Isu perceraian lelaki moden bukan lagi perkara terpencil dalam masyarakat hari ini. Statistik terbaru menunjukkan betapa rapuhnya institusi rumah tangga jika tiada keseimbangan antara cinta, komunikasi dan tanggungjawab kewangan.
Menurut laporan Berita Harian, sebanyak 10,815 kes perceraian pasangan Islam direkodkan di Selangor antara Januari hingga September tahun ini, angka yang cukup besar dan membimbangkan. Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain, mendedahkan bahawa punca utama perpisahan ini adalah masalah kewangan dan kegagalan komunikasi antara pasangan.
Faktor Punca Perceraian Lelaki Moden di Malaysia
Daripada jumlah itu, 6,827 kes membabitkan lafaz cerai di hadapan hakim Mahkamah Syariah, manakala 3,445 kes lagi ialah pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah. Selebihnya pula melibatkan permohonan fasakh (470 kes), khuluk (26 kes) dan taklik (47 kes).
“Antara corak yang dikenal pasti dalam kebanyakan kes ialah kegagalan pasangan menyeimbangkan tanggungjawab ekonomi dan komunikasi dalam rumah tangga. Ada suami melihat isteri bekerja lalu mengambil mudah tanggungjawab memberi nafkah,” jelas Datuk Mohammad Adib.
Ads
Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain (kanan) serta pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ketika lawatan kerja ke Balai Berita Bangsar.
Realiti Pahit Dalam Perkahwinan Zaman Moden
Apa yang lebih menyedihkan, katanya lagi, ada pasangan yang baru dua atau tiga tahun berkahwin sudah berpisah, malah ada juga yang sudah hidup bersama lebih 30 tahun akhirnya bercerai. Purata umur pasangan yang berpisah pula sekitar 40 tahun — satu fasa di mana kebanyakan lelaki sepatutnya sedang menikmati kestabilan hidup dan kerjaya.
Selain tekanan ekonomi, masalah komunikasi dan kekasaran dalam perhubungan turut menjadi faktor besar yang menyumbang kepada keretakan rumah tangga. “Ada pasangan duduk sebumbung tapi tidak bertegur sapa… suami di atas, isteri di bawah. Tiada komunikasi,” tambah beliau.
Ads
Tanggungjawab & Peranan Lelaki Dalam Rumah Tangga
Bagi lelaki moden hari ini, ini satu realiti yang perlu direnung dalam-dalam. Dalam perkahwinan, tanggungjawab bukan hanya soal memberi nafkah, tetapi bagaimana kita mendengar, memahami dan berkomunikasi dengan pasangan. Bila duit jadi punca tekanan, emosi mudah meletup dan di sinilah pentingnya kawalan diri serta kebijaksanaan mengurus hubungan.
Ads
Gambar Hiasan AI
Cara Mengelakkan Perceraian Lelaki Moden
Datuk Mohammad Adib turut menasihati pasangan agar tidak terburu-buru memfailkan perceraian, sebaliknya mencari ruang berdamai dengan mendapatkan bantuan kaunselor bertauliah, pegawai agama atau imam di kawasan masing-masing. “Kadang-kadang isu rumah tangga boleh diselesaikan melalui perbincangan antara pasangan atau keluarga terlebih dahulu,” ujarnya.
Pesan untuk lelaki Maskulin: Jangan biarkan ego menjadi dinding antara anda dan kebahagiaan rumah tangga. Jika tekanan kewangan menekan jiwa, cari jalan untuk berbincang dan mencari penyelesaian, bukan menunding jari. Lelaki sejati bukan diukur daripada seberapa banyak dia memberi, tetapi sejauh mana dia mampu mempertahankan apa yang dia bina.
Kesedaran terhadap isu perceraian lelaki moden ini sangat penting supaya setiap pasangan memahami peranan masing-masing. Dengan komunikasi yang baik dan pengurusan kewangan yang bijak, hubungan suami isteri mampu kekal utuh dan bahagia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Persoalan ini mungkin biasa kita dengar atau melihatnya sendiri. Ada orang yang berpuasa tetapi tidak solat. Kita mungkin tertanya-tanya, bagaimana kedudukan puasa mereka sedangkan kewajipan yang lebih utama mereka tinggalkan. Sebenarnya, persoalan ini ada asasnya untuk ditanya. Bagi merungkaikannya, kita perlu merujuk semula kepada perbahasan ulama mengenai apakah hukum seseorang yang meninggalkan solat.
