perniagaan sambal ini, namun gagal lagi.
Ads
9. Dari kegagalan itu beliau mula menjenamakan diri beliau sebagai Khairul Aming. Tidak lagi menyorok di belakang nama Rasapop. Selepas itu beliau menonjolkan diri dalam setiap video masakannya.
10. Penjenamaan semula ini berjaya meraih 3 juta followers di Instagram beliau. Dari situ beliau mengumpulkan semua kekuatan untuk bermula sekali lagi.
11. Setelah hampir 10 tahun beliau berusaha gigih dan melalui banyak dugaan, akhirnya Sambal Nyet berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
12. Jualan Sambal Nyet beliau laris dan beliau meraih RM1juta dalam tempoh 4 bulan dan pada sale tahun pertama ialah sebanyak RM8.6 juta!
13. Tahun lepas semasa bulan Ramadhan beliau tutup kilang sambal awal walau permintaan sedang tinggi semata-mata nak bawa semua 60 orang staff beliau shopping baju raya, berbuka di hotel dan bonus RM3,000 setiap seorang. Fuh, lumayan!
14. Tahun 2021, beliau menyumbang RM10,000 kepada Palestin. Tahun lepas pula, Khairul Aming menyumbang RM100,000 kepada Palestin melalui NGO Cinta Gaza Malay
Dari golongan muda sehinggalah tua, siapa sahaja yang tidak mengenali Khairul Aming, betul-betul memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Oleh itu, rugi besar bagi pelajar apabila memilih untuk tidak menumpukan serta mengutamakan pelajaran di sekolah, kata Hazama mengambil dirinya sendiri sebagai contoh kerana pernah berbuat demikian dahulu.
Ketika bersekolah dahulu, Hazama mengakui dirinya bukanlah seorang pelajar yang tidak pandai.
Bukan Bodoh, Tetapi Tidak Fokus
“Bukan bodoh dulu, kita tak fokus. Kita lebih pentingkan perkara lain,” ujarnya.
Namun apabila beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari sesuatu di usia dewasa, ternyata beliau mampu untuk memahaminya dengan baik.
“Kenapalah ‘kepala’ sekarang ini tidak ada masa zaman saya sekolah itu?
“Sebenarnya pembelajaran itu senang kalau kita fokus. Itu sahaja, fokus dan fokus!” tegasnya.
Disebabkan itulah, timbul sedikit rasa kesal di hatinya kerana tidak menggunakan kemampuan belajarnya secara penuh ketika bersekolah.
Sejarah Perkhidmatan Tabung Darah di Malaysia telah dipelppori sekumpulan sukarelawan wanita Palang Merah British pada tahun 1955.
Bermula pada tahun 1975 pula, Pusat Perkhidmatan Darah telah memainkan peranan yang penting dalam penyeragaman peraturan kerja, metodologi, riagen dan peralatan tabung darah di seluruh negara. Dan kemudian pada tahun 2002 bangunan baru Pusat Darah Negara telah dibina di Jalan Tun Razak dan ianya telah dirasmikan oleh Yg Bhg Datuk Sri Hasmah Mohd Ali.
Dan sehingga kini ia menjadi sebahagian daripada perkhidmatan kesihatan yang paling penting di negara kita. Kempen derma darah yang sering daidakan bertujuan untuk membekalkan dan menyimpan stok darah untuk kegunaan pesakit di sekuruh negara.
Namun bagaimana jika terdapat jenis darah yang cukup jarang ditemui dan ganjil. Itulah pentingnya program ban darah di selurun negara. Memetik satu hantara Facebook dari Blood Bank Hospital Umum Sarawak, mereka berkongsi kisah bagaimana darah jenis Rh17 iaitu jenis yang cukup jarang ditemui dan ganjil telah didermakan oleh seorang lelaki bernama, Pehan anak Majis.
Menurut merekalagi, darah jenis ini dimiliki sebahagian kecil pada etnik Bidayuh. Darah yang didermakan tersebut kemudian diterbangkan ke Johor dengan melalui transit di KLIA dan seterusnya ke Johor Bahru. Ia kemudian akan didermakan kepada seorang ibu mengandung yang akan menjalani pembedahan Caesar.
Individu yang memiliki kumpulan darah ganjil hanya boleh menerima darah dari kumpulan penderma darah yang sama sahaja. Ini kerana jika mereka menerima darah daripada kumpulan penderma yang berbeza ia boleh mengakibatkan reaksi darah akut yang boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut.
Untuk rekod terdapar beberapa jenis pendermaan yang boleh digunakan.
Jenis-Jenis Pendermaan
Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh didermakan antaranya :
Penderma ‘Whole blood’
Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
a.Sel darah merah
b.Sel darah putih
c.Platelet
d.Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.
Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.
Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang yang berjaya mula dengan visi yang jelas tentang apa yang mereka ingin capai. Begitu juga dengan pelakon popular, Meerqeen yang tampil berkongsi rahsia kejayaannya dan amalan yang dilakukan untuk memperoleh sesuatu di dalam hidup.
Menerusi perkongsian di TikTok milik pengguna bernama Emma, pelakon naskhah Cinta Untuk Sekali Lagi itu mendedahkan dirinya menerapkan amalan memasang matlamat sebagai motivasi diri.
“Saya tak pernah rasa saya dah berjaya tapi rahsia saya dalam perjalanan hidup saya adalah tidak pernah berputus asa. Kena selalu pasang ‘goals’ dalam hidup untuk kita bergerak setiap hari.
“Jadi maksudnya, bila ada ‘goals’ awak akan motivasikan diri sendiri. Benda itu yang saya terapkan sejak sekolah lagi. Saya akan dapatkan apa yang saya mahukan dan apa yang saya ada sekarang.
“Benda itu jadikan pembakar semangat saya hari-hari. Awak kena ada ‘goals’ lepas itu kena bekerja keras. Kalau kita rasa penat, kita kena fikir orang lain kerja lagi penat daripada kita,” katanya.
Dalam pada itu, bekas pesertsa Hero Remaja itu juga memberitahu dia mempunyai ‘goal board’ meletakkan segala impian yang mengingatkan diri kepada objektif bekerja.
“Macam saya ‘goals’ ni kita punya angan-angan tapi kena letak dekat awak punya ‘goal board’. Saya dekat rumah dalam almari ada ‘goal board’.
“‘Goal board’ tu contohnya, saya nak sesuatu barang dalam umur tertentu. Contoh umur saya 23, saya cakap saya nak ada jet peribadi. Saya letak dekat ‘goal board’ itu untuk saya bergerak setiap hari tanpa berputus asa,” ujarnya lagi.
Di samping itu, setiap orang perlu memiliki matlamat dalam hidup dan bergaul dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran yang sama dalam hidup untuk berjaya dalam hidup.
“Semua orang kena ada ‘goals’ sebab untuk motivasikan diri kita setiap hari. Benda itu yang saya terapkan dan duduk dengan orang-orang yang sama dengan awak maksudnya orang-orang yang sama-sama nak berjaya,” tuturnya panjang.
Suami nak hargai isteri senang saja, tolonglah buat kerja rumah. Rutin seorang isteri begitu mencabar untuk menguruskan rumah tangga setiap hari. Celik saja mata, isteri akan mula menguruskan rumah tangga dan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Lebih mencabar jika isteri itu juga bekerja jadi berganda-gandalah kepenatannya.