Ads

KLSCM 2026 Sold Out Dalam 5 Jam, Fenomena Luar Biasa ‘Hari Raya of Running’ Malaysia!

KLSCM 2026
Foto: KLSCM 2025

KLSCM 2026 sekali lagi membuktikan statusnya sebagai acara larian paling berprestij di Malaysia apabila kesemua slot untuk pelari tempatan habis ditempah dalam tempoh lebih lima jam selepas pendaftaran awam dibuka pada jam 10 pagi semalam.

Edisi ke-18 Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon ini secara rasmi mencatat sejarah tersendiri apabila sambutan luar biasa diterima daripada komuniti larian tempatan.

KLSCM 2026 Sold Out Dalam 5 Jam, Fenomena Luar Biasa ‘Hari Raya of Running’ Malaysia!

Pengumuman bahawa KLSCM 2026 ‘sold out’ membuktikan satu perkara yang jelas. Budaya larian di Malaysia bukan lagi sekadar trend sementara, tetapi telah berkembang menjadi gaya hidup yang serius dan kompetitif.

Sambutan Luar Biasa Sejak Hari Pertama KLSCM 2026

Pendaftaran untuk KLSCM 2026 sebenarnya telah dimulakan lebih awal pada 23 Februari bagi peserta yang layak untuk Priority Registration termasuk program Run For A Reason dan Corporate Challenge.

Namun apabila pendaftaran awam dibuka, respons komuniti larian sangat luar biasa sehingga semua slot untuk rakyat Malaysia habis dalam tempoh singkat.

Bagi individu yang masih ingin mendapatkan slot KLSCM 2026, peluang masih terbuka melalui inisiatif Run For A Reason dengan berlari sambil mengumpul dana untuk badan kebajikan terpilih.

KLSCM 2026 Sold Out Dalam 5 Jam, Fenomena Luar Biasa ‘Hari Raya of Running’ Malaysia!

Untuk kategori berkumpulan pula, KLSCM Corporate Challenge memberi platform kompetitif tetapi menyeronokkan kepada syarikat untuk bertanding sebagai satu pasukan sambil menyokong tujuan amal.

Antara penerima manfaat tahun ini termasuk Standard Chartered Foundation, Hospis Malaysia, Kechara Soup Kitchen, Teach For Malaysia dan Yayasan Jantung Kongenital Malaysia.

Ads

‘Hari Raya of Running’ Kembali Menggegarkan

Menurut Pengarah Dirigo Events dan Pengarah Projek KLSCM, Rainer Biemans, sambutan yang diterima amat memberangsangkan.

“Kami amat berterima kasih kepada komuniti larian atas sambutan dan sokongan luar biasa terhadap sukan ini serta KLSCM. Kami tidak sabar untuk melihat semua peserta memberikan yang terbaik dan pada masa sama mengalu alukan lebih ramai pelari antarabangsa ke ‘Hari Raya of running’ kami,” katanya.

KLSCM 2026 Sold Out Dalam 5 Jam, Fenomena Luar Biasa ‘Hari Raya of Running’ Malaysia!
Pengarah Dirigo Events dan Pengarah Projek KLSCM, Rainer Biemans | Foto: Justrunlah

Istilah ‘Hari Raya of running’ bukan sekadar frasa manis. Ia menggambarkan bagaimana KLSCM 2026 menjadi perhimpunan tahunan terbesar buat pelari dari pelbagai latar belakang, sama ada atlet elit mahupun pelari jarak jauh kali pertama.

Menariknya, bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026, slot untuk peserta bukan warganegara Malaysia masih dibuka sehingga 31 Julai atau sehingga 4,000 slot antarabangsa dipenuhi.

Standard Pelari Tempatan Semakin Meningkat

Rainer turut menambah bahawa tahap komuniti larian tempatan kini berada pada tahap yang jauh lebih tinggi berbanding beberapa tahun lalu.

“Standard komuniti larian telah meningkat dengan begitu ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ads

“KLSCM berbangga dapat terus menyediakan platform bertaraf antarabangsa kepada pelari dari semua peringkat untuk mempamerkan kemampuan mereka. Kami berharap lebih ramai pelari dapat meningkatkan standard peribadi dan mencapai sasaran baharu dalam perjalanan mereka menjadi juara,” tambahnya lagi.

KLSCM 2026 Sold Out Dalam 5 Jam, Fenomena Luar Biasa ‘Hari Raya of Running’ Malaysia!
Foto: KLSCM 2025

Kenyataan ini selari dengan realiti semasa di mana semakin ramai rakyat Malaysia menjadikan larian sebagai sebahagian rutin gaya hidup sihat. Daripada 5 kilometer hingga maraton penuh, disiplin dan konsistensi menjadi budaya baharu yang semakin kukuh dalam komuniti.

KLSCM 2026 turut menjadi penanda aras kepada pencapaian peribadi pelari, sama ada untuk memecahkan rekod sendiri atau sekadar menamatkan larian dengan penuh kepuasan.

Acara Larian Paling Dinanti Tahun Ini

KLSCM 2026 dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Oktober 2026 dan kekal sebagai acara larian jarak jauh paling dinanti di Malaysia.

Acara ini dijangka menarik lebih 40,000 pelari dari Malaysia dan lebih 70 negara, menjadikannya antara acara sukan paling berprestij di rantau ini.

Standard Chartered Malaysia kekal sebagai penaja utama, dengan jenama sukan global ASICS dan IHH Healthcare sebagai penaja emas. Sokongan turut diberikan oleh pelbagai rakan rasmi termasuk 100 Plus, Counterpain, High5 Nutrition, Seiko dan TudungPeople.

Ads

Dengan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000 untuk pelari terbaik, KLSCM 2026 terus mengekalkan reputasinya sebagai acara larian utama negara.

KLSCM 2026 Sold Out Dalam 5 Jam, Fenomena Luar Biasa ‘Hari Raya of Running’ Malaysia!
Foto: KLSCM 2025

Lebih Daripada Sekadar Larian

KLSCM 2026 bukan sekadar perlumbaan. Ia adalah platform yang menyatukan komuniti, menggalakkan gaya hidup sihat dan memberi peluang kepada peserta mencabar had peribadi.

Apabila slot habis dalam tempoh lima jam, mesejnya jelas. Larian bukan lagi aktiviti sampingan, tetapi satu gerakan nasional yang semakin kuat dan berpengaruh.

BACA: Persediaan Pemakanan Dua Hari Sebelum Larian Half Maraton & Maraton

Bagi mereka yang berjaya mendapatkan slot, 3 dan 4 Oktober nanti bakal menjadi medan untuk membuktikan ketahanan mental dan fizikal. Bagi yang terlepas, mungkin inilah masanya untuk mula berlatih lebih awal bagi edisi seterusnya.

Apa pun, satu perkara pasti. KLSCM 2026 sudah pun mencipta momentum sebelum garisan mula dibentangkan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Keris & Co

Pernah Diuji Berkali-Kali Dalam Perniagaan, Hanzat Azmi Kini Berjaya Bina Keris...

Keris & Co cipta kejayaan luar biasa apabila pengasasnya, Hanzat Azmi, bangkit daripada kegagalan dan pernah memandu Grab sebelum membina jenama fesyen lelaki tempatan yang kini menembusi pasaran luar negara.