” Solat itu tiang agama, dan kita berpuasa sebab Allah nak didik kita tentang ketaatan dan ketakwaan. Jadi puasa itu untuk mendidik ketaatan. Jadi barang siapa tak solat dia tak taat kepada Allah. Jadi maaf ye! Dia puasa macam puasa orang kurang ajar!
Kurang ajar pada siapa?
Kurang ajar pada Allah
Duit tu nak letak dimana , di dalam bank kan?
Tapi macam mana awak nak letak dekat bank jika tiada akaun.
Solat itu diibaratkan akaun
Jadi ertinya tanpa solat puasa anda itu, sia Sialah tak boleh nak disimpan”
Sekiranya anda yang terbaca tulisan ini termasuk di antara golongan yang berpuasa tetapi tidak solat, teruskan puasa anda. Lakukan dengan berkualiti. Ikhlas kerana ALLAH dan ikuti sunnah Nabi SAW. Dalam masa yang sama, berusaha untuk sempurnakan keislaman dan keimanan anda. Seandainya puasa yang anda tunaikan semata-mata kerana patuhkan arahan ALLAH, ibadat solat lebih utama untuk dipatuhi. Tunaikan puasa dan dirikan solat. Jika anda ingin berubah, inilah masanya yang sesuai. Ramadan bulan orang ramai bergegas dan berebut melakukan kebaikan. Segera bertaubat dan kembali tunaikan solat.
Sekiranya anda sanggup berlapar dahaga menahan diri kerana ALLAH, apa pula yang menghalang anda bersolat? Berubahlah. Katalah sebelum ini anda tidak menjaga solat lima waktu, sekaranglah masanya untuk komited dengan solat. Jika sebelum ini anda tidak berhijab menutup aurat, sekaranglah masanya anda konsisten. Jika sebelum ini anda jauh dengan al-Quran, sekaranglah masanya anda hampirkan diri dengannya. Sebelum ini anda jarang solat berjemaah, sekaranglah anda mula latihkan diri beriltizam dengan solat jemaah. Jika anda sebelum ini janggal untuk hadir ke masjid, sekaranglah masanya untuk anda selalu imarahkan masjid. Jika sebelum ini anda jauh dengan agama, inilah masanya untuk anda hidup di atas landasan agama. Jadikan Islam sebagai cara hidup kerana Islam bukan hanya di masjid dan semasa Ramadan sahaja.
Percayalah, tidak akan rugi sedikit pun orang yang berubah ke arah kebaikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak tujuh tahun lalu, pelakon senior Kenji Sawahi mengakui dia sudah belajar mendalami agama Islam bersama sahabat baiknya yang juga seorang ustaz.
Oleh itu, pemilik nama sebenar Lim Boon Wah itu berharap memperoleh hidayah daripada Allah, demikian lapor Harian Metro.
Kenji dengan rela hati belajar mendalami Islam kerana minat yang mendalam terhadap agama itu
Dia juga tertarik dengan sikap hormat-menghormati orang Melayu di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.
“Sekiranya masuk Islam suatu hari nanti, saya percaya tiada halangan daripada keluarga kerana mereka faham ini hak saya nak memilih agama apa sebagai pegangan kekal,” katanya.
Ibu bapanya adalah pelakon opera Cina yang membuat persembahan di seluruh negara.
Oleh itu, dia dibesarkan oleh datuk dan nenek yang tinggal dalam perkampungan Melayu serta orang Siam di Perlis.
“Keluarga saya yang membuka kedai runcit adalah satu-satunya berbangsa Cina di situ. Jadi, saya sudah terbiasa dan didedahkan dengan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat di kampung itu, termasuk tiada masalah juga orang Cina seperti saya datang dan masuk ke masjid kerana diundang sendiri oleh imam.
“Datuk dan nenek saya juga amat menghormati agama Islam apabila di luar dan dalam rumah kami tidak dibenarkan bawa masuk serta makan daging khinzir. Sebabnya, datuk dan nenek tidak mahu ada kekotoran dan rasa kurang selesa orang Melayu untuk datang ke kedai kami.
“Dari situ, saya sebenarnya sudah terbiasa dengan Islam dan sifat ingin tahu untuk mendalami agama ini (Islam) berterusan sampai sekarang dan semoga harapnya ada rezeki untuk saya memperoleh hidayah daripada Tuhan,” katanya.
Kenji tuurt meluahkan rasa syukur kerana Tuhan memberikan kesihatan yang baik kepadanya dan rezeki tidak putus dalam lakonan meskipun kini berstatus warga emas.
“Syukur saya masih sihat dan tiada penyakit tiga serangkai itu (kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung). Pada usia yang sudah ’emas’ ini, saya memang menjaga pemakanan harian serta bersenam untuk kesihatan.
“Lagi pun, saya tidak suka orang panggil lelaki yang sudah berumur macam saya ini warga emas sebab saya masih kuat, sihat, bertenaga, aktif dan boleh bekerja,” katanya yang masih tenang hidup membujang.
Watak legenda yang pernah menghiasi kaca televisyen kini dihidupkan kembali dalam sebuah adaptasi moden, dan wajah di sebalik topeng itu adalah dirinya.
Bagi Nas-T, ini bukan sekadar satu projek filem. Ia adalah sebuah perjalanan yang luar biasa dalam dunia lakonan iaitu menjadi simbol keberanian.
“Sampai sekarang saya masih lagi tak percaya bila saya duduk memikirkan balik – oh, sayalah Keluang Man”, katanya.
Menjadi Keluang Man bukan sekadar memakai topeng dan menyampaikan dialog.
Ia datang bersama satu tanggungjawab besar membawakan watak ikonik yang sudah sebati dalam ingatan rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang membesar dengan animasi Keluang Man pada tahun 90-an dan awal 2000-an.
“Saya tahu tanggungjawab menjadi seorang adiwira, ikon negara ini, memang sangat berat”, ujar beliau.
Watak ini bukan fiksyen semata-mata. Ia adalah refleksi kepada semangat rakyat biasa yang berani, yang tidak mementingkan nama, tetapi berjuang demi kebaikan.
Dan kerana itu, Nas-T berasa amat terhormat dapat menggalas peranan ini.
Jika dilihat di layar perak, sut Keluang Man tampak gah dan penuh aura.
Namun di sebalik visual itu, realitinya amat mencabar. Nas-T mendedahkan bahawa sut tersebut mempunyai berat tersendiri dan dipakai bersama beberapa lapisan lain termasuk legging, jaket dan peralatan teknikal seperti mikrofon tersembunyi.
“Sebab suit itu ada weight-nya sendiri. Bukan setakat memakai suit itu saja. Dalam itu ada macam-macam lagi ada legging, jaket, mic”, katanya ketika ditemubual ketika program Keluang Man X Fun Run Wonda pada pagi Ahad yang lepas.
Semua ini harus dipakai dalam tempoh panjang, malah ketika menjalani babak aksi dan pergaduhan, membuatkan keletihan itu terasa berganda.
Ia menuntut stamina, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi.
Menariknya, babak-babak aksi yang kelihatan hanya beberapa minit di skrin sebenarnya mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari untuk dilatih dan dirakam.
Nas-T turut berkongsi bagaimana dia dan rakan pelakon lain yang bertungkus-lumus menyempurnakan babak koreografi pergaduhan.
“Ia amat memenatkan, terutamanya bila kita ada pergaduhan panjang”, katanya.
Namun demi memberi yang terbaik untuk peminat, mereka tetap berikan 100% dalam setiap babak, tidak kira sesukar mana sekalipun.
Buat Nas-T penglibatannya dalam filem ini bukan semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi, tetapi lebih besar daripada itu sebagai penghormatan buat peminat Keluang Man dan warisan pop budaya negara.
Dia berharap hasil usaha dirinya dan seluruh produksi dapat meninggalkan kesan yang mendalam dan memberi nafas baharu kepada watak yang cukup istimewa dalam sejarah hiburan tempatan.
Filem Keluang Man bakal menemui peminat di pawagam mulai 29 Mei ini jangan lepaskan peluang untuk saksikan adiwira lagenda ini dihidupkan semula dengan penuh aksi, emosi dan semangat baharu!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saucony membawa The Maze ke Malaysia buat kali pertama, mengubah Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi trek larian berganti-ganti yang menghimpunkan 20 kelab larian tempatan.