Kim Woo Bin
Kim Woo Bin

Kim Woo Bin berkongsi kisah pahit perjuangannya melawan kanser selama tujuh tahun. Aktor kacak dari Korea Selatan yang popular melalui drama “Uncontrollably Fond” ini pernah mendapat berita mengejutkan apabila doktor meramalkan dia hanya mempunyai masa enam bulan sahaja untuk hidup setelah didiagnosis dengan penyakit kanser Nasofaring pada tahun 2017.

Kim Woo Bin Kongsi 7 Tahun Derita Kanser, Doktor Ramal Hidup Cuma 6 Bulan Sahaja

Kata Woo Bin, kenyataan itu memberikan tamparan hebat buat dirinya dan merasakan seperti berada dalam sebuah babak drama.

“Saya seorang yang positif dan sentiasa cuba untuk mencari kelebihan diri dalam apa juga keadaan.

“Ia umpama adegan dalam drama apabila doktor tiba-tiba kata saya mungkin hanya ada enam bulan untuk hidup.

“Saya terkejut, takut dan berharap ia hanyalah mimpi. Tapi walaupun takut saya tidak pernah terfikir bagaimana sekiranya saya tidak dapat mengatasi masalah ini. Ia tak langsung terlintas dalam fikiran saya,” katanya.

Ads

Kim Woo Bin Kongsi 7 Tahun Derita Kanser, Doktor Ramal Hidup Cuma 6 Bulan Sahaja

Dalam pada itu, Woo Bin meluahkan rasa syukur kerana menerima sokongan ramai sebagai kekuatan untuk dia melawan penyakit tersebut.

Pelakon drama Black Night ini turut mengucapkan terima kasih buat semua yang selama ini tidak putus-putus mendoakan agar dia kembali pulih.

Ads

“Ramai yang mengenali saya memberikan doa dan sokongan kepada saya. Saya percaya dengan sokongan itu yang memberikan kekuatan buat saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang selama ini mendoakan untuk kesihatan saya.

Pada 2017, agensi Woo Bin mengesahkan pelakon itu menghidap kanser Nasopharyngeal iaitu sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak.

Ads

Bagaimanapun, Woo Bin bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke tempat lain dan disahkan bebas kanser pada 2019.

Fakta Mengenai Kanser Nasofaring (Nasopharyngeal)

  1. Apa Itu Kanser Nasofaring?
    Kanser nasofaring adalah sejenis kanser yang berlaku di bahagian nasofaring, iaitu kawasan yang terletak di belakang rongga hidung dan atas tekak. Ia dikenali sebagai salah satu jenis kanser kepala dan leher.
  2. Faktor Risiko
    Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang menghidap kanser nasofaring, antaranya:
    • Jangkitan Virus Epstein-Barr (EBV): Virus ini sering dikaitkan dengan kanser nasofaring.
    • Pengambilan Makanan Tertentu: Makanan yang diawet dengan garam, seperti ikan masin, dikaitkan dengan peningkatan risiko.
    • Asap Rokok dan Pencemaran Udara: Terdedah kepada bahan kimia berbahaya seperti asap rokok boleh meningkatkan risiko.
    • Faktor Genetik: Mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan kanser nasofaring lebih berisiko.
  3. Gejala Kanser Nasofaring
    Gejala awal kanser nasofaring mungkin sukar dikesan kerana ia mirip dengan penyakit biasa seperti selesema atau alergi. Antara gejala yang mungkin timbul termasuk:
    • Hidung Berdarah atau Lendir Berdarah
    • Sakit Tekak atau Suara Serak
    • Telinga Tersumbat atau Hilang Pendengaran di Sebelah Telinga
    • Sakit Kepala atau Leher Bengkak
    • Mata Bengkak atau Penglihatan Kabur

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI